Sunday, July 31, 2011

SAVOURY BEEF + EGG PUFFS

Tu dia benjolnya






Kalau buat masakan omputih kena tulis cam tu...savoury beef plus egg puff..baru ada kelas. Cam biasa tak tahu low class ke high class. Sebenarnya, Paf inti daging dan telor rebus yang pedas. Itu jer.

Hari tu Kjee buat tapi tak bubuh telor. Kali ini teringin pulak nak bubuh telor rebus macam yang selalu beli kat Angel Cake House. Sekarang dah tak ada lah bakeri tu. Kjee belajar makan puff dengan telor rebus kat situlah. Bukan Kjee kerja kat bakeri tu tapi selalu beli kat situ.

Inti yang Kjee buat hari ni sama jer cam biasa. Cuma Kjee bubuh sikit frozen peas.

Nak tahu resipi dia, jom intai.

BAHAN2NYA;

400 gms daging cincang
1 biji kentang yang kecik
1 labu bawang besar yang tak besar
2 sudu frozen peas
2 sudu rempah kari daging
puff pastry jenama kawan secukupnya
telor rebus secukupnya

CARA:

Belum apa2 lagi, kena keluarkan puff pastry dan letak pada suhu bilik. Kemudian sediakan inti. Kjee rebus sekejap daging cincang. Apabila mendidih, terus tos buangkan airnya. Kjee rasa korang tahu kenapa. Yang tak tahu...daging cincang banyak lemak. So kalau rebus, lemak dia cair. Bila kita toskan airnya dan buang, lemak tu masuk sinki bukan perut kita. Faham? Tak faham buat2 faham.

Kentang dibuang kulit, dadu kecik2 dan celur sekejap sampai separuh masak, Tepikan. Bawang didadu.

Panaskan sedikit minyak. Kjee guna olive oil. Kemudian bila panas, masukkan bawanag dan tumis sampai layu. Masukkan 2 sudu rempah kari, kacau pantas2 dan bubuh kira-kira dua sudu air. Kemudian masukkan daging dan kentang. Kjee bubuh pak aji. Kalau korang tak nak, polis tak tangkap. Pastu masukkan garam dan kacang peas yang frozen. Golek2 seketika sampai cukup rasa kemudian padam api dan sejukkan.

Panaskan oven. Set kepada suhu 190 darjah.

Ambil sekeping pastry. Letak atas pinggan. Kemudian letak satu sudu inti daging. Letakkan ½ biji telor rebus diatas inti tadi. Kemudian ambil sekeping lagi pastry dan toreh2. Tutup atas pastry tadi. Kelim tepi dengan garfu. Bakar selama 25 minit atau sehingga cukup garing. Sepatutnya di berus dengan egg wash tapi tadi lupa.

Buatlah seberapa banyak yang suka. Boleh jugak buat pesen tiga segi.

Tadi ada banyak inti berlebihan. Esok buatlah murtabak pulak kan?

Kalau nak respi puff apple, klik sini .



TENGAH SENARAI COOKIES UNTUK RAYA TAHUN NI ATAU...



Selalunya apabila tiba bulan puasa, semua pening kepala fikir nak buat biskut raya apa. Saban tahun, year in year out, asyik buat yang sama. Nak try resipi baru bukan tak berani tapi takut buang masa dan membazir wang dan tenaga.

Maklumlah bahan2 mentah nak buat biskut bukannya bertambah murah. So daripada mengambil risiko, baiklah buat yang sama seperti tahun lepas. Tetapi alangkah kecewanya apabila anak2 kata :" Isyhh mama ni tak kreatiflah! Biskut yang mama buat ni, kita dah makan sejak dulu lagi. Buatlah cookies zaman ini!"

Pedih. Masa tulah baru nak mengelabah bukak buku resipi..sekarang ni dah canggih...bukak internet, cari kat blog masakan dan sebagainya. Itulah ego sangat kan? Ingatkan biskut2 yang kita buat selama ni dah cukup baguslah. Bila anak2 mula tegur, hmmm.

Ini fav Nadia..kena buat

Apa biskut zaman dulu2 hah? Kalau kat umah emak dulu yang femes sangat ialah biskut dam, biskut sultana, biskut kerang, kuih bahulu, kuih bakar kemboja, kuih tart dan dodol. Biskut dam? Adoii suka sangat tapi malas sangat nak buat sebab renyah.

Kat rumah Kjee pulak..yang menjadi favorite ..tart nenas, biskut Arab...eh apa lagi hah? Yang lain semua biskut tunjuk.

