Sunday, December 11, 2011

HIDANGAN CITARASAWAN BUATKU TERLIUR SIANG MALAM!!!

SIRI JEJAK BLOGGER MASAKAN #7







Setiap hari Kjee singgah blog beliau. Kekadang sampai dua atau tiga kali. Setiap kali terbeliak biji mata dan meleleh air liur. Setiap kali Kjee buat azam...esok nak buat yang ini, itu dan tulat yang itu pulak. Ada buat? Hmmm hampeh. Kalau ada buat pun tak berani tayang sebab jadinya tak sama lawo. Tapi rasa sedappp! Sebab resipi tak tipu.

Kjee mula2 singgah di blog CitarasaWan beberapa bulan lalu. Apabila Kjee buat siri Jejak Blogger Masakan ni, ada yang mesej Kjee suruh intai blog CitarasaWan. Kjee angguk jer. Kemudian lupa. Tetapi satu hari Kjee singgah blog masakan ntah sapa ntah, dia kata resipi asal milik CitarasaWan. Eh baru register dalam otak blog tu. Dan apa lagi, teruslah singgah.

Dan jadilah macam para pembukaan Kjee tadi. Tiap hari mesti singgah, tiap hari kata nak buat masakan ikut resipi yang diberikan dan tiap kali kureng rajin!! Hehehe.

Anyway, hari ni barulah Kjee ada masa nak tulis pasal blog milik Puan Wan ni. Jenuh Kjee nak cari nama dan info mengenai Puan Wan kita yang Kjee rasa sepatutnya digelar Chef Wan. Isyhh susah pulak ya nanti orang kata tiru Dato Chef Wan pulak.

Apapun, kehebatan dan kreativiti Puan Wan kita memang sama tarafnya dengan seorang chef. Cukup cantik hasil kulinarinya dan juga Kjee pasti rasanya sesedap rupa! 


Beliau juga tidak kedekut ilmu. siap bagi resipi dan tutorial sekali!!


Kjee seringkali terliur melihat segala masakannya. Gambar2nya simple tetapi compositionnya menarik sekali untuk kita menjamu selera didalam khayalan sahaja!

Wan jugak rupa2nya mengambil tempahan kuih muih baik yang tradisional mahupun yang moden. Kalau korang tak tahu mana satu blognya, sila klik sini. Her wonderful blog speaks for itself!!

Izinkan Kjee tayang gambar2 dari blog awak di sini ya, Wan. Maaf tak mintak izin terlebih dulu. Sikit lebih kurang halal yer.


Ini antara kuih muih yang ditempah





3 comments:

iza said...

Assalam...
sedapnya tengok...

Salam perkenalan dari Teratak Usang...

Anonymous said...

BETOI kak jee .. blog CITARASA wan ni memang HEBAT. Saya menemuinya melalui blog SALAM DUA BENUA. Sejak mengenalinya saya saban hari ke sana ( mcm saya ke blog KJ juga ). K1 ni tak kedekut ilmu. Ikhlas berkongsi resepi, petua dan informasi. Presentation kuih muih kek etc .. amat mengkagumkan. Melihat pada hasilan kueh muih, kek dll ... tampak jelas kekemasannya dan membangkitkan selera. Saya baru je order kueh KOLEH KACANG nya. Insha Allah petang selasa nanti nak ambil. Tengok gambarnya nampak begitu sedap. Tak sabar nak merasainya. Sha

Masya said...

cantiknyaaa... terkeduu.. terliur dibuatnya....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...