Tuesday, October 18, 2011

MAY YOUR HOME BE SWEET ALWAYS, UMMI!


SIRI JEJAK BLOGGER MASAKAN #6

Home Sweet Home...Kjee suka sangat pilihan nama ini. Teringat masa muda2 dulu. Kjee ada satu frame gambar dengan kata2 ini... A House Is made Of Wood And Stone, A Home Is Made Of Love Alone. Itulah Home Sweet Home! Dan Kjee tertarik untuk ikuti blog Puan Ummi Zaihadi yang fokus mengenai Home Sweet Home nya!










Ketika menjadi silent reader HSH, Kjee tertarik menjejaki Ummi yang ramai label dia sebagai Ummi Kuantan. Sibuk melayani tugas di pejabat dan bergegas balik rumah memasak. Kjee pernah berada in her shoes dan Kjee tahu betapa penatnya beliau.

Tetapi, wanita yang sentiasa menguntum senyuman ini (Macamlah Kjee tahu. Tapi dalam gambar dia, sentiasa dia senyum), macam tak pernah ada istilah penat dalam kamus hidupnya. Kjee pasti di pejabat pun, dia mesti ramai kengkawan yang saban masa mahu mengorek rahsia memasak dan juga menjamah makanan yang dibawanya dari rumah.



Tengok lauk pauk dan kuih muih yang dihidangkan kat umah dia, seringkali buat kita kecur. Hebat sangat. Semuanya dia pandai masak! Sebut jer. Macam2 jenis makanan dia reti buat! Tabik springlah!! Begitulah kalau nak jadi chef yang bagus. Mesti tahu masak semua!

Siapa kata mereka yang tiada kelulusan dalam bidang kulinari tidak boleh menggelarkan diri mereka Chef? Chef maknanya cook atau tukang masak. So, mereka yang sama kapal cam Ummi, CMG, Azlita Aziz , MamaFaMi (sekadar menyebut beberapa nama), layak diberi gelaran Chef. Kan Kan kan? Chef At Home, kata Che Mat Gebu.

Kjee tunggu masa nak tengok pulak wajah Ummi kat TV mengendalikan rancangan masakan. Kat Radio dia dah keluar, kat Majalah dan berkali2. So, bilalah agaknya kita nak tengok Ummi kendalikan program masakan di TV atau sekurangnya jadi Chef jemputan!

Kjee seringkali membelek2 (eh melayari lah) setiap resipi yang dipost di blognya. Cara dia memasak, masih penuh dengan ciri2 wanita melayu yang memasak di dapur. Tak macam Kjee yang asyik amik shortcut.

Apapun, Kjee yakin wanita seperti Ummi tidak akan duduk diam setelah pencen nanti. Mungkin sekarang pun dia dah plan macam2 untuk hari tuanya. Jangan persia2kan bakat yang ada. Mungkin boleh buat kelas masakan. Jangan bukak restoran. Amat memenatkan. Bila dah pencen, tak perlu lagi buat kerja2 yang meletihkan. Be a lady of leisure!

I wish you all the best dan moga sukses selalu mendampingimu. May your home be sweet always, Ummi. Insya Allah.

Ampun Ummi, Kjee ambil gambar dari blog tanpa kebenaran. Raya Haji nanti mintak maaf yer. Hehehe.



Ya Ampun...ini kek air tangan Mat Gebu tau! Tapi apsal Kjee jumpa dalam blog Ummi? Jgn saman ya Che Mat!!

9 comments:

sharifah rosidah said...

Aku tabik spring orang macam Umi ni , bak kata kau kita pun dulu bekerja dan tahu macamana balik kerja berebut kena masak untuk suami dan anak2. Aku pun bersyukur banyak2 kat SB sebab dia lah aku bersungguh belajar dengan mak, sebab SB makan nak sedap je dan lebih suka makan dirumah.

Cuma sekarang kami kurang makan dirumah kerana sentiasa outstation bersama, tapi kalau tak kemana mana kami lebih suka makan dirumah. Jadi chef untuk suami lagi puas hati kan jee.

Oh Oeya said...

Mengenali KaK Ummi Home Sweet Home hanya melalui blog sudah melahirkan perasaan mesra dan sayang pada beliau seperti saya melayari blog Kak Jee ini.
Semoga kalian sihat sejahtera, bahagia dan terus memberi ilmu melalui blog.

AZLITA AZIZ said...

