Wednesday, November 2, 2011

NO MORE AYAM IN THE HOUSE LEPAS RAYA HAJI!


ayam panggang dengan salad dan fresh mushroom soup 


Dah dua hari dah Kjee tak makan ayam. Last sekali makan hari Sabtu lepas bersama Shila, Nan, Unclepali dan Nadia di Uncle Chilli's, Amcorp Mall. Shila belanja. Terima kasih. Hehehe.

rendang ayam kelantan
Kjee ke Amcorp Mall untuk ronda2 kat Flea Market yang femes setiap hujung minggu. Shila asyik sibuk ajak Kjee ke sana. katanya, best sangat. Macamlah Kjee tak pernah pergi. Masa mula2 kahwin dengan Unclepali, hampir setiap Ahad, kami tiga beranak lepak kat situ.








Masa pergi sabtu lepas, bukan sahaja jumpa Shila tapi jumpa rakan FB, Siti aka Siti Kakti. Itu citer lainlah. Nanti story masa lain. Tapi kali ini Kjee nak story kenapa last minute Kjee ubah selera tak nak makan ayam lagi.

Minggu lepas Kjee makan Nasi Ayam kat Papa Z bersama Unclepali dan Nadia. Pastu selang dua hari selepas tu Kjee makan KFC sebab teringin sangat. Dan di Uncle Chilli's, Kjee makan nasi bersama Ayam Serai. Sedap tau.

Tetapi apabila Kjee jumpa Dato Hafifi Hafidz di pejabat 4Life, dia kata dia dah lama tak makan ayam, sejak sembuh dari kanser. Beliau pun ceritalah kenapa beliau tak makan ayam. Seram bulu roma Kjee.

ayam kaprau
Dia kata ayam yang kita makan bukan ayam tetapi anak ayam. Anak ayam yang telah disuntik hormon, antibiotik dan macam2 lagi 'ubat' untuk bagi dia besar dalam masa 21 hari (kalau tak silap). Kalau tunggu proses biasa (ntah berapa bulan), rugilah tauke ladang ayam.

Malaysia tak macam Singapore. Dia orang tempatkan pegawai khas untuk jaga ayam2 yang hendak diimport ke negara itu. So no hanky panky. Tak boleh cucuk ayam untuk ke Singapura sesuka hati. Tapi di Malaysia, tiada undang2 yang sama. Semua main hantam sajalah labu.

Yang jadi mangsa kita, pengguna2. Nampak jer ayam yang debab2 di pasar selepas disembelih dan dibersihkan, cepat2 kita sambar. Risikonya hanya kita sedari kemudian apabila kita sakit.

Betul jugak apa yang dikatakan Dato Hafifi. Sebab itulah zaman sekarang ini selalu sangat kita dengar orang sakit kerana kanser. Dulu2 mana ada. kenapa? Sebab masa tu taukeh2 ladang ayam taklah berapa pandai macam sekarang. Ayam yang dijual dibiarkan membesar ikut tempoh.

Dalam peti ais ada last stock ayam dalam 1 peket (5 keping). Tak tau samada Kjee nak masak atau nak jadikan habuan Cik Tong. Unclepali kata jangan membazir. Pembaziran dicegah dalam Islam.

Oklah kalau macam itu, mungkin itu akan menjadi hidangan ayam terakhir kami. Kjee nak buat rendang ayam kelantan Raya Haji nanti. Lepas tu, no more ayam in the house.

Ala tak payahlah merungut. Ada banyak lagi resipi yang boleh menggunakan bahan mentah lain selain ayam. Aku rela kempunan tak makan ayam daripada menderita dan mati kerana makan ayam!! Tapi kalau balik kampung Unclepali, Kjee nak makan ayam sebab ayam tu dipelihara oleh Bonda. Kat KL seekor ayam kampung mencecah RM35. Ori ker?

Kjee lupa pasal ayam gostan/pencen (tua)!! Pepagi bangun Dato Hafifi Hafidz sudah komen dalam Facebook Kjee. Ini Kjee copy paste info pasal ayam kampung dari persepsi Dato Hafifi Hafiz. Kalau ayam gostan mengamuk,  bukan aku yang cakap tau. Hehehe

"Ayam pencen lah kita jgn makan...selain makanannya yg byk ditaruh bahan hormon dan kimia, ia juga disuntik supaya bertelur pagi dan petang, bayangkan ayam ni tak pernah kahwin dgn ayam jantan...kahwin dgn jarum suntikje...hehehe. Lepas tiga bulan, ayam manopause ni dah tak leh telur...jual kat pasar. Orang melayu kita lah yg paling suka sangat beli ayam pencen...buat rendang kerana dagingnya tak hancur. SebenRnya inilah ayam yg hari ni menyebabkan ramai kena kanser. Dahlah telurnya yg banyak bahan kimia kita makan, induknya yg dah manopause tu pun kita balun..." - Dato Hafifi Hafidz


(KOMEN DARI DATO HAFIFI HANYA PANDANGAN PERIBADINYA SETELAH DINASIHATKAN OLEH DOKTOR2 YANG MERAWATNYA. KALAU KORANG NAK MAKAN AYAM GOSTAN/PENCEN/TUA, SILAKAN. TEPUK DADA TANYA SELERA. TIADA PAKSAAN)
ayam panggang rosemary


23 comments:

sharifah rosidah said...

