Tuesday, May 31, 2011

405. Entry Terakhir di Bulan Mei




Janganlah terkejut. Bukannya Kjee dah give up nak menulis. Hanya terkedu sekejap apabila perasan yang ini entry Kjee ke 114 dalam bulan Mei. Banyaknye, kata Nadia. Kalau dikumpulkan boleh jadi satu buku yang ada 114 cerita! Itu baru satu bulan kan?

Kjee mula buka blog ini pada 26 Janauari 2011. Selama 6 hari dalam bulan Januari, Kjee telah masukkan 24 entry. Kemudian bulan Februari meningkat 84 entry. Kemudian pada bulan Mac turun ke 79 dan April berjaya buat 100 entries.

Kjee baru perasan pada bulan Mac, fikiran Kjee terganggu sebab projek skrip datang menimpa2. Mana nak kejar deadline skrip. Masa tu rasa2 nak cuti menulis dalam blog selama setahun!! Tapi cakap jer senang. Bila tengah2 serabut buat skrip dan beku idea, bukak blog dan layan blog pulak.

Jangan ingat Kjee ni penulis dan wartawan senang ya nak menulis. Kekadang ada idea banyak dan kekadang buntu. Kosong...elek..bo liao! Masa itulah baru Kjee sedar wah dulu ingatkan senanglah nak isi blog ni. Kacang jer. Rupanya tidak.

Kalau nak setakat copy paste (kekadang Kjee buat jugak tapi untuk news penting dari akhbar online) atau linkkan blog orang lain semata2 nak naikkan page views kita, memang tak de hal. Tapi itu, pada Kjee, kerja menipu namanya. Lama kelamaan, pengikut kita akan tahu taktik kita dan malas lagi nak follow.

Buat apa pun, kita mesti ada passion...ada rasa kasih dan minat untuk melakukannya. Sama macam memasak. Kalau kita tak suka memasak, kita tak boleh paksa diri kita.

Sebelum masukkan satu2 entry, Kjee fikir dulu buruk baiknya. Tak boleh hentam saja. Kjee bukannya budak muda yang tulis sesuka hati. Walaupun ada kalanya tulisan Kjee macam orang meroyan tapi Kjee selalu seimbangkan dengan pro dan kontra supaya yang membacanya dapat membuat pertimbangan sendiri.

Kita mestilah commited dengan apa yang kita tulis kalau kita mahu diri kita dihormati. Jangan tulis ikut sedap hati. Kena lah bagi alasan2 yang munasabah. Itu yang Kjee belajar masa jadi wartawan dulu.

Ada yang tanya bagaimana Kjee berjaya mendapat page views yang tinggi walaupun tak sampai 5 bulan membuka blog ini. Well, dulu kan selepas menjadi wartawan Kjee turut jadi Pengurus Pemasaran. So sikit lebih kurang, Kjee tahulah macam mana nak 'market product' Kjee ini.

Kjee tak tahulah samada Kjee masih mampu menulis lebih banyak entry lagi untuk 7 bulan yang berbaki di tahun 2011 ini. Kjee ada banyak perancangan sebelum hujung tahun melabuhkan tirai. Harap2 sempatlah Kjee lakukannya. Lima bulan sudah berlalu...Kjee belum nampak lagi cahaya di hujung terowong....

404. Pulut Panggang Versi Kjee



 Seumur hidup Kjee tak pernah buat pulut panggang ataupun tengok orang buat. Yang Kjee tahu hanya beli. Tapi hari ni, sebenarnya dah banyak hari, Kjee betul2 teruja nak buat sendiri. Kjee buat versi Kjee. Korang yang pakar mesti ketawakan Kjee tapi ade aku kesah? Hehehe.

Anyway, oleh kerana Kjee tak ada masa nak buat serunding kelapa tadi, Kjee pun keluarkan serunding ikan yang Kjee beli kat Pasar Payang, Kuala Terengganu dulu. Teringat masa makan kat sana, dia orang buat guna serunding ikan. So Kjee pun gunalah apa yang ada.


Cakap lebih senang daripada buat rupa2nya. Terkial2 Kjee dengan bantuan Unclepali tadi. Maklumlah pulut kan melekit. Bila hampir separuh jalan baru Kjee discover tekniknya. Senang rupanya.

Okay oleh kerana Kjee guna serunding ikan, Kjee bagi jugaklah resipi serunding kelapa yang guna udang kering. Jom kita intai resipinya.

SERUNDING KELAPA UDANG KERING

Bahan2nya:
1 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
1 sudu besar udang kering (dicuci dan toskan kering)
1 labu bawang besar
1 biji cili merah (kalau nak pedas tambah lagi)
sedikit serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
sedikit garam
sedikit gula

Caranya:
Tumbuk bawang bersama cili merah hingga halus. Kemudian masukkan udang kering dan tumbuk lagi tapi kasar2 sahaja. Bubuh garam, gula dan serbuk kunyit ke dalam lesung dan gaul2 sampai sebati. Rasa. Lepas tu, keluarkan dan gaul bersama kelapa parut. Mauskkan juga daun kunyit yang telah dimayang halus. Letakkan bahan2 tadi ke dalam kuali dan goreng guna api pelahan sampai masak. Jangan terlalu kering. Sejukkan.

