Sunday, October 30, 2011

JJCM ~ NASI KANDAR CRAVEN PENANG, BUKIT ANTARABANGSA













Najib Ibrahim - Bos Craven Cafe, Bukit Antarabangsa 



Apom manis, my favorite

Hari ni Kjee pergi lagi Craven Cafe, Bukit Antarabangsa setelah puas kami bertiga fikir nak makan kat mana. Tak nak pergi jauh2 sebab banyak kerja menanti kat rumah. Sekarang kan selain buat bisnes kedai online dah buat jugak bisnes Transfer Factor! Weh..lama2 boleh kurus lah kalau busy giler kan? Insya allah. Hehehe.

Mula2 kami ke Sakura Cafe. Tutup pulak, so Nadia suggest Cili Padi tapi dalam perjalanan, Kjee kata why not ke Craven Cafe, Bukit Antarabangsa. Unclepali dan Nadia suka sangat. She loves the Cucur Udang dan Unclepali of course nak makan nasi kandar. Kjee pula kecur teringat apam manis.

Sampai sana, nampak ramai kengkawan yang juga customer Kjee masa Kjee meniaga di Anjung Melawati dulu. Antaranya penyanyi Halil Chik yang bagitau sejak Kjee tutup gerai Kjee (Dapur Kak Jee), kini Craven Cafe pulak dah jadi dapur dia. Orang bujang lah kan!

As usual, duduk jer Nadia dah order cucur udang yang dalam menu tulis Cucur udang Tunku. Kjee dan Unclepali pergi ke section yang diletak lauk pauk nasi kandar. Kjee dah janji tak nak makan ayam lagi (nanti entry lain Kjee story why), so Kjee pilih kari kepala ikan Bawal sementara Unclepali ntah amik lauk apa, tak perasan.

Sedap gua cakap lu. Tak try, rugi!!!
Kemudian sampai di meja, Kjee order apom manis. Sambil makan nasi kandar selang seli dengan apom manis. Tak cukup, order 1 set lagi. Memang sedap. Must request garing punya, baru sedap!!

Ang then, Kjee ternampak taukeh Craven Cafe, Najib Ibrahim. Ini first time Kjee jumpa dia disitu. Beliau duduk dan Kjee mintak izin amik gambar.

Menurut Encik Najib, Craven Nasi kandar cukup popular di Penang sejak tahun 1920! In fact ia nasi kandar no 1 Penang dulu dulu. Tetapi sekarang dah jadi cerita lain. Bisnes Nasi kandar di Penang jatuh merundum sejak Tsunami tahun 2005. Customer mereka dulu termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman dan juga Tun Mahathir.

"Sebab itu cucur udang kami dinamakan Cucur Udang Tunku sebab apabila Tunku masuk saja kedai datok saya dulu, beliau akan mintak cucur udang," kata Najib.

Craven Cafe telah beroperasi di Bukit Antarabangsa sejak 2 tahun lalu dan beroperasi selama 24 jam. Tak susah nak cari Craven Cafe sebab ia sama bangunan dengan Giant Suppermarket Bukit Antarabangsa. Tetapi mengadap sebelah dalam. Sebelum di Bukit Antarabangsa, Craven beroperasi di belakang Petronas Ampang Jaya selama 4 tahun. Apabila sewa dinaikkan dari RM28,000 sebulan ke RM32,000, beliau terpaksa mencari tempat lain. Nasib baik dia pilih Bukit antarabangsa. Senang Kjee nak pergi. hehehe.

Apa ada di Craven Cafe selain Nasi Kandar. Bukan nak puji habis tetapi semua makannya sedap2 belaka. Dari nasi Goreng, Mi Goreng, Nasi lemak bungkus dan even agar2 biasa warna merah tu pun sedap sangat2.

Tadi kami tiga beranak makan 2 pinggan nasi kandar, dua set apom manis, 1 set cucur udang, 1 set kuih muih manis (kuih lapis dan seri muka) serta tiga gelas air, bil kami RM42.50.

Puas hati betul sebab sedap sangat. Sampai sekarang tangan Kjee masih berbau kari mereka yang enak. Semua resipi adalah turun temurun dari keluar Najib. Even masa zaman datoknya, neneknya yang masak. Kaum lelaki hanya membantu. Sekarang isteri Najib yang memasak sendiri resipi yang telah diturunkan.

Craven memang tempat berkumpul ramai orang popular termasuk artis2. So kalau korang ke sana, terumata malam2, insya allah boleh jumpa artis. Hehehe









7 comments:

Wattie said...

Salam Kjee,
Terbuka selera tengok makanan kat restoren tu

sharifah rosidah said...

Aku kalau ke craven tak
pernah makan makanan lain, selalunya hanya makan kueh mueh dan air je. SB selalu kalau kesitu selalu juga berborak dengan Halil Chik.

Kjee said...

lain kali ke sana, tak reti2 ker nak call aku?!!

Anonymous said...

wah... lama betui tak jumpa najip... dah botak heheheh... kjee bihoon singapore ada jual tak di carvan kl.. kalau dulu d penang, bihoon singapore & daging diaorang memang best

coklat~vanilla said...

kak jee, teringat zaman2 skolah sbb dok pi makan roti canai depa. sedap! tp mmg dh lama tak pi makan kat craven penang.

apom manis tu kalo kat sini kami panggil apom lenggang

Kjee said...

Oh tak pasti ada ke tidak. nak pergi tengok kalau ke sana nanti dan order. tq for info.

MAK TEH said...

masa muda2 dulu selalu mkn bihun craven A...kat Penang, agaknya itulah yg anonymous kata bihun s'pore tu kut...mmg sedap ..pecah kepala..nak mkn kena pagi2 ,lambat kalo habis...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...