Monday, January 31, 2011

ICE BLENDED CHOCOLATE UNCLEPALI




Oleh kerana esok cuti, anak2 semua ada kat umah, buatlah ice blended ni untuk dia orang. Resipi ni Unclepali yang cipta. Dia main tibai (minjam perkataan CMG yer). Pastu dia gunakan Kjee dan Nadia untuk jadi tukang rasa.

Masa kami meniaga dulu, ramai customer kata sama sedap cam Coffee Bean. Ntahlah. Kjee tak suka makan ice blended so tak tau nak kata. Biarlah orang je yang kata sedap bukan kita betul tak?

Kjee jual masa tu rm3.50 tapi kat Coffee Bean atau Starbucks hampir empat kali ganda. Aduh. Buatnya punyalah senang.  Anak2 pun boleh ditunjuk ajar. Ice blended horlicks atau milo pun sama gak sedapnya. resipinya:

BAHAN2:
2 sudu besar Milo/choc malt
1 sudu kecik serbuk cocoa van houten (atau yang sewaktu dengannya)
3 sudu besar susu manis (condensed milk)
5 sudu besar susu cair (kalau nak lagi lemak, bubuhlah lebih)
1 mug ais (atau lebih sikit kalo suka)
cooking chocolate/atau chocolate syrup Hersheys (ada jual kat Carrefour)
whipping cream (dalam tin - spray)

CARA:
Guna blender yg bersih. Jangan lak lepas blend bawang ker cili, pastu dicuci dan terus buat ice blended. Nanti ice blended perasa bawang/cili pulak. Lebih elok kalau ada jug blender yg tersendiri untuk ice blended. Masukkan milo, cocoa, susu manis, susu cair, ais dan sedikit air (dalam dua tiga sudu jer) ke dalam blender.  Air tu hanya untuk gerakkan blender. Jangan berani2 sangat bubuh air nanti cair lak. PastuTrrrrrrrrr. Pastu bubuhlah dalam gelas. Hias diatasnya ngan whipping cream dan choc syrup. Itu je. Selamat mencuba.
(GUNA BLENDER BIASE JER. JGN BAZIR BELI MESIN ICE BLENDED)

23. tiga tempat paling berhantu di malaysia...jeng jeng jeng

nyampah betul lah. banyak sangat permintaan nakkan n3 citer antu. punyalah pening kepala kjee memikir. semalam masa tengah makan ngan my frens Sharifah Roshida, suami dia SB, anak2 shiqin dan Afiq kat rest seafood kat telok panglima garang, nadia ingatkan kjee kisah ni.

tapi korang pernah dengar citer yang kat malaysia ni ada tiga tempat yang paling berhantu. dulu kjee pun tak tahu. tapi susah nak katalah. apakah itu hanya citer dongeng atau fakta, kjee tak pasti. tapi kjee ada gak pengalaman dengan tiga2 tempat ni.

tempat2 itu ialah Pulau Tioman, Fraser's Hill dan Taiping. korang janganlah kata kjee yang cakap sebab bukan kjee tak cakap tapi kjee cuma sampaikan apa yang orang citer. kalau dia orang bohong, kjee pun bersubahat lah jugak kot. apa2 pun kjee ada cerita nak kaitkan kepada apa yang dia orang katakan tu.

masa kjee kecik2 dulu, kjee pernah tinggal kat Taiping, Perak. masa tu kjee baru darjah satu kot. masa kecik kjee cantik tau. hehehe iklan pulak. gambar ada tapi tak tau mana nak cari. nantilah jumpa kjee buktikan yang masa kecik kjee memang comel. kahkahkah.

nadia ketika usia 3 tahun. gambar ni amik kat frasers hill.
kita orang tinggal kat satu rumah banglo lama. masa dulu2 umah banglo murah kot sebab itu bapak mampu sewa umah tu. rumah itu di kampung bernama kpg boyan. ntah ada ke tidak orang boyan, tak pasti jugak tapi ramailah orang benggali. sebab tu arwah mak pandai buat capatti. dia belajar dengan makcik bengali. alamak merapu lagi.

sorrylah banglo tu tak berhantu tapi banglo tu ada penunggu. eh betul gua cakap lu. penunggu dia adalah ular2 hitam yang panjang kira2 dua kaki dan berkilat2. eh ni tak tipu. korang dengarlah dulu citer sampai abis.

siang hari kan, kita orang tak pernah jumpa ular2 hitam ni. taman sekeliling umah agak luas. so kami adik beradik suka sangat bermain. kalau bapak tak jerit suruh masuk umah sebab hari dah senja, kami masih asyik bermain. 

kemudian kan, bila malam menjelma dan semasa kita orang dah tidur, mulalah ular2 hitam ni keluar. bukan sekor tau tapi lima enam ekor sekali gus. mula2 kami tak perasan. mak ni pulak ada coli warna hitam. so first time bapak terjaga, dia ingat mak punya coli punya talilah. marah2 lah dia sebab mak ni kononnya suka campak coli dia merata2.

bapak bangun, tak bukak lampu terus capai 'coli hitam' mak. jeng jeng jeng. dia terkejut dan menjerit ketakutan. kami yang tido sebelah terus bangun dan berlari masuk bilik mak. kami nampak bapak tengah pegang ular yang sedang meronta2 tu dan flush dalam toilet. terus pam.

lepas tu kan kami tak berani guna toilet tu takut tengah buat 'kerja' ular tu keluar dan patuk anu kami. tapi selepas insiden itu, banyaklah lagi ular2 yang menjelma di waktu malam. sama tempatlah bapak pergi humban dan pam. akhirnya, kerana ketakutan, bapak gi jumpa bomoh dan dia kata tempat tu memang ada penunggu. so kami pindahlah. habis satu bab cerita di Taiping.

ni bab kjee dah dewasa. kerja jadi pengurus produksi drama dan sering ulang alik ke Fraser's Hill sebab shooting. nadia kecik masa tu (kira3 tahun), so kjee terpaksalah bawak dia.

macam2lah kjee dengar cerita pasal penduduk situ jumpa tengkorak tergolek2 kat tengah jalan di tengah malam, Cik Han ganggu dalam umah dan yang sewaktu dengannya. ada seorang artis ni yang jemput anak dia balik ke KL, selepas shooting  di tengah2 malam, beritahu kjee, dia ternampak ekor ular tengah menyusup turun gaung depan mata dia. hujung ekor ular tu jer besarnya satu pemeluk pokok! itu baru ekor. badannya tak taulah besar mana!

oklah. so satu hari kjee shooting ngan pengarah 'kurang seposen' yang pernah kjee citer dalam entry sebelum ini. masa nak pergi, kjee bagi taklimat sebagai pengurus produksi...semua tolong jaga mulut. kalau ternampak atau terbau apa2, mulut tolong diam. jangan laser nanti takut jadi apa2.

satu malam, si pengarah kurang seposen ni buatlah scene kononnya pelakon utama (lakonan lydiawati) ditanam hidup2. giler kau dia buat tengah2 malam lak tu. nadia dah tidur kat bilik atas. kami semua kat laman tengah tengok shooting. mekap artis kjee (dia ni adik2 tau. tak tahu sekarang masih adik adik ke dah jadi jantan tulen hehehe) asyik cakap cam terngilai ngilai cam bende tu. kjee bengang tapi maleh nak layan dia. tetiba tv kat ruang tamu dihidupkan. bunyinya kuat sangat. mana ada orang kat dalam. semua kat luar shooting. nadia lak tidur kat atas. kami semua terkejut. terus kjee teringat nadia tengah tido sorang2 kat atas. berlari kjee dukung nadia turun. semua dah saspen tapi nasib baik tak ada gangguan lagi lepas tu. si mekap artis adik2 tu senyap terus sebab ketakutan.

esoknya, shooting kat paddock. kjee duduk tidak jauh dari budak2 shooting. tetiba mekap artis adik adik tu berlari agak jauh dari situ, sebelum start shooting kjee memang dah perasan dia ni tergedik gedik melayan budak2 crew jantan. hai budak ni, tak serik2, kata hati kjee.

tak sampai berapa minit, kjee nampak dia berlari ke kawasan berdekatan. selepas dia lari, kjee heran dia tak balik2. kjee pergi turut kat tempat dia pergi. dia tengah tercungap2 ketakutan. dia bukak mulut tapi tak der suara. akhirnya bila dia boleh bersuara dia kata, dia tetiba rasa cam nak muntah. bila dia keluarkan semua dalam perut dia, dia angkat muka dia dan tetiba menjelma wajah pakcik tua jangut putih panjang sedang perhatikan dia! padan muka kau. hah gedik2 lagi..kan aku dah beri amaran. amaran? macam menteri amaran lak kan hehehe.

okay bab fraser hill dah habis. eh nanti jap. ada lagi. tapi ada satu malam tu, shooting sampai pagi. pengarah seposen tu suruh kensel bekfas yang kjee order kat kedai joyah (sapa yang pernah pergi FH, tahu sapa Joyah). masa tu dah pukul 4 pagi. kjee kejutkan nadia dan ajak dia (biaselah kjee kan suka dera nadia). bila kami tengah cilok2 kat tepi lereng bukit untuk ke kedai joyah, rasa seram ya amat. kami berdua bacalah apa yang kami tahu. sampai kedai  joyah semua gelap. kjee dah siap2 tulis nota masa kat banglo. terus selitkan bawah pintu kedai dan pandu macam nak gila balik ke banglo. nasib baik tak der apa2. orang kata kalau kita bawak budak kecik, malaikat lindung.

kali ni betul2 dah habis bab Frasers Hill. okay kita ke bab Pulau Tioman.

sorrylah kjee tak de pengalaman kat situ walaupun ada anak serang pengarah filem jadi biol sekejap sebab kerek sangat masa ikut bapak dia shooting kat sana. biol camner kjee tak tahu tapi setahu kjee sebelum tu pun budak tu bukannya betul sangat. macam biol jer.

tapi macam2 berlaku kata budak2 production masa ket sana tapi kjee tak amik tahu sangat sebab tak pergi. betul ke tidak pulau tioman tu keras, kjee tak pasti. yang pasti kat tepi laut banyak batu2 besar yang berat dan keras. hehehe

itu jer citer hantu yang kjee ada. lebih daripada tu, kalau korang nak lagi, nanti kjee buat story tipu...hah padan muka. hehehe

22. aku dan jamal...abdillah

memang lama sangat kjee berhasrat nak tulis pasal Jamal Abdillah, raja pop malaysia yang tiada dua, tiada tiga. ribut mana pun melanda, jamal tetap berdiri teguh...peminat tetap menerima dia seadanya. begitulah powernya Jamal Abdillah, anak kelahiran Ipoh, Perak ni. rasa2nya kalau penyanyi lain, lama dah ditolak tepi oleh peminat kerana peristiwa peristiwa hebat yang pernah melingkari hidupnya.

itulah namanya bakat. kalau bakat sudah hebat, datanglah tsunami sebesar manapun, dia tetapi tidak akan digerakkan!! insya allah.

jamal abdillah ini boleh dianggap lagenda zaman ini. mungkin kjee terlalu emotional tetapi terimalah hakikat ini. sudah lebih tiga abad dia meniti hidup sebagai anak seni...dalam perjalanannya penuh ranjau dan duri.

