Thursday, June 30, 2011

SELAMAT TINGGAL REJAB SELAMAT DATANG SYAABAN




Sebenarnya Kjee nak tulis heading entry Selamat Tinggal Jun 2011. Esok kan dah masuk 1 Julai. Tetapi seram pulak. Nampak pulak seolah2 Kjee dah nak padam. Ya lah Kjee ni bukan sihat sangat. Tetiba 'terpadam' pulak kan? Eh tak mustahil. Semuanya ditentukan Allah swt. Sedangkan orang yang sihat walafiat pun boleh 'padam' bila2 masa, ini kan pulak orang yang dah lama tersenggut senggut. Kahkahkah.






Tak maulah cerita pasal nak mati. Bila tiba masanya, kita semua akan pergi. Hanya masa dan ketikanya, hanya Dia sahaja yang tentukan.

Pejam celik pejam celik, hari ini dah 30 hari kita lalui dalam bulan Jun 2011. Dah 6 bulan dalam kalender 2011, kita lalui. Esok bermula lah pula 6 lagi bulan kedua tahun 2011. 

Macam-macam peristiwa yang kita lihat, dengar dan lalui sepanjang enam bulan pertama. Ada yang gembira, ada memilukan dan ada mencemaskan. Tetapi kita semua berjaya lalui dengan penuh tabah dan taqwa. Mudah2an Allah swt akan tetapkan iman kita untuk meneruskan hidup dengan penuh kecekalan dan kesabaran.

Kita orang Islam. Kita harus menerima Qada' dan Qadar. Kita harus sentiasa redha dan pasrah. tetapi dalam pada itu, kita disarankan supaya berusaha. Berusaha ke jalan yang baik untuk diri kita, keluarga kita, saudara mara kita, sahabat handai dan negara.

Semakin lama Kjee lalui hidup ini, Kjee semakin kagum melihat kawan2 yang dulunya seperti Kjee...jahil dan kurang memahami tanggjungjawab sebagai seorang Muslim, kini sudah jauh berubah.

Malam tadi (1.15 pagi 29 Jun) Kjee menerima mesej di handphone Kjee dari seorang pelakon wanita terkenal yang berbunyi :" Assalamualaikum semua kawan2...nanti malam adalah Nisfu Syaaban (tertutupnya buku amal), Jadi sebelum tertutupnya buku amal, maafkanlah atas segala kesalahan saya sebelum ini. Kesalahan yang sengaja atau tidak disengajakan.." (BELIAU TULIS NISFU SYAABAN DALAM SMS PADA KJEE. TAK TAULAH KJEE SAMADA DIA TERSILAP DAN SEPATUTNYA TULIS ISRAK MIKRAJ. WALLAHUALAM)

Kjee terkedu seketika membaca kiriman sms dari pelakon cantik ini. Sejak 'berhjirah' dan menutup aurat, beliau memang low profile. Berlakon sekali sekala dan jarang dilihat di mata umum. Bagaimanapun, sekiranya ada berita anak2 seni dilanda musibah, sakit atau pulang ke rahmatullah, beliau akan segera menghantar pesanan ringkas melalui handphone. Dan seringkali Kjee akan terlihat kelibatnnya pergi menziarah.

Syukur Alhamdullilah. Ketika usia sudah meningkat senja, itulah sebaik2nya kita lakukan, tak kira siapa kita.

Dengan itu, menjelang perginya bulan Rejab yang penuh keberkatan ini dan munculnya bulan Syaaban, Ahad  ini dan seterusnya bulan Ramadhan yang dinanti2kan semua, Kjee menyusun 10 jari seandainya Kjee ada melakukan kesilapan antara sedar dengan tidak. Memohon maaf dan ampun sesama Islam dituntut dalam Agama kita. Usahlah menunggu sehingga semua sudah terlambat. 

Yang buruknya selalunya dari diri Kjee dan yang baik datangnya dari Allah swt. Amin.

PERIA GORENG TEPUNG MAMAK STYLE




Hehehe hari tu Kjee buat Peria Goreng Kunyit biasa saja. Tapi ramai pulak yang tanya, kenapa tak buat style mamak yang goreng bubuh tepung. Sedap, dia orang kata. Kjee tak pernah try ke, tanya dia orang?





Apa pulak tak pernah makan. Kalau ke kedai mamak, itulah antara makanan yang kami tiga beranak suka sangat. Kalau tak ada peria goreng tepung, kita orang akan makan bendi goreng kunyit. Tekak kami memang selera ala2 mamak. Unclepali pulak orang Kedah. Tapi Melayu Kedah bukan Mamak tau!! Hehehe.

Anyway, semalam untuk berbuka puasa selain daripada menerai resipi baru Daging Tiga Rasa dengan Daun Selasih, Kjee jugak goreng Peria Katak dalam tepung. Kjee tak pernah buat sebelum ni. Maknanya semalam, dua2 resipi Kjee tak pernah buat lah kan? Nasib baiklah menjadi.

