Thursday, December 1, 2011

SEBELUM SAKIT, UBAT MURAH...


Kjee ingin sihat sebab Unclepali....

....dan jugak Nadia yang sangat Kjee sayangi!

SEBELUM SAKIT, UBAT MURAH...Tiap kali Kjee dengar ungkapan ini dari up up line 4Life Kjee seperti Datin Azlin Ibrahim serta Dr Tamilselvan, Kjee tak pernah ambil pusing. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. 

Semalam, Unclepali sedarkan Kjee mengenai ungkapan itu. "Kenapa awak tak tulis dalam blog," kata Unclepali. "Awak tahu tak betapa dalamnya makna ungkapan yang terbit dari mulut Datin Azlin dan Dr Tamilselvan tu," ujarnya lagi.







Kjee pandang Unclepali. Terus register dalam otak. Memang berpuluh kali sudah Kjee dengar Dr Tamilselvan kata demikian dalam ceramah atau talk beliau yang Kjee hadiri. Masa pergi ke rumah Eqin di Johan Setia, Kelang hari tu pun Datin cakap yang sama.

Kenapa kalau tak sakit mesti makan ubat dan kenapa ubat masa tak sakit, harganya murah? Kalau tak sakit kenapa mesti nak makan ubat? So, bukanlah murah tapi jimat. Hehehe mesti itu yang bermain di fikiran korang.

Hah ginilah. Jom duduk depan Kjee dan dengar baik2 apa Kjee nak story kat korang. Kjee pun fikir cam korang jugak. Kalau tak sakit kenapa mesti makan ubat. Dah lama Kjee macam tu. Wah aku sihat...aku tak ada darah tinggi, kencing manis dan jugak sakit jantung. So jimatlah belanja.

Itu yang Kjee rasalah kan! Tetapi, korang rasa badan korang rasa sihat korang boleh relax ker? Banyak penyakit sekarang ni, kalau dia nak hinggap dalam badan kita, dia tak bagi signal tau! Alih2 bila kita rasa lain macam sikit, kita pergi jumpa doktor dan doktor kata kita ada penyakit2 yang berhubung kait. Kalau ada kencing manis mesti serangkai dengan sakit jantung dan darah tinggi!
Ini Kjee makan sebab takut kerana serangan jantung!
Dan ketika itulah baru kita meraung. Meraung takut mati dan meraung sebab ubat2 untuk sembuhkan penyakit tu dah jadi mahal! Bayangkan kalau korang beringat dari sekarang. Korang makan ubat2 yang boleh elakkan kolestrol, kencing manis dan darah tinggi, takkanlah penyakit tu nak ketuk pintu kan?!!

Ketika arwah bonda Kjee meninggal dunia berbelas tahun lalu kerana kencing manis, Kjee panik ya amat2. Bayangkan badan kita dah jadi berkali2 ganda daripada zaman kita anak dara dulu. Makan main taram jer ikut sedap tekak. Sebaik bonda meninggal, Kjee terus pergi buat 100% check-up! 

Alhamdulillah. Punyalah lega Kjee apabila doktor kata Kjee 100% sihat. TETAPI...macam biasalah Kjee mesti ada tetapi kan.. Kjee tetap tidak pedulikan apa doktor kata. Kjee rancang sendiri hidup Kjee. Kjee jauhi daripada makan makanan yang bergula, kurangkan makan nasi sebab salah satu punca penyakit kencing manis ialah nasi! Kjee hanya minum air masak. Tetapi untuk breakfast, Kjee tetap minum satu mug air milo ke kopi ke tanpa gula.

Syukurlah setakat ini reading paras gula Kjee, tidak pernah melebih 6. Semuanya sebab Kjee penakut. Kjee tak nak mati kerana kencing manis seperti arwah bonda!

Apabila join 4Life, Kjee baru dapat tahu bahawa serangan sakit jantung tiada simtom atau tanda2 ia akan datang menjenguk. Kjee panik sebab Kjee baru tahu obesiti (kegemukan berlebihan), sesak nafas dan bengkak2 di kaki (water rentention) adalah tanda2 awal sakit jantung. DAN KJEE ADA SEMUA TANDA2 ITU!!!!

Ini jugak Kjee makan sebab tak nak kerepot
So Kjee cepat2 beli supplimen cardio 4Life. Kjee pernah tiga kali cek ECG (untuk pastikan ada sakit jantung ke tidak) dan Kjee lulus di setiap ujian itu. TETAPI tetapi lagiii Dr Tamilselvan dalam health talk beliau mengenai penyakit cardiovaskular beberapa minggu lalu memberitahu, guru sekolah beliau seorang lelaki yang cukup sihat! Mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan dia juga tidak boleh diragu2kan tetapi satu pagi, dia mendapat serangan jantung dan meninggal.

Berbalik kepada kisah sebenarnya entri ini iaitu kalau kita tidak sakit, ubat2 tersangatlah murah! Memang betul. Kalau kita sedar dari awal dan makan supplimen2 yang bersesuaian (seperti Kjee makan supplimen cardio walaupun tiada tanda2 sakit jantung), harganya bukan sahaja murah tetapi dapat menghindarkan daripada penyakit2 yang kronik.

Misalnya, Dato Hafifi Hafidz. Beliau makan sebanyak 30 biji TF Plus dan berbotol2 jus Rio Vida sehari semata2 kerana hendak pulih dari kanser yang dihidapinya. Kalau 1 botol TF Plus berharga RM232 dan 1 kotak (dua botol) Rio Vida berharga RM249, korang bayangkan berapa banyak duit sudah dilaburkan Dato Hafifi selama ini?

Ini bermakna, kalau penyakit sudah hinggap di tubuh kita, kosnya menjadi mahal. Apa cara untuk elak penyakit dari hinggap? Laburkan sedikit demi sedikit setiap bulan bila dapat gaji untuk supplimen2 yang berkualiti supaya badan kita terus sihat! Dan jangan lupa solat untuk jauhkan stress atau tekanan perasaan.

Dan apabila kita sihat, keluarga kita akan bahagia. Dan kita pun senang cari duit untuk bahagiakan mereka. Sekian terima kasih. Hehehe

Ini Kjee minum sebab semua penyakit bermula dari perut

NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. PAZELI BIN ISHAK (7325368) 

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)

6 comments:

elly said...

untuk permulaan...kalau amalkan tea jer dulu bolehkan..?

Kjee said...

Ya betul elly

ezanoor said...

berapa harga tea ni kjee???

Kjee said...

salam Ezanoor. Harganya rm72. call Kjee kalau nak order. 0126780501.

Anonymous said...

salam kak jee .. bukan setakat jaga makan dan makan supplimen saja ,senaman juga penting utk kesihatan .Senaman itu dapat membakar apa yg kita makan ....

Rose said...

tq kjee dg nasihat..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...