Ita pun suka gi blog kak Ummi.. seorang wanita yang cukup hebat di mata ita..

Bloger masakan yang cukup ita sanjungi bakat dan kebolehannya..

Semoga kak Ummi teruskan bakatnya dalam bidang masakan Good Luck untuk kak Ummi!

MamaFaMi said...

Wah, kita sukalah phrase "A House Is made Of Wood And Stone, A Home Is Made Of Love Alone" Kita cilok ye Kjee. Nak buat apa... tak tahulah.. ahaks...

Kjee, mohon maaf ye, kita nak beritahu ada sikit kesilapan kat entry Kjee ni. Yang gambar Kek Mocha Devil kat majalah Jelita bulan Mac tu, Mat Gebu punya, bukan Ummi. Nanti Mat saman plak! Hahaha.. tak de makna Mat nak saman sebab Ummi tu kakak kesayangan dia tu... hehehe...

Apa-apa pun, memang tak dinafikan setiap patah perkataan yang Kjee coretkan perihal Ummi adalah benar semuanya. Ummi the wonder woman! Begitu juga dengan Kjee... walaupun sibuk dengan tugasan masih punya masa untuk memasak untuk famili.

Ummi said...

Assalamualaikum K.Jee....Aduhaiii segannya baca entry ni tau...pujian terlampau sangat tu k.Jee..Apa yg Ummi paparkan di blog adalah ikhlas untuk berkongsi dan memeriahkan dunia masakan alam maya ni...Rasanya x sanggup dah nak pergi jauh sampai ke tv la pulak eh...tp tu la..kita merancang, Allah menentukan... Tp kalau bercakap dr segi keupayaan sekarang ni, x terfikir la ke situ..maybe xdan nak fikir kot sbb bz di dua alam ofis dan rumah nih! Hehee.. Apapun Ummi berkongsi sekadar termampu dan terdaya...insyaAllah. Tp satu hari kena stop jugak, nak bisnes x larat, nak goyang kaki jek la ni pun...hehe..

Apapun Ummi sangat terharu dengan keikhlasan k.Jee bertegur sapa dengan Ummi di alam maya nih..moga ada jodoh kita berjumpa eh! Terima kasih yg tak terhingga kerana memilih blog HSH untuk segmen Jejak Blogger Masakan ni...all the best jgk untuk K.Jee dan semoga sihat walafiat selalu hendaknya...
(*psttt - kek mocha tu nsb baik k.Jee terambil resepi CMG tuh...tp dia xkan marah Ummi..hahaha..x boleeeyyy maraaahhnyaa...hehe...) Kalau gambar org lain, ntah laa...hahahhah..

Muuuaahhhhhh 1000x buat k.Jee..!

Ms Ef Abas said...

Kekadang terfikir macamana blogger masakan ni boleh jadi begitu committed i.e. kena masak selalu (sb nak update selalu), lepas tu nak ambik gambar lagi...

salute!

Kjee said...

dalam banyak2 komen, nak komen Ms Ef Abas jer sebab Kjee sibuk sangat.

Itulah Ms Ef, blogger masakan ni melakukan semua ini sebab passion mereka kepada masakan. Bukan niat nak menayang kehebatan! Hanya nak kongsi dengan sesiapa sahaja yang sudi.
Sebab itulah mereka terlalu sensitif kalau ada yg komen bukan2. Sedarlah sebenarnya bukan senang orang nk kongsi resipi dengan orang lain!! Free pulak tu.
So yang ada virus PHD dalam darah mereka, please jgnlah menyakitkan hati sesiapa. Kalau dah tak ada tempat lain nak 'melalak', duduk dalam bilik mandi dan menjerit sepuas2 hati!! Mungkin cara itu, boleh jadikan anda manusia yang lebih baik selepas itu, Insya Allah.

Ryo Azhar said...

salam kje...
blog ummi salah satu blog pilihan ryo jugak....suka terjah belog2 GMM...tapi ryo kesal sbb leh tengok jer.agaknya bila kak ummi nak masak untuk ryo nih!hahahahhaa

Ummi said...

To Ryo - Hahahaha...takut akak nak ajak Ryo makan, sbb Ryo pandai masak, mst pandai komen...adeeeiii...Apapun, jika ada peluang, seronok jek nak jumpa semua geng masak2...wpun ntah ada yg x suka pun nak jumpa akak...wakakaka

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...