Wednesday, September 28, 2011

PENAT PENAT PENAT LAH!!!!

Memang penatlah Kjee dengar cerita artis2 bercakaran antara satu sama lain. Tak habis2 sejak zaman Kjee jadi wartawan sampai Kjee dah beruban satu kepala!

Kisah Safura dengan Ifa Radziah, kisah Nisdawati dengan Nadia Mustafar, kisah...isyhhh penatlah. Dah sudah tu sudahlah. Ini yang terbaru. Korang bacalah sendiri.


Didie Alias Kecewa Dituduh Fitnah Julia Ziegler
PETALING JAYA: Pengacara Didie Alias menjelaskan tidak pernah sesekali memfitnah aktres Julia Ziegler termasuk menuduh pelakon tersebut mempunyai hubungan sulit seorang jurugambar ketika penggambaran sebuah drama.
Didie berkata, dia langsung tidak tahu bagaimana cerita itu boleh wujud malah amat terkejut apabila Julia membuat kenyataan menuduh kononnya dia yang telah menyebarkan kisah berkenaan kepada pihak-pihak tertentu.
"Saya tidak tahu langsung tentang cerita itu. Julia yang membuka pekong sendiri tapi kenapa dia perlu mengaitkan nama saya dalam isu terbabit?
"Penggambaran drama yang dimaksudkan itu sudah dua tahun berlalu dan ketika itu saya menjadi pengurus produksi. Memang saya yang menjaganya tapi saya tidak tahu apa yang dia buat di belakang saya kerana itu bukan urusan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Dalam sebuah rancangan hiburan minggu lalu, Julia Ziegler membuat dakwaan dengan mengatakan Didie Alias telah memfitnahnya tidur dengan seorang jurukamera ketika penggambaran drama Noktah Erna.
Dalam pada itu, Didie turut kesal kerana penerbit rancangan tersebut tidak mengedit kenyataan Julia termasuklah melepaskan pelakon itu menyebut namanya secara terbuka tanpa mendapat kesahihan cerita tersebut.
Julia Ziegler
"Saya perlu bersihkan nama saya dengan tanggapan masyarakat yang ingat perkara tersebut benar, pihak program tersebut sepatutnya tidak menyiarkan muka saya sebelum mendapat kenyataan daripada saya.
“Peristiwa ini benar-benar menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya kerana ia tidak benar,” katanya yang bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung perkara itu.
Sementara itu, Julia Ziegler gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara tersebut.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...