Tuesday, November 1, 2011

KITA BERJAYA KALAU ADA USAHA DENGAN IZINNYA


semua foto ehsan google 

Kjee dah agak. Mesti ada mulut longkang yang tinggalkan komen yang bukan2 apabila Kjee sibuk mewar2kan mengenai produk suplimen Transfer Factor. Terkedu Kjee baca komen seseorang yang menggunakan nama Kak Jenab yang Kjee tak kuasa nak publish.








Dia pertikaikan kononnya Dato Hafifi mungkin kena kanser kulit so senanglah baik. Kalau kena kanser paru2, sure cepat mampew (mampus?). Itulah perkataan yang digunakannya. Maaflah Kak Jenab. Awak sebenarnya komen sesuka hati tanpa baca betul2 apa yang dalam entry Kjee kat sini

Itulah masa sekolah dulu kan kita kena dengar cakap cikgu. Cikgu kata mesti baca betul2, baru boleh jawab soalan. Kalau tidak, tentu kita jadi bahan ketawa.

Entah di mana si Kak Jenab tu baca yang Dato Hafifi kena kanser kulit. Beliau kena kanser hidung atau bahasa saintifiknya  Nasopharyngeal. Kanser itu telah merebak ke belakang telinganya dan hampir menular ke otak. Itu tak serius ke?

Kjee call Dato Hafifi supaya tulis mengenai penyakit dan penderitaannya ketika bergelut dengan kanser hidung. Beliau kan bekas wartawan justru bab menulis ini sudah menjadi darah dagingnya. Tetapi Dato Hafifi kata, biarlah apa orang hendak kata. Yang penting dia sudah sihat dan mahu bantu orang lain menjadi sihat sepertinya.

"Lagipun, saya tak nak orang kata oleh kerana saya menjual produk ini, saya promote sesuka hati," katanya tenang.

Kjee tidak pernah menyatakan yang produk ini 'macam serba boleh' (quote and unquote Kak Jenab). Tetapi setiap kali menulis, Kjee tidak pernah lupa mengingatkan semua bahawa keberkesanannya adalah dengan izin Allah swt.

Kita harus berusaha untuk melakukan apa yang kita mahu. Kalau tidak tak ada duit, kita usaha dan kerja keras. Kita sakit, kita usaha cari penawar. Apakah kalau kita guna ubat doktor/hospital, maka kita dijamin akan sihat?

Ada seorang kawan Kjee. Dia kena kanser kulit. Pergi berubat di Perancis. Siap dapat sijil yang mengesahkan dia sudah pulih tetapi sekembalinya di Malaysia, penyakit itu berulang. Dia habis hampir satu juta ringgit!!

Dalam konteks ini, kita tidak seharusnya menganggap apa jua penemuan sains yang membawa kepada kebaikan, bermusim (quote and unquote Kak Jenab). Dia kata kalau habis musim senyaplan ubat itu.

Kjee tak ada pun paksa sesiapa beli atau mencuba Transfer Factor. Komen2 yang ditinggalkan oleh mereka yang pernah mencuba produk ini, di blog Kjee, membuatkan ramai menelefon Kjee untuk mendapatkannya!  Kjee tidak paksa atau bayar mereka supaya mengaku dan tinggalkan komen bahawa produk ini bagus.

Jadi Kak Jenab, be positive. Awak tidak pernah mencuba lagi produk ini sebab itu awak boleh komen sesuatu yang boleh menimbulkan sangsi di hati orang lain. Saya cabar awak...kalau awak kena kanser, pasti awak berkeliaran tak cukup tanah mencari apa jua ubat atau produk yang boleh menyembuhkan penyakit awak.

Seorang pesakit kanser pernah beritahu Kjee (kini dia sudah arwah). Kalau ada orang kata tahi kambing boleh ubatkan kanser aku ni, aku berani makan! Begitulah terdesaknya seorang yang mengidap penyakit kronik!

Harap2 orang macam Kak Jenab tak payahlah singgah di blog ini atau meninggalkan komen. Kan Kjee dah kata, kalau tak ada kerja, rendamkan kepala dalam lubang tandas dan flush!

NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. FARAH NADIA BT MOHD NOH (7351002)
  3. HISHAMMUDIN B. MOHAMED ZANYUIN (7405511)
  4. FARIDAH ABD SAMAD (7480143)
  5. PAZELI BIN ISHAK (7325368) 

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)

24 comments:

Anonymous said...

subhanallah....semuanya dari allah...x payah layan orang gilos mcm ni...

Anonymous said...

Salam,
chill kak jee,xmo geram2..nnt tido tmimpi Hantu Kak Jenab Balik Umah..hahaha
Sy x pertikaikan TF ni, mgkn bagus (mgkn sebaliknya)
Cuma sistem MLM yg di guna pakai utk promote produk2 ni buat sesetengah org fikir negatif.
Mgkn serik sbb pernah tertipu. (Terlalu bnyk kes penipuan MLM)
Ini cuma pendapat sy jer, x bias mana2 pihak.
Harap Kjee xterasa.. Sekian

Kjee said...

salam. sebab itulah 4Life (Malaysia) tidak pernah memaksa sesiapa menjadi ahli. terima kasih.

Anonymous said...

Salam.

saya minta maaf jika komen yg saya tinggal buat kak jee hangat satu badan. bukan niat saya nk salahkan kak jee sbb promo. spt yg saya ckp saya agak prejudis. sbb berdasarkan pengalaman peribadi. tak sangka pulak sampai ade satu entry khas utk saya, belum pernah lg nih org buat entry. mcm ni lah. masing2 ade hak utk ikhtiar. saya ckp macam tu, sbb saya ada kawan yg bapanya mengidap cancer paru2 tahap 4, sebagai seorg yg berada dlm bidang perubatan, saya x mahu kawan saya berharap dgn supplement2 begini. namun tak salahkan kita berikhtiar. Allah yg menyembuhkan. Mungkin saya terlepas pndang bhgian itu.

Teruskan lah usaha murni kjee itu. maaf skali lg.

Kak jenab

Kjee said...

terima kasih Kak Jenab kerana komen awak yang terdahulu (yang Kjee padam) telah memberikan idea kepada Kjee untuk membuat entry ini.
Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir Batin.

~~zAnAfAhMi~~ said...

Kjee...mcm2 kerenah manusia, mcm2 pendapat. Sabar je la ye, nanti Kjee tambah sakit kalau fikirkan benda2 ni.

Rashidah Zainal said...

teruskan usaha kak G..even buat kimo n laser pn blom tntu baik cancer niih kak G..itu pn part of usaha gak kaaan..kot kot ubt yg kak G promote bole sembuhkan org..mner ler tau kan..sumer tuuh kan kuasa ALLAH SWT..kter niih sape..lgik pn ALLAH SWT sruh kter brusaha kaan...kalo dh try n tk sembuh gak maknanyer masa kter dh tber utk brtemu ALLAH SWT..sbb tkala saat itu smpai..wlau sesaat pn iyer tidak akn lewat...tpi yg pnting kter sudh brusaha

zurina said...

terbaek kak jee

Anonymous said...

Insya Allah, kita kena berusaha dan berusaha, selebihnya bertawakal kepada Allah Yang Maha Besar dan Maha Kaya.
Z.

Anonymous said...

salam kak jee .. saya suka cara kak jee mempromo TF .. bersahaja dan membuat org berfikir ..tiada paksaan .. malah tidak ambil kesempatan ..dan yg pentingnya ada keikhlasan ..

hana ..

Anonymous said...

4life dan diedarkan di lebih 60 negara. Produk ni pada awalnya tak masuk ke negara yg mereka anggap mundur. Sebab tu mereka masuk ke Singapura dan kemudian ke Msia..negara ke 54 produk ni masuk...Saya pun ada byk masuk MLM...tapi yg kelentong orang dan bungkus adalah yg asal usulnya syarikat dr Msia. Produk 4life nii dr Amerika,...kalau tak bagus tak kan Russia benarkan ia digunakan di semua hospital kerajaan di Russia..orang putih ni pemikiran mereka terbuka...bukan nak cari untung dan bersaing tak tentu pasal. Ia bukan kilang buat ubat tapi syarikat penyelidakan perubatan. Apa pun tak kesah...janji halal dan penyakit sembuh. Mak saya hilang kencing manis, mak mentua yg sakit saraf, solat duduk dah pulih macam biasa, pak mentua yg gaout dah boleh pakai kadut, makan sea food, anak semput dah tak payah pakai puff dan mesin neubelizer...apa nak kecuh...janji semua sihat dan dah tak bayar hospitall dan doktor lagi..lagi pun ubat hospital semuanya dadah san kia yg merosakkan buat pinggang.