Kjee langsung tak rendam peria katak dalam garam sebab Kjee kan suka makan sayur2 yang pahit2. Elok untuk kesihatan wanita. Nanti abang sayang. So korang kalau nak abang sayang, selalu2lah makan sayur2 yang pahit2. Kahkahkah.

Okaylah Kjee nak cepat ni. Nak habiskan buat skrip. Dua produser dah tunggu. Kita intai bahan2nya.

BAHAN2NYA:

5 biji peria katak
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecik kunyit serbuk atau rempah kari
garam secukup rasa

CARA:
Hiris peria katak ikut suka. Kjee hiris serong2. Yang muda, Kjee tak buang bijinya. Tapi yang tua dengan biji merah menyala dan keras, Kjee buang. Kemudian Kjee campurkan tepung dengan garam dan serbuk kunyit bersama sedikit air hinga jadi paste. Kemudian Kjee gaulkan bersama peria katak sampai rata. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Toskan dan makanlah. Langsung tak pahitlah. Ala kalau tak nak pahit, janganlah makan peria. Kunyahlah cekelat atau gula2 hacks. Hehehe

Kalau korang tak suka goreng peria katak dengan tepung, klik sini untuk resipi goreng kunyit.

TIGA ISTERI SUDAH MULA RASA TERPINGGIR?



Kjee malas nak komen. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam. Korang baca aje lah ya. Kjee copy paste dari mStar.


PETALING JAYA: Pelawak Salih Yaacob menyedari tiga isterinya yang lain agak kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25, yang baru dikahwini lebih menonjol berbanding mereka.
Menurut Salih, walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, tidak meluahkan perasaan tersebut tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu.
"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar.
"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu.
Tambah Salih, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media.
Salih dan Emi
Persoalan kononnya Salih mengamalkan “pilih kasih” terhadap isterinya yang lain mula timbul apabila dia dilihat kerap membawa Emi bersamanya ke majlis-majlis hiburan termasuklah dalam program Maharaja Lawak di Johor dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan.
"Sebelum ini Fara yang menguruskan saya, tetapi disebabkan dia kini sibuk dengan anak, tugas itu diberikan kepada Emi.
"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih


JUS LIMAU KASTURI ASAM BOI UNCLEPALI


Ini adalah antara minuman atau jus favorite kami tiga beranak. First time Kjee minum dulu di Secret Recipe. Dia orang bubuh epal hijau dan limau kasturi. Mak oi masamnya boleh membunuh! Lepas tu Kjee tak berani nak order lagi. Kjee syak dia orang bukan guna jus limau kasturi yang diperah sendiri tetapi pati limau kasturi. Sebab itulah masam maut!
asam boi/asam kecut/asam masin


Kemudian Kjee pun belajarlah buat jus ni dari adik angkat Kjee, Huraizah Jaja masa arwah abah dia buka kantin kat Pulapol. Dan sejak itu, Jus Kasturi Asam boi ini menjadi menu tetap di gerai Dapur Kjee, Anjung Melawati dulu.

Jus limau asam boi ni memang sesuai minum di musim panas. Rasa segar sangat. Buatnya mudah. Boleh suruh anak2 buat sendiri. Unclepali blend terus asam boi dan limau kasturi. So ada rasa2 pahit2 sikit kulit limau kasturi. Sedap sangat.

Bahan2nya untuk satu gelas.

sebiji limau kasturi
dua biji asam boi
gula secukup rasa
air setengah gelas
ais

Bahan2 tadi kecuali gula dimasuk dalam blender yg bersih. Jgn baru lepas blend cili pastu buat air ni. Nanti hasilnya Jus Limau Kasturi perasa cili. Hehehe. Blend asam boi dan limau tu tanpa buang biji asam boi atau limau kasturi. Bila dah halus, tapiskan ke dalam gelas, bubuh gula atau air gula dan ais. Hmmm sedapnya. Limau tu blend sekali ngan kulit dia tau. Basuh bersih2 dan campakkan je ke dalam blender dan trrrrrr.











Wednesday, June 29, 2011

DAGING TIGA RASA DENGAN DAUN SELASIH


 Kjee ubahsuai resipi ini dari Daging Kaprau yang Kjee makan kat Restoren Thai Ali Tomyam baru2 ini. Mana boleh nak dapat rasa yang sama kan? Tetapi kalau ikut tekak Kjee, adalah 70% persamaannya. Paling best aroma daun selasih ketika kita makan.

Masa masak tadi, oleh kerana puasa, Kjee main tawakkal jer bubuh itu dan ini. Kemudian Unclepali tolong rasa. Dia kata okay. Nak tambah lagi apa2, dia cakap tak payah. Itulah berkatnya kalau kita berpuasa. Masak semuanya cukup2 rasa jer.