Untuk pulutnya, seperti baisa dicuci pulut dan ditanak dalam periuk nasi elektrik. Air paras satu inci atas pulut, bubuh sedikit garam dan tekan button cook. Cook sampai masak. Sejukkan.

Daun pisang dibersihkan dan dilayurkan diatas api. Kemudian diletakkan daun selebar tapak tangan atas meja. Ambil kira2 1 atau dua sudu pulut, kepalkan dan letak diatas daun. Ambil daun lain dan leperkan pulut tadi. Pastu bubuh 1 sudu inti diatasnya dan gulung. Hujungnya Kjee guna stapler. Bolehlah guna lidi kelapa yang telah ditajamkan.

Bakar guna api arang. Seperti biasa, Kjee malas dan guna grill pan bakar atas gas.

Lain kali buat Kjee nak try bubuh inti sambal tumis ikan bilis atau udang kering yang dimasak sampai kering. Hmmm cerita pun dah kecur!

403. Mi Rebus Badali aka Hj Wahid Johor


Dah lama teringin nak makan Mi Rebus Badali atau orang panggil Mi Rebus Haji Wahid yang popular kat Johor Baru. Hari ini barulah kawan baik Kjee, Sharifah Rosidah yang tentunya asal dari sana, call Kjee suruh datang ke rumahnya di Teluk Panglima Garang dekat Banting.

Kul 12 tengah hari, kami anak beranak pun keluar menuju ke rumah Shidah. Masa Unclepali top up minyak kat Petronas MRR2, Shida cemas call Kjee suruh cepat sebab suami dia ajak dia ke Ipoh, ada meeting. Unclepali pun pecutlah. Nasib baik tak kena tahan polis.

Tak sampai sejam, kami sudah sampai di rumah Shidah. Dan sampai jer terus makan. Shidah bukan main bising lagi sebab katanya tak sempat nak set up meja lawa2 sebab nak cepat. Ala apa hal lak. Bukannya tamu VIP kan?

Kjee makan sampai dua mangkuk! Tak pernah Kjee makan sebanyak itu sebab sedap. Bila nak balik siap dibekalkan lagi Mi Rebus cukup untuk makan 5 orang. Aduh Shidah. Pastu turut tersedia dekat 40 biji kelapa yang dikait budak2 dia semalam. Orang ada kebun lah. Rezeki jangan ditolak. Semua Unclepali hangkut masuk boot termasuk dua pokok cili api yang telah disemai suaminya yang Kjee panggil SB.

Nasib baiklah buah durian yang sedang bergayut2 di empat batang pokok depan rumahnya masih belum gugur. Kalau tidak, itupun Kjee rembat! Hehehe.

Ok jom kita tengok resipi Shida.

MI REBUS BADALI

BAHAN2NYA:
½ kg Daging tetel lembu (direbus hingga lembut)
10 biji bawang merah *
5  ulas bawang putih *
1 peket kecik taucu *
1 sudu kerisik *
2 biji keledek (direbus dan kisar)
3 batang serai dititik
2" lengkuas dititik
½ mangkuk kecik kacang tanah disangai dan ditumbuk
cili kering (ikut kepedasan sendiri. Direbus dan dikisar)

Panaskan periuk. Tumis semua bahan yang bertanda * hingga wangi. Campakkan juga serai dan lengkuas. Kemudian masukkan tetel dan air rebusannya sekali. Apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan biarkan mendidih lagi dengan api perlahan. Rasa garam dan bubuh sedikit pak aji, kalau suka. Akhir sekali masukkan kacang tumbuk. Cili kering kisar ditumis asing dan masukkan ke dalam periuk bersama minyaknya.



Untuk hiasannya, diperlukan telor rebus, daun sup, bawang goreng, cili hijau dan merah, tauhu digoreng dan dipotong dadu serta lima kasturi. Celur mi dan juga taugeh. Bubuh dan mangkuk taugeh dan mi kemudian hias dengan bahan2 hiasan dan curahkan kuah. Kalau suka boleh juga dimakan dengan kicap.

Terima kasih Shida kerana bagi resipi. Insya Allah lain kali aku tak kacau kau lagi suruh masak.








402. Salih Cukupkan Kuota - 14 Yang Lain ikut Honeymoon?







Kata nak nikah lepas Raya tetapi dipercepatkan. Dan semalam Kjee pasti semua terkejut apabila Buletin Utama menyiarkan pernikahan selebriti popular Salih Yaacob dan Samihah atau lebih mesra di panggil Emi.

Gambar2 diatas yang Kjee mohon ehsan Harian Metro dan Utusan Malaysia, menggambarkan kegembiraan seorang bapa kepada 11 orang anak menempuh hari bahagia di sisi isterinya yang keempat.

Bulan madunya, khabarnya ke Negeri China, bukan berdua tetapi 16 orang dibawa bersama. Kesemua 16 orang yang ada pertalian darah dan juga mahramnya. Hebatnya Salih.

Mudah2an Allah swt memberikan anda rezeki yang melimpah ruah selepas ini. Maklumlah bahtera yang anda kemudi semakin ramai penumpangnya, Insya Allah.

