Sunday, November 6, 2011

SEMBANG2 DI PAGI AIDIL ADHA



Foto terbaru Kjee setelah sihat. Alhamdullilah
Salam semua. Pagi Aidil Adha yang mulia ini, Kjee ingin menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran Kjee, berinteraksi dengan  korang di blog ini. Kjee sedar sejak akhir2 ini Kjee semakin vokal. Kjee luahkan apa yang tersirat di hati Kjee ikut suka hati tetapi percayalah tanpa nawaitu untuk mengecilkan hati sesiapa.








Kjee hanya insan biasa. Tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. So yang dah hampir 10 bulan follow blog Kjee tentu sudah faham siapa Kjee. Kalau suka, Kjee puji melambung dan kalau tak suka, Kjee bantai. Tetapi bukan semua Kjee bantai. Yang tak reti bahasa Kjee jer. Hehehe.

Kjee hanya bantai mereka yang mengundang diri mereka untuk dibantai. Gila ker nak bantai sembarangan, tanpa sebab. So yang kena bantai tu tapi masih nak follow blog Kjee ni, terima kasih. Kalau awak kenal Kjee lebih dekat, tentu awak tahu siapa Kjee sebenar.


Mudah2an duduk atas kerusi roda tidak akan berulang, Insya allah


Sejak dua menjak ni, Kjee mohon maaf kerana sibuk sangat sehingga mengabaikan blog ini. Ramai kecewa tak dapat menelan air liur perasan kah aku  apabila Kjee tayang gambar2 masakan Kjee yang tak seberapa tu. Kjee sibuk sebab nak layan ramai kengkawan yang sakit.

Allah itu Maha Mengetahui...diberinya Kjee kekuatan fizikal supaya Kjee terus boleh tolong bagi sedikit harapan kepada kengkawan dan mereka yang sakit. Memang betul. Orang yang sakit, seringkali mempunyai harapan tinggi untuk sembuh. Mereka yakin usaha dan doa tanpa henti, Insya Allah akan nampakkan cahaya di hujung terowong.

Kjee memilih untuk bersama Transfer Factor setelah segala usaha lain Kjee gagal. Kjee tak putus2 menadah tangan berdoa agar satu hari nanti Kjee jumpa penawar yang telah dijanjikan Allah swt untuk semua umatnya di muka bumi ini. Kenapa Kjee tak cuba penawar lain? Sebab dah banyak Kjee usaha. Walaupun selama 3 tahun, Kjee cuba menjauhkan diri dari Dato Hafifi Hafidz, yang dulu tidak putus2 ajak Kjee berubat secara beliau, tetapi rupa2nya semua sudah tertulis.

Pi mai pi mai, Kjee berpatah balik dan tebalkan muka jumpa Dato Hafifi yang pernah Kjee 'sound' dulu jangan cuba ganggu hidup Kjee dengan 'Ubat MLM' beliau.

Noor Hasilah Ismail, Dato Hafifi dan Datin Azlin - bantu Kjee kearah kesihatan yang Kjee cari!


Produk Transfer Factor memang mahal. Terus terang cakap, Kjee tak mampu. Cuma mampu beli satu botol sahaja Transfer Factor Advance dari Noor Hasilah Ismail. Kjee cuba mengambil TF Advance untuk ubati semput Kjee yang semakin lama semakin membimbangkan. Maklumlah, badan bukannya ringan. Bila dah selalu sangat sukar bernafas, agak menyusahkan kalau saban kali kena berkejar ke hospital utnuk diberikan nubilizer!

Lima hari setelah makan 2 biji tiga kali sehari, tetiba Kjee perasan kesukaran untuk bernafas sudah banyak sangat berkurangan. Tidur pun nyenyak tanpa lemas (orang kata kena tindih hantu. kesian hantu kena fitnah).  Lima hari jer beb. Pastu Kjee terus sambung sampai habis 1 botol.

Lepas satu botol, terduduk jugak fikir camner nak beli botol kedua. Kjee dan Unclepali buat kerja freelance. Ada kerja ada gaji. Dan ketika itu pulak tiada kerja so tiada gaji. Tetapi Allah swt sentiasa mendengar dan memahami. Kjee tetiba ada rezeki beli botol kedua. Tapi Kjee dah kurangkan pengambilannya. Satu sebab lelah dan okay dan dua, poket kata tak okay kalau makan 3 kali sehari.

