Wednesday, November 30, 2011

BOLEHKAH PERCAYA KAEDAH MODEN TENTUKAN JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN?


album google


Pagi ini Kjee tersenyum sinis apabila baca akhbar online mStar dan terbaca berita hiburan mengenai aktor Que Haidar dan isterinya Linda Jasmin begitu teruja apabila doktor memberitahu kandungan Linda, 95 peratus anak perempuan! Insya Allah.





Kjee ada cerita jugak tau...hmmm serius ni. Ini bukan cerita poyo. Dan bukan terjadi pada orang lain tetapi diri Kjee sendiri.

Masa tu Kjee mengandungkan Nadia. Maklumlah, selepas ada anak lelaki, Kjee teringin sangat nak anak perempuan. Dan Kjee pun amalkanlah petua orang Jawa yang mak mertua Kjee ajar. Pasti korang ingat lagi kan petua yang Kjee ajar dulu. Tetapi maaf sebab Kjee dah padam entry tu sebab ada seorang pompuan yang belum berkahwin menipu Kjee kata dia dah kahwin dan minta petua itu. Sedangkan Kjee dah kata siapa yang nak tahu, private mesej Kjee dan Kjee akan bagitau. Syaratnya dia mesti sudah berkahwin. Tak apalah itu kisah lama.

Well, berbalik kepada kisah Kjee tadi. Ketika itu mengandung kali kedua. Kalau tak silap Kjee, apabila masuk kandungan ke usia 6 bulan, Kjee pun pergilah scan. Doktor kata bayi yang Kjee kandung anak lelaki. Siap dia tunjukkan 'telor' bayi yang Kjee sedang kandung tu dalam monitor scanner tu.

Ketika itu, Kjee betul2 kecewa. Sebenarnya, kita tidak seharusnya kecewa sebab segala yang berlaku itu atas kehendak Allah swt. Tetapi sebagai insan Allah yang kerdil dan jahil, Kjee tidak boleh mengelak daripada mempunyai sifat2 seperti itu.

Baby yang Kjee kandung jugak lasak. Posisinya tiap kali berubah. Dan Kjee pun pergilah ke seorang makcik yang pandai untuk kembalikan baby dalam posisi sepatutnya supaya Kjee tidak kesakitan. Makcik tu pegang perut Kjee dia kata anak Kjee ni Hero. Seorang lagi kata anak lelaki, kata Kjee dalam hati.

Akhirnya Kjee pasrah dan redho. Kjee memang sudah sediakan nama Farah Nadia sejak Kjee bernikah dengan abah Nadia. Tup tup keluar anak lelaki. So terpendamlah hasrat itu. Kemudian apabila mengandung kali kedua, Kjee terlupa nama Farah Nadia yang Kjee dah prepare dulu. Lalu Kjee kata kali ini kalau anak perempuan nak namakan dia Siti Khadijah.

Bagaimanapun, apabila doktor dan mak bidan kata anak lelaki, Kjee dah macam tak kisah nak sediakan nama untuk anak lelaki. Kjee beritahu suami Kjee, kalau anak lelaki, biarlah dia saja yang namakan.

And Then, tiba hari melahirkan anak kedua Kjee. Masa mengandung kali pertama, Kjee lahirkan anak Kjee secara induce dan guna forceps. Kali kedua, doktor Kjee kata dia nak Kjee rasa melahirkan secara normal. Kjee tak tahu apa nak expect tetapi proses melahirkan anak kedua cukup teruk. Orang tua2 kata bersalin kembar darah. Omputih kata placenta previa ( betul ke tidak ejaan). Maknanya pendarahan yang teruk ketika bersalin dan Kjee hampir2 mati kerana terlalu banyak darah keluar.

Anyway, selamatlah Kjee melahirkan dalam keadaan kesakitan yang amat2. Masa tu terlalu lemah untuk mengetahui keadaan dan jantina baby. Kemudian doktor menjerit ucap tahniah kata baby Kjee perempuan! Kjee dah longlai. "Janganlah main2 doktor. Saya sakit ni!!"

