Monday, February 28, 2011

106. oxtail stew

dah tiga entry serius, kali ni kita cerita lak pasal makan. kjee nak syorkan korang try buat oxtail stew ni. menu ni versatile. boleh guna ekor lembu ataupun daging lembu or tulang lembu yang ada daging. sama jer cara memasaknya. tapi kalau guna ekor lembu, lamalah sikit nak merenehnya.

apapun, kjee syorkan setiap rumah harus ada pressure cooker atau periuk tekanan. boleh jimat masa masak dan tak perlulah beli daging yang mahal. omputih kata best cuts. daging biase yang lebih murah kalau guna pressure cooker jadi lembut sama cam daging mahal. kalau guna periuk biasa kena reneh sampai sehari suntuk, guna pressure cooker dalam masa setengah jam jer, kalau rebus ekor lembu boleh lembut sangat sangat. daging boleh tersisihlah dari tulang. tapi tak hancur tau daging tu.

oklah melalut panjang lebar, kita tengok resipi ini. makan dengan garlic bread punyalah sedap. tak pedas dan boleh dinikmati oleh anak2 kecik. kalau ramai penghuni dewasa dalam umah, tambah jer lada hitam kalau nak pedas. resipi ni kjee copy paste jer dari FB. layannnn.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Orang melayu bila citer pasal ekor lembu mesti nak buat sup jer. tak kisahlah sup style apa...Thai ke mamak ker kampung ker...tapi kjee suka buat stew. dengar jer gempak...oooh takutlah nanti tak sedap. jangan susah... sedap. satu family mesti suka. selain ekor lembu leh jugak guna tulang rusuk lembu, daging, ayam, lamb atau kambing. kami makan stew dengan garlic bread atau roti perancis bawang putih.

ok bab ekor lembu ni. biasanyer kjee belilah sekilo. sekilo sebenarnya tak banyak cos tulang dia berat dik oi. takper kita gunalah 1 kg oxtail. tak kisah kalau nak beli yang segar atau beku. kalau beku, kena keluarkan dan defrost (ikut suhu bilik). lepas cuci bersih2, buang sikit lemak berlebihan, laplah dengan tisu dapur atau kain buruk yg tak buruk dan berbau.

lepas lap, golekkan oxtail tadi dalam tepung gandum. jangan tebal sangat tepung dia. ala ala manja gitu. pastu, sediakan kuali (lebih elok kuali non stick sebab tak perlu guna banyak sgt minyak). panehkan kuali dan cairkan margerin. butter pun boleh. butter lagi sedap tapi kalau tak hati2, butter boleh hangus. kekadang kjee guna minyak jagung atau minyak zaiton. gorenglah sampai kuning sebelah dan terbalikkan. saja bagi brown bukan nak masak.

abis buat semua, masukkan dlm periuk. kalau ada pressure cooker bagus lah. masak setengah jam jer. tapi kalau tak de nak buat camner. masukkan semua dalam periuk untuk direneh. bubuh  satu cawan air dalam kuali tadi yg ada bekas gorengan oxtail. kacau2 sampai tanggal semua minyak ker apa2 jer dalam kuali tadi dan tuang dalam periuk oxtail tadi. bubuhlah carrot, kentang, celery (batang daun salderi), tiga biji bawang besar yang ditoreh empat. pastikan kentang dan carrot dipotong saiz sama sebab masaknya akan sekata. pastu, bubuhlah dua atau tiga kiub daging knorr atau maggi. sebenarnya, susah nak cari kiub daging ni tapi kjee ada jumpa kat carrefour. brand carrefour. masukkan juga sedikit kulit kayu manis, dua tiga biji bunga lawang dan dua sudu kecik lada hitam yang telah diketuk2. 

Last sekali tambah air sampai tutup kesemua bahan dalam periuk. renehlah sampai oxtail empuk. stew ni kuahnyer lembab-lembab manje gitu. kalau rasa cair sangat sebab terlajak bubuh air banyak dan oxtail dah empuk, jangan takut. amik sedikit tepung jagung atau gandum. campur ngan air, kacau sampai sebati dan masukkan ke dalam stew tadi. didihkan sekejap. hah dah pekat kan?

so apa lagi. takkan nak tengok jer. panas2 tu sedap makan ngan garlic bread! (sebenarnya kjee tak guna lada hitam biase. kjee guna lada hitam ajishio black pepper. yang dlm botol warna hitam bukan kuning kekuningan tu. ala yg budak2 jual burger guna. ajishio pepper agak masin so hati2 bubuh yer).

wartawan, pelakon, tukang masak dan kini kaunselor?

sejak akhir2 ni kerap lak frens FB dan blog hantar private mesej luahkan perasaan dan kedukaan yang dipendam selama ini. teringat kjee masa meniaga dulu. ada saja customer yang datang mintak nasihat dan luahkan isi hati. pasal anak2 pasal suami. kekadang kjee rasa diri ini macam kaunselor pulak.

ingatkan apabila tirai Dapur Kjee dilabuhkan di medan selera anjung melawati, taman melawati, kjee dah tak jadi 'kaunselor'. tapi apabila kjee mula buat blog dan tulis pengalaman hidup, ada juga yang mungkin rasa dekat kepada kjee lalu luahkan masalah yang membebani fikiran mereka.

malam tadi kjee menangis lagi. menangis membaca kisah seorang ibu muda yang kini bergelar ibu tunggal. dah setahun dah. masa itu anak dia baru berusia 10 bulan. dia tak bagitau usia dia tapi kjee rasa usia dia sikit lebih kurang usia abang nadia. pangkat anak kot dengan kjee.

habis jer baca mesej dia yang panjang lebar, kjee pun bukalah fb dia. cantik sangat orangnya...gambar dia mendukung baby yang agaknya tak sampai setahun. sebak sangat kjee sampaikan bila kjee balas (jugak panjang lebar) ntah mana silapnya, mesej tu tak masuk. bengang betul.

elina (nama samaran) berkahwin dengan suaminya yang juga childhood sweetheart nya. masa sekolah lagi dah couple jadi mereka sepatutnya dah kenal hati budi masing2 sebelum membuat keputusan berkahwin. agaknya masa berkenalan, bekas suami dia tak retilah nak pamerkan kehebatannya menepuk tampar. setakat menepuk bahu dan lengan elina adalah agaknya.

malangnya apabila dah menjadi isteri dia yang sah, mulalah naik tangan sampai mata jadi lebam. nasib baik tak buta. nauzubillah. elina tak kata apa kerja suami dia tapi kjee rasa tak der kerja tetap. dan kjee juga mengandaikan yang elina punya kerjaya yang agak mantap. kalau tidak takkan dia mampu ada kredit card dan beri supplementary card kepada suami.

apa lagi, habislah dia tenyeh guna card itu. bila perlu cash sanggup ambik duit isteri tanpa pengetahuan elina. apabila elina bertanya mengenai kehilangan duit itu, si suami boleh selamba jer kata bila mintak, elina kata tak der duit. dan setelah puas bergaduh dan badan dia calar balar, akhirnya suami dia jatuhkan talak ketika dalam kemarahan yang amat. elina mengaku dia juga turut membalas tamparan bekas suaminya kerana hendak membela diri.

setahun sudah berlalu. elina sebenarnya masih sayang dan kasih bekas suaminya. maklumlah bukan sehari dua menjalin kasih dan sayang itu. ibunya menghalang dia kembali kepada bekas suaminya. sudahlah tidak bertanggungjawab hendak beri nafkah anak, banyak hutang ditinggalkannya. dan kini belum ada kerja tetap. elina kata dia sanggup terima bekas suaminya itu kalau ekonomi suaminya dah stabil.

kata elina dia sudah buat solat hajat dan isthiqarah. mintak petunjuk dari allah swt. tetapi sampai sekarang masih belum nampak sebarang petanda. elina tanya kjee apa harus dia lakukan?

kjee menarik nafas panjang mendengar rintihan elina. berat mata memandang...tapi kjee harap elina tidak kecil hati dengan cara kjee menasihatkannya. kjee tanya elina samada dia sanggup kah dipukul bantai oleh seorang suami yang tidak bertanggungjawab? jika ya jawapannya, kembalilah kepada bekas suami itu.

dan jika elina kata tak sanggup nak rewind dan tonton balik semua yang telah dilakukannya, eloklah elina terus jalan dan tidak lagi pandang ke belakang. elina juga seorang ibu. elina pasti faham perasaan ibu elina yang tidak benarkan elina kembali kepada bekas suami itu. kjee dapat bayangkan kalau kjee di tempat ibu elina, pasti air mata kjee tak kering memikirkan nasib anak yang aku zahirkan di dunia ini dari sekecil tapak tangan. bila besar senang saja suami pukul bantai...

mungkin ada kata kjee kejam suruh elina pisahkan anaknya dengan ayahnya. janganlah nak jadi hipokrit. kalau ayah dia sayangkan anaknya, pasti dia tidak akan lakukan apa yang telah dia lakukan. dengan wajah cantik yang dimiliki elina, maaf cakaplah, kjee boleh gerenti ramai lelaki di sana yang ingin menyuntingnya menjadi isteri.

ada ibu tunggal yang ada anak berderet pun masih boleh menempuh gerbang perkahwinan buat kali kedua. so, kjee nasihatkan elina dan juga mereka yang senasib, jangan putus asa. kalau sudah tahu jalan yang telah ditinggalkan penuh onak dan duri, mengapa harus melaluinya buat kali kedua.

seorang lelaki kalau sudah biasa pukul bantai isteri, tidak akan berubah. percayalah. mereka ini ada sejenis penyakit yang sukar untuk disembuh. kjee ada kawan lelaki yang seperti itu. dia mengaku sayang isterinya tetapi ada ketika dia tidak sedar apa yang dilakukannya. tiba2 sahaja dilihat isterinya sudah tersungkur.

life is short. make the most of it. kalau elina rasa tidak boleh melupakan dia, isikan masa lapang dengan kerja2 yang tidak langsung memberi awak ruang mengingatinya. jauhi tempat yang sering awak pergi ketika bersamanya. put away all photos of you and him. elakkan mendengar lagu2 yang seringkali mengingatkan awak kepadanya.

it's easier said than done. memang senang nak diucapkan tapi sukar hendak dilaksanakan. be strong dan ingat allah swt. zikir adalah terapi paling baik selain menangis. jangan biarkan orang lain tahu kesedihan kita. orang yang tidak terlalu rapat akan ambil kesempatan. atau melemparkan kata2 yang buat kita lagi parah!

pamper yourself. get a new wardrobe. jangan pakai pakaian yang dia kata dia suka elina pakai. ubah segala2nya. insya allah, segala kepahitan boleh dilontarkan jauh2. kjee pernah laluinya dan kjee faham2 sangat apa yang terpendam di dalam jiwa elina.

i buried myself in work. kjee kerja siang malam supaya kjee dapat duit banyak dan bahagiakan diri kjee dan juga anak.

apabila kita rasa happy dan ceria, kita akan dapat kembali semangat untuk terus hidup. dan ketika itu, insya allah akan ada yang terpikat dengan cara kita menangani masalah hidup kita. dan ketika itu, buatlah pilihan yang sebaik2nya. jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

good luck Elina dan mereka yang senasib! orang yang teraniaya selalu dilindungi allah swt. percayala!