Monday, May 30, 2011

401. Cara Kjee Nak Jimat Letrik!

ehsan cik ggogle

Mulai Rabu, tarif elektrik yang kita gunakan akan dinaikkan. Kononnya, sebanyak 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan.

Sebaik sahaja dengar berita itu di Buletin Utama tadi, Kjee pun selaklah bil elektrik Kjee bulan lepas. Kjee nak tahu 300kWj tu banyak mana? Amboi Kjee guna bulan lepas 745 kWj dengan nilai RM242.13!

Kalau dihitung oleh orang yang tak pernah pas matematik macam Kjee ni, 300kWj bersamaan dengan lebih kurang RM100 sebulan.Maknanya, yang tidak akan terjejas dengan kenaikan ialah mereka yang kurang kemampuan. Kalau kurang kemampuan maknanya orang yang rumah dia mungkin hanya ada TV, satu peti ais kecik, mesin basuh dan lampu kalimantan dalam setiap bilik.

Aduh perit jugak nak fikirkan apa yang harus Kjee lakukan supaya tidak terbeban dengan kenaikan itu. Nak buat demonstrasi desak Kerajaan tarik balik, masalah pulak. Kalau keputusan dah dibuat, tiada apa yang boleh kita bising lagi.

Jadi, kita sebagai pengguna yang tidak mahu dibebankan, Kjee sedang fikir apa yang menjadi keutamaan dalam rumah Kjee yang membabitkan lektrik.

Yang pertama, Kjee tidak akan kompromi dengan pengunaan lektrik untuk PC. Oh tidak!! Aku tak rela hidup tanpa computer. Begitu juga dengan Unclepali dan Nadia. Ok...bab itu, dikecualikan. PC boleh digunakan seperti biasa! Opis kami yang menempatkan komputer ada dua fan dan 1 lampu kalimantan. Masa guna komputer (lima kesemuanya) lampu mesti on dan dua kipas dipasang.

Kedua..Kjee tak tahan panas. Bukan Kjee jer tapi kami bertiga termasuk anak2 kucing yang tidur bersama kami setiap malam. Bilik utama dan bilik Nadia guna pendingin hawa. Hah itu tak boleh dielak sebab bilik kami tiada air ventilation dan tersangatlah panas. Even kipas angin pun tak boleh sejukkan bilik. Ok pas. Aircond masih boleh pakai. Sterika hanya guna dua kali sebulan. So kira okay. Kalau nak jimat, mungkin apa yang boleh Kjee lakukan, apabila bangun kul 3 atau 4 pagi nak ke toilet, tutup aircond dan pasang kipas siling. Masa itu bilik pun dah sejuk sikit kan? Good idea. Pandai aku! Heheheh

Ok kita ke ruang tamu dulu. Ada satu kipas siling dan satu box fan dan satu tv 40 inci dan mesin exercise Nadia. Semuanya guna karan. Mesin exercise tu hanya digunakan Nadia sekali sekala sejak kaki dia patah. So okay. Kemudian TV...well kalau TV dah ada takkan tak boleh tengok kot. Kalau tengah tengok TV takkan tak boleh pasang fan kot. So..bahagian ruang tamu, tiada apa yang boleh dijimatkan kecuali mesin exercise Nadia.

Okay kita ke dapur pulak. Kat dapur ada dua oven karan, satu microwave, breadmaker, peti ais tiga pintu, blender, rice cooker, thermos air panas (on 24 jam sehari), food processor dan washing machine. Kecuali peti ais dan thermos air panas, yang lain digunakan ikut keperluan. Washing machine sekarang digunakan 3 kali seminggu. Hah mungkin boleh cuci kain dua kali je seminggu.

Oven? Hah ini bab yang tak boleh dijangka. Buat kuih (baking) ikut angin. Oven gas Zanussi yang ada, tidak digemari Nadia sebab dia tak reti nak kontrol kepanasannya. Kjee nak panggil orang datang repair sebab guna oven gas lebih menjimatkan. Kjee rasa karan dapur banyak ditumpukan kepada oven sebab banyak baking. So kemungkinan besar selagi oven gas tidak diperbaiki, taklah buat kuih lagi! Huhuhu

Nasib baik water heater dalam bilik air dah rosak. So nak jimat letrik tak payah repair ataupun beli baru. Oh ya alat letrik yang kerap jugak digunakan ialah vacum cleaner. Dua hari sekali. Tapi unclepali kata karannya tak banyak. So kira okaylah.

Okay dari 1 Jun, Kjee harap dapat kerjasama penghuni rumah ini untuk sama2 jimat letrik. Bil bulan lepas RM242.13. Kjee akan update entry macam ni bulan depan. Kita tengok samada Kjee telah berjaya kurangkan pengunaan bil letrik. Unclepali tengah bereksperimen dengan satu kaedah penjimatan letrik. Kalau berjaya eksperimen itu, Kjee kongsi ngan korang ya.

So korang semua harus, buat checklist cam Kjee jugak. Buat mesyuarat tergempar bersama seisi anggota rumah. Cari jalan macam mana boleh jimatkan tenaga letrik.Seandainya dalam masa terdekat ini Kerajaan kesian kat kita dan kekalkan kembali tarif letrik ke tahap sediakala, at least kita dah ada jalan untuk berjimat!