Tadi Kjee guna daging batang pinang. Memang kat rumah Kjee memang Kjee stokkan daging batang pinang sebab senang nak kunyah. Tapi kalau nak guna daging biasa, kena rebus sampai lembut lepas tu hiris nipis2.

Airnya jangan dibuang. Resipi ni guna sikit jer air. Tapi air rebusan tadi tu boleh guna nak buat sup sayur dan lauk pauk lain yang sewaktu dengannya.

Tadi Kjee buat terkurang sikit pedas. Kjee guna baki cabai jarum kiriman member dari Sarawak. Kjee taklah berani guna banyak2 takut pedas. Kalau pedas memang lagi sedap. Okay jom kita intai bahan2nya.

BAHAN2NYA:

350gm daging batang pinang (dihiris nipis)
2 labu bawang Holland (warna kuning)
4 ulas bawang putih
1 cekak daun selasih (Kjee beli 1 ikat RM1)
cilip api (secukupnya)
1 sudu besar hoisin sos *
1 sudu besar sos tiram *
2 sudu besar cili sos *
2 sudu besar kicap manis *
1 sudu kecik tepung jagung *
2 sudu besar air *
3 sudu besar minyak

CARA:

Daging dicuci, dihiris nipis dan toskan airnya. Cili api ditumbuk kasar. Bawang besar dibelah enam. Bawang putih dihiris. Daun selasih dipetik, dicuci dan ditoskan.

Panaskan kuali. Bubuh minyak. Masukkan bawang putih dan tumis hingga wangi. Masukkan daging dan goreng sampai terbit air dan hingga air kering. Jaga jangan hangit. Sentiasa balik2kan.

Bila air sudah kering, biarkan daging digoreng dalam minyak tadi dan masukkan cili api tumbuk kasar dan bawang Holland yang telah dicerai-ceraikan. Kemudian semua bertanda * dimasukkan ke dalam mangkuk dan dikacau hingga sebati. Kemudian dicurahkan ke dalam kuali berisi daging tadi.

Kacau pantas2 hingga sebati dan sekata. Kemudian masukkan daun selasih. Rasa dulu. Kalau kurang masin, tambah kicap cair atau soa nampla.

Makan dengan nasi.










CHILLED PEACH CHEESE CAKE





Chilled Peach Cheese cake ini dah lama Kjee buat. Actually lebih tepat bulan dua hari tu masa birthday Nadia. Yang buat bukan Kjee tapi Unclepali. Baru2 ni dia tanya kenapa Kjee tak upload entry cheesecake yang dia buat dalam blog. Ehemmm tersedak Kjee.

Oklahlah sebenarnya Kjee malu nak bubuh dalam blog sebab cake tu tak cantik. Kami tak pandai buat deco. Unclepali main hentam je susun buah peach yang dalam tin tu  diatas cake.

Resipi asalnya, Chilled Mango Cheesecake, Kjee amik dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Tapi Nadia request buat buah pic. Dia suka makan buah mangga tapi untuk cheese cake dia kata tak suka. Hmm belum rasa mana nak tau kan?

Jom kita tengok bahan2nya yang Kjee copy paste dari dapur CMG..



BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie (Kjee guna digestive biscuits)
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu (Kjee guna ¾ tin buah pic)
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR") (Kjee dah lupa guna brand apa)
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)

CARA MEMBUATNYA :-) (Kjee ikut cara Che Mat)
  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan..(Kjee hias dengan baki buah pic dalam tin)
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk semua..

Hasil air tangan CMG memanglah lawa. Klik sini. Sebab tu Kjee malu nak bubuh dalam blog. Tapi apabila Unclepali dah tanya, malu pulak. Hehehe 


SOTONG KANGKUNG SOS MANIS PEDAS


Kjee sebenarnya dah lama tak makan sotong kangkung samada kat kedai ataupun buat sendiri. Banyak bahaya makan kangkung ni selain sejuk dan berangin. sila tengok ni dan tak tahulah Kjee korang sanggup ke tidak makan kangkung lagi. Tetapi kalau anda hati2 ketika mencuci sayur kangkung, rasanya okaylah kot.

Kjee tak tahu kenapa peniaga jual sepinggan sotong kangkung mahal. Sotong kembang tu bukanlah mahal sangat. Kalau tak silap kjee, seekor tak sampai RM2, pastu kangkung sekilo tak sampai RM2.50. Dia orang bubuh setangkai dua jer kangkung. Pastu belanja sos pun taklah tinggi sangat. Tapi kalau kita pergi intai gerai2 yang jual sotong kangkung, ada yang mencecah sampai RM5 hingga RM6 sepinggan. Sotongnya dibubuh ciput lak tu.

Oklah, kalau ada yang minat nak buat, sos sotong kangkung Kjee sama dengan sos tahu bakar.
 BAHAN2NYA::

sotong kembang
kangkung
bijan yang telah disangai.