kjee tidak berniat hendak membawa cerita jamal secara kronology kerana jamal bukanlah seorang insan seni yang mudah dihampiri. dia banyak menyendiri. tidak ramai wartawan menjadi kawan rapatnya. dan kjee memang yakin rakan artis yang benar benar rapat dengannya juga hampir kosong. hanya ketika di zaman permulaan kariernya dia rapat dengan seorang penyanyi wanita ini dan keluarganya. tetapi takdir memisahkan mereka sekali gus jurang pemisah semakin jauh.

kjee antara jutaan peminat jamal. kjee taksub terhadap lagu2nya. setiap lagunya ada makna dan erti tersendiri dalam hidup kjee. begitulah 'gilanya' kjee kepada penyanyi yang 'bersuara jantan' ini.

tetapi kjee dan jamal abdillah tidak pernah akrab. hubungan kami hanya sekadar wartawan dan artis. kjee sama2 di auditorium besar angkasapuri, dikala jamal dijulang sebagai juara bintang rtm. dan selepas itu esoknya diundang ahmad nawab bersama dua atau tiga wartawan lain menemui jamal sambil menjamu selera.

dari dulu lagi, pada mata kasar kjee jamal seorang yang 'tidak mesra alam'. tanya sepatah (ketika itu), maka dia akan jawab sepatah. tak kisahlah. kepandaiannya hanya menyanyi dan tidak lebih dari itu. tetapi kehebatannya menyanyi, menutup segala kelemahannya yang lain.

jamal tidak pernah hubungi kjee kalau perlukan publisiti. dan begitu juga sebaliknya. kalau kjee mahukan cerita jamal, tempat bertanya ialah PR syarikat rakamannya. dan seandainya ada sidang akhbar pelancaran albumnya, barulah kami bersua muka.

tapi...dengan izin...'he has a very special place in my heart'. kalau tidak, takkanlah kjee sanggup terbang ke Kuching setiap cuti, berdiri di depan penjara Kuching dan berharap pihak penjara dapat memberi kjee peluang bertemu Jamal. ketika itu dia dipenjara kerana kesalahan yang semua sudah tahu. Tapi semua usaha kjee itu hampa belaka. banyak duit kjee habiskan terbang ke sana. duit sendiri sebab tiada sebarang tugasan rasmi dikeluarkan oleh pejabat (berita harian) untuk kjee ke sana.

ah duit boleh cari. kalaulah kjee dapat jumpa dia, tak ke gempak kan. tapi kjee tidak pernah terfikir pihak penjara tidak akan membenarkan kjee jumpa sorang tahanan kecuali keluarga rapatnya.

kjee bernasib baik kerana sebelum menunggu tangga di depan penjara kuching, kjee pernah ke Kuching untuk satu tugasan rasmi. ketika itu kjee dikenalkan dengan seorang menteri. dato itu telah membuat jamuan makan malam dirumahnya, dan kjee telah dijemput sekali. mungkin kerana keluarga Dato itu mengenali kjee sebagai pelakon jugak, maka kami menjadi begitu mesra. sering berhubung walaupun setelah kembali ke kuala lumpur.

dengan adanya keluarga Dato yang sudah menganggap kjee sebagai saudara angkat mereka maka senanglah kjee berulang alik ke sana semasa cuba menjejak jamal. walaupun Dato itu seorang yang berpengaruh dan juga ahli lembaga pelawat penjara kuching, namun undang2 tetap undang2. kjee gagal jumpa jamal.

satu hari ketika kjee melangkah masuk ke pejabat, setiausaha editor kjee kata ada satu surat register untuk kjee. kjee pelik. apalah salah aku ni?!! bila kjee tatap surat berbentuk aerogram dari kuching itu, hati kjee berdebar. di luarnya dicop jabatan penjara kuching, sarawak!!!

jamal telah menulis kepada kjee setelah mendapat kebenaran khas jabatan penjara. Dato dari sarawak itu telah memberitahu Jamal mengenai kedataangan kjee setiap kali cuti. boleh dikatakan hampir setiap minggu!!! pendek sahaja mukaddimah Jamal. kemudian dia beritahu, kalau kjee hendak siarkan surat itu, hanya boleh siarkan yang dalam kotak merah pada surat itu.

kjee terus tunjuk kepada editor dan surat itu difotostat di bahagian 'kotak merah' dan esoknya disiarkan dalam ruangan hiburan berita harian. puasnya hati kjee. kjee dah lupa isi kandungananya. tapi masa itu barulah editor kjee tahu usaha kjee terbang ke kuching guna duit sendiri setiap minggu untuk dapat cerita eksklusif jamal.

itu sahaja. tiada lagi jamal hubungi kjee selepas itu. dato dari sarawak itu pujuk kjee agar lupakan hasrat kjee jumpa jamal di penjara. dan kjee akhirnya give up.

kemudian kecuh jamal sudah tamat tempoh tahanan dan dibebaskan. dia akan tiba di airport subang pada hari dan waktu sekian sekian. kjee pun tak lepaskan peluang mahu jumpa jamal. sampai di airport, sorang adik jamal datang kepada kjee dan membisikkan pada kjee, jamal ada menghubunginya dan meminta agar dia tidak ditemukan dengan seorang komposer tersohor tanahair. kononnya jamal berkecil hati kerana komposer itu tidak melawatnya ketika di di penjara.

selain komposer itu, kjee tahu ada beberapa pegawai syarikat rekod lain yang hadir di airport. semua tahu jamal kosong dan tiada ikatan kontrak dengan komposor tersohor itu lagi.

alamak..macam mana nak buat ni? komposer itu turut berada di airport sambut kepulangan jamal!!! kjee tanya adik jamal kenapa beritahu hal itu kepada kjee? dia kata yeop (abang) suruh dia beritahu kjee. kalut betul ni. kjee ternampak seorang pegawai syarikat rekod (mr B) yang bertaraf antarabangsa yang kjee rapat sangat. kjee berjalan perlahan2 menemui pegawai itu dan membisikkan cerita yang disampaikan adik jamal. berkerut dahinya.

masa terlalu suntuk. pesawat sudah landing. pegawai itu suruh kjee fikir pantas. kjee suruh dia bawak jamal kemana2 sahaja. mungkin yang paling selamat ke rumahnya. tapi pegawai itu tak berani. dia suruh kjee uruskan. berat lah macam ni.

kjee dah lupa macam mana kjee berjaya melarikan jamal tetapi dipendekkan cerita, jamal kjee bawak pulang ke rumah kjee. suami kjee (arwah bapa nadia) panik tengok jamal. selama ini kjee tak pernah bawak balik sesiapa ke rumah! dia tarik kjee ke tepi dan tanya samada kjee hilang akal bawak jamal ke rumah. kjee terangkan segala masalah yang dihadapi jamal. akhirnya abah nadia setuju.

jamal tinggal di rumah kjee. esoknya kjee amik cuti sebab tak tahu bagaimana hendak handle situasi ini. kjee masakkan untuk jamal dan mulutnya mula agak ringan bercerita. kjee call abang kjee (ahmad fauzee), suruh bawakkan baju yang sesuai untuk jamal pakai kerana kjee hendak mengambil gambarnya.

selain pakaian, jamal juga tiada duit. kjee memang tidak mampu membantunya. kjee teringat dato dari sarawak yang pernah beritahu kjee dia sayang jamal dan menganggap jamal sebagai anak angkatnya. kjee hubungi Dato dan meminta dia membantu jamal. petang itu, kjee mendapat telegraf transfer sejumlah wang untuk jamal.

malam pertama jamal tidak kemana2. malam kedua jamal gelisah hendak keluar. dia ajak kjee keluar. bapa nadia enggan membenarkan. sebaliknya bapa nadia ajak kjee keluar berdua sebentar. dia berhentikan kereta di satu kawasan sunyi berhampiran rumah dan kami berdebat dalam kereta. suami kjee mula curiga dengan kehadiran jamal dan tuduh kjee lebih mementingkan jamal. kjee terkejut. setelah kjee terangkan segala2nya akhirnya bapa nadia beralah. malam itu dia menemani jamal keluar. jamal perlu diteman kerana kjee bimbang keselamatan dia.

kjee call lagi ofis mintak tambah cuti. cuti kjee, kjee habiskan berulang alik ke syarikat rekod mr B. jamal meminta kjee uruskan segera dia masuk ke syarikat itu. dia tidak mahu ke syarikat lamanya. dan kjee pun uruskan segala2 dalam masa dua atau tiga hari. kjee kemudian bertemu seorang peguam yang kjee kenali dan menyuruhnya menyediakan kontrak.

pada hari yang ditetapkan, jamal dan kjee bertemu beberapa pegawai dari syarikat Mr B di pejabat peguam itu. jamal terus sain dan menerima wang tunai dalam jumlah yang cukup besar. selepas itu, kjee pun ke pejabat. jamal kjee tinggalkan dengan Mr B.

petang itu kjee balik rumah. pembantu rumah kjee kata jamal ada pulang ke rumah dan mengambil semua barang2nya. tiada pesan mahupun sebarang nota buat kjee. kjee tak perlu dia ucapkan terima kasih kerana semuanya kjee lakukan kerana allah! but at least leave me a note. (sekurang2nya tinggalkan lah nota).

itu sahaja. sampai ke hari ini, kjee tidak pernah bertemu empat mata dengan jamal. beberapa tahun lalu, kjee ada menghadiri satu majlis dimana jamal dijemput sebagai tetamu. sebaik sahaja dia nampak kjee, dia terus hilangkan diri!

kjee tak tahu apa salah ataupun silap kjee. tetapi kjee sudah memaafkan jamal. setiap manusia ada melakukan kesilapan. seandainya kjee silap, kjee susun 10 jari memohon ampun.

apapun, jamal...you'll always be my favourite male singer, dulu kini dan insya allah sehingga hujung nyawa. good luck and take care. allah swt akan melindungi anda. insya allah.

Sunday, January 30, 2011

HERMAN TINO - DERMA BUKAN TONTONAN

20. Tolong jangan sokong mat dhani jadi pengetua AF!!!

malam tadi kjee susah nak tidor. bukan sebab takut hantu. tapi fikiran kjee terganggu dengan berita terbaru yang kjee dengar kononnya Ahmad Dhani dari Indonesia akan jadi pengetua terakhir AF. punyalah kjee bengang sampai berasap2 telinga.

astro ni dah hilang akal ke? dia orang ni nak cabar kesabaran rakyat malaysia ker dalam bab2 macam ni. okay omputih kata first thing first. hidupnya AF sebab kita rakyat malaysia yang bangang habiskan berjuta2 ringgit hantar sms bagi hidupkan rancangan itu. kalau tak kerana kita bodoh habiskan duit banyak2 camtu, rasa2nya AF sangkut setakat AF3 jer kot.

dangdut lu best wak
tapi bila sampai AF3, astro mula tamak dan gelap mata. berjuta2 ringgit masuk setiap hari kerana semua nak sms si world tu. kjee tak bangang cam tu sebab kjee tak minat world langsung. tapi apa kan daya. rakyat malaysia kena tipu dengan cara astro promokan si world tu. kononnya nanti akan muncullah satu idola penyanyi yang islamic. tak kisahlah...bakat tak der pun tak per.

okay back to realiti. rancangan tu pun rancangan realiti. kjee berasakan astro amik mat dhani ini sebagai melengkap usaha mereka untuk menjadikan steyen tv mereka khas untuk mat indon yang bermastautin di sini. kjee dah lama boikot drama2 sinetron dia orang. last kjee tengok dulu bawang putih bawang merah. itupun sebab maid indon kjee nak tengok so kjee tengok dengan sumpahan berbakul2 sebab bangang sangat. siap ada pari2 lagi. orang dah ke bulan dia orang masih buat citer ada pari2.