Tapi tengok apa yang dicatatkan diatas, macam tak ada apa yang Kjee boleh jimatkan kan? Tak per kita tungguuuuuu bil bulan depan.

400. Cinta gandingan Salma dan Jaclyn Victor


Gandingan dua penyanyi yang hebat!

399. Mentor Lain Buru Pakej, Erra Buru Juara!


Itulah yang sebenarnya ayat paling tepat digunakan untuk mengulas mengenai kejayaan Erra Fazira dalam Mentor 5. Mentor lain ketika audition sibuk cari pakej untuk dijadikan protege tapi Erra lebih menjuruskan pencariannya kepada seseorang yang memiliki bakat!

Wajah dan penampilan boleh dibentuk kemudian hari. Apa gunanya kalau ada rupa tapi 'tak ada suara'! Mentor bukanlah pentas mencari wajah cantik! Dan percaturan Erra nyata sekali paling bijak.

Salma kurang memiliki ciri2 yang dicari orang lain untuk menjadi penyanyi. Di hari pertama dia muncul, dia seolah2 dijadikan bahan lawak kerana tiada pakej. Malah Menntornya juga dipertikaikan orang. Layakkah Erra mahu didik seorang protege.


Tetapi malam tadi, semua anggapan orang meleset. Walaupun di dua minggu terakhir, Salma seakan akan hilang taringnya dan begitu mudah dipintas oleh peserta lain, namun yang penting dia bangkit. Semangatnya kuat untuk menjadi pemilik wang RM100,000 serta kereta yang menjadi pertaruhan.

Kjee tak tahulah samada ada yang lemah semangat apabila melihat jumlah undi yang diberikan oleh juri awam. Jauh di sudut hati Kjee selepas menonton tiga persembahan Salma, Kjee yakin dia akan muncul Juara. Tidak diketahui apakah sebenarnya yang dicari oleh 20 juri awam yang dikatakan bijaksana. Nyata sekali sewaktu menekan butang untuk mengundi, mereka terpengaruh dengan pakej yang dipamerkan oleh Shiha dan Iqa.

Walaupun kurang di segi penampilan dan wajah, Salma memiliki vokal yang mantap. Memang tidak silap Kjee menulis dalam entry sebelum ini yang Salma layak berkongsi pentas dengan Jaq. Dan malam ini, Kjee bangga apabila saranan Kjee itu digunakan dalam lagu duet bersama selebriti. Klik sini untuk entry Kjee yang bertarikh 24 April, lebih sebulan sebelum final.

Justru apabila Salma pada awalnya gagal dipilih sebagai dua peserta akhir yang mendapat himpunan markah tertinggi minggu lepas, Kjee cukup terkilan dan kecewa. Dalam hati, Kjee berdoa agar TV3 mengubah keputusan dan menarik Salma sebagai calon ketiga. Tak sampai beberapa minit selepas itu Ally Iskandar membuat pengumuman yang membuat bukan sahaja Erra dan Salma terkejut tetapi ramai penonton termasuk Kjee.

Memang tidak dinafikan kemasukan semula Salma tidak 'direstui' Mentor dan Protege yang terpilih. Ini adalah kerana Salma adalah calon yang paling digeruni. Dan seandainya Salma tidak menjadi finalis, maka peluang terbuka begitu luas untuk Shiha ataupun Iqa menjadi juara.

Namun kalau sudah tertulis dan juga ditakdirkan Salma menjadi Juara, walau apa pun terjadi, rasanya tidak ada kuasa yang boleh mengenepikan ketetentuan itu.

Nyata sekali dua lagu Salma iaitu Listen dan Cinta adalah winning entrynya. Lagu yang dicipta khas buatnya nyata sekali sukar untuk dijiwainya. Maklumlah bukan senang untuk menjiwai sebuah lagu yang sukar seperti itu dalam masa seminggu. Tetapi kalau sudah dapat memikat Juri Profesyenal dengan dua dari tiga lagu, itu sudah dianggap cukup baik!

Kjee tabik spring kepada Jaq kerana tidak 'cuba bunuh' Salma apabila berduet dalam lagu Cinta. Jaq tahu Salma bukan calang2 calon justru tidak perlu bagi Jaq 'merebut limelight' dari Salma. Ini tidak berlaku kepada Shiha dan juga Iqa. Black dan Faizal Tahir bagaikan tidak memberi peluang kepada Shiha dan Iqa, lantas menenggelamkan mereka!

Dipendekkan cerita, setiap protege memiliki vokal mantap tetapi hanya Salma yang bertuah memiliki soul atau jiwa. Untuk memiliki soul atau jiwa bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari tetapi ia lahir dari bakat semulajadi kurniaan Allah SWT.

Tahniah Erra. Anda telah membuktikan yang anda boleh menjadi seorang guru yang hebat walaupun Anda tidak dibariskan dalam senarai penyanyi yang hebat bakatnya! Seperkara lagi, kemunculan Erra dan Salma dinanti2kan kerana penampilan mereka yang berlainan dan cukup menarik setiap minggu!

Tahniah juga kepada Dato Sharifah Aini dan Edry Halim kerana berjaya membawa protege Shiha dan Iqa hingga ke final.