CARANYA:
Sotong dicelur dalam air panas kira2 7 minit. Pastu toskan dan dipotong ikut citarasa. Selalunya selebar jari manis. Kangkung dipetik daun dan batangnya dan cuci bersih pastu dicelur kira-kira 5 minit dalam air panas sama seperti celur sotong. Timur dihiris ikut suka.

Susun atas pinggan sotong, kangkung dan timun ikut citarasa. Pastu curahkanlah sosnya. Taburkan bijan yang telah disangai. Itu jer. Senang kan. Sebab itu kjee marah sangat kenapa mahal sangat dia orang jual.

BAHAN2 SOS:
 
sotong kembang dari cik google
Semuanya ada lima item...sama sukatan. Kalu guna cawan pastikan cawan yang sama. 1. cili kisar 2. gula. 3. air asam jawa. 4. petis. 5 air sejuk (paip).

Campur semua bahan ni pastu masak atas api sampai  mendidih. Pelankan api sampai dapat kepekatan yang kita nak.

Itu resipi asal member tu. Tapi kjee ni buat sikit perubahan. Sebenarnya, cili kering yang dikisar tu tak boleh nak agak kepedasannya. Jadi Kjee hati2 bila mencampurnya. Kekadang ¾ cawan dan kekadang ½ jer. Gitu juga dengan petis. Kekadang ½ cawan jer takut masin sangat.

Pastu Kjee ubah lagi. Cili yg dah blend tu sebelum dicampurkan ke dalam periuk, Kjee campur dulu dengan air sejuk satu cawan tadi dan Kjee tapiskan ke dalam periuk. Sebab? Kan masa kita blend cili tadi walaupun nampak halus tapi tak halus sangat sebenarnya. Jadi, bila ditapis ngan air tadi kita akan dadapat hasil sos yang halus dan cantik.

Oh ya lupa nak bagitau. Sos ni boleh simpan lama dalam fridge dengan syarat korang tak habiskan. Boleh digunakan untuk tahu bakar (resipi klik sini), rojak buah atau yong taufoo.





UDANG PUTIH HALUS GORENG PEDAS


Udang halus yang warna putih tu selalunya korang buat apa? Pasti ramai tak suka beli sebab  leceh nak siang dan isinya tak seberapa. harganya jugak bukannya murah. Hari tu Kjee tengok kat Sri Ternak, RM10 sekilo.

Masa Kjee kecik2 dulu, arwah mak beli untuk jadi rencah goreng sayur. Dia tak buang kulitnya. cuma cuci bersih2 dan tumislah sebelum dimasukkan sayur.Untuk rencah mi goreng pun okay.

Tapi ada seorang kawan Kjee ni dulu, dia buat sambal kering. Heran jugak Kjee tengok sebab selama ini kjee tak taulah rupanya ada cara nak masak udang putih. Oleh kerana ia terlalu halus maka kawan Kjee tu cuci bersih2 tanpa buang kulit.

Apabila sudah siap kawan Kjee tu buat sambal, Kjee pun makanlah. Eh sedaplah. Dia goreng udang tu garing2 sampaikan jadi ranggup. So bolehlah kunyah sekali dengan kulit2nya.

Jom kita tengok resipinya.
 BAHAN2NYA:

500 gms udang putih halus
segenggam cili api (kalau tak nak pedas sgt kurangkan)
2 labu bawang sederhana besar
3 ulas bawang putih
asam jawa
minyak

CARA MEMBUATNYA:
Cuci udang bersih2 dan toskan. Kalau janggutnya panjang sangat kauplah dalam segenggam dan gunting. Buang. Buat sampai tak de janggut tinggal misai jer. Hehehe. Tumbuk cili api hingga halus. Kemudian tumbuk bawang berserta bawang putih. panaskan kuali. bubuh kira dua atau tiga sudu minyak dan tumis bahan tumbuk sampai setengah garing. Masukkan sedikit air asam jawa dan udang, garam dan sedikit serbuk perasa. Goreng sampai udang betul2 garing dan ranggup. Kalau guna cili api warna hijau maka lauk tu warna hijau lebam gitu, kalau guna cipi api merah, cantiklah merahnya. Kalau tak suka pedas, boleh gak guna cili merah atau cili hidup. Sedap sangat makan panas2 dengan nasi tau.




SALAM ISRAK MIKRAJ - KEAGUNGAN TUHAN



Umat Islam seluruh dunia menyambut Israk Mikraj hari ini, hari Rabu 29 Jun bersamaan dengan 27 Rejab 1432 Hijrah.Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,
 
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1



Untuk lebih jelas maksud dan pengertiannya, klik di sini


Tuesday, June 28, 2011

TERIMA KASIH PENYELARAS 'KONGSI RESIPI'


 Kjee ini tak lah banyak pengalaman sangat. Terutama sekali bab masak2 ni sebab faham2 je lah. Habis sekolah terus kerja. Pengalaman yang ada hanya Kjee kutip dari apa yang diajar arwah Bonda yang garang giler bila Kjee turun ke dapur bersamanya. Kerana Bonda garang sangat, maka Kjee pun terkial2 lah belajar masak untuk menepati piawaian beliau.