dulu masa jadi wartawan, kjee pernah ajak teman2 media balik dan tinggalkan sidang akhbar hetty koes endang kerana keceluparannya menjawab soalan kjee. kjee tanya kenapa penyanyi malaysia tidak dapat sambutan sehebat mana penyanyi indon yang datang kemari. hetty jawab selamba jer sebab penyanyi malaysia tak versatile...tak macam penyanyi indon boleh nyanyi macam2 dari dandgut ke pop ke keroncong.

wah apa lagi! telinga kjee berdesing. walaupun mungkin ada kebenarannya pasal versatile tu tapi cakap biarlah berlapis sikit. awak tu tetamu kat bumi malaysia. kengkawan wartawan semua balik. kjee jadi ketua. penganjur sidang akhbar tu terkejar2 pujuk kjee dan teman2 media bersabar. tapi kami semua patriotik dan sayangkan industri kami.

esoknya semua akhbar keluar cerita keceluparan hetty. dan kjee juga terima surat cinta daripada PR bedebah syarikat rekod itu. bukan kjee saja dapat, dia turut antar surat kepada pak samad ismail suruh 'ajar' kjee. bedebah budak tu. ingat aku tak tau kau kerja kat mana sekarang! sampai tualah kau reput kat situ. pak samad panggil kjee, dengar penerangan kjee, ketawa dan koyakkan surat tu.

kjee pun kena jugaklah dengan rhoma irama masa dia mula2 datang malaysia dulu. buat konsert kat stadium negara. kjee pun pergilah buat liputan. tak pernah dengar muzik dia walaupun dia tu di'sembah' bagai nak rak kat negara dia. aku peduli apa kan? kjee ingat lagi masa tu wak hermantino jadi jemputan.

balik konsert, kjee tulis dangdut yang dibawakan oleh rhoma tidak menepati cictarasa malaysia. pada pandangan kjee, kita semua sesuai dengar dangdut ala hermantino. wak herman punyalah suka sebab dia sedar dia begitu kerdil di sisi rhoma. memang tidak dinafikan wak herman ketika itu penyanyi dangdut nombor 1 malaysia.

bila keluar jer berita itu, wak rhoma terlupa irama dia. dia dah tukar irama rock dan jadi ganas. dia suruh budak2 dia cari siapa fauziah samad ni. dia kata apakah fauziah samad itu perlu 'envelop'? adalah orang sampaikan berita rhoma tanya kjee samada nak envelop? kurang ajar betul!!! ingat aku ni macam wartawan indon yang hidup atas 'envelop'?

korang tahu apa tu envelop? rasuah lah beb. isyhhh dia salah orang lah. mati hidup balik pun aku takkan gadaikan maruah aku. kerana 'envelop' aku tidak akan berpatah balik dan memohon maaf atas cerita yang aku dah tulis tau!

berbalik kepada realiti lagi. kita ni sekarang sebenarnya sedang berperang dalam diam. dek kerana nak menghormati hubungan baik antara negara, kita senyap jer bila dia orang bakar bendera kita, baling najis, kutuk macam2.kita diam jugak bila astro banyak siar drama dia orang. walaupun sampah, kita telan sebab kita ada pilihan channel lain. mujurlah radio pun dah jarang main lagu dia orang atau adakah kjee tak pernah bukaak radio sekarang? wallahualam.

kita protes dalam diam apabila orang2 dia buat onar dalam negara kita. jadi perampok, larikan anak majikan, larikan anak gadis kita dan mungkin mereka juga turut menyumbang kepada kes buang bayi baru lahir di negara kita. kita tak tahu siapa punya angkara. tak mustahil 10% kerja mereka!

now now now astro is adding salt to injury. dah tahu hati kita dah terluka, dibubuhnya garam supaya terasa pedih yang amat2. apakah kita nak berdiam diri? mana dia persatuan hiburan tanahair? korang janganlah tanya karyawan sebab orang kuat karyawan ada bau2 bacang dengan astro. ingat tak pengetua pertama AF? dia buat statement dalam paper, dia setuju mat dhani tu jadi pengetua sebab nak dedahkan pelajar2 kita ke dunia lebih luas lagi. sikit lebih kurang cam tulah.

astro mesti suka orang kuat karyawan cakap cam tu. lu sapa, dia mesti tuding jari kat kjee. orang kuat karyawan lagi power. ya ker. tungguuuu.

apakah malaysia dah habis langsung karyawan nak jadi pengetua. atau apakah cerita sebenarnya? kita mungkin tak tahu. tapi kjee rasalah, semua karyawan malaysia dah tak minat dan tolak mentah2 tawaran jadi pengetua sebab rancangan tu dah sampai tahap meloyakan. very de uwek. so dia orang tak nak nama dia orang tercemar. rating AF dahlah jatuh, nanti nama dia orang pun turut tenggelam.

kenapa mesti pilih mat dhani? kenapa kenapa kenapa? apakah kita hendak membalas jasa mereka kerana menaikkan industri kita? apakah selama ni penyanyi kita diletakkan di tempat nombor satu persada seni muzik negara mereka? tanyalah siapa yang berjaya di negara mereka. dato siti nurhaliza, sheila majid dan juga salem. satu ketika dulu kumpulan search. itu jer ker? takkan empat jer? yang lain?

yang lain pergi sana, hanya sempat duduk kat airport jer pastu balik. kalau lagu kita nak masuk sana, kena tukar judul. kenapa mesti jadi macam tu? lagu dia masuk sini kena tukar apa2 ker?

sudah sampai masanya kita bangkit. bukanlah nak suruh kita mengamuk dan pergi bawak buluh runcing ke sana tapi, kita sedarkan dulu orang kita yang sedang dilamun mimpi. agaknya astro ingat dengan bawak mat dhani, rating AF akan naik kembali dan...dan...dan... akan ada lagi AF ke sepuluh! selisih malikat 44. atau mungkin astro harap mat dhani tak datang sorang. dia bawak pari2 untuk suruh kita antar sms banyak2.

aduiiii sampai bilalah kita nak sedar!!!!

19. penang fried kway teow



Resipi ini kjee cipta sendiri setelah bertahun2 gagal mendapat rasa yang dikehendaki. Satu hari (masa meniaga dulu), Kjee nak buat kway teow goreng tapi cili kisar tak de. Unclepali kata ala campak je sikit sambal tumis nasi lemak ke dalamnya. Sama jer asal rasa pedas.

Alhamdullilah. Itu rupanya rahsianya. Bubuh sambal tumis!

Selesai masak, Kjee pun makan ngan Nadia. Masa makan, ada customer datang. Dia nampak dan kata nak yang Kjee makan tu satu. Eh ini bukan untuk jual. Ini untuk makan sendiri. Dia kata tak per dia nak jugak. Kerang lebih, dia pesan.  Lepas makan dia mintak bungkus dua. Hah?

Itulah bermulanya sejarah Penang Fried Kway Teow Kjee. Selepas hari tu, selain laksa Johor, Penang Fried Kway Teow jadi jualan paling laris.

Jom tengok resipinya. Ini untuk satu portion atau 1 pinggan.

 
BAHAN2:
1 genggam kecik kway teow (jenis yg halus bukan lebar)
3 ekor udang
sebiji telor
kerang (yg direbus)
1 sudu sambal tumis
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1 sudu kecik sos ikan/kicap ikan atau nampla
tauge ( suka hati nak bubuh banyak mana)
kucai (potong dua inci)
satu ulas bawang putih

CARA:
Ketuk bawang putih. Tumis pastu masukkan udang. Balik2 dalam 1 minit. Tepikan sikit udang dan masukkan telor. biarkan 1 minit. Pelankan api, pastu masukkan kway teow, kucai, sambal tumis, kicap manis dan sos ikan. besarkan api, cepat2 kacau sampai rata. Pastu campakkan toge dan kerang. Golek2 sikit lebih kurang. Tutup api dan hidang. Jangan masak toge terlalu lama nanti hilang ranggupnya. Makan ngan cili api yg diricik dan campur sos ikan/nampla. Cuba masak satu satu. Kalau masak sekali dua utk dua tiga pinggan, lari rasanya. Selamat mencuba. Kalau tak jadi, maknanya api/dapur tak cukup power.
Kalau malas nak buat sambal tumis, beli jer kat gerai makcik jual nasi lemak.
Nak belajar membuat Penang Fried Kway Teow, sila klik sini. Cara membuat step by step!


18. dalam banyak2 n3 kenapa mesti nak citer hantu?

kjee suka sangat tengok filem mamat khalid ni.siap naik kerusi roda ke panggung
tadi kjee tengok balik semua komen2 yang korang post. kenapa dalam banyak2 entry korang masih nak citer hantu? ada ke masuk akal bila tulis komen cam ni: "kjee tulislah citer hantu lagi!".  ari tu masa kjee kata nak tulis pengalaman kjee jumpa hantu, ada yang tanya samada citer kjee nanti ori ke rekaan.

hangin gak kjee masa tu. walaupun kjee ni penulis skrip tapi bab pelik2 macam ni, kjee rasa otak ni taklah kreatif sangat. kalau otak kjee hebat boleh keluarkan citer hantu yang hebat, rasa2nya dalam lama kjee hasilkan banyak skrip hantu. kalahlah mamat khalid ke atau si nyangkung tu atau khurafat.

ari tu member kjee yang jadi pengarah drama dah bukak mulut suruh buat skrip citer hantu. dia kata jangan buat citer hantu cam orang lain buat. buatlah cam ni...kemudian dia bagilah idea. bagus gak. tapi idea tu tak bleh citer kat sini nanti kena curi.

betul gua cakap lu. idea kjee pernah kene curik sebab mulut ni gatal sangat pergi cerita kat orang. dan...hehehe kjee cakap betul ni tau...kjee pun pernah gak cilok ada satu idea pakcik ni. (kesian dia ntah2 dah mati sebab tua sangat. lagipun lama dah tak jumpa dia. kalau dia dah tak der, al fatihah). dia ni cakap besar sangat. satu hari kjee duduk dekat satu gerai. dia datang menyibuk.