Budak budak kat rumah ni semua suka tapi sb tak makan sangat ayam. Bagus juga kau tulis info ni kalau tak memang tak tahu walaupun dekat depan rumah aku ada ladang ayam tapi tak pernah lah dapat tengok apa yang dia oran buat sebab pintu gate nya .

ummiarissa said...

mak saya duk KL lama dah tak beli dan makan ayam..bila tanya entahlah..dia macam tak yakin ayam yang dijual tu...

Ida,Japan said...

tu la kan k'jee...ida pun ada dgr2 gak, ayam nak kasi cepat besar..disuntik hormon, katanya hormon tu dari khinzir..entah la..mcm2 la skrg ni..makanan mentah pun dh tak selamat dh

Gee® said...

sedapnyaa....

Mat Gebu said...

Hmm, tu lah kak jee...kat rumah ni makan juga ayam, tapi kan, mak yah kurengg, dia makan ayam kampung..sebab dulu mak yah kan pembela..bukan pembela "hantu"...tapi pembela ayam kampung, dia sayang ayam dia, siap beli kan buaian lagi (yelah buai tu kami nak duduk semua tak sempat, last2 ayam yang bersidai anak beranak..boleh macam tu?). Mak yah kata makan ayam inject ni tak bagus.. Itu pun ada sebab orang dulu2 umur panjang kan....wallahhualamm...

noor said...

Kakjee gambar ayam yang last tu mengancam sungguh, buat terliur di pagi hari.

HappyIrfa said...

sejak dapat emel pasl ayam yg dah siap proses tapi takde kesan sembelih..sy jadi tak selera nak makan ayam :-(

Sally said...

oh..nampak gayanya saya kena makan ikan bilis jer la..daging lembu dan ikan memang tak gemar langsung...

dayang Citra said...

kena pelihara ayam sendiri nampaknya kak..huhuhu

Madam Casper said...

thanks kak jee for the info. kat rumah mmg jarang beli ayam...kalau beli pun sebelah jer sbb saya sendiri kurang gemar ayam lebih kepada ikan. beli cuma untuk budak2 jer ler..nnt nak balik cerita hal ni kat budak2

Anonymous said...

mase tgk maharaja lawak mega ari tu pon jahil hamid ade citer pasal jgn makan ayam, sbb ayam skrg byk kene suntik.. xsangka betul rupanya.
ape2 pon terima kasih tentang info ayam pencen ni kak jee, nnti nk bgtau mak sbb mak suke rendang ayam pencen.

elly said...

pernah try takmo makan ayam..tapi kejap jer bertahan.... sebab dari kecik mak meniaga kedai makan ... memang ngadap ayam je..

zurina said...

wah nampaknya lepas nie kena upgrade reban ayam kat rumah saya nie. Memang ada bela ayam kampung, tapi tiap malam terpaksa berperang dengan en musang ajer..

Anonymous said...

menarik citer KJ kali ini .... saya dah lama dengar citer ayam suntik ni tapi still tak kuat semangat nak berpantang terus. Apa pun saya memang jarang makan ayam .. kalau ke gerai or restoran tu, saya pilih ikan.KFC dah 2 tahun saya ' ceraikan' .. sekali sekala ke RADIX FC kalau gian sangat pun tapi sos nya manis melampau . Kerajaan kita kenapa tak setegas kerajaan Sngpore ye .. malah produk halal pun masih blh di ragui di sini sedangkan MALAYSIA di canangkan sebagai negara ISLAM contoh lagi. sha

Oh Oeya said...

Ayam Oh! Ayam..
Sedap..
Takpelah..
Kurangkan..

Anonymous said...

salam kak jee, terima kasih berkongsi info. kenapa tak beli ayam halal tu, apa ke jenamanya. yang tu memang dibesarkan secara semulajadi. cumanya susah nak dapat kot.

munna said...

salam kak jee, sblm ni ada dgr2 jgk, tp xtau la stkt mana sahihnya..erm..jadi ragu2 nak mkn, patut lah org dulu2 sihat wlafiat je kan,kita ni byk sgt mkn bhn kimia sdr xsdr =(

Aziela said...

Saya memang ada dengar sebelum nie, tapi x sangka pula keadaannya seteruk ini. Nak kena pelan2 kurangkan ayam. Kena start semula bela ayam sendirilah jawabnya kan...

zures said...

seramnya dengar macam tu....

zuwaidah said...

kak jee, thanks for sharing info. nanti akan kurangkan makan ayam atau tidak langsung. lebih baik cegah dari merawat kan. thanks once again. luv you kak jee muahhhhhhhhhhhhh

Fazlinil Irma said...

ehm.. nak buat macamana kak gee. nak penuhi permintaan semasa. terpaksalah ayam2 tu disuntik.

rasanya ada alternatif lg. ayam organik. keluarga sy nak makan ayam beli di azzain wangsa melawati. kat sana semua produk Halal dan keluaran Muslim. I.Allah.

Biarlah mahal sedikit demi kesihatan yg berpanjangan.

kakyong said...

mak aiii.. ngerinya.. mertua saya suka sngt makan ayam pencen.. tp saya tak suka.. liat.. ayam kampung tu saya boleh layan lagi..

Anonymous said...

halamak!!! kena kuat jati diri ni kalau nak stop makan ayam & telur!!! aduhhhh!!! mampukah aku & keluargaku???? demi kesejahteraan keluarga MESTI BOLEH!!!! hihihihiiii insyallah!!! nnt kena cari petua vegetarian yg boleh buat rasa macam ayam huhuuuuuu
terima kasih k.jeee ....
Aishah Dollah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...