104. banyak dugaan kahwin sesama artis

siti sarah sah menjadi isteri shuib - foto mstar
selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat. kjee tujukan ini kepada siti sarah dan shuib yang baru sahaja melangsungkan pernikahan mereka. alhamdullilah, seorang lagi anak seni bertemu jodoh dengan teman yang sama bidang walaupun tak serupa jalan. seorang jalan kearah nyanyian dan seorang lagi ke arah dunia lakonan. eh silap...khabarnya siti sarah pun dah berjinak2 jadi pelakon.

kjee tak kenal langsung dengan siti sarah mahupun shuib. kjee hanya kenal baik dengan raisuddin hamzah, bapa kepada sarah dan bapa mertua shuib. apapun, tak semestinya tidak saling mengenal maka kita tidak boleh hulurkan ucapan tahniah dan doa agar hubungan mereka sebagai suami isteri kekal ke akhir hayat. betul tak?

industri seni ini amat sempit ruangnya. dan allah swt telah turunkan banyak dugaan dan cobaan kepada mereka yang berani melangkah ke dalam ruang yang sempit ini. percayalah. kjee dah lama hidup dan bergelumang dalam industri ini. cukup untuk menyedari betapa seseorang anak seni itu kena pandang kiri, pandang kanan, pandang atas dan juga pandang bawah apabila memasuki ruang ini.

dugaan dan cobaan begitu banyak. silap sahaja langkah, boleh kecundang. kjee pernah kenal seorang produser lelaki yang pump duit berjuta2 ringgit untuk buat filem. tetapi kerana silap nawaitu, dia kecundang. dia menggunakan tiket produser itu sebagai pasport untuk 'mendapat' seramai wanita artis mahupun bukan artis untuk mendampinginya.

oleh kerana itu, kjee harap anak seni yang memilih rakan seperjuangan sebagai teman hidup supaya ikhlas dan menyimpan nawaitu yang baik. memanglah orang lain pun kahwin dan bercerai. jodoh, pertemuan, ajal maut semua di tanganNya. tetapi janganlah kita mengundang musibah. ada musibah boleh diundang dan ada yang diturunkan allah swt. tapi kalau kita mengundangnya, maka akan cepatlah turun musibah daripadaNya.

kjee cukup rapat dengan Datin Umi Kalsom, ibu noorkumalasari. memang dari dulu lagi kjee menghormati primadona filem melayu ini yang pernah dipilih sebagai The Most Beautiful Malay Woman in Asia oleh majalah The Asiz magazine yang berpengkalan di Australia. beliau masih jelita dan menawan hingga ke hari ini.

Datin Umi Kalsom telah berkahwin dengan allahyarham Dato S Roomai Noor. jodoh mereka berakhir apabila allahyarham menghembus nafasnya yang akhir di mekah.
bersama arwah suami Dato S Roomai Noor, pengarah dan penyanyi zainal othman dan peminat dari spore, fendi aman

menurut datin umi, dugaan berkahwin sesama artis cukup besar. beliau pernah berkahwin sebelum menemui jodoh dengan suaminya yang juga seorang duda. apa yang diamalkan oleh datin umi sepanjang perkahwinannya dengan allahyarham ialah persefahaman dan sifat saling percaya mempercayai.

jangan sesekali ada sifat cemburu buta. harus berfikiran secara rasional kerana sebagai anak seni, hidup mereka selalu diuji dengan dugaan dan cobaan. kalau tidak tabah dan kuat iman, rumahtangga boleh hancur berderai. begitulah rapuhnya institusi rumah tangga anak2 seni.

bukan sahaja anak seni, rumahtangga insan biasa pun tidak kurang juga masalah. tetapi anak seni jadi pemerhatian semua. apa yang dilakukan semua orang nampak dan jadi bualan. dari satu inci, apabila sampai kembali ke telinga kita jadi berjela2 panjangnya.

datin umi berkata rumahtangga beliau juga bukan tidak dilanda gelora. suaminya yang handsome sering diminati bukan sahaja anak2 seni yang baru muncul (ketika itu) tetapi juga peminat filem melayu. mereka bukannya peduli jejaka yang diminat itu suami orang. tapi datin umi kata dia tidak pernah melatah. dia berpegang kepada kepercayaan bahawa suaminya hanya miliknya setelah tiba di rumah. dan allahyarham suaminya juga seorang yang sangat berpegang kepada amanah dan janjinya ketika mengambilnya sebagai isteri.

sekarang ini, kjee lihat ramai sangat artis yang bercinta sesama teman seperjuangan. allah swt menguji setiap masa. tengok sajalah, senadainya nawaitu mereka tidak betul, buatlah perancangan sebesar manapun, rancangan itu tidak akan menuju ke gerbang perkahwinan.

sebab itulah kita tengok ada artis yang bercinta bagai nak rak. siap buat akuan di sana sini kononnya hanya maut boleh memisahkan mereka. nyata sekali hanya statement sahaja yang maut tapi kesudahannya, perpisahan terjadi sebelum sempat mengakhiri hubungan itu dengan ikatan yang suci.

masyarakat memang suka lihat dan baca kenyataan artis2 yang sedang bercinta. bergambar dan berkepit siang malam seakan esok sudah tidak wujud lagi. ingatlah...untuk hidup dalam dunia seni, memerlukan mental dan fizikal serta keimanan yang cukup kuat.

datin umi kalthom bersama arwah suaminya (tengah) dan p ramlee - foto e.forum1.cari.com.my
tidak cukuplah kalau nak jadi artis sebab hendak ubah hidup dan untuk beri masa depan yang lebih baik untuk keluarga. bekalan utama adalah keimanan. jangan ingat alim ulamak sahaja boleh masuk syurga. artis pun allah swt dah setkan quotanya. wallahualam.

tapi semuanya bersyarat. so kalau korang nak langkah kedua2 belah kaki ke dalam dunia ini, fikirlah 10 kali.

ada beran?

Sunday, February 27, 2011

103. dulu baik tapi why now mulut longkang?

pancaindera utusan malaysia 27 februari 2011
kjee memang nak tulis sikit pasal artis ni. tak taulah samada nak letak dia dalam kategori apa sebab nak kata top taklah...terkenal hmmm atau mungkin boleh. terkenal sebab mulut 'longkang'. isyhh mulut longkang? hah itulah istilah yang banyak digunakan artis dan juga wartawan pasal mereka yang mulut cam bau longkang.

tetiba pagi ni masa baca pancaindera, utusan malaysia, kjee ternampak tulisan siti jarum pasal artis yang guna bahasa kesat. siti jarum ni memang seorang pengamal bahasa malaysia halus dan sopan. dia guna ayat paling elok tu...bahasa kesat. kalau kjee, takkan bagi can punya!

kjee rasa ramai dah dapat teka siapa artis yang naik hangin kat twitter sampai keluar macam2 ayat yang tak enak didengar. aduh kesian suami dia..kenapa lah tak larang isteri awak supaya jaga bahasa dia ataupun awak pun selalu dah kena. sebab itu dah 'ter'biasa. dah tak heran.

dulu...kalau tak silap tahun 1997. masa tu negara tengah gawat. kjee ibu tunggal dan tinggal di taman melawati (bukan rumah sekarang). kjee kongsi rumah tu dengan seorang adik angkat yang juga ibu tunggal.

satu malam, kira2 pukul 3 pagi, housemate kjee call kata suruh bagi masuk seorang penyanyi veteran ni ke dalam rumah. bagi artis tu guna bilik dia, kata housemate kjee. dia outstation masa tu dan biliknya memang tak pernah dikunci. kjee tanya kenapa? apa masalah penyanyi tu? kawan kjee kata dia kena 'lock out' dari rumah sewanya di bukit berhampiran kawasan rumah kjee. lock out tu bahasa halus, bahasa kasar, rumah dia kena kunci oleh tuan rumah sebab banyak bulan tak bayar sewa.

kjee pun kejutkan nadia. tunggu tercongok kat hall. kalau tunggu dalam bilik nanti tertidur balik tak dengar pulak orang panggil.  kira2 tiga jam kemudian, tetiba ada kereta sampai depan rumah, kjee jenguk kat tingkap dan penyanyi veteran tu turun kereta dan masuk rumah kjee bersama anak bujangnya dan anak angkat perempuannya yang sama usia ngan nadia.

kjee bukanlah nak citer pasal penyanyi veteran ni tapi pasal drebar kereta tu yang juga seorang penyanyi suam2 kuku yang popular dengan kontroversi. penyanyi itulah yang dimaksudkan kjee dalam entry ini. masa tu dia tengah hangat bercinta dengan anak bujang penyanyi veteran ni.

setelah adegan angkut mengangkut barang2 penyanyi veteran itu ke dalam rumah, kjee pun tidurlah. kira2 kul 10 pagi, penyanyi yang suam2 kuku ni datang. siap bawak bekfas untuk kekasih dan ibu serta adik kekasihnya. punyalah baik hati dia. dahlah memalam buta tolong pindahkan orang tu, bawak makanan lagi.

apapun, tak lama lepas itu, kecuh pasal penyanyi suam kuku ini. penyanyi veteran itu tak suka dia kawan dengan anak bujangnya. malah penyanyi veteran itu juga kata dia tak pernah jumpa penyanyi ini dan tak suka dikaitkan dengan anaknya! aduh kata hati kjee bila baca paper. habis siapa yang datang hantar dia malam tu?

sejak itu, kjee tabek springlah artis suam kuku ni. mana saja kjee jumpa dia, kjee salam dan puji dia kerana pada kjee dia seorang artis syang cukup baik budi pekerti. taklah macam penyanyi veteran tu yang nampak dia lemah lembut tapi busuk hati!

lama jugaklah kjee hormat penyanyi suam kuku ni. sampailah beberapa minggu lalu apabila kjee terbaca cerita dia sekarang dah bertukar channel. jadi mulut longkang! dulupun, kjee pun adalah tengok tv dia maki hamun pekerjanya yang tuduh dia tak bayar gaji dan macam2 lagi.

hilang sudah respect kjee pada penyanyi, dan kini adalah jugak berlakon, yang boleh ubah perangai sebab dia dah agak laku sekarang ni. dulu masa tak laku, adalah jugak dia call kjee kalau ada peluang dia nak berlakon. tapi bila kjee syorkan nama dia pada produser, rata2 mereka kata stesyen tak suka dia sebab banyak sangat kontroversi.

tapi setahun dua ni rezeki dia murah. ada tawaran berlakon dan jadi pengacara. alhamdullilah.

teringin sangat kjee nak tengok dia macam dulu2. seorang manusia yang baik budi pekerti dan low profile walaupun sering dilanda kontroversi.

cuma kjee harap dia tidak lupa zaman susah dia dulu. kalau kita mudah leka dan alpha, nanti allah swt akan tarik balik semua itu. jangan terlalu takbur. wallahualam!