"eh jee, aku ada satu storylah. aku baru nak buat skrip. kau nak dengar tak...best betul. tapi kalau kau nak dengar, kau kena belanja aku makan. boleh aku cerita," dia kata dengan lagak yang meloyakan. customer lain berdekatan semua pandang. pakcik ni semakin kembanglah.

dalam hati kjee, pakcik ni kene dengan aku ni. kjee tanya skrip tu dah buat ke blum? dia kata belum. ok, mamak...bagi pakcik ni makan apa saja yang dia nak. wah pakcik tu happy giler.

dia pun citer lah bagai nak rak secara terpinci. kjee dengar jer. otak kita lak otak fotostat. dua minggu kemudian, skrip tu dah siap...oleh fauziah abdul samad! kahkahkah. bila dah siap, kjee bagi skrip tu kat produser. minggu depannya siap cek. okaylah...drama tu pun startlah shooting.

enam bulan kemudian, hani mohsin call kjee gi opis dia. dia kata dia nak buat drama. dia nak suruh kjee buat katering makan. kjee tanya cerita apa? mohsin pun cerita sikit lebih kurang. tersedak kjee dengar. macam pernah ku dengan story tu tapi di mana hah? penulis skrip dia nama si polan sipolan ker? mohsin kata eh macam mana kau tau? kjee kata tak der saja agak.

berderau darah kjee. masa nak balik kjee mintak mohsin salinan skrip tadi. saja nak baca, kjee kelentong kat mohsin. sampai dalam kereta, berpeluh2 kjee selak sehelai demi sehelai skrip pakcik tu. nasib baik tak sama dengan apa yang kjee buat walaupun intipati dia sikit lebih kurang.

sebenarnya begini. kalau ada satu cerita. bagi 10 orang penulis skrip buat, hasilnya tidak akan sama. semua akan gunakan kreativiti masing2 untuk hasilkan skrip mengikut citarasa mereka. ini adalah realiti. tidak ada satu individu akan hasilkan skrip yang sama. kalau samapun hanya pada jalan cerita. sub plot mesti lain.orang kata sama tapi tak serupa.

itulah pakcik tu laser laser sangat. tapi kjee bukan curi idea dia 100 peratus. tak sampai 10 peratus pun. judul pun tak sama. bila dua2 drama tu keluar kat tv, tak der sapa pun perasan persamaannya. so kira okaylah yer. hehehe.

kalau ada idea, jangan cerita kat orang. nanti kena curi. kjee selalu mintak orang idea tapi kalau skrip itu berjaya dijual, kjee akan bagi imbuhan. buat skrip bukan senang. sebab itulah bila orang tanya kjee baik di facebook atau di mana2, kjee buat cerita apa?, haram kjee tak jawab.

tapi kan dalam industri ni, ada gak pengarah copy paste. kjee pernah kerja jadi pengurus produksi satu drama. pengarahnya budak muda. dia ayat bagai nak rak depan produser tentang drama yang dia nak buat. skripnya dia tulis dalam buku besar macam buku register nama kat sekolah dulu. pelik gak kjee kenapa skrip tulis cam tu. tak perlah.

shooting kat Fraser's hill. pelakon dia tak ramai. empat orang jer! mesti korang tak percaya. habis tu kalau shooting dalam satu banglo jer tak ke cukup 4 pelakon jer. cerita dia menarik sangat. tapi kjee pelik gak macam mana pengarah ni dapat idea buat cerita cam tu. sebijik citer mat salleh.

drama pun siap. antar kat satu stesyen, kene reject. kjee dah lupa kenapa reject. pastu terpaksa tukar judul dan jual stesyen lagi satu. lulus. keluarlah kat tv. selamatlah sudah satu kerja. beberapa bulan kemudian, kjee tonton satu filem omputih made for tv. kurang ajor punya pengarah tu...bukan sahaja dia curi sebijik sebijik citer omputih tu tapi shot pun dia curik!!!

korang jangan terkejut. bukan pengarah yang 'kurang seposen' jer  tadi buat kerja cam tu. rupa2nya dia ni anak didik seorang pengarah yang popular. sifu dia pun kerja yang sama. dia orang tonton filem omputih yang ala2 B grade movies, yang jarang ditayangkan kat malaysia. mana dia dapat hanya tuhan jer yang tahu. dia curi idea dan buatlah filem melayu.

jangan ingat kjee tak tahu...tapi kjee ni kira baik. semua ini ada gak terjadi masa kjee jadi wartawan. tapi pepandai koranglah.

tapi setakat ni kjee tak pernah buat camtu walaupun kekadang teringin gak nak curi idea. tapi sepandai pandai tupai melompat, satu hari mesti kene punya. so gua manyak takut. gua tak buat. tuhan nampak apa yang kita buat tau!

TAMAN RIMBA KAMPUNG KEMENSAH

Memang tidak dinafikan Taman Rimba Kampung Kemensah, mempunyai tarikannya yang tersendiri. Setiap hujung minggu, tempat itu menjadi tumpuan ramai. Dulu pernah terjadi disko rimba kat situ. ingat lagi tak? kecuh gak bila orang luar datang dan malam2 buat parti tak senonoh.

apapun, sepanjang hampir setahun kjee tinggal di kawasan itu, kjee puji usaha anak2 muda kampung kemensah menjaga ketenteraman kawasan taman rimba itu. janganlah ada pasangan yang hendak buat tak senonoh kat situ, habis kena hambat dek budak2 kampung yang diketuai geng Jinbara.

kalau minat nak bermalam di sana, silakan. harga amat berpatutan.





kalau nak tengok banyak lagi gambar, sila ke FB kjee..

Saturday, January 29, 2011

15. sijil jadi geng dan hadiah komen terbaik

salam semua. kjee dah kata tangan yang memberi tu lebih elok daripada yang menerima. so, sebagai penghargaan keatas kesudian you all intai blog kjee, maka kjee akan berikan semua yang jadi geng kjee dalam kolum JOM JADI GENG KAK JEE  kat sini sijil. sijil ni istimewa. unclepali akan design dan kjee akan antar cetak bukan fotostat! cetak atas kertas keras yang elok supaya korang boleh simpan. siap ada personal autograf tau. esok lusa unclepali akan design. bagilah masa seminggu untuk cetak. kemudian kita tengok siapa yang dapat yer. cepat2 lah korang masuk jadi geng sebab kjee nak adakan peruntukan untuk jumlah yang akan dicetak.

selain itu, kjee hargai setiap komen anda. akan ada best komen of the week ke atau month. kjee akan beri hadiah. tak semestinya komen puji jer. boringlah. nak kritik supaya kjee perbaiki blog dan penulisan kjee pun dialu2kan.

you like? I like!!!!! love you all. muahhh

17. Kjee dan Asia's No 1...SUDIRMAN HAJI ARSHAD


wajah2 sudirman yang dirakamkan oleh asraf dahari jurufoto NST dan peribadi sudir
gelabah jugak nak tulis pasal allahyarham sudirman haji arshad. apapun, sebelum mula, kita sedekahkah dulu al fatihah buat artis yang disenangi dan disayangi semua. dialah sebenarnya pencetus '1Malaysia' industri seni muzik. industri seni lakon pula, p ramlee lah pencetusnya. 

aduh camner nak start hah? tetiba rasa sebak lak.

kjee mula kena sudir sewaktu kjee ditugaskan membuat liputan bintang rtm. masa tu dibuat di auditorium besar angkasapuri. kjee pergi masa dia orang buat rehearsal dan sound check. maklumlah kjee ni memang terkenal sebagai wartawan yang menyibuk tapi tak kepoh. wartawan kepoh ada sorang lagi hehehe. kjee tak nak rampas title dia.

kjee ke sana lebih kurang tengah hari. kjee masuk auditorium yang gelap gelita tu. cuma pentas jer ada lampu. kjee duduk di barisan belakang tengok dia orang berlatih. sorang demi sorang. tapi maaflah kjee tak ingat tahun bila. dan kjee jugak tak ingat siapa yang bertanding bersama sudir. aduh dah tua sangat dah ni. kjee rasa masa tu kjee kerja dengan NST ataupun Malay Mail. huhuhu tak ingat.

apapun, semasa kjee tengah duduk relax dengar dia orang berlatih, adalah budak kecik ni datang kat kjee. kjee tahulah dia. nama dia sudirman haji arshad. dia antara finalis. kjee masa tu tak ingat kjee minat ke tidak dengan suara dia.

dia datang dan duduk berdekatan dengan kjee. mula2 jauh sikit. lepas tu dia mengisut dekat kjee. dia hulur tangan. "u reporter ker? saya sudirman...selamat berkenalan." kata sudir sambil pamerkan senyuman dia yang femes tu. dia pun duduk sebelah kjee. kami berbuallah. topik apa kjee tak ingat. yang ingat, tetiba ada orang jerit panggil nama dia suruh ke pentas. sebelum beredar, sudir pandang ballpen yang tergantung kat leher kjee. "I sukalah pen tu...boleh hadiah kat I?" aduh cutenya budak ni. terus kjee ambil pen bersama tali yang tergantung di leher kjee dan beri kepada dia.

malam tu sudir menang.

sejak itu kjee dan sudir sering berhubung. jumpa dia di banyak majlis termasuk press conference album dan sebagainya. satu hari tu kjee pergi wedding dahlan zainuddin dengan efa rizan, sudirman bawak girlfren dia kay naik motor besar. kay malu2 masa tu. dia orang couple dan sedang belajar di universiti malaya.

kjee sebenarnya masa jadi wartawan tak sukalah rapat sangat dengan artis2. kjee tak nak terikat dan rasa bersalah. kjee ada komitment kepada tugas dan kjee harus jujur kepada pembaca. kjee tak naklah kalau rapat sangat dengan seseorang artis tu, kjee tak sanggup nak tulis 'keadaan sebenar'. ada wartawan cam tu, oleh kerana terlalu rapat, nak tulis yang sebenar pun serba salah.

sebab itu, tidak ada artis yang boleh 'baca' kjee. hari ni kjee tulis sesuatu yang hebat mengenainya. esok, kalau sesuatu yang kurang elok berlaku, kjee pun tulis yang benar2 berlaku. dalam kata lain, kjee ni bukan wartawan yang boleh 'dibeli'. ampun kengkawan wartawan yang terasa!

sudir pun tahu kjee 'species wartawan apa'. tapi yang paling kelakar masa kjee pergi buat liputan satu konsert di Universiti Kebangsaan Malaysia kat bangi. seperti biasa, tahun tak ingat. tapi mungkin tahun 83 atau 84. kjee kerja di unit hiburan berita harian. masa tu budak2 student buat demo. dia orang kata sudir 'mencemarkan minda' student Islam dengan persembahan yang unIslamic.

kjee pergilah dengan arwah bapak nadia kerana kjee takut, student dah ugut nak buat macam2. malah ada student yang kata tepat jam sekian sekian nak baling bom dalam dewan tu. aduhhh.

konsert berjalan lancar. jam sekian sekian, kami pun taklah mati kene bom. sudir punya konsert paling hebat. kjee mengalirkan air mata melihat persembahan dia yang cukup dasyat.

esoknya kjee tulis dalam berita harian. oleh kerana kjee ni asalnya wartawan paper omputih, maka tulisan kjee kekadang agak 'keinggerisan'. editor kjee selalu tegur. dia kata kena hati2 guna bahasa. awak ni masih pekat dengan tulisan cara NST. oklah. tapi nak buat camner. masa nak tulis, dalam otak fikir ayat2 dalam bahasa inggeris kemudian ditranslate ke bahasa melayu. hehehe bingai.

ada satu perkataan dalam berita yang kjee tulis mengenai konsert sudir menyebabkan dia melenting kot. tapi sudir ni kalau melenting, taklah depan2. kjee faham sangat. dia mengamuk2 kat depan staff dia pastu masa call kjee, cakap aduh punyalah manis buat kjee cair. (ini staff dia bagitau. dia kata sudir mengamuk ke kat kjee? oooo camtu ya)

kjee tulis show sudir hebat disebalik kecacatannya. aduh kecacatan? maksud kjee tubuh dia yang kecil2 cili api..kenapaalah pengarang tak edit perkataan tu??? betul2 terlepas pandang. sudir call kjee. sikit lebih kurang begini : " hello my dear jee. I ni cacat ker?" aduh macam jarum halusnya tertusuk di jantungku. kjee biasaleh. mengelabah yang amat2. tapi sudir ketawa berdekah2. kjee mintak ampun dan bagitau dia apa yang kjee maksudkan. dia kata dia faham apa maksud kjee. ya lah tu kannn. kjee ada kolum gosip kat berita harian masa tu. kjee pun tulislah kat situ mintak ampun dan maaf atas ke'bingai'an kjee.

