Thursday, September 22, 2011

RAMAI BAWAH USIA 40 TAHUN MUFLIS. KENAPA?


Suka Beli Belah & Pengurusan Kewangan Yang Teruk Punca Rakyat Malaysia Hadapi Masalah Kewangan
PETALING JAYA: Suka membeli belah dan pengurusan kewangan yang teruk itulah yang gambaran paling tepat mengenai sikap sebahagian besar pengguna di Malaysia.
Berdasarkan kajian, sebanyak 41 orang diisytiharkan bankrap setiap hari, semuanya gara-gara hutang kad kredit.
Sementara pada setiap hujung minggu pula, kira-kira lima juta pengguna berpusu-pusu menyerbu 300 pusat membeli belah yang terdapat di seluruh negara.
Sikap dan tabiat tersebut merupakan satu pendedahan yang mengejutkan dan menjadi punca mengapa pengguna di Malaysia tidak mampu menampung kos sara hidup yang terus meningkat.
Bukan itu sahaja, malah Gabung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca)mendapati kebanyakan mereka yang diisytiharkan muflis kerana hutang kad kredit adalah mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.
“Mereka ini tidak langsung memikirkan mengenai kesan dan akibat perbuatan mereka itu.
"Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah kewangan adalah golongan muda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk Paul Selvaraj dalam sesi perbincangan meja bulat bertemakan “Pertahankan Poket Anda” di Menara Star pada malam Selasa.
Justeru, Selvaraj berkata Fomca akan mengadakan forum pendidikan kewangan yang akan memberi penekanan kepada golongan remaja mengenai kaedah pengurusan kewangan yang baik.
“Dalam satu kaji selidik yang dijalankan, kami terkejut kerana ramai kanak-kanak tidak tahu langsung, dari mana wang datang dan kebanyakan mereka menjawab duit datang daripada mesin pengeluaran wang (ATM).
“Bukan itu sahaja, malah mereka juga tidak percaya ibu bapa mereka perlu bekerja untuk mendapatkan wang,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengurusan Kompleks dan Pusat Membeli- Belah Malaysia, H.C Chan berkata berdasarkan perangkaan yang dibuat menunjukkan kira-kira lima juta rakyat Malaysia melawat sebuah pusat membeli belah pada setiap hujung minggu.
“Di negara kita sahaja terdapat kira-kira 320 pusat membeli belah,” katanya.
Perbincangan meja bulat ini adalah anjuran akhbar The Star sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memberi peluang kepada para pembaca bersama-sama memperkatakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka seperti kenaikan kos kehidupan pada masa ini dan sebagainya.
Ahli-ahli panel lain yang turut mengambil bahagian dalam perbincangan ini terdiri daripada Setiausaha Agung Persatuan Rangkaian Peruncitan Malaysia (MRCA), Valerie Choo, , Pengarah Komunikasi Pemasaran Carrefour (Singapura dan Malaysia) Low Ngai Yuen, Pengarah NKRA/NKEA Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan JPM (Pemandu), D. Ravindran, Pengurus Kanan Pemandu, Phillip See dan Pengarang Eksekutif The Star, Datuk Wong Sai Wan.
Manakala peguam dan aktivis hak asasi manusia, Jonson Chong bertindak sebagai moderator. -mStar

2 comments:

opocot said...

Saya suka perati tabiat muda mudi (saya pon muda, tp jiwa dah tua :D) kat alam cyber ni. Dari blog dorang, ada setakat gaji 2k. Tapi baju, kasut, henbeg, makeup semua branded (bajet beli tiap bulan). Ni sebab tak mau nampak lekeh diantara blogger seangkatan. Terpikir gak saya, camna dorg manage financial kalau bukan CC yg tolong

trancedownloader said...

salam....sedih bila terpandang perkataan muflis..bankrup ni kak,apa pun x boleh!ni lah bahana nak sangat nampak harta,lastly slipar pun x dpt nak beli!!hidup sebagai org bangkrup ni memang sedih,,,,pandangan mata pun lain dari manusia lain,ala-ala grey scale la gitu...hihi....saya ni baru je dapat status bangkrup,tu pun lepas habis skolah dulu family pancing beli kreta baru..on jer la,,kete kluar my lovely abang sayang intan payung lenjan,,next mcm biasa jadi kete family la,kita dpt la round kekejap.sthun 2 ok lg,,,lebih msing2 liat mcm tnh liat nak bayar.saya plak msa tu kejer ngan family je.,family kong kita pun kongkang la jugak.kereta terus sorok.naik 2thun sorok,abg jual mcm jual pisang,so kini nama hangus rentung,mahkamah jemput dtg beraya x pegi,so dapat la status bankrupc ni..la ni saya anak pun dah 4,waran tangkap dah kluar,kejer x menentu,idea mcm buah rambai tapi duit modal tak der punca,dah try pjm along lastyear...tobat tak nak lagi,pernah bayar rm600 sehari,tiap hari x bleh tidak mesti bayar,kering rasanyer mengayakan cina lahanat ni,,kawan jgn harap lakan!semuanya sush belaka..keta merc pun ckp xde duit.sedara ada,doktor,lawyer...mcm2 lg ada pun sama je,bila mtk tolong dia halau buat muka setin je,bagi kita 50 hennget suruh cow ckp nak cepat,ada kes nak cepat gi bedah...mana nak ngadu ntah la,ahlong jugak....sampai anak yg kecik pun dah hafal nama along yg collect dpn pintu umah,,so whats next ah?jadi bandit la kot,,ada sesapa nak hire saya jadi apa2 plz email mantrance77@gmail.com im free all the time,keje x kesah apa,janji masyuk,bunuh org je tak!kalau jadi spy pun bleh huhuuhu equipment sume cukup!!KITA YG BUAT DIE KAN!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...