(GAMBAR2 EHSAN GOOGLE)

Sunday, May 29, 2011

398. Wings Masak Hitam Manis Pedas dan Sup Fucuk





Hari ni buat lagi ayam masak Negro. Tapi kali ini Kjee ubah nama dia jadi Ayam Masak Hitam Manis pedas. Panjang nyer. Kalau masak negro pendek je sebutannya. Kjee tambah kepedasannya kali ini. Bubuh cili api tumbuk dan juga serbuk cili kering Babas.

Tetapi, malangnya, masih tidak cukup pedas buat famili Kjee especially Unclepali. Patut tadi Kjee hidangkan juga cili hijau untuk dia kunyah macam selalu dia buat kat Kudu Nasi Kandar. Tak pedas pun bukan main berselera lagi dia makan. Hehehe.

Betullah rupanya. kalau ditambah cili, lagi sedap. Kjee tumis halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus, pastu bila wangi masukkan cili serbuk dan cili api yang telah ditumbuk. Bila garing masukkan secawan air dan juga 10 kepak ayam goreng separuh masak yang telah dikerat dua. Pastu masuklah kicap ikut suka. Klik sini senang cerita.

Berbeza dengan resipi terdahulu, selain tambah cili, Kjee juga bubuh air dan braise atau reneh ayam yang telah digoreng separuh masa itu perlahan2 hingga kuahnya menjadi agak pekat. So dulu kira masak kering, Sekarang masak lembab. Sedap jugak kalau dimakan dengan roti canai.

Dua Jenis Fucuk
Selain chicken wings masak hitam manis pedas, Kjee juga buat sup fucuk. Dah naik menyampah apabila buka pantry nampak fucuk yang kurus panjang sepeket dan yang lebar2 dua peket. Suruh Nadia rendam tadi. Pastu godek2 fridge jumpa fresh Shitake mushrooms dua peket tapi Kjee guna sepeket jer.

Kjee tumislah bawang putih tiga ulas, Bila dah wangi masukkan air satu koleh. Tunggu mendidih. Pastu campakkan satu sudu udang kering yang telah dicuci, dua cube knorrs chicken dan tunggu didih lagi. Bila didih masukkan fucuk yang keras tu dulu. Bila dah lembut, masukkan fucuk yang lebar2 (potong ikut suka) dan cendawan shitake segar yang telah dibelah empat. Tak payah bubuh garam sebab kiub ayam dah masin. Kalau korang rasa tak cukup masin, tambahlah ikut suka.

Bila dah cukup masak semua, masukkan potongan daun bawang selebar dua inci dan tutup api. Hidangkan.


397. Janganlah P Ramlee Diganti!!










AL FATIHAH. Pemergiannya sejak 38 tahun lalu masih dikenang dalam tawa dan tangis. Itulah Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee. Takkan Melayu hilang di dunia...takkan hilang nama P Ramlee di bibir semua walaupun hampir empat abad dia tiada.

P Ramlee mewakili 1 Malaysia. Siapa di bumi bertuah Malaysia ini tidak mengenalinya. Dan tidak mustahil cucu cicit kita akan terus kenangkan Allahayarham sampai ke akhir hidup mereka jugak,  Insya Allah.

Kjee dapat merasai hidup di tengah2 zaman kegemilangan dan kemerosotannya. Seringkali terserempak dengan P Ramlee ketika berjalan kaki balik dari sekolah. Bukan terserempak sebenarnya tetapi di usia awal belasan tahun, perasaan ini melonjak2 sekiranya dapat lalu depan rumah beliau. Dan selepas itu lari lintang pukang apabila mendengar beliau menegur.

Rumah P Ramlee dilahirkan

Di sini beliau di semadi


Kemudian apabila sudah bekerja, Kjee juga tidak bersempatan mengenali beliau lebih dekat kerana beliau telah pergi pada tarikh keramat 29 Mei 1973. Lagu ciptaan terakhir allahyarham iaitu Air Mata Di Kuala Lumpur, benar2 menjadi kenyataan. Tidak ada seorang insan yang pernah ketawa dan menangis menonton filem2 beliau, dapat menahan airmata.

Itulah P Ramlee. Usahlah fikir untuk mencari penggantinya. Yang pastinya tiada siapa mahu P Ramlee diganti!!! Al Fatihah.

(GAMBAR2 EHSAN GOGGLE)
.

396. Finger Foods - Beef and Potato Puff dan Chicken Dumplings

Supper kami malam ni Spicy Beef and Potato Puffs dan Chicken Dumplings. Spicy puff tu sebenarnya Puff inti karipap. Saja bikin gempak tulis dalam bahasa omputih.

Semalam kan Kjee buat karipap kentang dan daging. Inti dia Kjee buat lebih dan bekukan. Dalam perjalanan balik dari Putrajaya tadi, Unclepali tanya karipap semalam tak de lebih ker? Kenapa? Dia kata sebab siang tadi dah kenyang pekena nasi Briyani Bukhara, malam ni tak payahlah susah2 buat dinner. 

Chicken Dumplings
Sukanya Kjee. Makan karipap pun kenyang kan? Tapi sebaik sahaja sampai rumah, leka pulak upload gambar dan entry Jalan2 Cari makan iaitu Nasi Bukhara. Dah nak masuk Maghrib. Nak godek karipap mahu makan masa ½ ke 1 jam. Kalau buat puff inti karipap boleh ke? Amboi sebulat suara Nadia dan Unclepali setuju.