Tadi masa makan tengah hari, Kjee bagitau Nadia tahun ni tak nak buat biskut suji lagi sebab dah boring. Tahun ni mama nak buat semua biskut baru. Alasan Kjee bagi tak nak buat biskut suji sebab minyak sapi mahal. Hari tu Kjee dah borong beli 10 ketul butter Anchor. So tahun ni semua biskut guna butter.

Ini fav Kjee ...pun kena buat

Berubah muka Nadia. Pendek jer dia cakap. "Mahal sangat ke minyak sapi. Sampai RM100 ke se tin?" Pengsannnn. Kata2 Nadia itu bermaksud, Mama jangan nak pandai2 tak nak buat biskut suji tahun ni. Okaylahhhh...biskut suji masuk balik dalam senarai yer.

Apa agaknya korang ingat rahsia Kjee bila nak buat biskut Raya? Guna bahan2 premium atau yang mahal2 supaya boleh ekkk kat jiran2? No no no? Buat sampai 15 hingga 30 jenis biskut mengalahkan bakeri? Bukan Bukan Bukan!

Ini rahsia Kjee. Kjee hanya akan buat di minggu akhir Puasa. Sebab? Kalau tidak, setiap kali berbuka, Unclepali dan Nadia akan ngapp situ dan ngapp sini. Kalau buat awal2, tak ke tinggal serdak je di pagi Raya. Nak marah tak sampai hati kan? Kahkahkah.

Korang tengok tak berapa jenis biskut yang Kjee dah senaraikan/shortlistkan? Korang ingat tercapai ke hajat Kjee nak buat semua? Hahaha poyo jer. Dapat buat separuh daripada tu pun dah nasib baik.

(Kjee plan nak buat Biskut Kelapa dan Biskut Suji Puteri Manja, Biskut Cornflakes Ummi Kuantan, Biskut German dan Biskut Mazola Ijayuji Bangkok,  Chocolate Chip Cookies Dr Ina Harlina dan dua biskut Kjee iaitu Tart Nenas Nyonya dan Biskut Bunga Cina. Lihat gambar2 diatas. Nak resipi mereka tengok link kat bawah sekali yer)

Tapi apa salah simpan cita2 kan?

Alternatifnya...jeng jeng jeng.

Seandainya, Kjee tak sihat dan tak dapat nak buat biskut Raya, Kjee dah congak2. Kat Facebook Kjee ada dekat 4,000 friends. Kat Blog ada dekat 1,300 followers. Semuanya dekat 5,300 friends. Kalau sorang sedekah 10 biji atau sebalang kecik maknanya Kjee dapat berapa banyak daaaaa biskut Raya!!! Yahhooo YaaBedapbedddu!!

Kenapa korang jeling jer? Korang tak kesian ke kat Kjee. Kjee bukannya sihat. OKU. Pergi mana2 naik kerusi roda....pastukan...Kjee ni anak yatim piatu...pastu...hukhukhuk

Ala Kjee gurau jer tau. Tapi kalau nak bagi, kecik tapak tangan Stadium Bukit Jalil Kjee tadahkan. Kalau sesapa nak, nanti Kjee bagi alamat surat menyurat yer!!! Hantar le seminggu sebelum Raya. Kjee ni memang telus dan tak suka sembunyi2 kalau bercakap. Gurau pun gurau tapi kalau nak bagi biskut, sumpah Kjee tak tolak. Hehehe.

(BAGITAU AWAL2 KALAU NAK BAGI SEBAB NAK CLEAR BILIK SETOR NAK SIMPAN KUIH RAYA KORANG!)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

SOURCE GAMBAR2 COOKIES:
TERIMA KASIH/THANK YOU KEPADA:
1. http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com (cornflakes cookies)
2. http://kurniaanmu.blogspot.com (german cookies & biskut kacang mazola)
3. http://myinahar67.blogspot.com (choc chip cookies)
4.puteri manja (di facebook) (biskut kelapa & biskut suji)

DARIKU UNTUKMU


























Terima kasih semua yang telah mendoakan Kjee panjang umur, sihat dan beroleh rezeki yang melimpah ruah. Tiada apa yang boleh Kjee katakan...Harap sudi terima ole2 ini sebagai tanda kasih Kjee kepada anda semua. Love you all.

SUP AYAM SIMPLE

Ini cara Kjee makan nasi kalau masak sup ayam. Best sangat2. 


