Saturday, August 6, 2011

KADAR ZAKAT FITRAH 2011

Banyak negeri kekal kadar zakat fitrah




KUALA LUMPUR - Dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak menaikkan kadar zakat fitrah negeri masing-masing pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Kadar zakat di Sarawak pada kadar RM6.20 berbanding sebelumnya iaitu RM5.20 dengan perbezaan sebanyak RM1. Ia diikuti oleh Sabah yang naik 0.20 sen kepada harga baharu iaitu RM7.
Bagaimanapun, Melaka dan Kelantan masih mengekalkan pada kadar RM6.50 dan RM7 seperti tahun lepas.
Bagi Johor, pada tahun ini mengekalkan dua kadar berasingan berdasarkan jenis beras dan kemampuan pembayar iaitu RM5 dan RM7.50 seperti tahun lalu.
Tetapi bagi Terengganu, negeri itu masih mengekalkan tiga kadar zakat fitrah seperti tahun lepas mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar iaitu RM5, RM7 dan RM8.
Bagi Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) pula, masing-masing mengekalkan kadar lama iaitu RM7.
Kadar zakat fitrah di Perlis dan Negeri Sembilan kekal dengan kadar RM6 dan RM6.50.
Bagi umat Islam di ibu kota, mereka boleh membayar zakat fitrah di Pejabat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan yang dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini dari jam 8.15 pagi sehingga 4.30 petang.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layariwww.zakat.com.my atau www.facebook.com/zakat.my.
Menerusi laman web yang sama, pengguna juga boleh membayar pelbagai jenis zakat lain secara online dan laman sesawang itu turut dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan aktiviti terkini mengenai pusat zakat dan kemudahan yang disediakan sepanjang bulan Ramadan. - KOSMO 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...