102. mihun putih



 mihun putih ni kjee buat sejak lama dah. sejak nadia masih kecik sebab dia tak suka makan pedas. tup tup masa kjee niaga bila kjee jual, orang kata mihun singapura. entah bila lak mihun kjee ni jadi mihun sana, tak dapatlah kjee nak explain.

banyak kali dah kjee kata ini mihun putih sebab kaler dia putih. tapi kan, dek malas nak bertekak dengan customer, lantaklah kan. apapun, kjee harap jangan nanti ada yang kata bahan2 yang kjee guna tak sama dengan mihun orang seberang tambak johor tu.

dulu mihun putih ini selalu kjee buat untuk jamu budak2. yalah kalau kjee buat mihum pedas, kesian pulak dia orang kan. apapun, macam biasa resipi mihun putih ni kjee copy paste dari facebook kjee. layannnn.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


bahan2nya:
tulang ayam direbus kosong utk amik supnya. (dalam satu mangkuk jer)
udang
ayam
fish ball
sawi
mihun yg telah direndam
ajishio  black pepper
sos ikan/nampla
sedikit minyak bijan
bawang putih
daun sop/daun bawang/bawang goreng utk hiasan
minyak bijan

CARA MEMBUATNYA:
Ketuk bawang putih. Kalau setengah peket mihun dalam 5 biji. tumis dalam kuali bersama sedikit minyak. pastu bubuhlah ayam. Bila ayam dah nampak masak, masukkan udang dan fishball. Jangan terlalu masak (overcook) udang nanti keras, pastu masukkanlah air sup (agak jer). air sup rebusan ni untuk lembutkan mihun jer. masukkan sawi dan mihun, aji shio dan sedikit sos nampla/ikan. ajishio agak masin so jgn berani2 sangat bubuh sos ikan. gorenglah sampai rata. mihun dh cukup masak, hidangkan dengan dihias daun sop atau daun bawang dan bawang goreng. titiskan sedikit minyak bijan.
sedap makan ngan cili api potong bubuh sos ikan ataupun cili jeruk. elok dijadikan hidangan ketika buat sambutan hari jadi anak2 atau buat majlis yg membabitkan anak2 kecik yg tak makan pedas. gerenti laku!
(nota: ajishio black pepper adalah keluaran syarikat ajinomoto. rasanya agak masin mungkin mereka dah siap2 campur garam. sedap gak makan dengan telor setengah masak)


Saturday, February 26, 2011

101. ini kes dua suami ditipu isteri

pagi tadi dapat satu email. kemudian kjee dapat lak call dari seorang lagi teman kaum adam yang meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana kjee seakan2an menyebelahi kaum hawa. tak adillah, kjee. jangan pandang sebelah mata jer. kata Haris (bukan nama sebenar) dalam emailnya.

kjee mintak izin siarkan sepenuhnya email dia tapi dia kata, tak payahlah. kupas jer lah.

harris telah 12 tahun kahwin dengan zu. mereka mempunyai seorang anak perempuan, neesa yang sekarang dah berusia 10 tahun. zu bekerja di sektor perhotelan mengikut shif. manakala haris seorang eksekutif kewangan.

oleh kerana zu banyak menghabiskan masa di tempat kerja, haris banyak melayan neesa. apabila neesa sudah terlalu rapat dengannya, zu pula cemburu. kononnya haris sudah tidak pedulikannya lagi. haris tidak tahu apa yang harus dilakukan. zu seringkali merajuk dan bawak neesa balik ke rumah ibunya di pinggir kl.

zu memberi alasan kepada keluarganya yang dia bimbang tinggal neesa seorang diri di rumah dengan papanya jika dia bekerja. haris tidak menyedari segala tindak tanduk zu.

setiap hari selepas habis kerja, haris akan ke rumah mertuanya untuk menjenguk neesa. setiap kali datang, neesa akan menangis hendak ikut haris pulang tetapi mertuanya tidak mengizinkan. macam2 alasan diberikan. haris tidak tahu apa yang menyebabkan zu 'melarikan' neesa ke rumah mertuanya. alasan zu, dia tidak mahu menyusahkan haris menjaga neesa kerana zu selalu kerja shif. hanya bila zu cuti barulah neesa dibawa pulang ke rumah mereka.

satu hari kerana berkeras hendak membawa neesa pulang ke rumah setelah neesa menangis hendak mengikutnya, barulah terbongkar cerita mengapa neesa duduk dengan neneknya. haris terkejut. ibu mertuanya mengeluarkan kata2 kesat yang memang tidak sepatutnya dituturkan seorang mertua. mertuanya menyuruh haris pulangkan kembali zu!

zu pandai berlakon. dia memujuk harris supaya patuh dengan arahan ibunya. setelah berpisah, zu akan mencari jalan agar mereka rujuk kembali. dan selepas itu neesa akan kembali tinggal bersama mereka. haris tidak tahu kenapa dia menonong sahaja ikut arahan zu.

setelah bercerai, saban hari harris menunggu panggilan telefon zu. apabila gagal menghubungi zu, dia pergi ke tempat kerja tetapi setiap kali ada alasan yang setafnya berikan. sepanjang masa zu outstation atau keluar jumpa klien. apapun, haris dibenarkan melawat neesa tetapi tidak dibenarkan membawa neesa untuk bermalam. seandainya dapat bercakap di telefon dengan zu, zu berjanji akan bertemu untuk kembali rujuk.

janji tinggal janji. selepas genap tempoh edah, esoknya haris mendapat berita zu sudah bernikah dengan orang lain! haris mengamuk. dia mencari zu dan bersemuka. zu memberitahu haris, suami barunya adalah pilihan ibunya. dia tidak mahu menjadi anak derhaka!

dua bulan kemudian barulah haris dapat cerita sebenarnya. suami baru zu adalah kekasih zu selama ini! haris serik untuk mencari cinta lagi. kasihnya sekarang kata haris hanya untuk Yang Maha Esa, anaknya neesa dan ibunya di kampung yang sudah uzur!

jadi, kata haris dia telah menjadi mangsa penipuan zu. selama ini dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap zu. dia layan setiap pemintaan zu. kini kata haris hidup dia sudah tiada erti, dia hanya meneruskan sisa2 hidup ini kerana neesa yang hanya ditemuinya di hujung minggu.

terkedu kjee dengar cerita haris. selama ini haris kata dia tidak pernah mencerita kisah rumahtangganya kepada sesiapa. tetapi hatinya terpanggil apabila membaca entry kjee mengenai suami yang curang.

"banyak lagi kisah isteri yang curang, kjee. tapi mungkin kjee tidak pernah mengetahuinya," kata haris dalam emailnya.

seorang lagi rakan kjee Rizal pulak menelefon menceritakan bagaimana isterinya menunggu sehingga dia mengeluarkan segala wang dalam simpanan hidupnya (EPF), kikis dia hingga licin dan mohon cerai.

rizal berkahwin ketika usianya 40 tahun dengan seorang janda beranak 3 yang cukup jelita. anak2 tirinya tinggal bersama dan rizal membiayai segala makan minum dan juga persekolahan mereka. ketika rizal mencapai usia 55 tahun dan dapat mengeluarkan wang EPF yang hampir rm400 ribu, isterinya Dee telah memujuk Rizal renovate rumah miliknya yang disewakan ketika berkahwin dengan rizal.

rizal habis hampir rm200-ribu untuk baikpulih rumah kembar dua itu. Dee berkata selepas pencen, bolehlah mereka tinggal di rumah itu memandangkan rizal mempunyai sebuah kondo yang tidak selesa bagi mereka lima beranak. ketika masih bekerja mereka tinggal di rumah yang disediakan syarikat.

kemudian dee pujuk rizal belikan dia kereta baru memandangkan kereta yang digunakannya sudah hampir 10 tahu usianya. rizal pun belilah tanpa banyak soal.

ketika rumah dee direnovate, dee mengajak rizal ke luar negara bersama anak2nya. banyaklah tempat mereka ziarah hingga kopak dekat rm80 ribu, kata rizal. apapun, rizal tidak kisah kerana selepas pencen, banyak lagi sumber kewangan kerana dia telah dilantik pengarah di dua buah syarikat.

kembali dari luar negara, rizal jatuh sakit. dia mengidap kencing manis. doktor mahu bedah kakinya tetapi dee tidak benarkan. bekas pemandu rizal yang sayang bosnya membawa rizal berubat cara melayu. luka dikakinya kering dan tidak perlu dibedah.

dalam masa rizal berulang alik ke melaka untuk berubat, dee mula berubah. dia menjalinkan hubungan dengan rakan anak bujangnya. rizal terbau hubungan itu. dee selamba sahaja meminta cerai dan menuduh rizal dayus tidak menceraikannya setelah tahu dia ada kekasih lain.

aku terpaksa ceraikan dia, kata rizal. habis duit aku dia kerjakan. sekarang aku dengar dia sudah kahwin dengan budak tu dan tinggal dalam rumah dia yang aku tolong renovate, kata rizal kepada kjee.

itulah asam garam hidup. kita tak boleh tuduh yang lelaki curang atau yang perempuan jahat. i rest my case. lepas ni tak naklah tulis lagi entry macam ni. nanti ada tindak balas yang buat kjee lebih bingung.

kjee harap haris dan rizal tidak serik selepas ini. bukan semua wanita seperti zu dan dee.