Semalam Kjee kata nak buat sup ayam bodoh, ramai yang terkejut. Actually maksud Kjee sup ayam simple jer. Sup ayam yang tak banyak kerenah. Yang supnya jernih. Tapi sup Kjee buat tak jernih sebab bubuh serbuk lada hitam kisar sendiri.

Ada kala dan ketika, tekak ni rasa macam nak makan resipi yang simple2 jer. Dah penat makan nasi beriani lah, nasi Arab lah dan macam2 lagi. Mujur Ramadhan dah nak sampai. Bolehlah perut ni rehat kan? Bolehlah perut betul2 rehat bulan puasa ni? Insya Allah. Hehehe.

Kjee suka makan sup ayam ni cara cam ni. Bubuh nasi sikit dalam magkuk pastu curah sup dan segala bahan dalam sup ke dalamnya. Pastu makan dengan sudu. Fuhhh sedapnyer!! Sup ikan merah pun Kjee makan cara tu. Pastu siapkan cili sos sebelah. masukkan sikit2 sambil makan. Boleh tak hengat dunia sampai berpeluh2.

Okaylah kalau nak tahu camner Kjee buat sup simple ni, jom tengok.

BAHAN2NYA

½ ekor ayam yang kecik
2 biji kentang (belah dua)
1 sup bonjot (Kjee guna Adabi)
2 labu bawang besar (1 dimayang dan satu belah 4)
1 kiub ayam (Kjee bubuh beef sebab ayam tak de)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 kayu manis
2 bunga lawang
2 pelaga
serbuk lada hitam
minyak untuk menumis (Kjee guna Olive oil)

CARA:

Ayam dibersihkan dan potong ikut suka dan toskan. Tadi Kjee ada juga campak kira-kira 4 pasang kaki ayam. So untuk kaki ayam tu, trimkan jari jemarinya yer.
Kalau makan cam ni, Kjee tak pandang lauk lain dah,. Hehehe

Panaskan periuk. Kjee guna periuk tanah bukan sebab apa2 tapi kesian tengok dia duduk sorang2 kat ceruk dapur. Tumis bawang, bawang putih dan halia yang semua telah dimayang. Masukkan juga kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Apabila wangi, masukkan ayam dan biarkan ayam kecut.

Sebaik sahaja ayam dah kecut, masukkan air satu kole (Ikut suka banyak mana nak buat supnya). Masukkan juga kentang dan juga rempah bonjot. Masukkan juga kiub ayam dan serbuk lada hitam.

Biarkan mendidih pastu pelankan api dan reneh sampai dirasakan sudah sesuai dengan citarasa.

Bubuh garam sebelum padam api.

Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidang panas2.

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

Sudi kiranya menampal poskad ini di laman blog anda. Terima kasih.

Salam semua. Sayu dan sebak Kjee menantikan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, esok. Siapa sangka Allah Subhanataala mengizinkan Kjee sekali lagi untuk meneruskan ibadat Kjee di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini bersama semua umat Islam di seluruh dunia.

Kali ini kita menyambutnya serentak dengan saudara2 Islam kita di negara2 Arab dan Insya Allah negara2 lain. Alhamdullilah.

Kita harus bersyukur masih ada tempat untuk berlindung dari hujan dan panas, tiada masalah kebuluran di tanahair kita dan kita masih hidup penuh harmoni sesama kita.

Justru, di hari baik dan bulan yang baik ini, Kjee memohon ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa dan keterlaluan cara dalam berhubungan, walaupun di alam maya, selama ini. Sesungguhnya yang baik dari Allah Swt dan yang kurang dari hambanya bernama Fauziah Abdul Samad.

Hidup dan Mati kita hanya ditentukan oleh Allah Swt. Dosa dan Pahala kita hanya ditentukan oleh Nya. Begitu juga tempat kita kelak - Syurga ataupun Neraka, hanya Dia sahaja yang tentukan.

USAH HINA ASHRAF HAFIZ - ALFATIHAH


Oleh Faiza Zainudin, Shaarani Ismail dan Nadia Hamid
bminggu@bharian.com.my
2011/07/30

MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
Kematian lelaki tukar jantina jadi iktibar

KUALA LUMPUR: Masya­­rakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jena­zah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.


Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya. 

Urusan memandikan jenazah yang sudah berubah fizikal kepada wanita dengan perubahan alat kelamin dan buah dada, saya berpandangan sebaik-baiknya jenazah diuruskan perempuan kerana bimbang apabila ia diuruskan lelaki, akan timbul fitnah dan prasangka negatif. Hassan Din Al-Hafiz Pendakwah bebas.