Memang tidak dinafikan, ibu adalah guru terbaik kita dalam bab masakan. Kalau koranng belajar tinggi mananya dalam bidang masakan, sampai jadi Chef yang terkenal seantero Malaya pun, sambal belacan yang korang buat, takkan sama dengan apa yang Bonda buat!



Kali ini bukanlah Kjee nak sembang pasal diri Kjee tapi pasal page KONGSI RESIPI kat Facebook. Susah nak Kjee ungkapkan kata2 untuk page ini, Kalau omputih senang sikit ...IT'S THE BEST THING THAT EVER HAPPENED!. Kalau bahasa Malaysia sikit lebih kurang, kewujudan page ini sungguh MENAKJUBKAN!

Kjee yakin ramai ahli2 Kongsi Resipi dah tak beli majalah atau buku masakan selepas jadi geng KR. Buat apa nak bazirkan duit. Apa saja resipi, boleh diperolehi di page ini. Tanya jer. Kalau ada yang tak tahu, esok lusa, ada geng yang rajin google cari kat internet dan bagitau rakan2 yang memerlukan!
Kek Alunan kasih - gambar ehsan Mastura Yasak

Begitulah akrabnya teman2 atau Kjee panggil, Geng KR. Kjee rasa hampir 90% tak pernah bersua muka antara satu sama lain. Tetapi kemesraan yang telah terjalin begitu mempersonakan! Ada yang sanggup tulis dalam wall KR kalau sehari tak 'bersua' dengan rakan2 KR rasa tak lengkap hidup!

Kjee pun sama. Walaupun diulit kesibukan tahap gaban, Kjee akan tetapi intai KR. Malah Kjee buka tab khas di computer Kjee untuk KR. Sambil2 buat skrip, update blog, Kjee intai KR dengan mudah!


Kjee nak bagitau sikit, buku2 masakan yang ada bukannya 100% boleh percaya! Walaupun Kjee dulu salah seorang pengasas Majalah Jelita, namun Kjee berani katakan yang banyak buku masakan dan majalah yang ada masakan, tidak boleh dipercayai. Kekadang kita dah seronok nak masak, alih2, ada bahan yang kurang. Kjee rasa korang pernah alami apa yang Kjee alami. Maaflah kengkawan majalah dan buku masakan.

TETAPI kawan2 tidak akan menghadapi masalah ini dengan Geng Kongsi Resipi! Malah, kita boleh berinteraksi tanya apa yang kita musykil bersama tuan punya resipi di page KR. Mereka juga sanggup ajar step by step sampai yang ingin nak belajar, pandai!
Apam Dot Dot - gambar ehsan mastura

BAGAIMANAPUN, apa yang buat Kjee paling respek sampai tabek spring ialah apabila mereka yang telah mencuba resipi dalam KONGSI RESIPI berjaya membuat apa yang dijar, kemudian buka bisnes secara kecil2an. Dan sekarang ada yang sudah berhenti kerja dan buat secara sepenuh masa! Agaknya mereka ini dah lama nak berhenti kerja atas sebab2 peribadi (masalah jaga anak dan sebagainya). Tetapi bimbang tak ada income masuk. 

Kjee rasa, resipi yang paling memikat semua ialah APAM DOT DOT, KEK ALUNAN KASIH dan KEK KARAMEL. Ada seketika itu, hari2, beratus2 Geng KR upload gambar kat wall KR pamerkan kejayaan mereka!

Kalau Kjee nak tulis panjang lagi boleh tapi takut korang boring.

Sebagai penutup kata, TAHNIAH berbakul2 kepada admin Kongsi Resipi. Insan yang membuat page ini harus diberikan sekalung bunga sebagai ucapan Tahniah atas kejayaannya mengumpul hampir 200,000 pengikut dalam masa yang cukup singkat!

Mudah2an kita semua menggunakan ilmu yang diturunkan oleh Geng Kongsi Resipi, sebaik mungkin! Insya Allah.






GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG



 Hari ini dalam sejarah! Inilah masakan gulai tempoyak Kjee yang pertama walaupun dah lebih 5 dekad dilahirkan ke dunia ini! Malu ke? Tak malulah. Buat apa nak malu. Baik terus terang jer yang Kjee memang tak pernah ataupun pandai masak gulai ini. Selalu makan je kat kedai.

Malah, Unclepali sanggup drive ke Temerloh sekiranya Kjee atau Nadia teringin makan gulai tempoyak ikan Patin. Dia tak makan ikan patin sebab dia kata hanyir. Unclepali sebenarnya tak makan ikan sungai. Ikan lain tak kisah.

Tadi Kjee telefon mak mertua di kampung ucap terima kasih bagi sebalang besar tempoyak. Actually dia yang telefon. Kjee ambik telefon dari Unclepali untuk sembang ngan Mak mertua. Dia kata kenapa tak masak guna ikan patin. Apabila Kjee beritahu anak bongsu lelaki tunggalnya tu tak makan ikan sungai, mak mertua Kjee ketawa berdekah2.