Kemudian doktor bawak anak yang baru lahir kepada Kjee. Terkejut besar Kjee melihat bayi yang montel tu...sah perempuan!!! Kjee terus menjerit sekuat2nya nama FARAH NADIA!!! Dan selepas itu, terus Kjee keluar darah tanpa henti. Lahirkan Nadia pada jam 5.30 petang dan pukul 12 malam masih di atas katil besi dalam bilik bersalin kerana tumpah darah!! Darah tak henti2 keluar!! Setiap sejam Kjee diberi suntikan di peha untuk hentikan darah.

Ahhh tumpah darah tu kisah lain. TETAPI apa yang Kjee ingin paparkan di sini ialah, kita harus mempercayai kuasa Allah swt!! SEPANDAI2 MANUSIA DAN SECANGGIH2 PERALATAN, KUASA ALLAH SWT MELEBIH SEGALA2NYA!! Dah scan dah dan nampak 'telor'. Bidan dah pegang dah perut, kata Hero!

Begitulah kisah anak yang Kjee kandung bernama Farah Nadia! Kjee rancang nak bagi nama Siti Khadijah. Nama Farah Nadia dirancang sebelum itu kalau anak yang sulung dilahirkan perempuan. Tetapi rupa2nya, kita hanya mampu merancang. Allah swt memang sudah sediakan nama Farah Nadia untuk Nadia walaupun Kjee cuba menukarkannya kepada nama Siti Khadijah. Wallahualam.


20 comments:

  1. sy pn penah dgr cite macam ni kak.. dia scan anak lelaki tp kuar perempuan ^_^ apepun semua tu kuasa Allah.. scan cangih pun belum tentu jantinanya kan.. sy bersalin dulu pun kembar darah.. memang pitam sokmo ^_^

    ReplyDelete
  2. kuasa Allah, tiada siapa yang boleh menyangkal.

    ReplyDelete
  3. saya pun cam kakjee juga,lepas dapat anak lelaki,kandungan kedua saya berharap benar dapat perempuan, siap dah sediakan nama. Bila scan, doktor cakap boy juga, jumpa ramai orangpun semua cakap anak lelaki (ikut pemerhatian dan pengalaman dioranglah), cuma mak mertua sorang ajer yang cakap baby perempuan.Lastly , dah malas nak fikir, cuma berdoa agar sihat dan sempurna aje. Dan Alhamdulillah, baby girl yang keluar. So dah dapat sepasang, lepas nie tak kisah lagi boy atau girl.

    ReplyDelete
  4. Assalam kjee,sy teringin nak tau petua2 tuh,kita hanya berusaha kan,Tuhan yg memberi,kalo da rezeki leh juga dpt seperti jantina yg kita nak..

    ReplyDelete
  5. placenta previa boleh deliver via spontaneous vaginal delivery ke? most pt c-section jer. sbb uri tu ade dekat pangkal rahim. dia block kt situ baby nk kluar x boleh. anway, alhamdullilah kjee selamat bhy jugak ye tumpah darah, boleh bawa maut

    ReplyDelete
  6. Salam maal hijrah Kjee,
    Saya ni dah bermacam2 petua sy ikut, sampai berderet deret jadinya, semuanya lelaki. Akhirnya saya pasrah, kita hanya merancang, tp Tuhan Yang Maha Esa yang menentukan.

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah. tadi ada fren FB, sue arshad tulis kat wall FB Kjee beritahu dia follow petua Kjee beri dan kini dia sedang dalam pantang 15 hari dapat anak lelaki!!! suka sangat dia!!

    ReplyDelete
  8. wahh...kak jee minta petua untuk anak lelaki dan anak pompuan bleh tak....?? nak kongsi dengan biras2 dan ipar2....terima kasih...

    email saya yer...:-

    dila12379@gmail.com

    ReplyDelete
  9. as-salam kak jee, kisah kak jee ni macam saya pregnantkan anak kedua. anak pertama saya perempuan. bila pregnant anak kedua, 2 3 kali scan, doktor dok kata anak pempuan juga. orang dok tengok bentuk perut pun kata anak pempuan juga. saya ni, memang pasrah jugak dan agak kecewa..sebab dalam hati kalo boleh nak lelaki..tetapi apakan daya..saya redha.. sekalik, masa kat labour room..yang keluar baby boyyy..terkejut husband sayaa.sebbaik dia ada kat sebelah masa saya melahirkan anak, kalo tidak, mesti dia kata tertukar baby..
    alhamdulillah..kuasa allah swt semua tuuu..

