Thursday, August 11, 2011

MERAPU DI MALAM JUMAAT

Malas, tak kuasa, boring dan apa lagi hah perkataan yang berkaitan? Kalau Kjee tengok komen2 sebahagian daripada kawan2 di facebook mengenai Penyakit M mereka, Kjee geleng kepala. Kenapa harus biarkan diri dibelenggu penyakit M.

Itulah orang Melayu. Kalau kita cakap dia kata ala malaslah, tak kuasalah..dan macam2 lagi alasan. Pastu kalau tengok Kjee buat kuih, masak, menulis skrip, buat pengisian untuk blog, semua kata Kjee rajin. Kononnya Kjee bolehlah sebab tak kerja!

Hah tak kerja? Betul ke Kjee tak kerja maka ada masa untuk memasak, menulis skrip, mengisi blog dan sebagainya? Bukankah itu kerja namanya? Mungkin hanya Kjee bernasib baik kerana Work From Home.

Kjee kerja dari rumah sebab tak ada pilihan. Kjee bukan macam korang yang boleh bergerak sana sini dengan selesa. Kalau Kjee keluar, kalau tempat itu jauh, kena guna kerusi roda. Jadi, Kjee gunakan teknologi IT yang canggih ini untuk bekerja dari rumah.

So in other words, Kjee kerja jugaklah.
Dapur antik kesayangan ku

Kalau korang tengok cara Kjee bergerak dalam rumah, mesti korang kesian. Untuk ke dapur, Kjee mengatur langkah perlahan2. Kjee tidak mampu tersalah langkah...terpijak apa2 di lantai..sebab takut jatuh. Dalam bilik pun, kalau Kjee nampak hanger baju di atas lantai, Kjee akan jerit suruh Unclepali atau Nadia pungut sebab Kjee takut terpijak dan mengelonsor. Macam terpijak atas kulit pisang.

Pastu apabila di dapur, sudah ada kerusi menunggu. Mujurlah dapur Kjee sekangkang kera jer. Kalau Kjee dah duduk untuk memasak, Kjee hanya mampu capai bahan2 seperti garam, gula, kicap dan bakul bawang di meja sebelah kanan. Tangan kiri Kjee tidak boleh berfungsi sepenuhnya. Dah dekat dua tahun lebih.

Nak ikat rambut, nak pakai baju kecik, semua kena dibantu.

Tapi kenapa Kjee masih mampu memaksa diri ini ke dapur untuk memasak dan membuat kuih? Sebab Kjee tak mampu nak beli makanan di luar sepanjang masa. Dan jugak tak mampu bayar gaji pembantu rumah. Kalau Nadia atau Unclepali tak ada di rumah, Kjee masih ke dapur sorang2.

Kjee plan apa Kjee nak buat. Kjee hanya mampu berdiri selama 5 ataupun 7 minit. Lebih dari itu, Kjee terpaksa duduk kalau tidak lutut atau pinggang akan sakit yang amat sangat. Kalau Kjee sorang2 di rumah, semua Kjee buat sendiri. Cuci pinggan di sinki sambil duduk di kerusi. Masak pun duduk di kerusi.

Korang tahu dapur antik hi-power yang buruk kat dapur Kjee itulah tempat Kjee memasak. Paras tingginya sama paras dada Kjee kalau duduk. Di situlah Kjee masak. Habis masak, Kjee akan berpaut perlahan pada meja atau peti ais untuk pergi ke sinki.

Kalau ada Unclepali atau Nadia, taklah Kjee lakukan kerja2 mengemas dapur selepas masak. Kalau mereka tak ada, Kjee yang buat walaupun mengambil masa tiga atau empat kali lebih lama daripada orang lain.

Tadi Kjee buat tart nenas seorang diri. Nadia tolong timbang tepung dan ayak. Lain semua Kjee buat sendiri (Nadia sibuk buat kerja Uni dia). Dari menguli doh, membentuk doh hingga mencepit dan bubuh nenas. Bila tiba nak masuk oven, barulah Nadia atau Unclepali tolong. Kalau boleh Kjee tak suka menyusahkan orang semata2 kerana nak layan tekak sendiri.

So tolonglah ubah sikap. Janganlah sikit2 nak mengeluh malas, penat, tak ada masa dan sebagainya. Sekiranya Kjee masih sihat macam dulu, Kjee rasa Kjee tak duduk rumah. Siang malam Kjee keluar cari rezeki tanpa mengeluh!!  Sebab itulah Kjee sakit sekarang. Dulu masa muda, kerja tak henti2!