selain itu, ada lagi satu insiden apabila berita itu disiarkan. student UKM mengamuk dengan tulisan kjee. dihujung artikel tu, kjee ada tulis macam ni..."terima kasih daun keladi, lain kali jangan buat lagi!!" ayat itu ditujukan kepada puak2 yang kononnya terlalu islamik kat UKM. sampai sanggup ugut nak baling bom. mereka hantar surat kepada kjee suruh jaga2. sampai hari ni kjee tak lupa. dia orang yang buat surat tu pun ramai dah tua atau dah mati kot.

selepas itu.hubungan kjee dan sudir semakin akrab. masa kjee nak pergi jepun, dia call kjee. dia tanya kjee ada ker winter clothing nak bawak gi sana? winter clothing? dia pun bagilah kjee pinjam satu winter clothing ala2 ponco jenama Issey Miyaki warna hitam. itu jer yang muat. tapi sudir mmg banyak baju besar2.

kenangan paling kjee tak dapat lupakan bersama sudir ialah sewaktu kjee bersamanya sehari suntuk untuk ruangan baru yang kjee kendalikan di Berita Harian iaitu...Sehari Bersama...

selain sudir, kjee pernah buat rencana yang sama bersama anita sarawak. siap gi singapura dan jejak anita, siput sarawak dan dollah sarawak. itu citer lain. commercial break sekejap. penat. hehehe

tahun kjee tak ingat tapi kjee ingat satu peristiwa hari itu iaitu hari pelancaran proton saga pertama di shah alam. pagi2 buta kjee dah ikut sudir ke shah alam. lepas konsert, sudir kena habiskan masa sehari bersama kjee. antara agenda dia...lepas konsert, gi cuci rambut kat bukit bintang, pastu pergi latih menari kat studio mana ntah, pastu malam ada show kat paddock, hilton.

masa habis konsert kat shah alam, kjee amat sayu apabila sudir memanggil pengurusnya ke tepi. kjee pasang telinga. tak payahlah tanya sapa pengurus dia. satu malaya tahu ketika itu. kemudian isteri pengurus datang kepada sudir. sudir mintak duit sebab dia tak de cash nak bawak kjee pergi makan. isteri pengurus merangkap akauntan, buka beg james bond dan bagi sudir rm50! sudir terkejut. dia rampas beg james bond pompuan tu dan bukak, banyaknyer duit!! sudir marah sangat. kjee diri tak berapa jauh dari situ dan dengar ketakutan.

dalam kereta sudir minta maaf kat kjee kerana mengamuk tadi. dia kata, dia ni ibarat lilin, orang lain yang terang benderang, dia duduk dalam kegelapan. dia cari duit penat2 orang lain kenyang. aduh berat. tapi itu dia tak bagi tulis. kjee tulis kat sini sebab kjee nak semua tahu cerita sudir sebenarnya!!

selepas setengah mati ikut sudir satu kolumpo (tak tahu mana dia dapat tenaga sebanyak itu), kami pun landinglah kat biliknya di hotel hilton untuk buat persiapan shownya malam tu. dia sibuk berlatih dengan budak2 dia dari musician sampai penari. kjee pun sibuklah tolong dia orang buat pom pom dari wool untuk penarinya.

tak payahlah tanya macam mana hebatnya show sudir kat paddock malam tu. I have no words to describe. ewah. dalam bahasa pasar...gempak giler.

lepas show, kami lepak dalam bilik dia. selepas dia mandi, kami duduk berbual di ruang tamu biliknya. dia bawak beg james bondnya dan keluarkan al quran. letak atas meja depan kjee. kemudian dia pandang kjee sambil senyum. 'Okay jee...throw any questions. I will answer all. (tanya apa sahaja. saya akan jawab semua!)" mak datuk punyalah ketar kjee dengar.

sudir seolah2 tahu apa yang kjee nak tanya. dia berikan jawapan yang membuat kjee menangis. kjee mintak ampun pada sudir sekiranya, apa yang berlegar di kepala kjee selama itu, sebenarnya lebih hampir kepada fitnah!!! sudir cukup tenang. leganya kjee dah mintak ampun. okay, kata sudir. kita start kosong kosong.

semua yang berlaku dalam bilik antara empat mata itu, akan kjee simpan dalam kotak ingatan kjee hingga ke akhir hayatku.

hubungan kjee semakin baik dengan sudir tetapi dia tahu ada jurang pemisah yang kjee sudah set dari mula. jangan terlalu rapat sebab kjee tak nak rasa bersalah. dia menghormati pendirian kjee.

masa kjee sarat mengandung (8½ bulan), kjee pergi cover satu majlis pelancaran album sudir. bila nak balik dia tanya kjee samada dah tahu jantina anak dalam perut kjee. kjee kata belum. dia mintak kalau anak lelaki dinamakan sudirman. kjee seronok. bila bapak nadia datang jemput kjee balik dari majlis itu, kjee desak dia bawak kjee ke klinik sebab kjee nak scan tengok jantina baby. sudir kecewa dan kjee lagi kecewa...anak yang kjee kandung sudah meninggal dunia didalam perut selama 3 hari tanpa kjee sedari!!!

 selepas itu banyak yang terjadi antara kjee dan sudir yang kjee tak ingat. kemudian, kjee pun berhenti jadi wartawan. kjee jadi pengurus produksi drama. ketika kjee tengah shooting, ada orang call bagitau sudir sudah tiada. kjee tahu dia sakit tapi tiada sapa yang ada akses jumpa dia ketika sakit. apa lagi kjee yang dah tak de kena mengena. mungkin kalau masih wartawan, lainlah ceritanya.

itu jerlah secebis kenangan bersama Asia's No 1.

kjee pernah bertandang ke rumahnya di belakang plaza ampang dulu. penuh dengan gambar sudir yang besar sebesar saiz asal dirinya di dinding2 rumah. kemudian kat dapur ada dua peti ais besar, kjee kata kenapa sampai dua. dia kata masa dia kecik, keluarga dia susah. umah tak der peti ais. dia janji pada dirinya kalau dia dah besar dan kaya, dia akan beli dua peti ais besar dan penuhkan dengan semua makanan kesukaan dia.

ramai wartawan ada versi cerita mereka bersama Sudir. Inilah versi kjee. kjee tak tahu kenapa kjee tidak pernah berusaha bergambar dengan sudir. hmmm. al fatihah 



NOTA: TERIMA KASIH ASRAF DAHARI (BEKAS JURUFOTO NST YANG JADI PERSONAL JURUFOTO SUDIR) UNTUK GAMBAR PALING ATAS DAN FENDI AMAN (FREN FB SPORE) UNTUK GAMBAR2 YANG LAIN. JASAMU KUKENANG.

Friday, January 28, 2011

14. kalau tak reti masak, tak yahlah niaga

Apabila berbicara tentang makan, mulut dan tekak kjee memang jahat. Unclepali sangguplah test dulu makanan kalau kami first time makan kat kedai tu. dia tak nak kjee buat dosa. Yalah, kalau makanan tu tak mencapai tahap kesedapan yang kjee harapkan, kooo siap. Macam2 perkataanlah tersembur keluar.

Antaranya…dah tahu tak pandai masak tapi kenapa meniaga ?..ko ingat aku makan free ker ? dan yang lebih brutal, kalau aku masak sambil tutup mata pun lagi sedap tau !

Tapi kjee taklah semburkan kata2 tu tepat pada muka tukang masak atau tokeh gerai atau kedai tu. kjee buat cara berhemah. ewah. kjee mengomel pelan2. hanya telinga unclepali dan nadia jer boleh dengar. Masa tu kjee dah tak usik lagi makanan tu. Sebelum keluar, kjee pun smashlah dengan lembut (smash dengan lembut ?), terima kasih daun keladi. Lain kali jangan harap saya datang lagi.

Bangi kopitiam kat taman melawati pun pernah kena dengan kjee. Kita ingat nak tolong orang melayu sebab asyik ke old town white coffee jer. Faham2 jer lah macam mana rasa roti bakar kat OTWC. Kopi dia pun sedap boleh buat kita ketagih.

Maka dengan hasrat tolong anak bangsa, kjee masuklah ke Bangi Kopitiam Taman Melawati. (boleh kutuk sebab sekarang dah tutup hehehe) Kjee punyalah hot masa tu. Dahlah servis lembab giler, makanannya pulak adoi susahnya nak telan. Unclepali dah tengok muka kjee berubah. Habis makan dia cepat2 tunggu kat kereta. Nadia pulak dengan lajunya  ke kaunter nak bayar. Dia tahu kjee tak boleh kejar dia sebab jalan pun bertongkat masa tu.

Jalan pelan pun, kjee sampai gak kat kaunter tu. Kjee tanya cashier: “dik, mana Kid? Kau cakap dengan dia, fauziah samad, wartawan gemuk kat berita harian dulu, kata makanan kat sini tak sedap tau. Suruh dia tukar menu!” nak terkencing agaknya cashier tu dengar. Tapi kjee taklah cakap jerit2 cam pompuan estet. Kjee smash lembut dalam senyuman jer.

Mungkin masa tu kedai tu baru bukak, so sebenarnya, harus kasi can kali kedua. Enam bulan kemudian kami pergi lagi. Dah confirm terima kasih daun keladi!!

Lama kelamaan, unclepali hanya approve kalau kjee nak pergi kedai yang kjee memang dah akui sebelum ini  sedap jer makanan yang dihidangkan. Kalau ada kedai baru, dia begitu hati2 atur langkah ikut kjee. Kahkahkah.

Kjee rasa ramai setuju dengan apa yang kjee kata. Kalau kau tak pandai masak, tak payahlah meniaga. Jual lah surat khabar ker, meniaga buah petai ker atau amik kontrak gosok gigi rimau kat zoo. Ingat senang ker nak buka kedai/gerai makan. Kjee bukanlah nak dabik dada sebab kjee ada pengalaman. tapi gunalah otak. Tak rasa bersalah ker, caj mahal2…sepinggan mi sampai rm4 tapi customer makan dua suap dah uwek!!
  
Keluarga di belah arwah mak dan arwah bapak orang bisnes.  Dia orang meniaga sate jer. Jadi, kjee masa kecik lagi dah tahu buat bisnes makan ni boleh untung hingga 200%.  Jangan cakap tak der untung. Jangan bagi alasan, tak der orang. Orang tak der sebab kau masak tak sedap! orang bukan makan free tau...dia orang bayar!!!

Memang sedap dengar kalau meniaga makan walaupun meniaga nasi lemak tepi jalan, wah hari2 cash money masuk. Betul..tersangatlah betul tetapi apa jua kerja yang kita lakukan, kita mesti belajar dulu. Kalau selama ni kita hanya reti masak air dan rebus telor, belajar macam mana nak masak nasi lemak sebelum terjun terus jual nasi lemak.

Maaf cakaplah di Kuala Lumpur, 70% daripada mereka yang jual nasi lemak (sekadar ambil contoh perniagaan kecil), bukan jual nasi lemak tapi nasi putih dengan lauk sambal, ikan bilis dan telor. Jangan nak pandai2 kata yang dia jual nasi lemak dalam erti kata yang sebenar.

Tahukan anda kalau nak buat nasi lemak, sukatan beras, air dan santan adalah seperti berikut. Satu cawan beras, satu cawan air dan setengah cawan santan pekat. Garam sesedap rasa. Daun pandan jangan lupa. Dia orang yang jual nasi lemak yang jatuh dalam kategori 70% tadi, punya sukatan mengikut permerhatian tekak kjee ialah dua cawan beras, tiga cawan air dan 1 sudu besar santan pekat! Santan tu diletak jugak sebab tak nak rasa bersalah yang dia jual nasi lemak !

