Sunday, August 7, 2011

MUFFIN PISANG EMAS




Ini kali pertama Kjee buat muffins setelah asyik drooling jer bila lihat pakar2 seperti Che Mat Gebu, MamaFaMi, Dr Ina dan juga kengkawan yang lain buat. Kali ni Kjee cuba buat resipi Muffin Queen Izah Daut.

Kjee pilih resipi Izah sebab bagi Kjee bahan2 yang digunakan beliau, mudah sangat. Tak payah nak susah2 keluar beli. Apatahlah lagi semalam Kjee beli satu sisih pisang emas buat cekodok. Ada berbaki empat biji. So itu yang terfikir nak buat tadi. Eh bukan tadi, dah berzaman dah.

Yang buat Kjee teruja sangat nak buat sebab dua minggu lepas Kjee ke Bagus Baking Solutions. Nampak bekas muffin yang dipek kecik2. Ada dalam 50 bekas kot. Harganya RM4.90. Selalu Kjee nampak kat Bake With Yen, sampai 100 dan 200 pcs per pack. Nak buat apa banyak2 kan?

Tadi Kjee ubahsuai sikit resipi Izah. Kjee guna minyak Zaiton instead of butter cair. Pastu Kjee guna double-action baking powder sebab kat rumah tak ada baking soda. Dan Kjee guna 4 biji pisang emas yang Kjee lecek. Mungkin dapat 1½ cawan pisang lecek kot.

Jom kita intai resipi.

MUFFIN PISANG
sumber: Izah Daut     


1 cawan pisang lecek (Kjee guna 4 biji pisang emas)
1¼ cawan tepung serbaguna (Kjee guna superfine flour)
¾ sudu kecik Baking soda (Kjee tak guna. Penting..kena guna kalau nak gebus)
½ sudu kecik baking power (Kjee guna 1 sudu kecik double action BP)
½ butter cair/canola/jagung (Kjee guna Olive Oil)
½ cawan gula (Kjee guna kurang sedikit dari ½ cawan)
2 biji telor
1 sudu kecik esen vanilla

CARA:

Lenyek pisang dan ketepikan. Ayah tepung bersama bahan penaik. Ketepinkan. Telor, minyak dan gula dipukul hingga kembang . Iza guna mixer tapi Kjee guna whisk. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan pisang lenyek. Campur hingga sebati. Masukkan pula tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati.

Isikan ke paras ¾ bekas muffins. Bakar dalam oven 180 darjah selama 25 minit. Jumlah yang diperolehi: 7 bekas.

4 comments:

Deena Yasmin said...

bleh la buat nnt... :)

izahdaut said...

Tq kak jee sudi try rsepi dari blog saya.. Muffin pisang memang kegemaran saya, ekcely kalau pisang mmg kna letak sikit soda bagi ejen penggebu kan.. Baru lagii naik cantik..

Mmg kak jee kalau kat BWY slalu jual dlm kuantit banyak, tapi klu kdai baking biasa2 tu best sikit kalau nk beli dlm pek kecik2 kan. Comel je bekas mapin tu.. Saya mmg kpantangan nengok bekas comel2 gitu

cikgu isza said...

comelnya bekas dia..

Kjee said...

Izah: Tadi ada rupanya Baking soda tapi misplaced dalm pantry. lain kali buat kena bubuh sebab tadi memang kurang rasa gebunya. thnx for the rcipe., Mufffin Queen. hehehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...