Wednesday, December 14, 2011

AWIE JAWAB ORANG KATA DIA BERGADUH DI PULAU LANGKAWI

Semalam Kjee bubuh entry pasal kononnya ada laporan Awie bergaduh di Pulau Langkawi. Rupa2nya pelbagai versi di disiarkan dalam beberapa blog hiburan. So hari ini, mStar menemui Awie untuk mendapatkan jelasannya beliau.






Dan Kjee pun terpanggil menyiarkannya. Setiap berita mesti ada kedua2 pihak untuk memberi penjelasan kan? Itu baru adil. Ada pepatah omputih..There Are Two sides To a coin...So korang bacalah apa yang dilaporkan oleh mStar.



'Gaduh Kerana Kata-Kata Kesat'- Awie


KUALA LUMPUR: Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie, mengakui pergaduhannya di sebuah kelab di Langkawi pada bulan lalu kerana perbuatan provokasi individu tertentu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan tersebut berpunca apabila segelintir pengunjung enggan menghormati permintaannya agar tidak mengambil gambar dia di dalam kelab.

"Punca pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.

“Kerana tindakan itu mereka melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga membangkitkan perasaan marah saya,” katanya.

Awie ditemui selepas pelancaran Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia di Istana Budaya di sini, pada Rabu.

Konsert berkenaan akan diadakan selama empat hari bermula pada 12 Januari 2012.

Dalam pada itu, Awie menafikan dakwaan dalam sebuah blog hiburan yang mengatakan dia dipukul teruk namun mengakui ada berlaku pergaduhan antara dia dengan beberapa pengunjung di luar kelab itu.

"Kira-kira 30 orang telah datang untuk menyerang saya di luar kelab tetapi mereka tidak berjaya menyentuh saya dan disebabkan itu mungkin mereka lebih berang terhadap saya.

"Anda (wartawan) boleh melihat sendiri tidak ada satu lebam pun berada di badan atau muka saya, jadi laporan mengatakan saya dibelasah teruk adalah tidak benar," ujarnya.

Sementara itu, kata Awie, dia kesal apabila ada pihak luar campur tangan dalam kejadian tersebut dan menganggap pihak yang menyerangnya mempunyai motif tersendiri.

"Kelab berkenaan mempunyai sekuriti yang saya yakin boleh meleraikan pergaduhan antara kami tetapi mengapa perlu melibatkan orang luar dalam kejadian itu?

"Saya tidak faham motif mereka melakukan perbuatan itu terhadap saya kerana kunjungan saya ke sana bukan untuk mencari masalah dengan sesiapa," ujarnya.

Awie berkata, pergaduhan itu selesai apabila dia dibawa ke balai polis berdekatan namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua belah pihak.

Ditanya mengapa dia ke Langkawi Awie memberitahu, tujuannya ke pulau itu untuk melihat sebidang tanah yang dibelinya beberapa tahun lalu selain mendapat undangan membuat persembahan di kelab berkenaan.

Terdahulu, sebuah blog hiburan melaporkan Awie ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan menghabiskan masa di kelab berkenaan bersama pengawal peribadinya sebelum berlakunya pergaduhan.

3 comments:

  1. Awie tiap2 kalai bergaduh ada je alasan dah tahu awak dah kawin tak payah lah pergi kelab kalau ye pun dapat undangan nyanyi je lah pastu keluarlah dari kelab tu tak payah nak berhibur sakan.

    ReplyDelete
  2. secara ikhlasnya, pernah terjumpa Awie semasa menunggu feri di jeti Mersing. Masa tu saya berseorangan, dan Awie dgn kawan2 WIngsnya. Ada pemuda2 kat situ yg cuba2 mengurat, menegur saya, termasuklah ada anggota rombongan Awie yg mukanya tidak saya kenali. Tetapi, Awie mengambil langkah meminta maaf kpd sy bg pihak anggota rombongannya. Dia langsung tidak mengganggu, tidak cuba2 menjual minyak dsbnya. Kami berborak seperti kawan lama. Beliau siap mengundang saya utk sarapan bersamanya. Jgn bimbang katanya, ada jg ahli rombongan perempuan yg serta, dgn baik saya menolak krn ingin menghabiskan novel yg saya baca ketika itu. Melihat keputusan saya, Awie akur, dan mendoakan saya selamat sampai ke Tioman dan enjoy my reading.. Menurut pengalaman saya itu, Awie seperti seorang lelaki yg budiman, ada kredibilitinya. Jadi, bila dia terbabit dgn pergaduhan, saya rasa mmg ada provokasi dri pihak lain. Sekian

    Bukan membela Awie; Bekas Guru Bahasa Inggeris SMK Tekek, Pulau Tioman

    ReplyDelete