Kjee pernah cuba dan cuba dan cuba buat penang fried kway teow sampai hampir 4 tahun, baru dapat rasa yang kjee mahu. Setiap kali buat, tak menepati rasa yang kjee nak, so stop kat situ. Lain kali try lagi sampailah dapat rasa yang boleh diterima bukan sahaja tekak customer tapi tekak kjee sendiri!

Pernah kjee pergi ke satu gerai char kway teow di taman setiawangsa. Kjee mintak kway teow kering. Boleh ker dia tak tau nak buat sedangkan dia jual kway teow basah! Tak payahlah bubuh air. Maka jadilah kway teow kering. Dia cuba buat tapi kjee geleng kepala terus tak makan. Memang kjee jahat.

Mereka yang nak buat bisnes jual makanan sebab rasakan boleh untung banyak, boleh buat dengan syarat belajarlah dulu. Kalau nak jual cakoi, belajar dengan orang buat cakoi. Janganlah nak belajar free. Kalau belajar free, takkan pandai sampai bila2 sebab kita amik mudah apa jer yang kita belajar. Kalau kena bayar, kita akan tumpukan perhatian sebab takut buang duit bayar kat sifu yang mengajar.

Tak kisahlah cikgu yang ajar tu sukat air guna timbang walaupun untuk rebus telor. Ikut jer. Mula2 memang rasa pelik tetapi bila kita dah cekap, tangan dan juga tekak kita sudah tahu mainkan peranan dia. Tak payah pakai sukat, pakai timbang digital, kita dah boleh tahu samada sukatan itu betul.

Satu lagi tip penting ialah bila meniaga kita kena ikhlas. Janganlah kedekut bahan sebab nak untung banyak. Kjee tak pernah kedekut bahan2 yang diletak dalam masakan kjee. Malah pernah ada customer kata tak payahlah bubuh ayam banyak2, sikit lebih kurang sudahlah. kesian awak...camner nak untung. Macam tu pun ada.

Begitu juga bila kjee buat laksa johor. Kuahnya mewah dan pekat. Ada customer tanya untung ker buat macam tu? Insya allah untung. Kalau tak untung buat apa meniaga. Tetapi sebagai peniaga, kita harus bijak pelbagaikan bahan2 dan masakan.

Kat Kolumpo ni, kalau sorang jual tom yam semua jual tom yam. Kalau satu jual nasi ayam semua jual yang sama.

Mungkin sebab itu masa meniaga dulu, kjee dapat sambutan baik. Sebabnya, kjee tak jual apa orang lain jual. Misalnya, ada ker orang jual tahu bakar atau sotong kangkung pepagi buta? Kjee jual sebab ada permintaan.

Actually, kalau ada yang berniat nak pacak payung jual nasi lemak bungkus atau penang fried kway teow atau mi kari nyonya (orang melayu jarang buat), silalah buat temujanji dengan kjee. Kjee sanggup bantu bagi resipi yang buat orang makan tak lupa.  Insya allah.

13. Hani Mohsin Hanafi...

sebelum menulis panjang lebar, jom kita sedekahkah al Fatihah buat Hani Mohsin Hanafi yang telah pergi menyahut panggilan illahi pada 25 Julai 2006. perginya diusia 41 tahun. pergi ketika namanya masih harum di persada seni tanah air. pergi meninggalkan Hani Karmila yang masih kecil...

apapun, kjee pasti semua redha dengan pemergiannya sekiranya semua tahu, apa yang tersirat dan tersurat di sebalik senyumnya yang sentiasa di bibir. orang semua tak tahu apa yang mohsin lalui...terutama sekali setelah pemergian bonda tercinta setahun sebelum pemergiannya.

kjee mula diperkenalkan kepada mohsin ketika kjee menjadi pengurus produksi sebuah drama berjudul Anna Carolina yang diterbitkan oleh Azmah Advertising sekitar awal tahun 1990. sebagai pengurus produksi, kjee kena cari pelakon yang bersesuaian dengan watak dalam skrip yang bakal diarahkan.

nama Noorkuamalasari naik sebagai leading drama itu. kemudian nama abdullah chik dipilih menjadi bapanya dan adiknya, tak sorang pun di antara kami yang boleh cari seorang pelakon yang wajah agak seiras dengan abdullah chik. kjee menyebut beberapa nama. antaranya hani mohsin...yang lain kjee tak ingat. tapi produser Puan Azmah tak berapa minat. dia kata lakonan Mohsin tak berapa mantap. oklah tu...produser dah kata tak nak kan. cari punya cari pelakon lain, semuanya sibuk. maka akhirnya Mohsin diterima berlakon. 

kjee pun pergilah cari mohsin dan jumpa dia di sebuah kedai makan di bangsar, berhampiran studio jackie eu (tiara jacquelina). kami bersalaman. mohsin kenal kjee sebab kjee dulu wartawan tapi kjee tak pernah kenal dia. sembang punya sembang, budak muda yang ramah ni bagitau kjee dia baru dalam bidang lakonan. kalau kjee buat skrip, tulislah cerita yang dia suka sangat nak bawak. watak apa, kjee tanya. dia kata watak insan dua personaliti. macam jackal and hyde. sekejap baik dan sekejap jahat. kjee hanya senyum dan angguk.

lakonan mohsin dalam anna carolina mendapat pujian ramai. puan azmah pun seronoklah yang mohsin tak hampakan dia.

sejak drama itu, hubungan kjee dengan mohsin terputus. kjee sibuk dengan kerja kjee dan dia aktif berlakon. kjee hanya ikuti perkembangannya di akhbar. macam2 cerita yang kjee baca. dari percintaan hingga ke perkahwinannya.

kemudian mohsin menjadi kawan baik abang kjee. mereka sebenarnya sama2 belajar di mckk tapi fauzee lebih banyak senior. dan oleh kerana itu, mohsin banyak lepak kat rumah arwah mak. mohsin dah jadi macam anak angkat emaklah.

apabila mohsin menjadi produser Imagine Pictures, dia seringkali panggil kjee berlakon. orangnya memang tak kedekut dan tahu membayar ikut nilai seorang artis. selain daripada berlakon dengannya, mohsin juga sering suruh kjee masak untuk produksinya ketika mereka shooting.

hubungan kami semakin akrab. kalau kjee tak sibuk, kjee singgah pejabatnya untuk say hello. mohsin tidak pernah menganggap kjee sebagai orang luar. dia tahu kjee ada masalah dengan keluarga. dia sering menasihati disamping memarahi kedegilan kjee. kekadang bila dia marah, kjee hilangkan diri dua tiga bulan. jenuh dia mencari.

ada satu malam tu, gas kat rumah dah habis. ketika itu pukul 10 malam. kjee ketika itu ibu tunggal. kjee telefon mohsin kata gas dah habis. esok anak nak pergi sekolah macam mana nak masak air. setengah jam lagi dia sampai bawak tong gas dan jugak duit. dia kata malam tu dia tak der banyak duit, so apa yang dia ada kongsi dua jer lah yer, katanya. kjee terkejut dia hulur rm50. itulah hani mohsin.

kemudian apabila rumahtangga mohsin bergolak, setiap hari dia ke rumah kjee. dia luahkan segala isi hatinya sambil menangis. dia minta kjee tolong dia selamatkan rumahtangga dia. apakan daya kjee. kjee hanya boleh melihat kehancuran hatinya dengan air mata berlinangan.

selepas itu, tiga hari dia tak datang rumah kjee. satu pagi, kjee dapat call dari mohsin. dia kata dia sedang dalam perjalanan ke ipoh untuk kes perceraiannya. hati kjee hancur mendengar. dia menangis terisak2. kjee cuba suruh dia tunggu dulu tapi telefon itu dimatikannya.

sejak itu, tumpuan dia hanya untuk ibu dan kerjanya. kjee seringkali ulang alik ke rumahnya di taman Kelab Ukay menjenguk ibunya yang kurang sihat. mohsin hanya akan makan kalau ibunya duduk berhampiran dengannya. sayangnya pada ibunya tiada tolok banding.

mohsin tidak pernah marah atau menyimpan dendam terhadap bekas isterinya. ada sekali tu kjee tanya dia mengenai bekas isteri yang sudah kahwin dengan orang lain. mohsin beritahu dia sentiasa mendoakan kebahagian bekas isterinya. dan jangan ada sesiapa yang cuba memfitnah beliau.

kemudian apabila kjee hendak ke mekah, kjee, unclepali dan nadia ke rumah mohsin untuk beritahu pemergian kami. mohsin panggil kjee ke tepi dan suruh kjee doakan agar dia cepat dipertemukan jodoh. ketika itu dia sedang bercinta dengan seorang artis yang muda remaja. kjee kata tak bahaya ke kahwin dengan artis tu sebab dia muda sangat. mohsin hanya senyum dan kata artis itu cukup matang di matanya. apapun, doa kjee tidak dimakbulkan allah swt.

satu malam, kjee dapat panggilan telefon dari mohsin. sambil menangis terisak2, dia beritahu kjee ibunya sudah pergi buat selama2nya. kjee bersama unclepali bergegas ke rumahnya. kami bersamanya sepanjang malam.

selepas ibunya pergi, kjee mula risau apa akan jadi padanya. rutin hidupnya ialah bangun kul 1 tengah hari, makan tengah hari bersama ibunya. kemudian balik pukul dua atau tiga pagi dari pejabat. sekarang ibu sudah tiada. jadi siapa yang akan uruskan dia.

dua hari selepas ibunya pergi, kjee ke rumah dia tanya khabar. dia kata sepupu lelaki dia dari perlis akan menemaninya sekali gus menjadi pengurusnya. pembantu rumah indon yang kjee carikan dulu terpaksa pulang ke indon. mohsin tidak mahu timbul sebarang fitnah ada pembantu perempuan di rumahnya.

kemudian mohsin mula giat dalam bisnes MLM (multi level marketing). kjee mmg tak suka tapi dek kerana sayangkan mohsin, ikutkan aje. sampai satu ketika, kjee dan unclepali mula jauhkan diri dari mohsin kerana minat kami tidak kepada MLM. panggilan telefonnya kjee tak jawab sebab takut nak kata, kami tarik diri.

kjee ingat lagi hari itu. bulan april 2006. kjee tengah meniaga. tiba2 mohsin muncul. terkejut dan takutnya kjee. dia duduk. kjee ketar2 datang pada dia. dia tanya kenapa kjee tak jawab call. kenapa itu kenapa ini. kjee bagitau dia masalah kjee. dia kata kalau ada masalah, kenapa tak cerita. kemudian dia cerita macam2 masalah dia sampai kjee tak mampu cakap apa.

apabila kjee masuk nak masak makanan dia, rupa2nya dia bagitau unclepali dia baru jer ke kubur ibunya di perkarangan mesjid al ridhuan, ulu kelang. dia booking kubur sebelah maknya untuk dirinya. hanya setelah mohsin tak der baru unclepali bagitau kjee. tapi dah terlambat. hasrat dia itu tak de siapa tahu.

pagi 24 julai 2006, mohsin call kjee. kjee berat nak jawab. bila kjee jawab dia kata nak jumpa kjee. kjee bagi alasan sibuk. dia kata dia nak bincang urusan printing dengan unclepali. tapi oleh kerana tak dapat jumpa hari tu, dia suruh kjee dan pali ke pejabatnya esok hari dalam kul 11pagi amik design yang dia dah sediakan. dia kata design ada atas meja dia. tapi dia tak der sebab nak pergi utara. oklah.