100. steamboat menu sihat hujung minggu


steamboat adalah makanan  kegemaran kami tiga beranak setiap hujung minggu. banyak tempat orang rekemen tapi kjee ni cerewet sikit bab sup dan juga pilihan seafood dia orang. ada yang buat secara buffet tapi yang dilebihkan fishball.

steamboat yang paling sedap pernah kami rasa ialah di Kelana Seafood. punyalah generous dia orang hidangkan seafood secara buffet. sebut saja semua ada. tak de limit lak tu. eat till u drop. malangnya, kelana seafood kat kelana jaya tu dan bangkerap. itulah, kalau meniaga murah hati sangat kan?

masa kecik2 tu arwah mak selalu bawak kami makan steamboat di belakang stadium negara. sekarang dah tutup.

lepas kelana seafood tutup, kami pun merayau2 lah cari port lain tapi semua tak menepati selera. oleh kerana tak der pilihan, pergilah jugak kat restoren seafood pulau ketam kat Ikano. lama2 baru terasa kesedapannya dah berkurangan. dia sediakan dua sup iaitu tomyam dan sup ayam. yang tomyam tu boleh buat keluar asaplah kat telinga mahupun hidung. pedas maut!!!

steamboat favourite nadia kat hotel titiwangsa, cameron highlands. selalu dia merengek ajak papa dia ke sana. tapi unclepali ni kureng sikit bab bawa kereta ke tempat tinggi. so tunggulah kau nadia sampai pakwe ko bawak nanti. eh bukan pakwe...bahaya...suami hehehe.

hari ni memang tak der plan langsung nak buat steamboat. masa dalam perjalanan ke supermarket Hero tadi, terlintas lak kat otak nak buat steamboat. semua setuju so apa lagi, penuhlah trolley kecik dengan bahan2 steamboat dan stok ikan selama tiga empat hari.


sup untuk steamboat ni, kjee buat yang paling basic. inilah resipi ori steamboat. sekarang dia orang dah pelbagaikan cara memasak sup steamboat termasuk buat ala tomyam. jom kita tengok bahannya.

bahan2an untuk sup:

1 rangka ayam
1 batang carrot
3 batang (stalks) seleri 
2 kiub ayam
air satu periuk

Cara buat sup:

Bersihkan rangka ayam dan masukkan ke dalam periuk bersama carrot, daun seleri dan kiub ayam. bubuh sedikit sahaja garam ataupun sos ikan. kemudian rebus guna api sederhana selama dua jam. lepas sejam, kecikkan api supaya air rebusan tidak kering. titiskan sedikit minyak bijan. jangan banyak sangat nanti kuat lak bau dia. kemudian asingkan sayur2 tadi dan ambil sup masukkan ke dalam rice cooker. kalau ada periuk steamboat, masukkan dalam periuk steamboat dan letak atas dapur kecik dan bubuh atas meja. kjee ada dapur kecik yang pakai gas dalam tin tu tapi tadi malas dan guna periuk nasi. nak tunggu panas memang lama walaupun masa rebus tadi dah cukup mengegelak. kalau guna periuk nasi, jangan lupa pasang karan tau. pastu tak payahlah ajor korang nak buat apa kan?

untuk bahan2 steamboat, terserahlah kepada kesukaan masing2. tadi kjee bubuh lala, undang, sotong, meatballs, fishballs, isi ayam, taufoo jepun, taufoo scalops, telor puyuh, cendawan dan sayur2an. daun seleri pun kjee petik dan bubuh bersama salah dan sawi jepun yang kontot2 tu. semua terserah kepada tekak masing2. nak bubuh kepah ke ataupun ketam, boleh saja.

setelah semua bahan2 steamboat siap dibersihkan dan dicuci, susunlah atas dulang ke atau pinggan. apabila sup didalam periuk nasi dah melegak, masukkan dulu bahan2 yang keras. kjee masukkan meatballs tadi. udang dan lala boleh bubuh last.

untuk sos cilinya, kjee kisar 2 ulas bawang putih, 1 inci halia dan 7 biji cili merah. kjee bubuh sedikit air sup ayam tadi ke dalam blender dan trrrr sampai halus. oh ya jangan lupa bubuh sedikit gula dan garam. ada orang bubuh cuka tapi kjee gastrik so taklah bubuh. ala sama jer rasanya. kemudian trrrr lagi sampai puas hati. tuang dalam mangkuk.



masa nak hidang, bubuhlah sedikit sos cili ke dalam mangkok dan kauplah bahan2 yang telah direbus dalam periuk tadi. kena siapkan kipas angin kat sebelah sebab bukan sup jer yang panas dalam mangkuk tapi kita pun berpeluh2.

oh ya ada orang suka di hujung makan bubuh pulak maggie kering ataupun mihun/mi. biar masak sikit barulah kaup bubuh dalam mangkuk. selain itu last sekali pecahkan jugak telor ayam sebjik.



99. suami mahu kahwin lain sebab nak elak zina!

tadi kjee terima mesej dari seorang kawan FB ( kjee bagi nama dia Puan A) yang bercerita mengenai masalah yang dihadapinya dengan suaminya. dia kata suaminya kini berura2 hendak menambah lagi satu cawangan walaupun di segi kewangan, suaminya memang tidak mampu.

terkedu kjee seketika apabila membaca mesej Puan A. walaupun ringkas, tetapi kjee dapat selami jiwa dan perasaan dia ketika ini. Kjee pasti Puan A sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan sehingga sanggup meluahkannya kepada Kjee, kawan yang baru sangat dikenalinya.

bukan sahaja Puan A tetapi kjee ada juga terima email dan mesej daripada beberapa wanita yang mengalami masalah sama. kjee tak tahu samada kjee orang yang paling tepat memberikan nasihat. airmata kjee bergenang ketika kjee menulis entry ini.

mungkin luahan hati Puan A dan beberapa teman lain yang sanggup menceritakan kepada kjee, berkaitan dengan tulisan kjee dalam blog ini. Kjee cuba sedaya upaya tidak mahu menyakitkan hati sesiapa ketika kjee menulis cerita kjee itu. maklumlah walaupun dia sudah arwah, namun dia masih ada waris iaitu nadia dan abang nadia.

nasib kjee memang malang sebab kjee seorang wanita yang agak open. bukan sahaja dari segi percakapan tetapi juga cara. kalau kjee tak suka, kjee sangat telus. there's no two ways. kjee tidak akan berlakon,. tetapi dek kerana sekarang usia sudah semakin lanjut, kjee cukup berhati2 dalam menyampai apa yang ingin kjee sampaikan.

ini berbeza dengan sikap kjee masa muda. oleh kerana itu, segala apa yang terjadi dalam rumahtangga kjee, kjee sering dipersalahkan. dan apabila berlaku perceraian juga, kjee juga dipersalahkan. kjee dituduh macam2. orang tua kjee juga berjaya dihasut. mereka percaya bulat2 kerana memang sifat kjee ibarat langit dengan bumi dengan beliau.

mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kjee, sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku. apa yang mereka nampak di depan mata, itulah yang mereka jaja keliling kampung. tetapi akhirnya orang tua kjee mendapat tahu cerita yang sebenar. masa itu hati kjee sudah terlalu luka kerana mereka turut terpengaruh dengan pihak sebelah sana dan menghukum kjee tanpa 'giving me a fair trial'.

berbalik kepada cerita Puan A. suaminya begitu bersungguh hendak berkahwin lagi kerana mahu elakkan zina. aduh. itulah ayat paling power yang digunakan oleh suami ketika hatinya sudah beralih arah. kerana mahu elakkan zina, sanggup lukakan hati wanita yang telah bersamanya begitu lama, menyediakan makan pakai, melahirkan anak2nya dan menelan segala kerenah suami.

apakah jika tidak berkahwin lagi, suami Puan A akan berzina? mengapakah imannya tidak kuat? mengapakah dia tidak mahu memikirkan masa depan isteri dan anak2nya. masa susah siapa di sisinya? sekarang dia sudah senang sudah ada segala2nya, begitu mudah dia mensia2kan orang yang selama ini hidup bersama tanpa menghirau saat2 susah dahulu.

dulu, kjee mengambil jalan mudah. I followed my heart. akibatnya, kjee hilang seorang anak, tapi masa itu, kjee hanya terfikir satu...apakah anak itu sanggup berkorban untuk mama dia sebagaimana mama dia sanggup berkorban untuknya?

sebenarnya, kalau seorang suami itu sudah mengeluarkan kata2 dia hendak berkahwin lagi, menangis airmata darah sekalipun, dia tidak akan berganjak. hati mereka tidak selembut wanita, pabila dipujuk, mudah cair. tapi mungkin tidak semua lelaki seperti itu. maaflah kalau kjee ini keterlaluan.

Pada Puan A dan juga mereka yang senasib dengannya, cara yang paling baik adalah pergi ke pejabat kadi dan minta nasihat. dapatkah hak anda di sisi undang2 dan agama. itu sahaja yang boleh kjee hulurkan sebagai nasihat. Jangan sesekali ikutkan hati. Jangan jadi seperti Kjee.

terima kasih kerana meluahkan isi hati kepada kjee. kjee sangat2 terharu atas kepercayaan anda.

Friday, February 25, 2011

98. lagu2 yang menginsafkan

97. puff daging

sejak anak dara kjee asyik membuat roti, kjee dah terlupa nak buat puff. walhal sebelum kami belajar membuat roti, puff sahajalah yang menjadi makanan di waktu waktu sore. eh sore? kita kan orang jawa hehehe.

ada jer puff yang kjee buat. sekejap puff daging, puff sardin, puff apple dan jugak chicken pie. pie dan puff tu guna bahan asas sama. basic puff doh tu kjee beli. buat apa nak buat kalau yang dah siap punya ada. lagipun tak lah mahal sangat. buat sendiri bukan tentupun menjadi kan?

jadi hari ni kjee nak ajar you all buat puff daging yang resipinya seperti biasa hantam sajalah labu. hehehe. kenapa ketawa? jadi dan sedap tau. seperti biasa kjee copy paste jer resipi ini dari facebook kjee. malehlah nak salin balik kan. kerja instant hehehe.

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




puff yang menggunakan pastry kawan ni memang versatile. sukati kitalah nak letak inti apa ker. kalau suka manis, kaya atau jem boleh dijadikan inti. kalau suka pedas dan spicy, sambal tumis ikan bilis pun boleh dijadikan inti. terpulang kepada kreativiti masing2. cuma perlu diingat, inti dia tidak boleh basah. itu jer. kalau gunakan pastri segera spt jenama Kawan, ia mesti dikeluarkan dari peti ais kira2 10 minit sebelum digunakan. kalau terlalu beku, hasilnya tidak akan nampak cantik. tadi kjee buat, batch pertama yang masuk oven taklah naik tinggi dan cantik macam batch yang terakhir. tapi kalau dibiarkan lama sangat di luar, susah pulak nak pisahkan daripada dalam peket. walaupun dilapik dengan plastik (bahan mentah) susah pulak kalau melekat. jadi, cara terbaik, bila dah keluar selama 10 minit, ceraikan antara satu sama lain cepat2. Kjee buat inti karipap biasa untuk resipi kali ini. Kalau daging terlalu keras, rebus dulu baru dadu kecik2. kjee guna daging batang pinang.

BAHAN2:
1 peket pastri jenama kawan (spt gambar di bawah)
Daging didadu kecil2 (ikut suka banyak mana)
1 labu bawang besar (dadu)
1 sudu besar rempah daging
2 biji kentang (didadu dan dicelur setengah masak)

Panaskan periuk atau kuali guna 1½ sudu minyak dan tumis bawang. kemudian apabila bawang sudah layu, masukkan rempah dan tumis lagi hingga naik bau. masukkan daging. tidak perlu bubuh air kalau guna daging mentah. kalau guna daging yang direbus terlebih dahulu, simpan air rebusan dan masukkan 5 atau 6 sudu sahaja. kemudian masukkan kentang yang telah dicelur setengah  masak dan bubuhlah sedikit garam dan bahan perisa jika suka. masak guna api perlahan hingga kering. sejukkan kira2 1 jam.
panaskan oven suhu 180 guna api atas dan bawah. pastri telah dikeluarkan dari peti ais sekurang2nya 10 minit dan kini berada dalam suhu bilik. pisahkan sekeping dan letak atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung. kemudian bubuhlah sedikit inti ditengah2 pastri. kemudian ambil sekeping lagi dan ditoreh2 kemas ditengah2nya. toreh itu mesti putus. (eh faham ke ni. kalau tak faham buat2 jer lah paham yer. hehehe). kemudian ditutup pastri yang sudah ditoreh itu keatas pastri yg ada inti. lekatkan tepinya. kemudian ambil garfu dan tekan keliling empat penjuru. pastu angkat dan bubuh atas dulang pembakar. buat semua sampai habis. ikut sukalah nak buat camner. (tengok gambar). pastu pecah telor, amik putihnya sahaja dan campur dengan sedikit butter. kacau sama rata dan berus bancuhan telor itu diatas pastri sebelum bakar. bakar selama 20 minit. itu jer. selamat mencuba.