Ujian pertama Kjee masak gulai tempoyak ala Pahang lulus...dapat A+ kata Unclepali. Ewah. Kalau suami sendiri tak kata sedap, sapa lagi kan? Tapi korang jangan terkejut tengok ada bendi kat dalam pinggan gulai tu. Memang Kjee bubuh bendi walaupun sepatutnya bubuh timun tua. Ah kita yang buat dia!!

Alamak lupa lak. Nak ucapkan ribuan terima kasih kepada geng Kongsi Resipi yang ajar buat gulai tempoyak ala Pahang ni. Kjee memang tahu resipinya tetapi selama ini tak pernah buat hingga ke hari ini.

Tadi, oleh kerana pukul 2 tengah hari baru siap masak, Kjee pun tak buatlah lauk lain. Unclepali macam biasa goreng ikan kembung pelaling untuk dia dan kucing2nya.

Pastu Kjee bakar terung sebab Kjee intai malam tadi dalam fridge ada banyak terung kontot. Semalam pun Kjee beli lagi. Kjee bakar biasa jer. Belah dua panjang2. Bubuh minyak zaiton sikit atas kuali leper dan bakar atas gas. Unclepali lak tumbul cili api nak buat sambal mentah tempoyak.

Ahlamdulillah kenyang kami suami isteri makan tadi. Nadia balik petang ni mesti terus ke dapur sebab gulai tempoyak favorite dia. Jomlah kita intai resipi yang Kjee buat tadi.

BAHAN2:


 6 ekor ikan kembung
1½ senduk nasi tempoyak
cili api (ikut suka)
3 batang cili hidup (ikut suka)
sedikit kunyit hidup
bendi (optional)
2 asam keping (kalau tempoyak dah masam tak payah bubuh)
daun kunyit/daun kesom
2 batang serai

CARA:

Ikan disiang dan dibersihkan. Tumbuk cili api, cili merah dan kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk dan bubuhlah air ikut suka banyak mana nak kuahnya. Apabila mendidih, masukkan tempoyak dan kacau jangan bagi tempoyak bergentel. Apabila mendidih, masukkan daun kesom dan daun kunyit (dicarik2) serta ikan kembung. Masukkan juga bendi jika guna. Didihkan perlahan dan rasa. kalau cukup masam, tak perlu bubuh asam keping. Tadi gulai Kjee kurang masam so Kjee bubuh 2 keping asam keping dan juga garam. Tunggu sampai bendi empuk, padam api.





CATATAN ODA DARI AGENDADAILY.COM

 

Pagi ni Kjee sibuk sikit, so harap korang layan catatan sahabat Kjee Saodah Ismail yang menulis untuk Agendadaily.com


INGATKAN drama, rupanya cerita betul. Tentu ramai terkejut dengan kisah pelakon baru, Nur Fathia Abdul Latiff yang mengamuk di lokasi ‘Stanza Cinta” sehingga membaling telefon bimbit kepada pengarah. Ini kerana dia bukan saja dilihat sebagai pelakon yang masih hijau, bahkan sangat bertentangan dengan wajahnya yang nampak lembut, tetapi cepat baran.
Malahan, jawapannya dalam menjelaskan kejadian baling telefon itu agak samar-samar saja bunyinya dan bercanggah pula.
Kata Fathia dia tidak ada niat langsung untuk mengamuk dengan sesiapa, apatah lagi Along adalah pengarah yang dihormati. Dan dia juga dilaporkan berkata, insiden itu berlaku spontan apabila  telefon bimbitnya terlepas dari tangan dan tercampak k arah orang lain.
Saya susah nak membayangkan macam mana, tapi budak Fathia ni kata masa itu dia agak tertekan untuk bawa watak yang diberikan dalam drama yang juga dijayakan Aaron Aziz dan Jalaludiin Hassan..
Tapi eh, tunggu dulu, dalam pada itu, pelajar jurusan undang undang ni rupanya  tak stabil emosi juga selepas terima panggilan peribadi yang buat dia nyaris-nyaris jadi hulk, lalu berlakulah kejadian membaling telefon.
Ohh, bukan ini babak dalam drama ke? No, no, ini cerita betul, budak pelakon baru yang belum setahun jagung ini memang dilaporkan mengamuk tapi nasib baiklah pengarah Along Kamaluddin itu maafkan dia. Iyelah, kalau saya jadi Along pun saya akan kata begitu, sebab saya mahukan dia habiskan kerja lakon, kalau tak kerja tak siap. Kalau tak siap, atau kalau pelakon dah tertekan sesangat, langsung tak datang shooting, habis, aniaya…sapa nak tanggung rugi?
Kejadian mengamuk di lokasi, bukanlah satu perkara biasa apatah lagi melibatkan pelakon-pelakon baru. Bahkan, pelakon lama sekalipun jarang sekali berlakuan begini, apatah lagi mengamuk dengan membaling telefon kepada orang lain!
Dan, lebih tidak sedap lagi si artis berwajah lembut ni kata kejadian itu bukan perkara besar pun. Alamak, kau sudah tunjuk angin satu badan, baling telefon pada orang dan kata itu bukan benda besar?
Maka, saya cadangkan selepas ini semua pelakon dan pekerja di lokasi kena pastikan ada insurans! Atau mungkin budak Fathia ni tak salah, manalah tahu, kot kot yang salah makanan yang disajikan di lokasi itu yang punya angkara. Manalah tahu. Sebab ada kalanya makanan juga merangsang emosi, manalah tahu!
Tapi apapun, kepada budak Fathia ni, tolonglah bawa banyak bersabar, kawal emosi, belajar beristighfar.Sebab, alahai,  macam mana nanti apabila jadi peguam  kalau emosi tak stabil itu tidak boleh dikawal?
Huru haralah mahkamah nanti. Kalau baling membaling ini dianggap benda kecil, susah nak bayangkan apa benda yang besar agaknya? Bayangkan kalau yang dibaling itu telefon bimbit tahun 80an yang sebesar anak lesung, melayang di kepala??? Adoi, pecah bersepai kepala!
Pada masa yang sama, dalam lama twitter beberapa hari lalu, Aaron Aziz telah mentwit tentang pelakon baru yang menyusahkan orang lain…melibatkan Datuk Jalaluddin Hassan juga. Aaron menghantar twiiter itu sebagai melepaskan rasa tidak puas hatinya, tapi tidak disebut siapa nama pelakon yang dimaksudkan.
Lalu, saya terfikir, apakah dua kejadian ini ada kaitannya? Manalah tahu, kan.