25 julai 2006 pukul 10 pagi. kjee tengah duduk melanguk kat kedai apabila terima panggilan telefon dari kak ipar di bentong. jee, mohsin meninggal ker? eh, kjee kata. tak de lah. sejam lagi kjee nak ke pejabat dia. kakak ipar kata dia jumpa entah sapa yang kata...kjee terus putuskan line. mengigil tapi tak percaya. terus call arash mohd. belum sempat kjee nak kata apa2, arash kata betul kak... mohsin dah tak der. dunia kjee jadi gelap. kjee meraung sepuas2 hati sampaikan semua peniaga di anjung melawati lari kearah kjee terkejut.

empat hari empat malam kjee menangis. kjee tetap bukak kedai tapi bila ada customer datang, kjee menyorok sebab kjee takut orang tanya mengenai mohsin. di hari kelima, kjee buat solat hajat. kjee minta allah swt bantuan untuk kjee berhenti menangis. dan kjee kata kalaulah mohsin tahu kjee tak henti2 menangis mesti dia sedih. esoknya, airmata kjee terus kering.

kjee ada satu lagi hajat yang tak kesampaian. kjee ingin mengucapkan terima kasih kepada Datin Seri Tiara Jacquelina dan suaminya kerana menguruskan jenazah arwah Hani Mohsin Hanafi dari tempat dia disahkan meninggal di hospital sepang sehingga ke liang lahad. kjee rasa mungkin tidak ada bekas isteri lain yang melakukan sedemikian. terima kasih Datin Seri juga kerana menjaga Hani Karmila dengan baik.

dan kini mohsin sudah hampir lima tahun bersemadi di tanah perkuburan mesjid al rhidwan, ulu kelang. kjee lalu di jalan itu setiap hari. kekadang tiga empat kali sehari dan setiap kali kjee tak pernah putus2 sedekahkan fatihah buat beliau dan ibu beliau.

I miss you mohsin. very very much. kalau kita tak tipu kat awak, kata kita sibuk pada 24 julai itu, mungkin kita dapat jumpa awak...buat kali terakhir... al fatihah.

12. amalanku turun temurun

sebilangan besar korang kan mesti tak dapat agak usia kjee. ada yang kata kjee lewat empat puluhan, ada yang kata tak lebih 50 tahun. apapun orang teka, kjee hanya senyum. kjee tak kata apa2 pun sebab nanti kalau kjee mengaku, menipu jadinya. so dosa kan?

nadia yang ajar kjee supaya senyum jer. dia kata oklah camtu. mama tak kata mama umur 45. orang yang kata. so biarkan je. ooo korang nak sangat tahu umur kjee ker? nampaknya kjee kenalah buat peraduan. sapa menang dapat hadiah makan malam bersama kjee. ehhh gurau jer lah. tapi kalau nak dinner ngan kjee no hal. korang belanja ker kjee belanja pun no hal. tak miskinlah kjee kalau belanja awak kan.

dulu masa mula2 kahwin ngan unclepali, ada yang tak percaya beliau lebih muda dari kjee. actually banyak tahun dia muda. tapikan orang kata kenapa unclepali nampak cam seusia jer? mungkin kerana penampilan dia maka dia nampak seusia. atau apakah kjee ni terrer 'mandrem' maka seri muka orang muda kjee dah transfer ke muka kjee. ehh seram lak.

demi allah, kjee tak der amalkan amalan sesat cam tu. esok lusa ntah...ewahhh kahkahkah. dah tua nak mampus baru nak cari ilmu cam tu ker? isyhh tak der masa lah. kjee pegang kata2 arwah ibu...jangan sesekali cari ilmu bagi laki kita bodoh atau ikut cakap kita. tak cium bau syurga. menurut arwah mak, mahu ke kita tengok suami kita bodoh? kita mesti nak tengok suami kita cerdik kan? itu amanah arwah mak yang kjee pegang sampai today. insya allah.

korang pun ikutlah yer kalau kita buat baik pada suami kita dan sentiasa meletak dia tinggi daripada taraf kita, insya allah akan terpacar seri wajah kita dan sentiasa awet muda. percayalah...tapi...hah ada tapi tau....kalau suami kita pun perangainya baik dan layan kita sepatutnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak2nya. kalau kita baru nak bukak mulut, sepak terajang yang sampai, baiklah korang gostan cepat2.

lagi satu untuk muka nampak berseri2 dan insya allah awet muda, kjee amalkan setiap kali cuci muka, tak kisahlah lebih daripada 5 kali (wajib ketika amik wuduk 5 kali sehari), jangan sesekali mengelap muka kita. cukup sekadar menyapu muka dengan tangan kanan jer sampai air tu kering. ada cerita kononnya air itu yang akan masuk ke dalam rongga kulit muka dan buat muka kita basah dan lembab. kalau basah dan lembab, susahlah nak ada kedut.

seperkara lagi (tapi skrg kjee dah tak buat), kalau pakai kain batik (anak2 perempuan), jangan sarung dari kepala. sarung dari kaki. kalau sarung dari kepala, seri muka nanti kena tutup. orang lelaki tak mengapa. last sekali, malam2 anak dara tak leh mengadap cermin lama2. kan anak dara suka picit tu picit ni kat muka depan cermin malam2 sebelum tido) nanti cermin tu akan amik seri muka kita. ntahlah kjee tak percaya tapi arwah mak kata, ikut jerlah.

bagi kaum ibu pulak, kalau masak, jangan sesekali suruh pembantu rumah perah kelapa amik santan atau perah asam jawa untuk kita memasak. kita kena buat sendiri. mak kata air tangan kita tu lah yang buat suami kita dan anak2 sayang kita. kalau maid yang buat, maka akan beralih kasih sayang suami dan anak2 kepada maid. sanggup ker? begitu jugak bila mencuci beras. kain baju biarlah maid buat. itu tak de pantang larang. jangan dia sorokkan seluar kecik laki kita sudahlah kahkahkah. eh jangan ketawa. adik kjee pernah jumpa seluar kecik suami dia yang belum di cuci dalam beg maid dia, masa maid dia nak balik indon. hahaha sapa nak jawab?

lagi satu, jangan makan makanan lebihan anak2 kita. simpan  dalam peti ais kalau masih boleh makan atau buang. kalau kita makan, nanti kita kena ikut cakap anak2. percayalah.. selalunya kalau kita bagi anak2 makan, lebihnya kita ngap lak. tak elok rupanya.

selain amalan2 yang tak seberapa tadi untuk mengekalkan wajah berseri2, untuk eratkan kasih suami dan anak2,  kjee pun ada macam2 amalan lain. amalan ini mungkin tak der makna pada orang lain tapi kjee amik berat pada keluarga kjee sendiri.macam orang tua2 kata jangan menyabung ketika meniarap (meniarap sambil angkat kedua belah kaki). kononnya mak bapak tak panjang umur.

tapi amalan kjee yang tak pernah kjee tinggal sejak dari darjah satu ialah doa keluar rumah yang juga digunakan sebagai doa naik kereta. bunyinya camni: 'SALAMUNGQAULAMMIRRABBIRRAHIM'. arwah bapak ajar kami sejak kami kecik lagi. ayat itu ada dalam surah yassen. ada cerita di sebalik ayat tu.

masa kjee kecik dulu, kami tinggal di teluk anson (skrg teluk intan). ada satu orang tua yang cukup alim. nama dia pak sahak (arwah). dia yang suruh bapak kjee amalkan. dia guna ayat ni setiap hari sebagai pelindung diri. satu hari dia kemalangan bersama 3 kawan lain. semua meninggal kecuali dia. kereta tu remuk tapi satu calar pun tak der di badannya.

dan ini pengalaman kjee. enam tahun lepas, kjee bawak kereta menuju ke hulu langat. masa tu kul 2 petang. kjee baru lepas makan dan mengantuk sambil drive. nadia tidur sebelah. tetiba kjee rasa mengantuk sangat. dalam hati kjee kata nak berhenti sekejap tido tepi jalan. tetiba kjee dengan bunyi horn kuat. kjee bukak mata. ada lori pasir 20 tan datang menuju ke kjee. rupanya kjee dah masuk lane dia. jalan kampung lak tu. ada dua lorong jer!

rupa2nya kjee dah tertido sambil drive!! orang kata kalau kita drive pastu mengantuk dan kita terfikir nak berhenti tido, sebenarnya kita sudah lelapkan mata seketika. wallahualam.

kjee panik nampak lori itu menuju terus kearah kjee. kjee swerve steering ke kiri. lori tu slow tapi langgar sebelah kiri kereta kjee. kjee brek dan berhenti di tepi. kjee tak luka apa2 hanya lengan kanan terhentak pintu kereta. drebar lori tu datang tengok kjee masih hidup, dia terus blah.

kjee call unclepali suruh jemput. nadia dah menangis cam histeria. pastu kjee call adik bongsu kjee nama fazilah. first thing dia tanya, kau baca tak salamung? kjee kata baca.

pastu bila unclepali datang, dia call towing truck. budak towing truck tu datang. dia bisik kat unclepali. dia kata heran macam mana kjee boleh hidup sebab hampir semua accident kawasan itu, mangsanya tak pernah selamat!!!!

so kjee tak payahlah nak explain panjang lebar. ajarlah ayat pendek tu pada anak2, adik2 dan sesiapa saja yang kita sayang. tak banyak baitnya samalah panjang dengan bismillahhirahamniirahim jer.

cukuplah setakat ni kjee bebel di hari jumaat ni. nak kena masuk dapur sediakan makan tengah hari. harap2 amalan kjee boleh jadi amalan anda semua. insya allah.