Thursday, February 24, 2011

96. artis majalah - bakat tak sepadan publisiti

dulu artis majalah tapi sekarang pelakon hebat!
gelaran 'artis majalah' yang diberikan kepada artis2 suam kuku di malaysia kini sebenarnya dah lama wujud. sejak zaman kjee jadi wartawan lagi. sejak tahun 80-an. korang tahu apa dia artis majalah? hah nak explain kat sini supaya korang tahu lepas tu boleh buat andaian sendiri.

artis majalah itu sama suku sakatnya dengan mereka yang bakat tak seberapa. hanya harap muka dan 'kehebatannya' meleser dengan wartawan untuk mendapat tempat di akhbar ataupun majalah. selalunya wartawan akhbar tak bagi can 'species' artis majalah ni. tapi nama pun artis majalah, so dia orang ni kena buat baik dengan wartawan majalah, kalau tidak habislah peluang nak kekal lama dalam industri ini.

lakonan biase jer - foto perondajacketbiru74.blogspot
tapi korang jangan nak salah sangka. ada juga 'artis majalah' yang sekarang dah buktikan bakat mereka dalam bidang lakonan. walaupun tak ramai tapi antara yang boleh dianggap hebat setelah bertahun menjadi 'artis majalah' ialah Umie Aida.

dulu (pertengahan tahun 90-an), kalau selak jer majalah, mesti ada muka Umie. dia dan geng2 dia tak pernahlah dikecualikan kalau ada photo shoot untuk hari raya dan sebagainya. setiap majlis artis, akan beraraklah umie dan geng dia. tak salahkan umie and gang sebab orangnya cantik, pandai bergaya, fesyen rambut dan segalanya up to date. mahu takknya wartawan berkejar nak amik gambar dia kan?

tapi sekarang Umie dah buktikan. usaha dia selama ini berhasil. lakonannya mantap. cuma kesianlah erma fatima. tiap kali amik Umie berlakon, ada suara2 sumbang kata kronisma lah...dan macam2 lagi. habis tu, kalau adik sendiri dah ada bakat, kenapa tak leh ketengahkan adik, betul tak?

sorang lagi artis majalah yang dapat perhatian wartawan ialah rozita chek wan. acting taklah hebat mana. ramai lagi pelakon yang bakat lebih besar. tapi si rozita ni pandailah susun atur langkah dia. tiap dua minggu sekali adalah cerita panas pasal dia ni.

yang buat kjee maleh nak layan ialah apabila cerita dia nak bersara disiarkan. setahu kjee, orang yang selalu hebahkan cerita nak bersara ini sebenarnya nak bagi gempak jer. sebaik sahaja pengumuman persaraan dibuat, dia dapat berduyun2 offer. pastu kata pulak takkan nak tolak rezeki.

aduh dailog cam tu dah klise sangat. samalah macam cerita budak dengan serigala. kalau dah selalu sangat membohong, nanti bila serigala betul2 muncul, tak kuasa dah orang nak layan.

lagi satu, kalau nak bagi statement kat reporter, hati2lah kedudukan awak sebagai ibu kepada anak2 yang dah remaja. kjee terkedu baca cerita dia kata kenapa asyik label dia suka 'anak ikan'? kenapa tak kata ramai anak muda tergila2 kan dia. aduh...tak manis tu. kesian kat anak2 yang masih bersekolah. pasti ditertawakan rakan2 satu sekolah.

samalah dengan Fasha Sanda. cerita yang keluar mengenainya tidak pernah pasal kehebatan lakonannya. semuanya pasal peribadi. kekadang kjee rasa penat sangat bila selak jer akhbar hujung minggu, tengok muka dia. kalau tak muka dia muka rozita chek wan!

tapi kjee rasa artis majalah ni wujud sebab peranan dia orang penting untuk bagi wartawan majalah terus ada bahan dan gambar untuk muatkan dalam majalah mereka. korang bayangkanlah kalau tak ada artis majalah ni...semua majalah dah jadi macam akhbar. cerita2nya sama dan boring.

bakat biasa tapi  banyak sensasi lor - foto nuryazni.com
bukan sahaja artis pompuan yang masuk dalam species artis majalah tau. artis lelaki juga ada yang masuk dalam species ni. topping the list is seorang penyanyi ni yang ala ala klon sudirman. nama kjee tak ingat tapi kehebatannya mendapat tempat di akhbar dan majalah, kjee puji. suara dia tu taklah hebat mana. tapi setiap tahun hari jadi ditaja dan dibuat besar2an mengalahkan artis top.

apapun, artis2 majalah ini ada jugak sumbangan kepada industri hiburan. kalau bakat tak berapa inci, sekurangnya bolehlah jadikan dia orang model oleh butik2 yang sekarang bercambah macam cendawan lepas hujan. jangan pulak nanti lepas pinjam baju kat butik untuk sessi foto kat majalah, tak reti2 nak pulangkan balik. itu jugak salah satu tabiat buruk segelintir artis kita. bukan artis majalah saja tau, artis top pun ada yang perangai cam tu.

harap2 lebih ramailah artis majalah buktikan yang kjee salah apabila kata mereka tidak ada bakat. buktikan. bila orang bagi peluang berlakon, buat homework. usaha lebih gigih. usah harapkan dengan berpeleseren dengan  pengarah akan terterusan dapat job.



jangan kata artis yang top pun ada buat begitu. alahai dia dah top. buat apa pun dia tetap diterima. korang yang baru nak meniti hidup sebagai anak seni, fikirlah. industri hiburan menjanjikan pulangan yang cukup lumayan kepada mereka yang benar2 hebat. kalau dah hebat tak payahlah harap VVIP jer nak datang lamar tau. korang boleh hidup mewah atas hasil titik peluh sendiri yang halal! insya allah.

95. hari ini DDDKJ berusia sebulan!

nak nyanyi lagu hepi besday tak leh sebab tak kene. ari ni genap sebulan yehhh 30 hari, dunia dari dapur kak jee bersiaran. ewah bersiaran konon. tenkiu all for rajin sangat intai2 blog mokcik ni. hehehe blog orang tua yang banyak merapu.

mula2 bukak blog ni dulu (setelah hari2 unclepali memekak suruh write something), kjee plan nak buat blog masakan jer. tapi apabila tengok blog Dapur Tanpa Sempadan dan blog2 masakan lain seperti MamaFami dan yang sewaktu dengannya, kjee ubah strategi.

kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. cermin dulu diri sendiri. memang ko tak layak fauziah abd samad nak buat blog masakan!! pastu bila dah sedar diri,  kjee ingatkan nak tukar jer tak nak bubuh Dapur Kak Jee sebab dah menyimpang. nanti orang ingat ini blog masakan. kjee bukak topik ini kat facebook. rata2 kata okay. cuma fren kjee Rose Baha yang suggest Dunia dari Dapur Kak Jee.

Thanks Rose! I like cos kjee memang banyak habiskan masa in the dapur. so kjee pandang dunia dari dapur kjee. kelas kan? high class or low class tak tau lah.

unclepali punyalah lega kjee tak suruh dia tukar judul blog kjee. sebagai designer blog ni, dia memang tak suka kalau kjee banyak sangat songeh suruh ubah itu ubah ini dalam design yang dia dah buat. tapi dia cuma add perkataan Dunia dari... atas permintaan kjee. thanks my love.

so bila kjee mula menulis, susah lak nak berhenti..macam ada satu member tu yang pantang jumpa microphone...kalau tak menyanyi dia membebel panjang lebar sebab pernah kecewa dalam cita2 nak jadi YB.

tulis punya tulis, kjee semakin syok pulak. habislah rahsia hidup aku satu malaya tahu. hehehe. dan respond yang kjee terima amat memberangsangkan. semua suka lak baca kisah suka dan duka kjee. sampai ada yang marah2 sebab hari2 meleleh air mata. fuyooo dasyat tu...kjee pun turut meleleh masa menulis tau especially entry on arwah hani Mohsin Hanafi. korang dah baca ker? siap tisu satu kotak di sebelah yer.


and then...ewah hehehe... hari demi hari orang yang view blog kjee makin bertambah. sehari sekurangnya 2,000 views. maka dalam masa sebulan dah hampir 60,000 views. to be exact adalah dalam 57,800 masa kjee tulis entry ni.

tenkiu kamsia rumer nandre terima kasih banyak2. 


setakat ni dah ada hampir 100 entries dalam masa sebulan tau. ini termasuk dua entry yang kjee terpaksa padam setelah ia disiarkan. satu sebab cik han mengamuk dan satu sebab ada orang tak amanah dan cuba tipu kjee. anak dara tak malu sanggup kata dah kawen sebab nak tahu rahsia hubungan suami isteri! anak dara ker dia tu??!!!

kalau kjee sudah ketandusan idea, mulalah kjee tepek resipi. tapi jangan marah, resipi kjee pun dapat sambutan tau. bukan setakat tepek tak tentu pasal sebab koring idea tau!

ini figure terbaru kul 11.35am 24/2/11
anyway, at this age kjee jadi blogger boleh kira hebat jugak yer. tapi kerana insaf diri ini yang kubur sudah kata mari, maka kjee hati2lah pilih bahan untuk tulis. bahasa pun kena jaga. kan kjee ni bekas wartawan so kjee kena komited kepada pembaca semua. tak leh selalu tulis yang hanya khas untuk 18SX. setakat ini hanya ada satu jer entry untuk 18SX. kalau korang belum baca, ko carilah dalam hampir 100 entries kjee tu!

apa arah kjee selepas ini? wehh macam orang interview lak kan? arah kjee adalah untuk menulis seberapa banyak cerita yang boleh bawa kebaikan kepada semua. biar korang baca dan kemudian pause sejenak dan kata...memang betul kjee, saya setuju dengan apa yang kjee kata. bukan senang tau nak dapat komen cam tu. komen biasa kita dengar ialah...eleh ingat dia pandai sangat ker? tapi tak kisahlah..every one has a right to voice their opinion.

kjee sangat berfikiran terbuka ketika buat keputusan buka blog ini. if korang rasa kjee banyak sangat melalut, please tegur. jangan susah, kjee takkan saman kalau korang nak kutuk blog ini. kalau korang kutuk maknanya korang baca blog ini dan sayang kjee.

segala pendapat dan pandangan yang kjee luahkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi. kjee tidak ada niat hendak mengaib atau mengecilkan hati sesiapa. ada kala pedas jugak sindiran. tapi kita kena terima kenyataan. ada yang merasakan diri mereka sudah terlalu hebat. tak ada siapa berani kritik mereka dan apabila kena kritikan kjee, panas telinga. terimalah dengan fikiran yang terbuka. insya allah kita akan selamat dunia dan akhirat.

okay sempena one month kewujudan blog ini, kjee ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa membaca dan memberi komen baik di sini atau dalam facebook. komenlah kat sini bukan di facebook. kalau ada orang baca entry sambil baca komen anda, kan lebih meriah.

mudah2an allah swt bagi kjee kesiuman untuk terus menulis dan terus menulis. insya allah.

oh ya. dalam satu entry awal kjee ada kata kjee akan beri something like sijil untuk mereka yang join JOM JADI GENG KJEE. kjee masih ingat tau. unclepali tengah buat design dan nak print. bukan computer printing tau tapi buat offset printing. unclepali kan ada company buat design dan printing. so bila lagi nak amik kesempatan kan. so tungguuuu.