ZAHRAH BUAH HATI JIMMY SHANLEY

Kepada mereka yang tidak tahu, sekarang Jimmy Shanley sudah menemui buah hati baru bernama Zahrah. Zahrah baru sahaja berusia empat hari. Zahrah dilahirkan Jumaat lalu. Kjee baru baca berita mengenai Zahrah dalam mStar sebentar tadi.

Daripada cerita yang Kjee copy paste dari mStar kat bawah ni, apakah isterinya Nursuhaila sudah menerima Jimmy kembali dalam hidupnya? Jika sudah, Kjee rasa ramai yang menitiskan airmata gembira. Kjee pun sebak sangat. Jom kita ramai2 doakan kebahagian Jimmy, Zahrah dan Nursuhaila.

Korang layan citer dibawah ni ehsan mStar.



Jimmy Shanley Mahu Zahrah Membesar Depan Mata

Jimmy dan isterinya, Suhaila.
PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu, mahu anak perempuannya itu membesar di depan mata.
Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat lalu.
“Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.
“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy ketika dihubungi mStar Online, Ahad.
Jimmy yang telah melawat anak dan isterinya di hospital memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).
“Saya sempat menjaga Zahrah sehingga pukul 2 pagi semalam. Bagaimanapun saya tidak boleh berlama-lama dengan dia sebab mempunyai komitmen lain yang perlu dilakukan.
“Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya,” ujarnya lagi.
Tambah Jimmy lagi: “Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.
“Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya.”
Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.
Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: “Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”
Pasangan Jimmy dan Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010.
Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

Monday, June 27, 2011

AGUNGNYA ISRAQ MIKRAJ











Hari Rabu 29 Jun bersamaan dengan 27 Rejab 1432 Hijrah, marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,
 
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1


Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


Seterusnya bacalah di sini. Blog Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

JJCM - TOMYAM ALI RASA AUTHENTIC THAI

Tak susah nak cari. Betul2 seberang Jalan dari pintu utama Mesjid Pasar Keramat



Nasi Kaprau



nasi goreng kampung
Kalau Kjee dan keluarga keluar dinner, makanan ala Thai ataupun tomyam, adalah pilihan kami yang terakhir. Bukannya kami tak suka makan tomyam dan lauk2 yang selalu dikaitkan dengan masakan Thailand, tetapi dah jelak. Jelak bukan sebab makan hari2 tapi boring bila pusing sana nampak gerai tomyam. Pusing sini nampak lagi.

ikan goreng fav unclepali
Ada sekali itu Kjee pergi ke Kluang. Petang tu kami berkunjung ke rumah seorang kenalan. Dia kata malam tu dia nak belanja makan special kat Kluang. Bila dia sebut tomyam jer, Kjee dan Nadia berpandangan. Ya Ampun...Tomyam? Dah tak boleh masuk lagi. Kalau dia kata gerai jual ikan bakar ke ataupun nasi lemak panas sekali pun, pasti kami teruja.

