Friday, December 2, 2011

ALFATIHAH BUAT RARA ZIKRY



Malam tadi, beberapa minit sebelum Kjee off computer untuk tidur, Kjee dapat mesej dari Wan Noor Rizan. Dia beritahu Rara Zikry sudah kembali ke Rahmatullah. Rara Zikry? Terus Kjee capai fon dan call Wan. Maklumlah nama itu agak asing bagi Kjee. Artis Malaysia? Artis Indonesia?





Kemudian Wan suruh Kjee type nama Rara Zikry dan buka page yang dibuat untuk mengutip derma bagi membantu beliau menjalani pembedahan. Terus Kjee teringat siapa arwah. Beliau adalah gadis seusia Nadia yang tiba2 jatuh lumpuh dan separa koma setelah balik dari jogging.

Wan cukup sebak. Arwah cantik sangat, Kjee, kata Wan. Memang cantik. Kjee pernah tonton beritanya mengenainya di TV3. Namun Allah lebih menyayanyi arwah. Beliau meninggal dunia pada kira2 jam 10 malam tadi (1 Disember) di Sunway Medical Centre.

Menurut satu posting di pagenya, arwah yang dibawa ke rumah keluarganya di 90, Jalan USJ 6/2B Subang Jaya, akan dibawa ke Mesjid SS19, Subang Jaya pada pukul 8 pagi ini. Akan disemadikan sebelum solat Jumaat.

Moga Roh arwah Rara Zikry ditempatkan di tempat yang semulia2nya di sisi mereka yang beriman dan beramal soleh dan diampunkan segala dosa2nya. Semoga keluarganya tabah menjalani ujian dari Allah swt. ALFATIHAH


Ketika sakit arwah diziarahi ramai orang

9 comments:

Cik Ayu said...

innalillah... semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman

sharifah rosidah said...

Alfatihah dan takziah buat keluarga Rara Zikry.

Anonymous said...

AlFatihah.....
Such a lovely child! In same school with her. Good person.... God only takes the best, they say, but today HE took the very best. Admired her from afar, her smiles were like a ray of light from heavens. Sleep well, princess....

Cho Zila said...

Al-Fatihah untuknya... pernah terbaca kisahnya dan pernah tengok dalam NONA tak silap .. melihat ketabahan ibunya mmg membuatkan hati ini kagum.. melihatkan Rara rasanya cam boleh sembuh namun Allah menentukan segalanya.. Al-Fatihah...

masyi said...

WALAUPON X KNAL, N BRU TAHU PSAL DIE NI..TP TURUT RASA BERSEDIH..AL FATIHAH..

Qhaifa Nur said...

al fatihah...
moga dicucuri rahmat...

FMT said...

Baru google pasal arwah. Moga keluarga dia tabah. Al-Fatihah.

ema_amy said...

Al-Fatihah..

ya saya pon ada ikuti kisah dia di TV3.
ALLAH SWT maha pengasih dan penyayang...

Anonymous said...

alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...