zuwaidah said...

hangat topik kali nih, tu la bak kata perpatah kerana mulut badan binasa. Kak Jee, tak pa, biaq depa nak kata apa pun, saya tetap suka dgn kak Jee dan sokong Kak Jee.

Anonymous said...

kak G, saya pun guna ubat ni baru 2 minggu. cuma nak tanya pendapat peribadi kak gee, berapa lama kak g ambik, kak g rasa kesan dia?

sharifah rosidah said...

Adoi kak jenab oi, kalau tak nak beli baca jer dan tak payah komen apa-apa. Bawak bawak bersabar jee, lantak lah kak jenab tu jangan dilayan.

Ijahans said...

kak jee, ija pernah baca blog satu doctor yang hentam almost all sorts of MLM .. so may be she's from follower tegar doctor tu kut

Nevermind... ignore that

Kak Jee.. ija attended 1 talk given by Dato' Dr Abdul Aziz Yahya from Prince Court Medical Centre

He said " jgn tanya kenapa kita dapat penyakit, itu sudah tertulis. Tapi bila kita dah ada penyakit, kita ikhtiar. Ikhtiar dengan apa cara"

ija hanya pegang kata kata tuh

Ija follow blog moon punyer blog, cerita tentang biras dia yg menderiat kanser otak. Hospital dh give up dan dia ikhtiar dgn Transfactor dan Mona vie.. Tindakbalas dia amat amat baik.. di samping rawatan alternatif.

Bg ija, apa yang kak jee buat sekarang ialah satu Pengkongsian.. berkongsi dgn rakan2 tentang kejayaan kak je mangatasi masalah kesihatan kak jee..

Penyudahan pada kehidupan ialah kematian tp tidak salah kalau kita ikhtiar untuk menikmati kehidupan bersisa ini dengan sedikit rasa sihat rasa kuat demi untuk melawan penyakit dan untuk hidup gembira dgn org tersayang .. betul tak?

Salina said...

Dear Kak Jee,

Just want you to know that I love reading your blog. Keep up the good work =)

ZurinaZ said...

sabar jer la kak gee.....mulut org tak boleh ditutup....buat je apa yg k.gee rasa elok....

tommy hilfiger said...

kak jee... post bab2 makang sudoh lah... supplement2 ni kak jee buh tepi la hahahha ade tmpt makan baru ker kak jee???

Kjee said...

tommy hilfiger, kalau nak tengok resipi pergilah ke blog masakan. Kjee tak paksa korang singgah sini. aku tulis apa aku suka bukan apa korang suka!

Anonymous said...

assalamualaikum..

saya bukan pengikut MLM.. tapi bagi saya, setiap manusia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu.. macam kak jee cakap, nak duit kena usaha cari duit.. kalau sakit, kena berikhtiar untuk mencari ubatnya.. asalkan halal, apa salahnya kita mencuba..

tepuk dada tanya selera.. tak payah nak condemn mana2 individu atau produk.. kalau rasa nak cuba, then cari duit n cuba.. kalau taknak cuba.. dok dendiam and tengok je.. sapa yang taknak sihat & bahagia kann...

~nana~

Anonymous said...

keep it up Kjee

elly said...

sekurang2 nyer ada jugak ikhtiar .... dari kondem sini dan sana...

Anonymous said...

kak jenab tu jeles sbb dia x glamor cam kak jee hahahahahahhahaaa
Aishah Dollah

ct R miena said...

kak jenab.. ooo kak jenab.. kalau product ni x berkesan.. idak ler kami sibuk bercerita.. sharing is caring.. kalau xberkesan utk kita.. insyaAllah.. mungkin berkesan utk org lain.. yg penting be positive... open minded.. dan kalau sakit, berikhtiarlah utk cari penawarnya...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...