Wednesday, February 23, 2011

94. korang ingat senang ker nak kawen?

entry kali ni bukan tulisan kjee tapi fren FB kjee, mohamad salleh othman. semalam kjee gi intai2 wall orang. ntah camner tetiba sampai di wall MSO. apabila membaca tulisan dia ni, kjee terkenang kembali anak sedara unclepali yang nikah dua minggu lepas. umur baru 24 dah kawen. tak sempat nak berbakti pada emak dan ayah. tapi apa nak buat, dah jodoh kan.

kjee harap tulisan MSO akan menyedarkan semua tak kira yang lelaki ke pompuan. nadia selalu kata kalau ditakdirkan dia bertemu jodoh satu hari nanti, dia nak buat yang afdal sahaja. nikah dan buat kenduri ala kadar. sebab dia kata sekarang bukan senang cari duit. daripada membazir duit buat kerja kawen, lebih baiklah guna duit tu untuk dia mulakan hidup baru dengan bakal suaminya.

hmmm ntahlah. kjee pun susah nak komen. apapun, korang bacalah tulisan di bawah ni. kjee langsung tak pinda sebab itulah gaya dia. kjee diajar supaya menghormati gaya penulisan seseorang oleh sifu kjee, Adibah Amin. layannnn.

KAWIN
oleh MOHAMAD SALLEH OTHMAN

katakanlah ko nie fresh graduate pada usia 23 tahun, lelaki, dan start keje sebagai executive officer (engineer/accountant/pegawai dan lain lain) kat kl dgn gaji RM2000 sebulan dan sebelum nie tak penah pon simpan duit kat bank.. tetiap bulan.. setelah ditolak dari perbelanjaan makanan, pengangkutan (sama ada public ataupon motor), duit letrik, air, telepon, rumah sewa dan lain-lain keperluan.. katakan lah.. korang leh saving RM800 la biasenye..

pastu.. oleh kerana korang nie boleh dikirakan sebagai anak yg baik.. korang pon bagilah duit kat ibubapa korang lebih kurang RM300 sebulan.. tinggallah RM500 untuk korang saving untuk bulan tu.. dan lepas setahun.. dgn setiap bulan korang saving tu.. korang ade lebih kurang RM5000 duit kat simpanan korang..
pada tahun berikutnya iaitu pada umur ko 24tahun.. ko pon berjumpa dgn gadis impian ko.. ko dan awek ko nie dah berjanji dan bersetuju nak kawin lagi 1 hingga 2 tahun lagi.. ok lah tu.. bagi masa nak prepare keperluan asas untuk membina 'rumah tangga bahagia'.. rumah lagi.. dgn kereta lagi.. kan?..

pada tahun tu gak.. oleh sebab ko nie kuat bekerja.. jadi ko pon dinaikkan gaji sebagai 10%.. sebagai lelaki.. ko mesti nak pastikan yg ko ade duit untuk keluar date dgn awek kan?.. so.. 10% gaji ko pon.. ko habiskan kat awek kesayangan ko nie..

macam gak tahun lepas.. tahun nie setelah ko berpulun simpan duit.. makan meggi je.. ko dah simpan sebanyak RM5000 lagi.. jadi jumlah simpanan korang untuk 2 tahun nie dah RM10,000.. kebetulan plak pada tahun tu.. company tempat ko kerja tu banyak untung.. so dier kasi bonus 2 bulan gaji.. menjadikan simpanan korang bertambah RM4000.. jadi jumlah simpanan yg ko dah ade skang nie ialah RM14000...

ko ambik keputusan nak spend RM8000 sebagai wang pendahuluan untuk beli brand-new RM40,000 car.. jadi.. simpanan korang skang nie dah tinggal RM6000..

tahun berikutnya pada umur 25thn.. ko masih bekerja mcm biasa lagi.. tapi untuk tahun nie.. oleh sebab ko dah ade kereta.. so jumlah simpanan untuk sebulan tu pon dah kurang dan menjadikan simpanan RM400.. jadi lebih kurang RM5000 gak la setahun tu ko saving..

takde bonus tahun nie sebab company korang tak byk untung.. jadi jumlah simpanan korang kat bank ialah RM11,000. pastu.. ko ambik keputusan nak bertunang dgn awek ko skang nie.. dier kate ok.. so ko kene la beli cincin pertunangan ye tak?..

lebih kurang RM1500 telah dihabiskan untuk cincin pertunangan dan hantaran pertunangan.. so jumlah simpanan ko skang nie dah tinggal RM9,500

tahun berikutnya pada umur 26thn.. ko dinaikkan pangkat dan gaji ko pon dinaikkan sebagai 1.5 kali berbanding gaji ko sebelum nie.. ok.. berita yg baik.. ko pon pikir la nak kawin tahun nie.. sebab ko pon dah tak sabar dan gersang sangat nak kawin.. ok la.. ko kawin tahun nie..

jadi.. ko tanye kat awek ko nie.. "berapa banyak duit hantaran?.." pastu dier ckp.. "berapa-berapa u sanggup.."
ko ckp.. "RM5000 ok?? "dier jawab balik.. "I ok je.. tapi my mom tu.. dia kate grad oversea mcm I ni mana boleh letak rendah-rendah.. paling kurang pon RM10,000 tau!"..

mate ko terjegil.. .. lidah kelu tak terkata.. dan ko pengsan kat situ gak.."Kat mane lagi aku nak carik duit nie.." ko ckp dgn diri sendiri.. tapi.. oleh sebab ko dah tak tahan sangat nak kawin dgn gadis impian ko nie.. dan atas dasar "cinta".. ko kerja dgn lebih keras lagi sehinggakan pada tahun nie.. ko digelar "The Best Employee of The Year".. ko dapat 3 bulan bonus.. pastu ko pon buat side income jual ayam pencen.. so jumlah simpanan ko pada akhir tahun tu ialah sebanyak RM20,000.

ok.. skang nie ko dah 27thn.. dan cukup dewasa dan cukup duit untuk bayar hantaran perkahwinan.. tapi.. mak ko plak ckp.. "anak mak nak kawin nie mesti la buat yg grand-grand.. kita sewa khemah besar2.. jemput penyanyi ke.. artis ke.. sorang dua untuk buat persembahan.. lauk pauk kite panggil cater aje la ye?.. ala.. sorang RM10 je.. baju kawin ko.. kite sewa yang cantik-cantik dan mahal-mahal sket..

kite jemput dalam 1000 orang datang ok? "ko pon dgn pantas pon kira la perbelanjaan semua tu... "1000xRM10=RM10000, penyanyi lagi.. khemah lagi.. buta-buta je RM15,000!!! tu tak masuk cincin kawin lagi..!" pastu ko pon ckp kat mak ko.. "mak.. nak buat ape bazir duit nie.. " pastu mak ko ckp "anak mak nie nak kawin sekali je seumur hidop.. biarlah buat betul-betul.. "ko ckp.. "tapi mak.. "pastu dgn pantas mak ko potong.. "dah lah.. ko jgn nak buat malu mak.. cik tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato2 datin2, tan sri puan sri semua datang.. mane mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik-kecik?.."

akhirnya.. ko pon kawin la.. tapi.. 'rumah tangga bahagia' yg ko mimpikan tak seindah yg dimimpikan rupanya.. perkahwinan ko tak dpt bertahan lama.. banyak hutang.. interest setiap bulan semakin bertambah.. dan ko tak mampu nak bayar lagi hutang-hutang ko tu..

bini ko plak dah letih jadi tukang bayar hutang.. dier tuduh ko suami yg tak bertanggungjawab.. dan bla bla bla.. akhirnya.. korang pon bercerailah..

jadi kesimpulannya..

1) perkahwinan nie sebenarnya boleh dilakukan dgn cara yg paling mudah.. tapi kat malaysia nie.. seboleh-bolehnya semua orang berebut-rebut nak buat majlis kawin yg paling grand dan membazir..
2) "Harga" bagi seorang wanita terletak pada latar belakang pendidikannya, bentuk fizikalnya dan status keluarga.. berbanding dengan pengetahuan dan kefahaman tentang institusi kekeluargaan dalam islam.. yg menyedihkan.. wanita-wanita yg baik hati.. yg taat perintah tuhan.. bagaikan "tidak beharga"
hantaran perkahwinan yg menjadi adat kaum melayu pon sebenarnya ditiru dari kaum india yg datang ke malaysia.. bile hantaran terlalu tinggi sehingga lelaki nie tak mampu.. maka perkahwinan tersebut akan ditangguh atau dibatalkan terus..
3) perkahwinan sepatutnya dilaksanakan dengan cepat dan tidak menyusahkan pasangan.. tapi harini.. perkahwinan menjadi sesuatu yg complicated.. sehinggakan orang takut untuk berkahwin.. kita sepatutnya fokus pada kehidupan selepas perkahwinan.. bukannya majlis perkahwinan tu..

Perkahwinan nie sebenarnya hanyalah sebuah "pintu" je dalam institusi kekeluargaan..

kenapa nak abiskan banyak duit dan barang perhiasan kat pintu sehinggakan perabut dalam rumah semua kosong dan gelap..

93. mi goreng mamak orang melayu




Mi goreng mamak Melayu. Ada ker? Orang Melayu buat maka jadilah ia mi goreng mamak Melayu. Mi goreng mamak Melayu mewah sikit. Bubuh ayam, bubuh udang. Mi goreng mamak ori hanya bubuh telor, tahu dan kuih goreng.