Maka terjadilah Spicy Beef and Potato Puff. Pembikinannya lebih kurang 10 minit. Pastu masuk oven 25 minit. Kjee pernah buat entry Spicy beef Puff dulu. So korang klik sini. Malas nak salin balik.

Dan untuk dumplings, korang klik sini. Inti fucuk dumplings tu versatile. Tapi untuk dumplings hari ni, Kjee guna wantan wrappers yang bulat. Ada juga dalam bentuk empat segi. Boleh dibeli di Tesco, Giant, Carrefour dan pasaraya lain yang sewaktu dengannya. Dumplings ni dimasukkan dalam sup pun sedap. Bubuhlah jugak sawi hijau.

Letakkan sekeping wantan wrapper atas pinggan, bubuh inti di tengah2 dan basahkan setiap penjuru empat segi atau yang bulat dengan sedikit tepung ubi atau tepung jagung yang telah dicampur air. Lepas tu ponjotkan ketat2 supaya melekat. Panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, kukuslah sampai masak kira2 20 minit. Makan dengan sos cili.

Saturday, May 28, 2011

395. Fina Dapat Immunity Bukan Satu Kejutan!

Finalis pertama AF9. Ehsan Google
Konsert AF 9 malam ini sebenarnya tiada kejutan langsung! Kjee dah ramalkan siapa yang akan dapat immunity sebaik sahaja konsert bermula. Dan pada akhir konsert jugak Kjee dah tahu Lena tidak akan keluar. Kjee ada sebab2 untuk backing statement yang Kjee buat ini.

Okay kita mula dengan immunity buat salah seorang daripada pelajarnya. Kjee yakin immunity akan memihak kepada Fina sebab kedudukannya dalam senarai, ibarat YoYo. Kejab nombor 4 kejap no 5 kejab tak de langsung dalam senarai tercorot.

Mustahil immunity akan diberikan kepada Hazama kerana sudah pasti Hazama akan menempa tiket untuk ke final tanpa bantuan immunity. Jika dilihat pada bakat, maaf jika Kjee keterlaluan dengan mengatakan bahawa hanya Hazama dan Fina sahaja bakat yang boleh dibanggakan antara 5 pelajar yang masih ada. Yang lain hanya masih berada disitu kerana nasib.

Fina mendapat markah paling sedikit kerana pengundi tidak menyukainya. Itulah sebenarnya nasib yang menimpa ramai pelajar AF sebelum ini. Kehadiran mereka tidak disenangi. Sebab itulah bakat seperti Rosma dan juga Aizat tersingkir dulu walaupun mereka cukup hebat.

Lena - Tercorot tapi nasib baik. Ehsan Google
Pengundi tidak menyukai Fina bukan kerana dia tidak bagus tetapi kalau diikutkan daripada trend AF sebelum ini, pelajar yang diundi masuk tiba2 mendapat tempat dan ada yang menjadi Juara.

Oleh kerana ada dua orang yang diundi masuk iaitu Hazama dan Fina, pengundi terpaksa memilih antara sorang. Mereka tidak mahu gadaikan nasib Hazama sebab dia memang potensi Juara. Jadi, Fina menjadi pilihan mereka untuk dikeluarkan.

Selain itu, hah ini juga mungkin salah satu sebab Fina harus dikeluarkan. Ramai beranggapan Fina mungkin boleh bangkit dan memberi saingan hebat kepada Hazama. Tidak ada pelajar lain yang dikatakan berupaya menolak Hazama daripada menjadi Juara.

Jadi, itulah sebab musabab kenapa dan mengapa Fina terpaksa dijadikan mangsa. Dan Kjee yakin tenaga pengajar sudah dapat membaca percaturan ini. Justru, mereka membantu Fina untuk ke Final. Malah, Fina sudahpun ke Final sekarang.

Okay. Macamana pulak Kjee boleh ramal Lena tidak akan dikeluarkan walaupun dia mendapat undian tercorot? Kjee berpendapat minggu ini tiada penyingkiran sebab takkanlah konsert minggu depan hendak dipaparkan tiga orang pelajar sahaja? Nak disingkirkan satu pelajar pun rasa macam janggal sangat. Kemungkinan besar final AF tahun ini, tiga atau empat peserta akan menjadi calonnya. Satu sudah diberikan kepada Fina. Tinggal lagi dua ataupun tiga.

Tetapi kalau empat pelajar masuk Final, Kjee rasa ia juga kurang praktikal kerana setiap pelajar akan menyanyi dua buah lagu. Jadi kesemuanya kalau ada empat peserta akhir, akan menjadikan 8 lagu kesemuanya. Tak ke panjang jangka masanya. Bimbang over run pulak jika dimasukkan banyak sangat gimik. Maklumlah ini adalah musim terakhir AF.

So yang paling ideal hanya 3 peserta supaya penonton baik yang kat Stadium (kalau buat dalam stadium) atau di rumah tak bosan. Lagipun, penonton nak tengok pelajar yang bagus sahaja. Tak perlu bawa ramai2. Yang bagus hanya dua orang sahaja.

