Wednesday, August 3, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 3 OGOS

Pos Malaysia tawar kadar rata bagi kad ucapan


KUALA LUMPUR - Pada kadar promosi 50 sen sahaja, rakyat Malaysia boleh menghantar kad ucapan perayaan pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50 gram ke seluruh destinasi di Malaysia.
Pos Malaysia telah melancarkan satu kadar rata bagi pengeposan kad ucapan perayaan utama di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina di negara ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Datuk Syed Faisal Albar (gambar) berkata, kemudahan teknologi informasi dan komunikasi pada masa ini seperti mel elektronik, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kad elektronik menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih alternatif itu.
"Namun masih ramai lagi yang menghargai sentuhan peribadi apabila menghantar ucapan melalui kad-kad ucapan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Katanya, kadar promosi itu bermula pada 1 Ogos lalu sehingga 31 Januari tahun depan.
Dengan promosi satu kadar rata ini, beliau berharap dapat menggalakkan lagi rakyat Malaysia menghantar kad ucapan melalui Pos Malaysia.
Promosi itu hanya untuk kad ucapan dalam negara sahaja dan bagi kad ucapan ke destinasi antarabangsa pula kadar pengeposan adalah mengikut caj biasa sama ada mengikut penghantaran laut atau udara.
Bagi memastikan kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sampai tepat pada masanya, pelanggan Pos Malaysia dinasihatkan menge- pos kad ucapan mereka pada atau sebelum 24 Ogos ini. - KOSMO ONLINE
KJEE: ADA KE LAGI ORANG HANTAR KAD RAYA?


Warga Malaysia disyaki mencuri wang dari mesin ATM Bali

JAKARTA: Seorang warga Malaysia dilaporkan ditangkap polis di bandar pelancongan Kuta, Pulau Bali kerana disyaki mencuri wang dari mesin automatik teller (ATM) dengan menggunakan kad ATM yang diklon. Pemuda berusia 23 tahun itu ditangkap oleh polis tempatan ketika berada di sebuah ATM Bank Mandiri, di depan Puri Naga, Jalan Arjuna, Kuta, pada Rabu lalu (27 Julai).
Ketua Polis Daerah Kuta, Gede Ganefo, ketika dipetik portal berita detik.com, berkata lelaki itu dikatakan melakukan perbuatan terbabit bersama dua rakannya yang masih diburu polis,

"Suspek kita tangkap setelah kita melakukan intipan di tempat kejadian," kata Ganefo. 

Perbuatannya terbongkar apabila beberapa pemandu kenderaan yang berpangkalan di sekitar ATM itu mencurigai gelagatnya yang berulangkali keluar masuk ke tempat pengeluaran wang itu, telah melaporkan perkara itu kepada polis. 

Ganefo berkata, suspek menggunakan beberapa alat seperti kamera pengintip, kad memori dan komputer riba untuk merakam data pendeposit bank yang melakukan transaksi di situ. 

Selepas memperolehi data yang diperlukan, suspek mengeluarkan wang dari ATM itu dengan menggunakan kad ATM yang diklon. 
Ketika di soalsiasat, suspek memberitahu polis bahawa dia juga bercadang melakukan transaksi di ATM lain. 

Teman wanitanya yang turut ditahan, dibebaskan selepas didapati tidak terbabit dalam jenayah itu. - BERNAMA 
KJEE: KES TERPENCIL...WARGA DIA ORANG LAGI BANYAK BUAT 'HAL' KAT SINI!!!


TV station removes controversial public service announcements


PETALING JAYA: Local TV station 8TV will pull out its controversial Ramadhan Public Service Announcements (PSA), following criticism and public outrage.
Media Prima chief executive officer Ahmad Izham Omar sent out a tweet Tuesday that they were withdrawing the PSAs.
"Ok guys. We're pulling out the ads. Thank you very much for your concern," he tweeted.
The PSAs drew a lot of flak from the online community, which accused the station of stereotyping and being racist.
All three announcements, which run for 30 seconds respectively, show the same Chinese girl acting obnoxiously in different situations at Ramadhan bazaar stalls. They depict her being rude, greedy and dressing inappropriately in a public space.
The announcements are then followed by public service messages urging viewers to act appropriately.
All the ads end with three 8TV presenters telling people not to get carried away and to understand the significance of Ramadhan, before wishing its viewers Selamat Berpuasa (Happy fasting).
KJEE; IKLAN YANG MANA SATU? ADA YANG PERASAN? DAH LAMA TAK TENGOK 8TV.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...