Ala kalau dia orang buat mi goreng mamak, dia jugak jual rojak. So, apa bahan rojak berlebihan dicampakkan ke dalam mi goreng. Sebab itu mi goreng mamak ada tahu, ada kuih jemput2 kosong, jemput2 kelapa manis dan kekadang ada jugak kentang rebus.

Mulalah nak melalut ni. Ok kita belajar buat mi goreng mamak air tangan Unclepali. Masa Kjee meniaga dulu, ramai yang suka. Tapi kjee kureng sikit...

BAHAN: (UNTUK 1 PINGGAN)
Mi kuning (agak2 ler untuk 1 pinggan)
dua ekor udang
sejemput isi ayam yang telah dihiris
1 biji telor
sedikit sambal tumis
sedikit cili sos
sedikit kicap manis (untuk warna. tak bubuh tak apa)
1 ulas bawang putih diketuk
1 tangkai sawi
suku keping tahu goreng
sedikit minyak masak
daun sop dan bawang goreng untuk hiasan
limau kasturi
cili hijau hiris untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA:
Ketuk bawang putih dan tumis. Biarkan hingga agak kekuning kuningan dan masukkan ayam. Goreng hingga ayam masak, bubuh lak udang. Masukkan sambal tumis sebanyak  mana yang suka. Nak pedas bubuhlah lebih. Kacau pastu masukkan sedikit cili sos dan mi. Gaul sampai rata kira-kira 1 minit. Pastu masukkan sayur. Masak kira2 dua minit. Tolak semua tadi di tepi kuali dan bubuh sikit jer minyak ke tengah kuali. Pecahkan telor. Kaup mi dan hempapkan atas telor. Biar seminit sampai telor masak. Masukkan tahu dan sedikit kicap manis kalau suka dan gaul sekali lagi sampai telor dan mi sekata. Kalau tak cukup masin, bubuhlah sikit kicap cair. Biasanya dah cukup masin sebab sambal tumis tu dah cukup perasanya. Hidang dalam pinggan. Taburlah bawang goreng, daun sop, cili hijau hiris dan sebiji limau kasturi. Siap.
(Kjee memang guna sambal tumis untuk goreng mi termasuk Penang Fried Kway Teow. Ada orang bubuh cili mesin jer. Kjee tak suka sebab nanti ada bau cili yang tak berapa enak)

92. kenapa nak cari hos yang lawa dan seksi jer?!!

Ogy dan Salih ...foto kaopehkaobu.com



Kjee dulu minat sangat tengok rancangan Oprah. Oprah tak lawa tapi rancangan dia hebat. Pengisian dia cukup bermutu. Kekadang kjee boleh mengalirkan airmata melihat isu2 yang dibawa oprah. Kita memang kena fahamlah yang Oprah yang menerbitkan sendiri program itu sebab itulah dia ada kuasa kontrol pengisiannya.

Kat Malaysia pulak, pengisian nombor dua. Yang pertama hos/pengacara mesti lawa dan terkenal. Sempit dan kolot sangatlah pemikiran mereka kat stesyen tv kita. Yang lawa dan terkenal tu tak semestinya hebat jadi hos. Mereka mungkin hanya bagus dalam bidang yang mereka pelopori. Maaflah, anak seni kita yang versatile, boleh dikira dengan jari jer.

Kjee rasa tak adil lah kjee nak bagi komen pasal rancangan SITI yang sekarang baru jer masuk minggu ketiga. Kjee tengok pun sekali imbas hari tu sebab nak tengok Anugerah Seri Angkasa. Namun apabila kjee pilih ASA yang bukan hebat pun sangat, mesti ada sebabnya kan? Sebab rancangan yang dihoskan Siti itu, boringlah.

Kita dah biasa tengok Dato Siti dengan liuk lengguk yang comel berserta lontaran suaranya yang cukup merdu. Tapi bila dia duduk je tercongok kat depan kamera, nampak sangat ‘kekayuan’nya. Eh betul lah ejaan tu. Kekayuan bukan keayuan tau!

adibah noor ...foto allbynose.blogspot.com
Jangan ingat kat negara kita tak ada anak seni yang boleh jadi hos rancangan yang hebat. Kalau kjee sebut nama Abby Fana, macam mana…ada yang setuju tak? Selain Abby, Adibah Noor dan juga jangan lupa…yes jangan sesekali lupa Ogy Ahmad Daud kita.

Tapi sedihnya, pihak stesyen tak nak bagi mereka peluang. Abby Fana bukan seorang jelitawan dan dah masuk kesenjaan. Begitu juga Adibah Noor yang penuh frame TV. Tapi ramai tidak tahu kehebatan Adibah sebab tak ada stesyen yang berani terai test dia. Ala mentang2 bodi dia macam tu. Jangan pandang dia part tu jer, pandang pada bakat dia!! Cuba bayangkan Adibah hos rancangan Nona. Kjee rasa mesti ramai yang tengok sebab ada perubahan yang cukup drastik !!!

Dan kak Ogy kita? Ohhh Ogy pun tak masuk buku dia orang…sebab…eh sebab apa hah Ogy tak jadi pilihan dia orang. Eee nyampah you! Adakah kerana dia dah bertudung? Hey ini negara Malaysia tau, bukan Amerika atau Perancis yang tak suka pompuan Islam pakai tudung!!!

Astro pulak pergi pilih Anita Sarawak untuk buat rancangan ala Oprah yang kjee rasa satu pilihan paling hampeh! Mula2 dulu, kalau kita tengok cara Anita berinteraksi, kjee jadi blur. Memanglah kita kena faham Anita itu menghabiskan banyak masanya di luar negara. Maka itu penguasaan BM nya kureng. So kalau stesyen tv tahu ‘kekurangan’ tu, kenapa lah amik risiko? Bayar mesti mahal kan? Kjee pernah cuba nak guna makcik itu dalam satu produksi kjee. Manager dia mintak bayaran in USD tau!!

So kenapa kuman di seberang lautan orang nampak, gajah depan mata…buat2 tak nampak!!

Bakat Ogy untuk mengendalikan rancangan bual bicara semasa amat besar. Dia punya ramai peminat dari yang muda hingga ke tua. Lagaknya selamba. Tak buat2. So bila lagi nak gunakan bakat dia dengan sepenuhnya? Nak tunggu Ogy dah mati barulah orang stesyen tv start bukak mata ker ?

Buatlah rancangan cam Oprah. Kalau tak nak guna satu pengacara, selang selikan antara Ogy, Abby dan Adibah. Hah lepas tu tengok rating. Yang dapat rating paling tinggi, orang tulah dipilih terus. Susah ke nak fikir cam tu? Aduhai!!!

Abby punya daya fikir yang spontan. Omputih kata she’s very spontaneous. Kjee cuba ikut seberapa banyak rancangan radio beliau. Hebat sekali. Tiada idea yang berulang2. every day is a new day for Abby! Kalau orang stesyen TV kata Abby tak lawa ataupun dah senja, siap ko! Yang makcik duduk Amerika tu…opppsss.

Nak cari lawa macam mana kalau muka lawa tapi ‘kekayuan’ terserlah!! Macam itu elok pakaikan baju lawa2 kat pokok kayu dan letak depan kamera. Sekurang2nya kita taklah nak pertikaikan ‘kekayuannya’ kan?

Kjee rasa cam nak buat proposal kat stesyen tv untuk ambil Abby jadi hos rancangan ala Oprah. Opppsss habislah idea aku kena curik ni!!!
abby fana ..asiaone.com

Kalau nak buat rancangan hiburan yang santai pulak, hanya Ogy Ahmad Daud dan Salih Yaacob adalah dua hos yang kjee fikir boleh ‘pakai’. Dulu RTM ada buat rancangan yang gandingkan mereka berdua. Tapi dek kerana pengisian program yang tak umpphh, maka rancangan itu gagal.

Bawaklah Ogy dan Salih bersama dalam perbincangan. Pastinya mereka ada idea mereka yang boleh diambil kira. Bagi kjee kedua-dua anak seni ini cukup bijak..very intelligent. Agaknya kalau mereka kaya cam Oprah, dia orang dah buat dah rancangan mengikut citarasa mereka. 

Tapi…..oh sedih lah nak sambung....


Tuesday, February 22, 2011

91. tak yah tukar pengacara melodi, buat jer rancangan baru!!

pengacara melodi terbaik setakat ini. foto oleh fendi aman
kat mana ntah kjee baca berita rancangan hiburan melodi akan diganti dengan pengacara lain. kjee memang dah lama tak tengok melodi. maklumlah masa rancangan tu ke udara tak sesuwai dengan masa makcik2 dan kakak2 yang nak ke dapur sediakan makan tengah hari. (ya ker atau malas nak cari alasan lain. hehehe)

nak harap orang muda tengok, kekadang susah jugak. waktu cam tu, selalunya diorang masih terbongkang tidur ataupun dah keluar pergi relax kat tepi sungai ke tepi laut ke atau pun tepi gunung. especially cuaca panas sekarang kan? jangan korang buat video cerita panas sendiri sudahlah yer.

dua selebriti yang pernah hangatkan melodi - datuk mahadzir dan aznil
nak tukar pengacara sebab rating jatuh? isyhh pada pandangan kjee lah, melodi dah jatuh ratingnya bukan kerana pengacara. well maybe jugaklah. si pompuan tu oklah tapi yang seorang lagi tu, maaf cakaplah, dah patut kena 'hukum tembak pun'. tagline dia pun aduhai, meloyakan. kenapalah penerbit tak suruh dia tukar tagline lain. atau suruh jer dia kerja kat negara yang ada perang, barulah kena tagline tu kan! abende tagline dia...peace no war? amboi mulut...insurans baru jer mati semalam. hehehe

tahu tak kenapa rating melodi jatuh? sebab utamanya, pada kaca mata kjee sebagai penonton (bukan bekas wartawan) adalah sebab rancangan tu dah terlalu lama ke udara. pengacara pertamanya mahadzir lokman. tahun bila jangan nak tanya sebab kjee ni pasal bab tahun ni, susah nak ingat. mahadzir atau dale bawa rancangan itu cara dia yang serius dan sopan.

kemudian ogy ahmad daud amik alih. dia jadikan melodi gempak dan giler especially apabila azwan ali dan aznil nawawi  jadi penerbit. eh nanti kejap...aznil pernah jadi penerbit melodi atau jadi pengacara hah? ahh lupa lagi...korang ingatlah sendiri.

kjee rasa zaman kegemilangan Melodi adalah ketika ogy jadi pengacaranya. masa tu, kalau kjee tak tonton melodi, rasa tak lengkaplah hidup...tak lengkaplah hujung minggu, maksud kjee.

kemudian ogy hilang. ganti pulak dengan raja azura. si budak ni memang giler nak jadi ogy ahmad daud so dia tergedik2lah tiru cara ogy. walaupun ogy gedik, tapi gedik ogy ada kelas. yang lain yang cuba copy, dia punya gedik low kelas. biorlah ko nak marah. terimalah hakikatnya!!

