Tuesday, August 16, 2011

HARI INI 'HARI DAPUR TIDAK BERASAP'!

Kad raya pertama dan tunggal ke?
Semalam, oleh kerana Kjee masak awal, sempatlah kami tiga beranak ronda2 jenguk pasar2 juadah yang ada berhampiran rumah Kjee. Kami keluar sekitar pukul 5 petang ketika hujan lebat baru bermula! Dentam dentum sana sini. Mulut Kjee tak habis2 kumat kamit apa yang pernah diajar arwah Bonda masa kecik2 dulu kalau ada kilat dan guruh!

ini pasti sedap - google
Kami start dengan singgah di sederetan gerai kuih berhampiran rumah Kjee. Salah satu gerai itu Kjee panggil gerai Apache. Sebabnya dulu budak yang nama dia tak Kjee tahu, rambutnya panjang dan kepalanya dililit dengan kain 'key'. Dah rupa macam apache Red Indian. Itu kisah hampir 20 taun atau lebih yang lalu. Sekarang dia dah tak berambut panjang lagi. Dan kuih muih yang dia jual jugak antara yang termahal di Taman Melawati!

Kat gerai Apache, Unclepali beli dua bekas bubur kacang durian dan karipap pusing yang Kjee dah mengidam sejak awal puasa lagi. Bubur kacang dia okay cuma terlalu manis bagi tekak Kjee. Karipap pusing dia tak payah nak komen sebab tak nak berdosa pulak. Rasa2nya dihantar di gerai apache oleh orang yang baru sehari belajar buat karipap pusing!

 Pastu kami ronda pulak kat Taman Melati menuju ke Taman Ibu Kota. Dua hari lepas, kami ke deretan gerai2 di kawasan belakang stesyen LRT kat Taman Melati. Unclepali beli Buah Melaka (onde2), Kuih Cara (fav Nadia) dan karipap biasa. Sedap so cadang nak ulanglah kat gerai abang yang teruja sangat tengok ada 'artis' beli kat gerai dia. Hehehe. Tapi gerai tu tutup.

So kami  keluar sampai kat Danau Kota dan Unclepali menyusur hingga sampai di pasar juadah yang femes kat Wangsa Maju. Yang berdepan dengan stesyen LRT Wangsa Maju (Rampai Court).

Mak oi punyalah banyak gerai yang menyusahkan Kjee!! Mana taknya...lalu (dalam kereta jer) depan setiap gerai, mulut Kjee tak berhenti2 bagi komen. Semuanya NAMPAK sedap belaka!! Masa tulah teringin nak makan itu, nak makan ini. Nadia pulak tiba2 teringin nak makan laksa utara.

Ya ampun!!! - ehsan google
Tetapi oleh kerana kat rumah dah masak sambal udang petai dan singgang ikan tongkol, sabar jer lah kan! Lagipun, tadi Unclepali dah beli karipap pusing dan bubur kacang! Tetiba...jeng jeng jeng.. Kjee ternampak pulak pau goreng bersambal yang dah dua minggu Kjee mengidam. Tak habis2 mengidam!!! Hehehe.

Unclepali cepat2 stop kereta. tak tanya samada nak ke tidak. Pepahamlah kan...mungkin dia pun mengidam sama! Hehehe. Unclepali beli 5 biji untuk RM2. Sambal dia sedap walaupun pau goreng dia agar keras sikit.

Dan masa Unclepali nak terus balik sebab dah hampir jam 6 petang dan nasi belum lagi dimasak kat rumah, mata kami bertiga ternampak gerai ayam golek! Sabar jer lah!!!

Nadia buat keputusan itu juadah kami esok ataupun hari nilah! Unclepali pulak bukak mulut kata Ayam Golek yang best kat Kampung Kerinci (Pantai Dalam). Hah siap ko. Nadia terus kata esok (hari ni) kita ke sana! Terkebil2 Unclepali sebab Kampung Kerinci atau Pantai Dalam tu kawasan sesak banget bukan sahaja di bulan puasa tapi hari2 biasa.

Apapun, Kjee kata kita keluar awal iaitu lebih kurang pukul 3 petang untuk ke sana. Pastu hari ini Kjee dah isytiharkan sebagai hari DAPUR TAK BERASAP! Nadia tanya ada budget ke nak beli semua makanan kat luar? Tak payah tanyalah. bab makanan Kjee tak pernah tetapkan budget!

Cuma yang tak sedap apabila Kjee baca akhbar NST hari ini. Setiap hari sejak 15 hari kita berpuasa, ada satu laporan keracunan akibat makan makanan yang dibeli di pasar juadah setiap hari!! Daripada 15 kes, ada satu kematian!

Apa macam? Mahu teruskan projek dapur tidak berasap ke atau....? Well, tunggulah lah nanti yer.

Oh ya gambar di atas gambar Kad Raya pertama dan mungkin tunggal tahun ni untuk Kjee? Dah banyak tahun tak dapat kad raya. Yang ini dari Habib Jewels. Thanks.



10 comments:

Noor said...

X berasap.... pakai dapur kayu ke kjee? hehe!!

eima-caa said...

WAH...SERONOKNYEE KJEE DAPAT KAD RAYA..DULU2 SELALU BERTENGGEK KAT PETI SURAT TGU POSMEN HANTAR KAD RAYA...SKANG NI ALAMAT HADAP FON NGN FB JEK LA...

RashAtie said...

dapur tak berasap...boleh la rilek sket..

jeragang said...

teruskan jer kjee hidup mati tu urusan Allah berserah jer laa... cuma kita usaha memilih guna kekuaan minda yang Allah bagi
tjawab kita berusaha bukan menghukum

KSWSK said...

wa lum dpt 1 pun kd raya lg kak

Anonymous said...

bestlah kjee ni.... isteri yg manja dan dimanjakan... beruntungnya......lizabassam

Anonymous said...

Ayam golek pantai dalam tu memang best kak Jee. Biasanya bulan puasa panjang kena beratur. Ntah berapa hengget ntah sekor harga sekarang. RM20 kot.. Rasanya diaorang pun ada jual rempah ayam tu.. Boleh beli pastu bakar sendiri kat rumah huhu

Anonymous said...

Kak Jee seronok shoping kat pasar juadah semalam saya kete hampir2 kena hempap dengan pokok semalam.Tapi semangat masak masih kuat dapur tetap berasap cuma arini je malas sikit dapur tak berasap coz esok cuti so kena masak ekstravaganza kat famili

mamasuri said...

kak jee..
sy hari2 makan made in param..kadang2 takut jugak dgn berita2 pasal keracunan..tapi mintak2 dijauhkan..semoga kak jee n family jmp ayam golek tu ahri ni yek..

@mn@ @udr@ m@ish@ said...

Salam Auntie Jee,
Bestnya x masak rni.Xpa, blh rehat2.. Beruntung auntie jee, pny suami dan anak yg ambil berat dan menyayangi auntie jee. Selamat Berbuka Puasa dgn Ayam Golek :-) favorite saya juga..hihi..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...