Sunday, December 25, 2011

BLOG TEMUKAN KJEE DENGAN ORANG JAUH DI KUWAIT






Tak sangka betul! Begitu hebatnya kalau kita ada blog sendiri. Mana nak sangka Kjee akan dapat bertemu dengan kengkawan yang asal dari Malaysia tetapi merantau untuk kerja, belajar dan ikut suami jauh di seluruh pelusuk dunia.




Antara mereka, Kak Hawa Lerno dari Perth, Australia yang Kjee akan jumpa dalam masa sehari dua ni, Yani dari Germany, Mona Riduan dari Amerika, Maizatul Lina dari Doha (dah jumpa dua bulan lepas), Gina dari Australia (yang juga akan Kjee temui dalam masa terdekat) serta Rahmen dari Belanda.

Itu yang jauh di luar negara. Dalam negara pulak, punyalah bersepah kengkawan di seluruh negara. Maknanya, ke mana sahaja Kjee pergi di seluruh negara, kalau tersesat, tak ada masalah nak mintak tumpang tidur, solat ataupun mohon secawan kopi untuk hilangkan dahaga! Insya Allah.

Tengah hari tadi (25 Disember), Kjee ke Hotel Residency, Uniten untuk menemui Puan Hamimah yang hanya Kjee kenali ketika beliau berhubung melalui telefon kira2 sebulan yang lalu. Beliau pulang bercuti ke Malaysia bersama dua orang anaknya, semalam. Dan dua lagi anaknya yang belajar di Uniten dan UPM, menanti di Malaysia.

Setelah banyak halangan, akhirnya Allah swt mengizinkan kami bertemu dalam suasana yang cukup mesra bagaikan sudah lama kenal.

Puan Hamimah atau mesra disapa Ima, berasal dari Sitiawan, Perak, berkahwin dengan orang Kelantan dan sudah 3 tahun tinggal di Kuwait kerana mengikut suaminya yang bekerja di syarikat minyak sana. Beliau akan kembali terus ke tanahair tahun 2013.

Imah nak sangat jumpa Kjee kerana mahu membeli produk 4Life untuk kesihatan diri dan keluarga. Punyalah banyak beliau beli (untuk stok 3 bulan) untuk dibawa balik ke Kuwait dua minggu lagi.

Menurut Imah, beliau menemui blog Kjee ketika membaca blog Dapur Tanpa Sempadan Che Mat Gebu. Belek punya belek, nampaklah blog Kjee yang tak seberapa ini. Hehehe.




7 comments:

  1. kjee..
    kjee nampak macam dah kurus..
    nampak lebih sehat you..
    suka maklong tengok gambar kjee..:)

    ReplyDelete
  2. Kesan dari tea4life. dah sebulan Kjee minum...hehehe. so cepat cepat...siapa nak ringan badna.

    ReplyDelete
  3. baru nak cakap kak jee dah nampak kurus .. mmg kak jee nampak kurus .. berseri seri lagi .. hehehe ..

    ReplyDelete
  4. Salam kak jee..eh baru nak tegur..mmg akak nampak selim sikit, bukan photoshop kan kak?..haha.. Hmm tulah ajaibnya berblog ni, kalau kita guna untuk ke arah kebaikkan, maka kebaikkan lah yang kita dapat, dan insya allah akan mendatangkan pahala juga (mudah2an dengan izin Allah swt), Saya yang very the kuno duduk ceruk kampung yang terperosok di semananjung Malaysia ni pun rasa bertuah kenal kak jee....kak, jangan pengsan okeh baca komen ni..hahahaha...

    ReplyDelete
  5. ya betul, semakin ceria sekarang nih..syukur alhamdulillah

    ReplyDelete