and then paling malang apabila wahid ambil alih. rating terus menjunam. masa apek ada masih ok jugaklah. nasib baik cepat2 dibawa masuk fara fauzana. kembalilah ceria melodi sejak ada fara fauzana.

and then..and then lagi! and then apabila masuk wartawan2 kurang seposen yang kerja dia orang terjah sana terjah sini, orang mula mual. wartawan lebih sudu dari kuah. wartawan main hentam jer interviu hingga melanggar etika kewartawanan. mana boleh wartawan buat kerja macam itu. oleh kerana mereka sebenarnya tidak dilatih menjadi wartawan maka jadilah macam tu.

bukanlah kjee nak kata semua wartawan yang telah dilatih bagus. ada jugak yang hampeh tapi kjee rasalah perangai dia orang taklah seburuk wartawan yang duduk dalam melodi itu.

so janganlah nak salah rating melodi jatuh sebab pengacara. macam rancangan Nona jugak. bila rating jatuh jer, pengacara disalahkan. pada hal content (isi kandungan) rancangan itu sebenarnya membosankan. dari zaman normala shamsuddin sampai sekarang tak ada perubahan!  kjee setuju satu surat dalam pancaindera baru2 ini yang komplen pasal nona. eh kita cerita ni pasal melodi dah merelet pergi ke nona.

sejak kebelakangan ini melodi, (kalau kjee ter'tengok'), content dia meleret2. wartawan mereka yang bijak pandai, takkan lepaskan seseorang artis tu kalau tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan. dibelit sana belit sini sampai artis tu nak uwek. kekadang boleh dikategorikan perbuatan mereka ini sebagai harassment. bukan artis jer, kita tengok pun nak uwek. apa lagi, kjee terus capai remote dan padam jer. ataupun tukar channel lain yang tak meloyakan sangat!

so, elok pihak stesyen tv tu buat post mortem. adakah harus melodi diteruskan atau ditukar kepada rancangan lain yang berunsur hiburan. takkanlah tak der idea kot. stesyen tu pun dah dewasa. tahun lepas dah 25 tahun kan. isyhh sama ngan umur anak bujang kita.

rancangan lain boleh selalu silih ganti. takkan melodi tak boleh kot? janganlah tunggu lama2 sebab penonton dah lama sangat tunggu!!

90. Dir oleh Rahim Maarof

89. fresh mushroom soup

hari ni kjee tak berapa sihat. tadi pergi doktor, dia kata kjee stress. agaknya banyak sangat mengadap pc sampai urat2 belakang kepala jadi senget. sebab itulah berdenyut. anyway, doktor yahya sofi ni ada magic hands. dia urut belakang kepala, spray dan lepas tu buat lawak, terus kjee rasa lega. dah dekat 30 tahun kjee kenal doktor ni. baik hati sangat.

ok hari ni kjee buat lagi beefy cheese macaroni. satu, sebab itulah yang kjee selera nak makan. dua sebab, kawan nadia, munirah, nak datang sleepover. nadia kata mun teringin nak makan. oh yeah? baguslah...ada alasan kjee nak buat kalau tidak kena marah dengan unclepali sebab sakit2 pun nak masak.

hari tu kjee kjee dah bagi resipi beefy cheese macaroni kan? hari ini kjee bagi pulak mushroom soup yang korang kalau dah try sekali buat, takkan makan lagi mushroom soup dalam tin. oppss nanti kena saman lak dengan syrikat soup dalam tin kan?

apapun, memang sedap gua cakap lu. boleh letak apa sejenis cendawan segar. cendawan yang dalam tin tak boleh. seperti biasa, resipi ni kjee copy paste dari Notes dalam facebook kjee. original resipinya kjee google kot.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FRESH MUSHROOM SOUP

korang boleh gunakan apa jua jenis cendawan untuk mushroom soup. janji cendawan yang fresh. Tadi anak Kjee hanya dapat cari cendawan tiram (shitake) dan yang jenis panjang2. ada orang panggil cendawan Jepun. tak kisahlah janji cendawan. soup ni sedap kalau dimakan bersama roti. tak kisahlah roti perancis ke jerman ke jawa ker. boleh buat garlic bread atau bakar biase jer. tadi masa makan nadia kata kalau bubuh sotong, udang atau ikan yang dipotong kecik2 boleh jadi seafood chowder. hmmm bagus gak. lain kali nak buat seafood chowder lak. seafood chowder sejenis sup pekat orang barat. sedap gak makan ngan roti.

BAHAN2 UNTUK DUA ATAU TIGA MANGKUK:
2 mangkuk cendawan (yang telah dicincang)
2 biji bawang sederhana besar
1 sudu besar butter
2 sudu besar minyak zaiton (atau apa juga minyak)
1 kiub ayam knorrs/maggie
setengah cawan air
susu segar
1 sudu besar tepung gandum
lada hitam

CARA MEMBUATNYA:

Cendawan dicincang halus. bawang besar juga dicincang halus. panaskan kuali/sauce pan dan letakkan butter dan minyak. bila butter dah cair, masukkan bawang dan goreng kira2 lima minit. kemudian masukkan cendawan dan goreng lagi sampai rata. taburkan tepung dan  kacau pantas dan biarkan tepung masak seketika. kemudian bubuh air setengah cawan dan sambung masak. masukkan kiub ayam yang telah dipecah2kan ke dalam kuali tadi. kacau sampai rata pastu masukkan susu segar mengikut kepekatan yang dikehendaki. bubuh lada hitam dan kacau. rasa dulu sebelum bubuh garam lagi kerana kiub ayam agak masin. biarkan mendidih diatas api yang perlahan sehingga dirasakan cendawan sudah betul2 masak. kepekatan sup ikut citarasa masing2. kalau terlalu pekat, boleh tambah air ataupun susu lagi. itu jer. senang kan. hah lepas ni tak payah beli yang dalam tin lagi sbb pastinya ada bahan pengawet.
Oh ye, kalau ada sesapa nak buat chicken mushroom soup, boleh gak guna resipi ni. rebus ayam. airnya boleh masukkan dalam soup gantikan air biasa. carik2 ayam dan masukkan bersama cendawan. hah dah jadi chicken mushroom soup.

Monday, February 21, 2011

88. mesti ramai baru sedar kehebatan sudir!

MEREKA YANG TIDAK BERKESEMPATAN MENONTON DOKUMENTARI SUDIRMAN HAJI ARSHAD, SILA FOLLOW SCHEDULE INI DI HISTORY CHANNEL, 555 ASTRO.

22 FEBRUARY                  11 MALAM
23 FEBRUARY                  11 PAGI, 5PTG & 9 MLM
24 FEBRUARY                   4 PAGI & 3 PETANG
26 FEBRUARY                   12 TENGAH HARI
27 FEBRUARY                   10 PAGI
1 MARCH                           7 MALAM
11 MARCH                         11 MALAM
13 MARCH                         7 MALAM








atai, anak saudara arwah sudir


insaf betul tengok dokumentari arwah dato sudirman hj arshad tadi. tak sangka rupa2nya di depan mata kjee pernah lahir seorang bintang yang cukup hebat. tidak akan ada lagi sudirman,. tarafnya samalah macam allahyarham tan sri p ramlee yang tiada dua, tiada tiga.

kita hanya mengenal sudirman sebagai seorang penghibur tetapi kita tidak tahu bagaimana dia berusaha untuk sampai ke tahap yang begitu tinggi. bagi sudir, tempatnya hanya yang teratas...numero uno...nombor satu...tak mainlah tempat di nombor dua atau pun tiga.

deras airmata kjee mengalir tadi apabila melihat wajahnya ketika diumumkan sebagai pemenang pertandingan Asia's No1. wajah yang terkejut spontan mendengar pengumuman. walaupun sudir berusaha keras untuk memastikan dia muncul pemenang, dia tahu mereka yang bertanding dengan dia bukan calang2 orang. baik dari Hong Kong, Filipina atau Singapura!
gerard benedict

terkejut jugak kjee lihat anita sarawak turut menjadi salah seorang daripada calonnya. bak kata pengurusnya dharanee, kalau nak dibandingkan, peserta lain punya suara lebih hebat, juga ada yang punya corak persembahan yang cukup mendebarkan tetapi mereka tidak ada pakej seperti sudirman!

kjee menonton dokumentari itu ketika pelancarannya bersama2 saodah ismail dan  Mrs Beh Suat Peng, bekas bos EMI.  ketika itu. kata mrs beh, dia turut sama ke london untuk menyaksikan pertandingan itu. mula2nya ketika ke sana, tiada seorang pun dalam rombongan malaysia harapkan kemenangan sudir. mungkin sudir pun tahu dia hanya underdog.

tapi kata mrs beh, sebaik sahaja sudir muncul di pentas dan menyanyi, sorakan daripada penonton membuat mrs beh yakin sudir akan muncul pemenang. sebelum itu, rata2 penonton menyokong leslie cheung! sebaik sahaja habis persembahan, Albert Hall London bergema dengan tepukan dan sorakan buat sudir!!

dan saodah ismail pula beritahu, sudir amat kecewa apabila dia kembali ke tanahair tanpa ada sambutan buatnya. yang datang jemput dia hanya segelintir wartawan dan pegawai syarikat rekod dan syarikat pengurusannya.

"sudir kecewa sangat. aku tengok muka dia. sudir kemudian bagitau aku yang dia sedih kenapa tiada sambutan buat dia sepertimana wira sukan yang mendapat kejayaan di luar negara," kata saodah.

itulah. betul kata saodah. artis kita yang mendapat kejayaan di luar negara tidak penting di mata kita berbanding dengan ahli sukan. artis hanya akan disanjung selepas mereka tiada. masa itu segala penghargaan sia2 sahaja.

tapi sekarang ni kjee tengok ramai sangat artis yang dapat anugerah dato. kekadang kelakar jugak bila kita fikirkan apakah hebatnya sumbangan mereka sehingga diberikan anugerah sedemikian. mohon ampun sekiranya terlanjur kata..

setelah 19 tahun sudir meninggalkan kita barulah kita diinsafkan dengan kehebatan beliau. yang buat dokumentari itu pulak sebuah syarikat luar negara. penerbitnya, gerard benedict walaupun rakyat malaysia dan fasih berbahasa melayu, mengakui pada kjee yang dia sendiri tidak pernah mengenali mahupun menonton konsert sudir secara live sebelum ini.

tetapi sebagai seorang bekas wartawan penyiaran, gerard berusaha melakukan dengan halangan yang cukup banyak. dia mengakui masih ada kekurangan pada dokumentarinya itu. tetapi bagi kjee dan kjee yakin semua yang menontonnya tadi, penghasilan dokumentari itu telah melakar satu sejarah dalam industri hiburan tanah air.

mudah2an lebih ramai lagi karyawan seperti gerard dan datuk paduka shuhaimi baba, dapat menghasilkan dokumentari mengenai  seniman tanahair buat tatapan generasi akan datang.


kjee bersama mrs beh, saodah dan atai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...