Wednesday, November 16, 2011

DON'T TAKE YOUR HEART TO HEAVEN, YOU NEED IT HERE, TAGLINE KEMPEN ANTI SAKIT JANTUNG



Ini bukan cerita rekaan. Tetapi pernahkah seorang insan yang bukan Islam beritahu korang, kalau nak ubatkan kemurungan, keresahan atau stress, solatlah! Kalau tak cukup dengan solat wajib 5 kali sehari, buatlah solat2 lain. Mungkin dia tidak faham kita ada banyak lagi solat lain selain wajib seperti solat sunat, hajat, istiqhorah dan Tahajud.

Kata2 ini Kjee dengar semalam sewaktu mengikuti ceramah mengenai Penyakit Cardiovaskular atau sakit jantung/stroke oleh Dr S S Tamilselvan di pejabat 4Life semalam. Ahh mesti korang kata, Kjee asyik2 cerita pasal 4Life pasal Dr Tamil. Well, ada Kjee paksa sesiapa suruh baca?

Kjee mohon ampun dan maaf kalau entry macam ini membosankan. Tetapi Kjee tak nak tempah 'One Way Ticket' mengadapNya!! Dalam erti kata lain, gua tak mau mati sebelum waktu.

Selama ini kalau bercerita pasal sakit jantung, kita semua ingat Cholestrol adalah penyebab sebenarnya kematian akibat sakit jatung. Itulah sebenarnya momokan oleh 'dalang2 disebalik industri ubat2an untuk mengelak Kolestrol' di negara2 kuasa besar seperti Amerika.

Mereka rupa2nya sentiasa menakut2kan penduduk di negara2 lain supaya mempercayai Kolestrol menyebabkan serangan jantung dan stroke. Ini untuk melariskan ubat2 mereka. Menurut Dr Tamil, seandainya betul ubat2 kolestrol (Kjee tak ingat nama2 yang disebut beliau) boleh mengelakkan seorang itu dari terkena serangan jantung, pasti satu dunia akan guna ubat itu baik dalam air atau makanan supaya semua manusia tak mati kerana sakit jantung!

Tetapi janganlah ingat kolestrol langsung tidak ada peranan. Ada tetapi hanya sebahagian sahaja penyebab. Penyebab utamanya ialah stress!! Sejak tahun 2005 hingga 2009, penyakit stroke atau angin ahmal telah meningkat sebanyak 300% di Malaysia! Satu dalam setiap 2 rakyat Malaysia mati kerana sakit jantung dan 70% dari kes2 yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan, menunjukkan, mereka yang mati tidak langsung mempunyai simptom sakit jantung atau stroke!

Wanita lebih banyak mati dari serangan sakit jantung/stroke dari lelaki. Satu kerana jantung wanita lebih kecil dan kedua, wanita lebih ambil berat menjaga kesihatan suami (untuk elak sakit jantung/stroke) daripada beri perhatian kepada diri sendiri! Suami tak dibenarkan makan makanan berisiko tinggi tetapi mereka makan sebab sedap. Tapi Dr Tamil tak pulak kata kaum lelaki yang menyebabkan ramai para isteri mati kerana stroke atau sakit jantung!

Selain factor stress, faktor kedua ialah kegemukan atau obesiti itu aku,  pemakanan yang tidak sihat (aku jugak), hypertension atau darah tinggi (aku darah rendah selamat),  merokok (aku selamat lagi sebab dah berhenti),  kurang excercise (aku kena jugak) , kencing manis (alhamdullilah aku belum kena. Touch wood) dan alkohol (nasib baik haram kalau tidak aku pulun jugak kot hehehe).


Selain itu, faktor yang tidak boleh kita elakkan ialah keturunan (kalau ibu bapa dan sedara mara ada sakit jantung), jantina (selepas putus haid, kemungkinan diserang,  tinggi), kumpulan ethnic (Melayu dan India paling ramai) dan usia.

Dr Tamil jugak bagitahu, jangan sesekali abaikan kalau anda ada simptom keresahan (anxiety), rasa tak selesa di dada atau rasa ketat, batuk berpanjangan, rasa pitam/mabuk, lesu, loya2 atau kurang selera makan, sakit di dada sebelah kiri, dengupan jantung yang laju, berpeluh walaupun dalam bilik aircon, kaki bengkak dan badan rasa lemah.

Banyak lagi yang Dr Tamil bagitau semalam. Nanti Kjee sambung part lain iaitu apa dia tanda2 amaran angin ahmal, apa bacaan darah tinggi yang membimbangkan, cara mengatasi penyakit darah tinggi dan macam2 lagi info yang menyebabkan seseorang itu mati kerana sakit jantung atau stroke. Tunggu tau.

So, bagi mereka yang ada simptom diatas dan merasakan seringkali resah atau stress, mulakan dengan solat setiap kali timbul keresahan itu. Dan ambil ubat yang betul untuk stress.

Sekejap lagi, Kjee nak ke ofis 4Life nak beli supplimen CV (cardio vaskular) dan Vitamin dan Mineral. Kjee dah ada simptom so tak nak keje RTM (Rehat Tunggu Mati). CV dan Vitamin Minerals ni kena makan sama2. Tak boleh pisah sebab ia kembar siam. Harganya RM220 untuk dua botol. Okay babai. Gua tak nak tempah One Way Ticket!!!



semua foto ehsan cik google


NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. FARAH NADIA BT MOHD NOH (7351002)
  3. HISHAMMUDIN B. MOHAMED ZANYUIN (7405511)
  4. FARIDAH ABD SAMAD (7480143)
  5. PAZELI BIN ISHAK (7325368) 

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)

5 comments:

cik cek said...

timakasih kak jee for the info....:D

Along Maklong said...

teruskan menulis bab2 kesihatan dan 4life ni kjee.. maklong suka baca..

sharifah rosidah said...

Info yang yang bagus, memang selalu kita dengar tentang kolestrol tapi tak faham langsung kaitan nya dengan jantung.

Anonymous said...

Salam kak jee,
Boleh tak kak jee pos produk ni ke sydney?sy berminat.
Shazlina82@yahoo.com

Kjee said...

salam. produk ini boleh dibeli online. cuba surf internet and guna ID Kjee untuk beli.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...