Monday, August 8, 2011

KJEE SEKARANG KERJA R.T.M

Kalau jumpa kengkawan lama, mesti dia orang tanya Kjee sekarang buat kerja apa? Isyhh dah tua2 cam ni takkan tak faham kot? Kjee dah join kengkawan kerja RTM. RTM? Ohhh kat Angkasapuri tu? Berlakon lagi ker?

Apa pulak berlakon. Nak jalan pun dah terbongkok2, nak berlakon pulak! Kalau ada part untuk nenek kebayan, nak jugak rasanya Kjee pergi audition atau bahasa P Ramlee dulu2, screen test.

RTM tu stands for REHAT TUNGGU MATI! Hah bukan Radio Television Malaysia!

Ehsan google
Semalam semasa Kjee diusung dari satu bilik ke bilik yang lain di Hospital Selayang setelah sakit dada dan kesukaran bernafas dekat seminggu, Kjee terbayangkan apakah ini, my last journey. Mungkin Kjee tak keluarlah lagi dari Hospital ni.

Mahunya tak serem. Mula2 masuk ke bahagian Kecemasan, dia orang suruh Kjee baring buat ECG. Habis wayar2 dilekatkan kat badan sampai ke kaki. Pastu, nurse tergesa2 keluar bawa kertas macam resit tapi punyalah panjang ke bilik doktor.

Kejap lagi, masuk bilik doktor, kalau tak silap Kjee yang duty malam tadi namanya Dr Ezany. Cukup prihatin doktor muda ni. Kejap dipanggilnya Kjee Makcik, kejap Puan..hehehe.

Pastu ke bilik yang dikhaskan untuk orang kena Asthma. Dekat 20 minit kat situ. Kjee diberi Nubilliser (ubat semacam gas)  untuk kurangkan semput.

Pastu diarah ke bilik ambik darah dan injection.

Pastu ke bilik X-Ray. Lepas X-Ray dia suruh balik ke ruang menunggu. Dr Ezany keluar biliknya dan nampak Kjee. Dia tanya ada reda lepas injection. Kjee kata dada masih sakit. Terus diarah Kjee ke observation ward.

Sampai di ward tu, sekali lagi kena ECG, pastu dimasukkan air satu botol, bubuh ubat bawah lidah. Isyhh macam2lah. Sebab itulah Kjee ingatkan penyakit Kjee ni kronik benar. Ada can  ke leave the place alive?!!! Hehehe.

Bijiran Habatussauda yang diberi MIL dari Mekah
Dua jam kemudian selepas banyak kali digerakkan Unclepali dan Nadia (hanya seorang jer waris dibenarkan teman so Unclepali dan Nadia bersilih ganti), sebab banyak kali Kjee berdengkur...akhirnya Dr Ezany datang. Dia kata ECG dan blood test okay. Tapi dia masih tak puas hati dengan pemeriksaan tadi. Dia syorkan Kjee jumpa pakar sakit jantung sebab Kjee ada history keluarga sakit jantung.

Dr Ezany tak bagi ubat. Alhamdullilah sebab ada orang kata kalau kita sakit jantung dan doktor bagi ubat, tak boleh stop makan. Kalau stop, nahas nanti. Aduh.

Petang tadi lepas buka, Kjee sakit dada balik. Kjee yakin Kjee kena serangan angin. Sahur tak menentu. Kalau suka, Kjee makan, kalau tidak minum air saja sejak buat puasa sunat bulan Rejab hari tu.

Tadi, kawan baik Kjee, Muzlina Abu Bakar syorkan Kjee makan 2 biji kurma selepas berbuka dengan minum juga secawan susu suam. Pastu jamah buah2an dan Solat Maghrib. Kemudian barulah jamah makanan lain. Dan kunyah juga secubit dua bijiran Habatussauda sebelum tidur. Memang banyak bijirin tu kat rumah sebab mak mertua supply 1 kilo masa dia pergi Umrah dulu.

Jap lagi Unclepali nak pergi balik Hospital dapatkan appointment untuk jumpa Pakar Jantung.

Itu jer bebelan Kjee malam ni. Esok fikir nak citer apa pulak. Hehehe

10 comments:

Along Maklong said...

alhamdulillah.. kakjee tak apa2.. harap2 cuma angin manja2 je.. dan semuga kakjee diberi kesihatan yang baik..

noor said...

Assalamualaikum Kakjee semuga tabah dengan ujian di bulan ramadhan. Harap kakjee cepat sembuh dan aktif seperti biasa. Amin.

zila_ziham@yahoo said...

salam kak jee, saya suka dtg blog ni...mmg bestlh suke baca coloteh mmg menghiburkn...dan saya berdoa semoga k.jee cpt2 sembuh Aminn...zila66

paridah said...

walaupun puasa makanlah dengan teratur jee, kurma makan 7 biji tika sahur, jgn minum air je, bila perut kosong penuh dengan angin dan nafas jd sesak. moga jee dh ok

iNtaN said...

kjee..tke cre oke..~

quinnie said...

kak jee..saya pun kalau bulan puasa ni macam2 pengakit dtg...bila jumpa doktor katanya...sebabkan letih...kelakar jugak baca kisah kakjee ni..Alhamdulillah kakjee o.k...saya pun jenis seriau jugak kalau gi hospital ni lepas tu kena usunglak sana sini....memang ingat satu je la...panjang lagi ke umurku.....penyakit ni memang menginsafkan kita...

Aina said...

Semoga Allah kurniakan kak Jee kesihatan yang baik:)

zures said...

Kak Jee....semoga cepat sembuh ye...saya pun ada history mak ayah sakit jantung. Bila sakit sikit je teringat kat mak dan ayah...takut juga kita jd pewaris pulak. Apa-apa pun makan kena jaga...walau terkadang time makan tu macam tak hengat dunia...isshhhh

HappyIrfa said...

assalamulaikum KakJee..
saya dr blog bro mazidul..sy igt sapa lah KakJee.so saja klik kat sini..tgk muka.laaaaaaa akak ni ker :-)dulu2 selalu tgk akak berlakon.

moga akak sembuh cepat/..selamat berpuasa

izin follow

MAK TEH said...

2/3 hari tak jengah kesini ,terkejut dgr kjee sakit,byk berehat ya kjee dan jgn dok fikir hal yg remeh temeh.doakan kjee sehat n gembira selalu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...