Tapi di KL ni, Kjee baru jumpa satu gerai tomyam yang boleh dikatakan menepati citarasa kami, dari segi gerai (ala2 restoren) yang menarik dan bersih, makanannya yang piau Thai dan juga harganya yang amat berpatutan.
tomyam campur

Ali Tomyam Thai Restaurant di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur (seberang jalan dari Mesjid Pasar Keramat) boleh dikatakan gerai Tomyam yang cukup authentic di segi rasa. Macam rasa makan kat Thailand. Pekerja dia juga 100% dari sana. So korang boleh expectlah makanan Thai yang ori dan sedap.

sup sayur
First timelah Kjee tak cerewet kalau ke gerai tomyam. Semuanya sedap di Ali Tomyam ni. Hari tu Nadia order sup sayur. Udahlah mewah sayur2annya, rasa sup dia pun sedap. Tak macam sesetengah tempat dimana sup dia rasa kosong. Arwah mak kalau guna bahasa nak marah tak sedap, dia akan kata rasa cempeleng. Itu bahasa Jawa maknanya tak sedap atau tak ada rasa. Lagi satu bahasa yang dia gunakan...oppps kena sensor.

Sejak makan di Ali Tomyam ni, kami sekeluarga memang kalau boleh, elakkan makan di restoren tomyam lain. Buat apa nak cari dosa, menyumpah, walaupun dalam hati, sebab makanan dia tak sedap.

Semalam Kjee buka menu dia. Pelayan dia yang berdiri sebelah melayan dengan manis sekali. Walaupun tak berapa lawa (pelayan dialah), tapi senyuman tak lekang dari bibir. Kita nak order pun senang hati. Kjee sejak pagi tak pekena nasi. So nak makan Nasi Goreng kampung dia yang memang sedap. Dah try banyak kali.

bistik telor
Tapi bila selak menu, Kjee nampak Nasi Kaprau Ayam atau Daging. Kaprau? Apa benda ni. Pelayan manis tadi kata, daging masak kering dengan daun selasih. Sedap ke? Sedap makcik, katanya lembut.

Masa Nasi Kaprau tiba, Kjee tengok memang ada ciri2 sedap. Bila makan, confirm dah memang sedap. Hah nanti Kjee nak try buat sendiri. Bila makan malam tadi, Kjee tau dah dia buat camner. Dia guna daging batang pinang. Hah kena tunggu esok lusa Kjee buat ya.

Okay itu jee lah yang Kjee nak cerita pasal Ali Tomyam ni. Makanan dia bukan sahaja sedap tapi servis pun pantas. Kalau tengah kebuluran, mesti tak mengamuk tahap gaban sebab makanan cepat sampai.

Cubalah. Kalau Kjee kata sedap, berbaloi korang cuba. Kjee bagi 4½ bintang.


kerabu perut lembu/babat



CUT AMIRAH GANDING PELAKON S'PORE/M'SIA

Dari kiri: Mastura, Hisham, Nasir (Media Corp), Liza dan Alfia

Pengarah Liza Ismail bersama team produksi dan pelakon Cut Amirah


Azhar Nor Lesta sedang disolekkan oleh Lia (mekap artis)


Liza Ismail bersama team mekap dan wardrobe - Didi, Mas dan Lia
Eh sapa lak enter frame ni. Hehehe
Tadi Kjee berpeluang pergi intai shooting drama bersiri 13 Episod CUT AMIRAH yang mengandingkan pelakon dari Singapura dan Malaysia. Drama itu diarahkan oleh pengarah Malaysia Norliza Ismail dan Alfia Abros Meah dari Singapura.

Team produksi Cut Amirah
Pelakon Singapura semuanya hebat2 belaka seperti Mastura Ahmad , Hisham Hamid, Azhar Nor Lesta, Abdullah Ahmad, Azza Farina dan Osman Sulaiman.

Sementara pelakon Malaysia pula terdiri daripada Erry Putra, Linda Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Betty Banafe, Mahmud Ali Basha.

Drama ‘Cut Amirah’ mengambil latar dari peristiwa tsunami 2004 di Acheh. Kemudian, bergerak ke tahun 2011 dengan plot yang lurus dan jelas agar mesej dapat disampai kepada penonton dengan mudah.

Ia mengisahkan percintaan dan penderitaan seorang anak yatim piatu, Cut Amirah, dari Acheh yang kehilangan seluruh keluarga disebabkan bencana tsunami pada pukul 4 petang, 24 DISEMBER 2004 dengan kekuatan 9 skala Ricther.
Salah satu adegan Cut Amirah

Cut Amirah hampir mati adalam kejadian Tsunami. Tetapi diselamatkan oleh Aminuddin, sukarelawan MERCURY dari Malaysia, yang mana turut terhutang nyawa kepada Cut Amirah ketika dihempap oleh sebuah rumah yang hampir roboh.

Itu sikit lebih kurang sinopsis drama ini. Shooting dibuat di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Acheh di Indonesia.

Mereka akan mula shooting di Acheh, Indonesia pada minggu pertama Julai. Akan ditayangkan di Malaysia dan juga Singapura.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...