Itulah cara Kjee menilai. Kalau silap, nak buat camner. Tapi, Kjee yakin Final kali ini walaupun ada tiga finalis, tetapi kita akan menyaksikan dua pelajar sahaja yang berentap untuk jadi Juara. Kjee dah tahu siapa dan Kjee pasti korang pun dah tahu kan?

394. Best Briyani Bukhara In Town!


Nasi Briyani Bukhara Ayam

Nasi Briyani Bukhara Kambing


3 periuk briyani setiap hari!
Dah banyak tempat Kjee cuba makan Briyani Bukhara. Tetapi Kjee rasa yang paling sedap setakat ini di Restoren Mahbub, Lucky Gardens, Bangsar Park, Bangsar. Restoren itu betul2 berdepan dengan Bangsar Village. Sederet dengan CIMB.

Aroma Nasi Briyani Bukhara terlalu mengancam. Kalau ke sana di bulan puasa, punyalah siksa masa menunggu azan untuk berbuka. Especially, kalau sepinggan Nasi Briyani Bukhara sudah terhidang depan mata!

Lauk pauk dari India Utara
Nasinya cukup lembut, rasa dan aromanya tidak dapat diceritakan melainkan makan sendiri! Briyani Bukhara seakan Nasi Beriani Gam. Cuma datangnya dari negara Timur Tengah kot. Ntahlah Kjee Geografi dan Sejarah tak pernah pas!

Reston Mahbub hanya menyediakan Briayani Bukhara pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau nak rasa kena datang siang. Sebelah malam kalau nak makan, kena doa lebih2 dari rumah sebelum keluar, agar makanan tu tak habis didjual. Mereka menyediakan 3 periuk besar sehari dan habis menjelang petang.

Selain daripada Nasi Bukhara, ada juga Nasi Briyani Ayam Madu mereka yang famous sejak awal 70-an dulu. Briyani Bukhara ini baru sahaja diperkenalkan di restoren ini. Dulu office Kjee kan kat Bangsar. Masa itu manalah kedai mamak popular lagi. So Mahbub lah menjadi pilihan kami. Sekarang pun ramai lagi budak2 NST masih berkunjung ke restoren ini.
Ayam madu yang famous

Ada kawan wartawan Utusan yang pergi Ke India dan tetap kata Nasi Briyani Bukhara Mahbub tidak boleh ditandingi! Wallahualam.

Kalau ke Mahbub, memanglah Briyani Bukhara menjadi pilihan kami tiga beranak. Tapi hari ini, hanya Unclepali dan Nadia sahaja yang makan nasi briyani. Unclepali order Bukhara Ayam (RM11.50) sementara Nadia order  Bukhara Kambing (RM13.50). KJee ternampak pulak roti canai (RM1.20). Terus order sekeping, banjir. Pastu order ayam Madu sepiring (RM5.50).

Pelbagai jenis air termasuk lassi yang nyaman
Nasi Briyani Nadia seperti biasa gagal dihabiskan. So Kjee dan Unclepali pun tumpang jugak portion Nadia. Puas hati betul makan kat situ. Kenyanglah sampai ke malam.

Kalau datang sebelah malam, mereka juga menjual nasi Dalca yang sedap sangat! Nasi putih pun turut dijual dengan pelbagai jenis lauk pauk dari India Utara yang cukup menyelerakan!

Masalahnya, satu sahaja kalau nak pergi situ. Tak der parking. Sekarang kedai kat corner yang dulu jual pizza dah jadi Hailam Kopitiam. Maka lagi susahlah nak cari parking. Tapi memang berbaloi menunggu dalam kereta sehingga ada parking.

Kjee bagi 4½ bintang untuk makanan yang mereka jual. Servis bagus dan pantas. Eh senang ker nak dapat 4½ daripada markah penuh 5! Tadi kami kena bayar RM36.50 untuk makanan tiga beranak. Tak mainlah makan free tau. Hehehe

Chicken Briyani Bukhara

393. Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak2

Kjee bukan pakar sebenarnya nak bincang mengenai topik ini. Tetapi pengalaman telah mendewasakan Kjee. Pengalaman membesarkan anak seorang diri. Kerja tidak mengikut masa ketika Nadia meningkat remaja. Dan menghadapi seribu satu macam masalah lain.

Bila Kjee rewind balik masa2 yang lalu, Kjee rasa bangga dapat menyempurnakan tugas ini dengan baik. Sekurang2nya, anak Kjee menjadi seorang insan yang cukup sempurna di mata Kjee. Tidak pernah melanggar perintah, rajin, dengar kata dan tahu corakkan masa depannya. Alhamdullilah syukur!

Memang setiap ibu menghabiskan masa yang lebih banyak dengan anak2 daripada ayah mereka. Tetapi sedarkah anda bahawa tidak semestinya masa yang diluangkan itu, masa yang berkualiti.

Kjee tak tahu apa erti masa berkualiti anda. Pada Kjee masa berkualiti itu tidak semestinya 24 jam sehari. Cukuplah sekadar sejam sahaja sehari. Bayangkan kalau kita nak habiskan masa 24 jam dengan anak2, terutama sekali yang sedang membesar yang tak reti nak duduk diam, pasti mereka bosan kan?

