Saturday, October 15, 2011

SAUNA PERCUMA! MANA ADA? JANGAN GORMAL YER...


Ini home sauna - semua foto Kjee google

Isyhh mana ada bende2 percuma lagi sekarang ini! Semuanya kena bayar. Masuk tandas awam pun sekarang dah 50 sen! Ada tempat sampai singgit. Kalau nak barang free, adalah..air hujan. Sediakan baldi jer! Hehehe.

Kjee ni dah kekenyangan ni. Baru balik dari makan bersama adik ipar, Haji Amir, anak2nya Aimran, Aizran dan Aifran serta adik Kjee,  Faridah. Haji Amir belanja makan  kat Ampang Yong Taufoo depan Hospital Ampang Puteri. So bila dah kenyang, mulalah melalut. Dan bila dah kenyang, menyesal pulak makan banyak2. Masa tu juga fikir bilalah nak kurus camni!

Kjee pernah ke sauna camni. panas giler!!
Tadi masa Kjee buat entry pasal ubat kurus, ada fren (Jesz) komen kata baiklah Kjee beli alat sauna. Harga antara RM480 hingga RM680. Kalau saiz badan macam Kjee tu agaknya kenalah beli yang harga RM680. Ini Kjee yang kata bukan Jesz. Kalau dia kata cam tu mau hangin aku. Kata Jesz, duduk dalam sauna 30 minit jer sehari, boleh kurangkan 400 kal setiap kali!

Terjerit Nadia mendengarnya. Tapi dia kata kalau dah kurus nanti flabby pulak badan. Eh kan Mama dah belikan Elliptical Trainer (mesin excercise ala basikal) hari tu. Kopak RM2,500. Jadi gunakanlah pulak benda tu untuk mantapkan bahagian2 badan yang dah flabby! Amboi pandainya aku bagi nasihat. Sendiri cermin lu punya badanlah! 

Eh bila pulak Kjee nak cerita pasal sauna free ni? Eh betullah lah. Terlupa pulak.

Hari tu Kjee pergi rumah abang Kjee (Ahmad Fauzee). Abang Kjee ni memang health freak. Makan punyalah bercatu, exercise tak pernah lupa sampaikan ada jiran dia bagitau Kjee, bulan Puasa pun dia pergi jogging. Hmm patutlah dia nampak lebih muda dari kjee!  Cis...tak boleh jadi ni!!

Sauna komersil guna arang
Kjee pun ceritalah dengan abang masalah tak boleh jogging sebab Kjee bukannya sihat sangat nak berlari. Kata abang Fauzee, pergilah sauna. Sure boleh kurus punya sebab cara berwap akan pecahkan lemak dan keluar peluh banyak.

Hmm maleh pulak nak gi sauna. Lagipun, bukan murah belanja. Khabarnya sekali pergi RM10 hingga RM20. Kena buat hari2 kalau nak dapat kesan yang cepat. Sebulan dah berapa!! Kemudian Kjee bagitau dia nak beli sauna. Abang Fauzee kata jangan nak membazir. Ikut cara dia. Sauna percuma!!

Korang tahu apa sauna percuma tu? Jeng Jeng Jeng...rupa2nya sauna tu, kat depan rumah jer. Duduk dalam kereta sambil bukak tingkap sikit. Jangan pasang aircon tau! Hah korang tengok nanti banyak mana peluh akan mencurah2 keluar!! Tapi Kjee rasa kena lapik dulu kerusi kereta dengan plastik dan kain supaya peluh tu tak meresap masuk ke dalam kusyen kereta! Takut badan kurus, kereta pulak bau hapak dek peluh yang keluar berbaldi2!

Hah tu dia cara nak kuruskan badan tanpa perlu pergi jauh dan keluarkan belanja yang banyak. Tetapi...hah mesti ada tetapi ni...rajin ke nak buat?!! Sanggup ke duduk dalam kereta dan berpanas cam tu?

Kjee kena disiplinkan dirilah macam ni kalau tak nak keluarkan belanja RM680 beli alat sauna tu. Amacam, korang sanggup?!!!

5 comments:

Along Maklong said...

kjee..
maklong selalu bersauna kat dapur maklong yang terkohop ni.. dapur kecik.. udara panas susah nak keluar.. berpeluh2.. bila tak tahan pasang kipas jugak.. hahaha..

Kjee said...

salam maklong. depa kata peluh yang keluar cam tu tak sama cam kat sauna atau buat dalam kereta? wallahualam!

sharifah rosidah said...

Aku setuju dengan nasihat abang fauzee tu, buat apa nak membazir jee, baik kau pergi jalan dengan duit sebanyak tu. Aku dah tengok 2-3 orang sedara sb beli mula2 baru beli rajin masuk dua bulan je sauna tu dah duduk dalam stor.

Cik Kamoo said...

Idea yg bernas! boleh diikut.

Atau pun boleh juga masak air, then masukkan air panas tadi dalam baldi, baldi yg berisi air panas letak bawah kerusi yg akan kita duduk. Duduk atas kerusi yg dibawahnye ada baldi air panas tu dan ambil kain selimut terus berselubung.

Lagi bagus kalau air berkenaan direbus sekali dengan serai wangi.

opocot said...

Kjee g survey kat salon supplier ie Veeman, Magicboo dll harga sauna ni. Sekarang dah RM200+ shj. Serum utk kulit muka yg mahal kat salon, kat kedai camni jauuuhhh sangat murah. Balik buat sendiri saja.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...