    ReplyDelete
  10. Saya pun ada pengalaman camtu juga Kak Jee.Anak pertama memang betul bila doc kata lelaki. Tapi anak kedua,saya memang yakin perempuan sb saya lembik semacam,mabuk sampai bulan ke 8 dan rasa kecewa juga seperti akak bila doc kata lelaki. Saya siapkanlah nama lelaki walaupun saya memang dah simpan dalam hati nama perempuan yang saya rancang sebelum saya mengandung lagi. 2 hari sebelum bedah (sb saya ada masalah darah tinggi dan kencing manis serta sejarah pertama bersalin pun kena bedah) doc scan lagi dan bagitau perempuan. Saya siap tanya lagi doc tu camna boleh tau.Dia tunjuklah gambar scan tu..hehe..segan pula kat doc tu sb tak percaya kat dia.Doc pakar pula tu.hehehe..tapi masih juga tak menaruh harapan... Last2 bila lahir doc tunjuk anunya kat saya (bius separuh) barulah saya rasa gembira dapat anak perempuan.Sekarang dah sepasang,cukuplah..

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Jee,sy jg berharap agar apa yang Kak Jee alami menjadi tanda kekuasaan Allah pada zuriat sy kali ini. Kalo diizinkan sy jg ingin petua dari Kak Jee. Moga doa sy didengari n dikabulkan.

    ReplyDelete
  12. salam kakjee....skrg sy sdg pregnant anak yg ke 4..3 anak yg sedia ada ni lelaki...so yg ke 4 ni mmg berharap sgt la dpt baby girl....sy harap kak jee sudi share dgn sy petua tu...ye la,wpun sumenye ktentuan Tuhan,tp sbg hambanya,x salah kalo kta mncuba...ni emel sy : rotigardenia371@gmail.com...thanks kakjee...

    ReplyDelete
  13. Maaf. Petua ini hanya utk org yg belum pregnant.

    ReplyDelete
  14. kakjee, tlgla kongsi,,
    sy btol2 nak tau pehtua tu..nak sgt boboboi
    nih..

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Jee, bila cerita bab jantina ni, dulu saya amat berkobar2 dgn petua2 yg diberi tapi apabila setiap anak yg lahir ke dunia ini sama, saya pasrah, redha dan insaf akan kebesaran dan kekuasaanNya. Walau macamanapun kita usaha jika Allah tidak izinkan.Maka tidaklah. Namun tidak salah kita berusaha kerana Allah sendiri menyuruh umatny agar tidak putus harapan. Begitulh juga saya yg baru2 ni dpt baby boy yg ke-5.Kalau bawa anak2 keluar rumah org sekeliling berpandangan,berkata2. Saya tau apa mereka fikirkn. Jgn dikisahkn mereka. Yg penting kita bahagia dgn keluarga kita dan berazam mendidik hero2 dgn ilmu akhirat terutamany. Ingin juga mencuba petua kak Jee jika kak Jee tidak keberatan ini email saya isafura@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. Salam... kjee. Sya jga ingin plan tuk hamil yg ke3.. ingin jga petua utk bby girl... andai tdk kbrtan ini email sya...
    aiencrispy@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. Slm kjee..syok dgr pglman org..sblum ni sye dh ada 2 org ank boy..hjat tringn nk timang girl plak yg ke 3 wlupn yg ke dua tpksa pasrah atas ktentuan Allah..mga yg akn dtg girl le plak..cz suke tgk bju girl yg comel blak..mta kjee kongsi ptua sikit..yanadamia@ymail.com or pm fb YANA DAMIA..tq ;-)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Kjee,
    Saya berharap Kjee sihat dan bahagia disamping anak2. Saya teringin nak dapat baby boy untuk second baby saya. Masa mula2 mengandungkan anak first saya berharap sangat dapat baby boy, tapi kuasa Allah swt, saya di kurniakan anak perempuan yang kini berusia 6 bulan.
    Boleh ke sekiranya saya ingin mendapatkan petua Kjee..boleh ke Kjee emailkan di alamat email saya - nieyra@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Cepat Hamil.

    ReplyDelete
  20. Salam kjee.. bole share petua tue? Nie email sya mizgeneration92@gmail.com

    ReplyDelete