Kjee selalu pilih masa yang elok untuk habiskan dengan Nadia. Janganlah dia tengah sibuk nak dengar lagu ataupun tengok rancangan kegemarannya di Tv, masa tu kita nak duduk berbual dengannya. Mesti dia suruh kita pergi main jauh2.

 Kjee cuba dekati Nadia masa Kjee keluar makan, misalnya. Kjee bawak dia ke restoren yang dia suka sangat. Sambil makan, Kjee bukak cerita. Mula2 kena pujilah apa yang dia dah buat yang buat kita happy sangat. Pastu mulalah masukkan sedikit demi sedikit pesanan yang hendak kita sampaikan.

Itulah yang Kjee amalkan sehinggakan Nadia menitis airmata mendengarnya. Dan Insya Allah, cara Kjee itu menyusup masuk ke mindanya hingga ke hari ini!

Nadia menjadi anak yang lebih baik dan lebih mengambil berat mengenai diri Kjee. Dia tidak suka meminta2. Malahan, baru2 ini Kjee begitu sebak (tapi tak tunjukkan depan dia) apabila dia menghabiskan semua wang yang diperolehi buat kerja part time belanja Kjee dan papa dia makan, dua hari berturut2. Apabila Kjee tanya kenapa duit itu tidak digunakan untuk dirinya, jawabnya, itulah niatnya masa buat kerja part time itu!

Itu hanya sebahagian kecil daripada apa yang Kjee lakukan iaitu meluangkan masa2 emas bersama Nadia. Kjee akui masa Nadia bersekolah dulu, Kjee tak ada banyak masa untuk bersama-sama berbual dari hati ke hati kerana Kjee sibuk mengejar kerja. Tak ada kerja, tak ada duit. Masa itu, Kjee ibu tunggal dan mencari duit untuk anak, melebihi segala2nya.

Itu kesilapan yang Kjee buat. Duit rupa2nya bukan segala2nya. Kjee pernah tinggalkan Nadia selama 45 hari dengan jiran yang baik hati kerana pergi shooting. Empat lima hari sekali Kjee drive balik (dari beberapa daerah di Negeri Sembilan) untuk jumpa dia lepaskan rindu. Bercakap di telefon sahaja tidak memadai. Kekadang risau juga memandu sorang2 di tengah2 malam di Bukit Putus, Kuala Pilah! Tapi demi anak!

Bukan niat Kjee pagi ni nak buat anda semua bosan membaca kisah hidup Kjee dan Nadia. Tapi apa yang Kjee ingin sampaikan ialah, fahamilah erti sebenar masa berkualiti. Ia lebih mahal daripada emas.

Kjee banyak teringgal masa emas itu bersama Nadia ketika dia sedang membesar. Walaupun dia tidak begitu berjaya di segi akademik ketika bersekolah dulu, namun setelah Kjee menyedarinya, Kjee berubah. Dan Nadia berjaya bangkit dan membuat Kjee cukup bangga dengan pencapaiannya di Menara Gading, setakat ini.

Kalau hendak berbicara dari hati ke hati dengan anak2, gunakanlah bahasa yang lembut dan cakap dengan emosi. Kjee berjaya menggunakan taktik ini.

Itu sahaja yang boleh Kjee kongsi bersama ibu2 semua sempena Cuti Persekolahan ini. Renung2kanlah. Mungkin anda ada cara yang lebih baik. Janganlah kata yang Kjee senang cakap sebab sorang sahaja anak. Usahalah dengan seribu daya, jangan seribu dalih.  Insya Allah. Alhamdullilah. 
Rupa mungkin hampir sama tapi perangai ibarat langit dengan bumi. Kalau ikut perangai Kjee, hancus!

392. Gilerlah Kau Jambu!!!!



Hati2 semua peserta Maharaja Lawak. Jambu konsisten sejak dari Minggu pertama lagi!

Friday, May 27, 2011

391. Dato Seri Najib - Pencinta Kucing!






Kali pertama Kjee melihat Dato Seri Najib ialah ketika jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak dibawa ke bangunan Parlimen. Ketika itu, beliau berusia awal 20-an. Masih menuntut di England dan pulang mengiringi jenazah arwah bapanya yang meninggal di sebuah hospital di sana.

Kemudian Kjee yang bertugas sebagai wartawan banyak kali ditugas buat liputan interview keluarga beliau. Selepas itu, seringkali juga Kjee terserempak dengan Dato Najib.

Ada sekali tu, Kjee pergi lunch bersama seorang kawan ke rumah Dato Seri Najib atas undangan Datin Seri Rosmah. Kjee memang kenal Datin Seri Rosmah sejak dia anak dara lagi dan masa itu bekerja sebagai PRO di Bank Pertanian.

Ketika kami sedang berbual, Dato Najib balik.  Kami pun lunch sama2. Ketika itu Dato Seri Najib Menteri Pertahanan.

Tak sangka sekarang beliau ini Perdana Menteri Malaysia yang disayangi dan disegani.

Tadi Nadia bagitau Kjee supaya buka FB Dato Seri Najib kerana banyak gambar dia dengan kucing. So Kjee copy gambar tu untuk Kjee letakkan dalam blog Kjee. Tentu Dato Seri tidak keberatan kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...