Kalau kita selalu komplen malas akan terus tersemai dalam otak dan kita betul2 jadi pemalas                    !!

10 comments:

eqinkhadijah said...

sangat setuju! dan motivate myself supaya jangan malas :)

Anonymous said...

Ialah kkjee saya pun sama masih lagi berkerja walaupun kaki dah tak kuat .bertongkat sana-sini.Saya tak mau naik
Wheelchair.Kata malas tak Ada elm minda sy

Along Maklong said...

maklong insaf sekejap.. baca kisah kakjee ni..
sebab maklong ni susah nak rajin macam orang2 yang rajin tu..

Anonymous said...

salam kakjee..
betul tu kak jee.. once bila perkataan malas tu dah ada kat dalam kepala.. maka segala kerja tak bergerak..

kawan2 kata saya rajin memasak.. abes tu.. kalau tak masak.. macamana nak isi perut yang berderet kat rumah ni.. menu pun macam2, macam kta juga.. kalau hari2 makan nasi dengan ikan goreng.. boleh lalu ke.. saya tak pandai masak.. bagi saya.. setiap hari tu adalah hari2 utk saya belajar n improve diri saya..

pada pendapat saya.. kita perlu consider pada orang2 yang tersayang di sekeliling kita.. orang semua cakap.. saya duduk rumah.. boleh la.. tapi.. diorang tak tau, sebelah laptop ni, 1 rak besar file2.. n anytime my boss akan call utk suruh itu ini.. kena standby all the time.. n ada masa buat kerja sampai lewat.. dgn anak kecik yang tengah meligat.. saya juga menggunakan teknologi untuk bekerja.. ada masa saya perlu keluar ambil cek, pergi bank.. uruskan apa2 hal yang tak boleh diselesaikan secara online sambil menggendong anak kecil saya yg baru 16 bulan.. dan saya tidak memandu.. kebanyakan kerja2 rumah saya kena tunggu si kecil ni tido baru boleh buat atau selesaikan.. kalau tidak.. memang akan buat 2 kali kerja.. dulu masa saya kerja kat office pun saya akan memasak tiap kali balik kerja..

pokok pangkalnya.. hati n niat.. if there's a will, there's a way..

~ nana ~

eima-caa said...

salam Kjee..eima selalu terfikir mcm mana Kjee bole selalu wt hidangan sedap2 padahal Kjee tak sihat..nak tanya tapi takut tersalah kata..

bila Kjee tulis entri ni baru la tau macammana kepayahan Kjee menyediakan hidangan2 untuk tatapan kami semua..proud of you, kak...

sememangnya Kjee mempunyai semangat yg kuat...dan pembakar semangat bagi eima yg baru bertatih2 ni...

Humaira' said...

insyaAllah, Untie adalah insan terpilih yang dikasihiNya.. pahala berlipat ganda akan Allah anugerahkan buat Untie diatas segala kebaikan yang Untie lakukan, yang tidak mengeluh di atas kesukaran yang dihadapi. Orang yang tidak mengeluh sangat dikasihi Allah..ameen ya Rabb

Aina said...

mak sedara sy mcm kak jee juga. walaupun tak larat tp tetap ke dapur memasak untuk anak-anak. walaupun disuruh berehat tetapi dia tetap nak ke dapur.syabas kak jee.moga kak jee sembuh seperti sedia kala.Insha Allah.

Lovely Kitchen said...

kuat semangat k.jee...moga dipermudahkan segala urusan akak...

Anonymous said...

kak jee,(sorry out off topic)
sebelum bangun sahur pagi tadi saya tidur dan mimpikan kak jee.
dalam mimpi saya tu kak jee dan unclepali berlari mengejar sesuatu.muka kak jee muda sangat dan badan kak jee kurus.cantik.
bila saya sedar...saya pun pelik macmana saya boleh mimpikan kak jee ni..
banyak baca blog kak jee agaknya :)azlinda

p/s: tahniah kak jee kerana berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dgn baik walaupun kesihatan tak mengizinkan.

Aziela said...

Kak Jee, keikhlasan Kak Jee dalam melaksanakan semua tanggungjawab memberikan will power pada Kak Jee. Saya rasa penyakit M tu adalah kerana kita tidak ikhlas untuk melakukan sesuatu. Maka jadilah ala boncai dan lebih kurang. Saya kagum dengan ketabahan Kak Jee.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...