Thursday, January 27, 2011

11. kenapa mesti takut hantu...PART THREE

sejak insiden malam tu, kjee serik ya amat2. orang kampung semua dah tahu cerita kjee. ada yang kesian, ada yang kata padan muka. maklumlah...kita ni artis, janda lak tu masa tu. so orang kampung ada yang pandang serong. tapi kjee tak kisah sebab mulut tempayan bolehlah tutup kan.....

yang penting, apa yang kjee lakukan kerana allah. bulan puasa , kjee ikut solat terawikh, buat kuih sedekah kat orang kampung dan sebagainya. bukan nak tunjuk kjee ni baik. tapi nak bagi orang kampung tu celik sikit yang bukan semua artis especially yang janda tu jahat kan.

kegawatan ekonomi semakin menjadi2. bila poket semakin ringan, otak lak semakin berat. kekadang kjee tidur lepas subuh iaitu lepas antar nadia gi sekolah. otak berserabut sebab kalau kegawatan ekonomi berterusan, camner nak sekolahkan nadia.

tapi itu bukan cerita intipati post kali ni. tak de kene mengena. cuma commercial break bagi laluan iklan sebab insiden kali ni taklah panjang sangat.

satu malam tu, kjee layan radio sambil baca buku. siaran tv tak dapat di kampung kemensah melainkan rumah ada astro. so malam2 kalau tak main game komputer, kjee baca buku sampai mengantuk.

malam tu, memang sunyi sangat. nadia dah tido dalam bilik. kjee masih di ruang tamu. rumah tu ada dua bilik. kjee tetiba rasa mengantuk. so kjee tutup buku dan ke bilik air amik wuduk. selepas tu, kjee masuk ke bilik sebelah. bilik tu memang kjee dan nadia guna untuk solat. maklumlah umah kampung kecik, bilik pun kecik. nak solat dalam bilik tido bukan tak boleh tapi sempit sangat. komputer pun dalam bilik tido.

kjee pun pakailah telekung. kemudian adjust sejadah dan berdiri tegak mengadap kiblat. mula2 kjee tunduk untuk baca niat kemudian sebaik sahaja kjee angkat tangan ke telinga, kjee pandang depan...ya allah. ada lembaga popuan pakai telekung putih depan kjee sambil menyeringai giginya. tangan dia juga diangkat ke telinga.

astaghafirullahalazim...mujur kaki kjee tak lembik. kjee terus lari keluar bilik solat masuk bilik kjee, tutup pintu dan terduduk sambil mengigil atas katil. ya allah masa tu kjee rasa kalau tuhan nak cabut nyawa pun kjee rela!!! jantung kjee berdetup kencang. kjee rasa cam nak pitam. kjee mengucap...kjee takbir tapi suara kjee tak keluar. agaknya keadaan tu berlarutan lebih 10 minit. lepas tu baru kjee dapat bernafas balik.

nadia lena tido sebelah kjee. kjee masih bertelekung. rasa takut dah mula reda. kjee mengucap banyak2. kemudian jiwa kjee meronta2. kjee mesti terus solat...mesti solat...mesti solat malam tu jugak!!! tapi kjee takut nak masuk bilik tu lagi. sejadah ada kat situ. masa tu tiba2 bangang. amik jer lah tuala bersih dalam almari buat sejadah kan. memang bingailah masa tu.

tapi kan...kjee tak buat cam tu. kjee pandang nadia. kemudian kjee buat sesuatu yang korang semua mesti marah dan benci pada kjee. apa dia? ahh nantilah...citer slow2 sebab kjee tulis ni pun ada rasa takut lagi...

kjee pandang anak kecik umur 8 tahun yang tak berdosa tu. kjee kejutkan dia.

"Nadia...bangun sayang,...amik sejadah bilik sebelah. mama nak solat". nadia bukak mata. dia memang anak yang taat.

"oh mama belum solat yer. yalah nanti nadia amik. tapi kenapa nak solat bilik ni. sempit."

"saja. cian nadia tidor sorang2. nanti mama zikir lama." kjee kelentong dia.

nadia terus bangun. sepantas kilat dia masuk balik bawak sejadah, hulur pada kjee dan terus tidur. kjee cepat2 kunci pintu. kemudian bentang sejadah di laluan sempit bilik tu dan solat. lepas solat, kjee terus lompat atas katil dan tidur. tak de zikir zikir lagi dah. terlajak sampai tak hantar nadia gi sekolah.

esoknya, kjee buka pintu dan nampak makcik tuan rumah sedang sidai kain. kjee pergi perlahan2 kat dia dan ceritakan apa yang terjadi. tak berani cakap kuat2 nanti nadia dengar. kjee tak nak dia takut.

makcik tu tak boleh terima cerita kjee. dia orang minang. "eh kau jangan nak buek cito karut jee oi. umah makcik ni mano ado hantu? udah ramai orang duduk sini tak ponah jumpo hantu." aduh berdesing telinga kjee dia kata kjee gormal. habis nak buat camner kan.

petang tu, sebelum maghrib, makcik ketuk pintu umah kjee. di tangan dia ada tempat bara. dia tolak kjee ke tepi dan masuk. asap punyalah banyak dan baunya pedihkan mata dan tekak.

"ni makcik guno biji cili koring ngan kulit bawang. hantu takut," dia kata.

kjee dan nadia berlari keluar rumah sebab tak tahan pedih mata dan perit tekak. bukan hantu jer takut, manusia pun boleh mati tau!

esoknya, anak makcik tu bagitau kjee, mak dia bohong kata tak der hantu. ramai orang yang sewa kat situ chow sebab takut. lagipun, beberapa minggu lepas ada lembaga tanpa kepala dilihat jalan depan umah dia.

jadi? Lu pikirlah sendiri!!!!!

(NOTA: KJEE HANYA CERITA KAT NADIA BARU2 NI. DIA PUNYALAH MARAH. TAPI NADIA MEMANG COOL. LOVE YOU SAYANG!!)

10. kenapa mesti takut hantu..PART TWO

kisah ni berlaku pada tahun 1997...empat belas tahun lalu. nadia umur 8 tahun. masa tu negara tengah gawat. artis2 ramai tak der job termasuk kjee. kjee bukanlah tak der langsung tapi masa tu upah berlakon kena potong, apa lagi bayaran skrip pun tertunggak. kjee ketika tu ibu tunggal. kami menyewa di sebuah rumah kampung dekat kubur kat kampung kemensah.

oklah tinggal kat situ. orang kampung semua baik. cuma kjee selalu dengar dia orang cerita kawasan kampung kemensah tu 'keras'. jalan dari arah zoo menuju ke kampung tu hanya ada lampu sampai setakat depan nak masuk kampung. lepas tu terus gelap gelita kecuali lampu dari rumah2 setinggan kiri dan kanan jalan.

selepas antar nadia gi sekolah setiap pagi, kjee duduk lepak kat gerai roti canai kat kampung tu sambil baca paper. budak2 kampung bagitau, oleh kerana kjee orang baru kena hati2. jangan balik jauh2 malam. nanti 'kena'. kjee sengih jer. mana pernah kjee keluar umah sorang2 malam2. nadia memang tak pernah kena tinggal.

dia orang pun cerita macam mana budak yang balik tengah malam lepas kerja atau meniaga mesti kena kacau. kalau bawak motor sorang2, tetiba rasa kotor berat sangat macam ada orang 'tumpang'. sebab tulah ada insiden budak naik motor mati langgar pokok. ini terjadi pada anak kawan kjee nama bibah yang duduk kat kampung tu. agaknya, sebab panik motor 'terasa cam ada orang tumpang', dia pecut dan langgar pokok.

macam2 lagilah dia orang cerita. tapi kjee buat2 tak dengar sebab tak nak stress akibat ketakutan.

kalau kjee keluar makan kat taman melawati atau kat kolumpo malam2, kjee mesti ajak budak2 pompuan anak2 tuan umah selain daripada nadia. dan apabila lalu di depan pokok kekabu tepi zoo negara, dia orang akan kata...kat sinilah kjee tempat 'bende tu'. kjee akan ketawa sambil kata...alah dia tak berani kacau, kita ramai!!!

mulut kjee memang tak de insuran. siap koooo fauziah samad....

satu malam kjee pergi hantar makanan kat budak2 yang tengah shooting kat wangsa maju. skrip drama kjee tu dah lupa judulnya tapi diarahkan oleh seorang mamat director dari sabah. dia orang mintak kjee buat catering makan sekali. kjee pun berlakon drama tu tapi scene kjee kat negeri sembilan. oleh kerana masa gawat, kjee pun setujulah buat catering untuk dia orang. at least adalah duit lebih selain buat skrip.

kjee keluar umah kul enam petang antar makan malam. nadia tak ikut sebab dia nak buat homework. jauh kampung kemensah dengan lokasi shooting tu kira-kira 20 minit jer naik kereta.

sampai kat lokasi, lepas budak2 makan, kjee pun lepaklah tengok shooting, sedar tak sedar dah hampir kul 12.30 malam. aduh...panik kjee sebab leka bersembang ngan member2 kat situ sampai terlajak. nadia mesti dah tido, kata kjee dalam hati. apapun,  tetiba pengarah mintak kjee buat sedikit pembetulan pada skrip. dia suruh kjee bawak malam tu jugak.

so kjee pun baliklah umah. masa tu kjee sikit pun tak rasa apa-apa so selamba jer drive sampai depan zoo. tetiba bila lalu jer bawah pokok kekabu tu, jeng jeng jeng bulu roma kjee tegak. tegak semacam. kjee mula rasa takut yang amat2 sangat. kiri kanan gelap dan sunyi sepi!!!

kjee pecut punyalah laju. umah kjee hanya kira 6 minit jer dari situ. kjee tak berani tengok cermin kereta. mata kjee pun kjee bukak kecik jer sebab takut tak nampak jalan nanti terlanggar pokok. kjee pasti bende tu ada dalam kereta. lidah kjee jadi kelu. nak baca apapun, kjee dah tak boleh. makin dekat kat umah, makin tegak bulu roma!!!

kjee terus pandu laju sampai depan gate umah. sampai jer, kjee cepat2 matikan enjin. kucing kjee nampak kjee sampai. tetiba kucing tu bunyi pelik tengok kjee. tak pernah kjee dengar suara dia macam tu. tangan kjee terketar2. bukan pintu dan terus masuk dalam umah. masuk bilik tengok nadia tengah tidor.

bila dalam rumah barulah kjee ingat baca ayat Qursi, ingat mengucap, ingat macam2lah. rasa masa tu macam nak masuk balik perut emak!!! memang kjee yakin bende tu ada dalam kereta sebab seumur hidup kjee tak pernah rasa takut cam tu!!!

kjee pun pergi bilik air, wuduk dan terus solat. lepas solat kjee masuk bilik bukak computer sebab pengarah suruh repair skrip. sambil kjee repair skrip, tangan terketar2 takut.

tengok jam dah dekat pukul 4 pagi. kjee dah janji dengan pengarah nak antar skrip yang telah diperbaiki. hati kjee tak sedap tapi masa tu kjee tak der handfon. jadi macam mana nak bagitau pengarah tu keadaan kjee. akhirnya, pada pukul 5, kjee beranikan diri. nak kejut nadia kesian lak. so kjee fikir kalau dah dekat siang, hantu tu mesti dah chow.

kul 5.45 pagi masih gelap tapi kjee tetiba yakin hantu dah tak de. lagipun, kjee tak nak jalan kat tempat tadi. ada satu lagi jalan sebelah jambatan sebelah kanan yang keluar kat fasa enam taman melawati. kat situ kawasan perumahan. tepi jambatan tu banyak pokok buluh.

so kjee pun drive keluar. masa tu bacalah segala surah yang tahu. sampai je kat jembatan, kjee pusing kanan. jeng jeng jeng...tetiba bulu roma kjee naik balik macam tadi. kjee rasa rambut kjee betul2 mengerbang keras atas kepala. apa lagi, kjee pun pecutlah bagai nak rak. kjee cilok kiri cilok kanan masuk taman perumahan. bende tu masih ikut dalam kereta!! kjee kemudian sampai ke kawasan yang ada lampu jalan terang benderang. tetiba perasan takut dan bulu roma perlahan lahan berhenti menegak.

selamat kjee. agaknya bende tu tengok kawasan tu dah terang, dia pun give up!!!

lepas insiden tu, kjee tak berani lagi keluar sorang2. kalau kjee pergi shooting dari siang hingga malam, tiap kali kjee balik, ada budak2 production akan ikut hantar kjee pulang.

tak lama selepas itu, kjee pun pindah dari kampung tu. tapi sampai sekarang, baik siang atau malam, kalau kjee lalu kat kawasan pokok kekabu tu, kjee akan teringat insiden yang berlaku.

pakcik pekerja zoo yang kuaters dia juga dekat kawasan tu pernah cerita macam2 pada kjee masa dia jadi pelanggan kedai makan kjee dulu. eeee takutnya.

selepas kejadian itu, kjee berdepan lagi satu insiden. kali ni dalam umah kat kampung yang sama. ia berlaku beberapa bulan sebelum kjee pindah.

itu kjee buat part three lah yer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...