Hari ini Kjee sudah makan 3 botol. Ada baki 10 biji lagi. Dan untuk mencari jalan untuk makan free, Shila, Dato Hafifi dan Datin Azlin ajar cara nak makan free. Dan Kjee pun jadi ahli. Tolong belikan untuk kengkawan dengan harga ahli (dapat pahala) dan jugak dapat point. Berapa banyak point yang Kjee dapat, Kjee belum tahu. Tapi rasa2nya kami sekeluarga tak lama lagi dapat makan macam2 supplimen Transfer Factor secara percuma.

Itu jer yang Kjee nak bagitau korang. Jangan korang ingat Kjee banyak duit maka Kjee boleh beli supplimen Transfer Factor. Korang salah. Kalau korang nak tahu cara macam mana nak makan supplimen Transfer Factor secara percuma, korang call jer Kjee. 0126780501/0123816091. 

Dulu Kjee punyalah rahsiakan nombor telefon, bukan kerana banyak hutang. Kjee tak ada hutang orang tau. Cuma hutang bank jer. Tapi sekarang sesapapun boleh call Kjee. Tapi bukan untuk ajak sembang2 kosong. Kesian orang lain yang sakit yang nak bercakap dengan Kjee, yer. 



Gambar semalam. 5 November 2011

NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. FARAH NADIA BT MOHD NOH (7351002)
  3. HISHAMMUDIN B. MOHAMED ZANYUIN (7405511)
  4. FARIDAH ABD SAMAD (7480143)
  5. PAZELI BIN ISHAK (7325368) 

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)


10 comments:

Umi Iman Irdina said...

Assalamualaikum..

Hai Kak Jee..Saya pon tertarik nak try 4life lepas baca entry Kak Jee tu..Tapi tu lah terpikir balik sbb kos mahal..Tapi lepas baca entry akak yg terbaru nie..Wat saya makin berkobar2x nak cuba..Jadi ahli dan kumpul point..Insyallah ada rezeki beli botol yg pertama nnt sy hubungi akak ye..

Deena Yasmin said...

makin sihat dan bersemangat kjee skang, alhamdulillah....

Anonymous said...

Salam Aidiladha utk Kak Jee sekeluarga. Insya Allah saya pun tertarik untuk sama-sama menjaga kesihatan macam ini.
Z.

kasihredha said...

selamat hari raya haji kak jee :)
semoga kita semua sihat walafiat.

mamaijat said...

....mamaijat adalah sorang pesakit canser payudara yang telah mengambil suppliment TF (4 life)sejak 2008...selepas operation,chemo...dan radioteraphy...Alhamdulillah...dengan izin Allah...mamaijat sihat...dan memang menjadi ahli sejak ambil suppliment ni..semuga usaha kita akan diberkatiNya disamping doa & tawakkal....

suhana azlin said...

hai kjee lama tak bersinggah komen, selalu tu baca je pastu senyum2 sendiri =)

alhamdulillah kjee makin sihat, ingat lagi entry kjee citer pasal 'kesusahan' kjee nak buat kerja2 rumah dalam keadaan terbatas sebab tak sihat dulu huhu...kalau terlintas je rasa malas mesti sy ingat entry kjee yang tu, insaf kejap then cepat2 angkat punggung rajinkan diri hehe

harap2 kjee makin sihat and ceria selalu ok ;)

~idaman~ said...

Salam Aidil Adha Kak Jee..semoga mendpt redha Allah swt..

dayang Citra said...

suka baca cerita kjee makin sihat..kak,nak tanya,kawan akak yang kanser kat JB tu macamana sekarang?ingin juga nak tahu perkembangannya..

sharifah rosidah said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat kau sekeluarga, suka tengok keadaan kau sekarang yang dah boleh berjalan dan tak guna kan kerusi roda lagi.

Noor Hasilah Ismail said...

setuju dgn jee. dtk fifi mmg baik kan? sy pun dulu apabila dia approach dia, saya ckp dgn dia sy tak berminat sbb sy benci MLM (sbb pernah kena tipu dulu). walaupun sy tak layan, dtk fifi tak pernah give-up dan pernah ambil hati. ayo! sabor betul dia dgn saya. tapi satu hari tuhan buka pintu hati saya utk menerima tawaran Dtk Fifi mencuba TF Advance. Saya juga mcm jee - semput bagai nak rak. Sekarang dah 5 lima saya tak gunakan nebulizer dan inhaler. Suami saya juga sudah 5 bulan tak ada resdung Malah, gastrik saya dan migrain suami saya pun hilang! Kata orang, kalau tak cuba tak tahu.Dan sejak saya makan Belle Vie pula ... ehem ehem ... t.s.t ajalah...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...