Baju kurung merah jambu jadi kenangan
Oleh Azman Mahmood dan Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2011/07/31

    IBU Mohd Ashraf Hafiz      menyiram air ke pusara anaknya sambil diperhatikan suaminya, Abd Aziz di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir,  Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
IBU Mohd Ashraf Hafiz menyiram air ke pusara anaknya sambil diperhatikan suaminya, Abd Aziz di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
Lelaki tukar jantina dilapor tertekan tunggu rayuan

KUALA TERENGGANU: "Makcik terkilan kerana Aleesha tidak sempat menggayakan baju kurung Pahang berwarna merah jambu yang ditempah untuk Aidilfitri. Atas permintaannya, baju kurung itu siap sehari saja, cuma belum dipasang labuci.


“Arwah selalu menyebut ‘tidak sempat’ di hujung perbualannya mengenai pelbagai perkara terutama Ramadan dan Aidilfitri. Rupanya dia memang tidak sempat melalui bulan mulia Ramadan kerana terlebih dulu pergi meninggalkan kami,” kata Mak Yah, 50, ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonannya menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.


Dalam sebak dan terkejut dengan kematian anak sulungnya, Mak Yah yang enggan memberitahu nama penuhnya berkata, mereka benar-benar terasa kehilangan kerana arwah terlalu akrab dengannya dan bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60.


Untuk berita lanjut, dapatkan akhbar Berita Minggu, di pasaran.

ASYIELA MENGAKU POPULAR KERANA UPIN DAN IPIN


PETALING JAYA: Bintang cilik, Asyiela Putri Azhar, 9, yang meminjamkan suaranya untuk siri kartun animasi popular Upin &Ipin mengakui mulai popular dan mendapat perhatian di sekolahnya.
Dia yang belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Presint 9, Putrajaya mengakui siri animasi tersebut merupakan kartun popular yang di minat pelajar-pelajar sekolah tersebut.
"Di sekolah ramai yang tahu suara saya digunakan untuk siri Upin&Ipin, ramai juga yang menyuruh saya buat suara itu di sekolah.
"Tapi cikgu-cikgu banyak beri sokongan kepada saya dan mereka juga dalam perancangan untuk menjemput Upin&Ipin datang ke sekolah," katanya ketika ditemui pada Majlis Pra Dengar Album Raya Upin&Ipin, di sini, Rabu.
Tambah Asyiela, dia perlu membahagikan masa dengan bijak antara pelajaran dan tugas tersebut agar tidak tercicir.
"Seperti biasa saya akan ke sekolah pada waktu pagi dan sebelah petang akan ke studio untuk proses memasukan suara.
"Bagi rakaman lagu Hari Raya pula saya lakukan pada hujung minggu dan semuanya diuruskan oleh keluarga, jadi tiada masalah," katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang nyanyian, Asyiela berkata dia mempunyai minat yang mendalam dalam bidang itu.
"Ini kali pertama saya diberi peluang merakamkan lagu tapi saya tidak mahu serius dalam bidang tersebut tetapi jika untuk suka-suka sahaja bolehlah.
"Lagu-lagu Hari Raya yang saya nyanyi ini merupakan lagu-lagu yang saya gemari, cuma lagu Selamat Hari Raya yang dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini agak sukar dinyanyikan kerana bernada tinggi," katanya kepada mStar Online.

Saturday, July 30, 2011

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADHAN



ehsan google

Kewajipan Berpuasa
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
Keutamaan RamadhanTerdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka
Fadhilat yang lain-lain
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Amal Ibadah di Bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
POHON IZIN BERKONGSI ILMU http://syafiza.wordpress.com

"SAYA RELA MATI...ALLAH SWT MENJEMPUTNYA'


KJEE COPY PASTE KISAH INI DARI BLOG MAZIDUL AKMAL SIDEK.

Dia dilahirkan berjantina lelaki dengan nama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Dua tahun lalu dia dilapor melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dan kemudian mencuba menukar namanya kepada Aleesha Farhana di Mahkamah Tinggi Terengganu namun ditolak pada 18 Julai lalu.



Mohd Ashraf, 26 tahun, meninggal dunia jam 5 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Rakan memaklumkan, jenazah Mohd Asraf masih berada di hospital terbabit sewaktu tampalan ini ditulis. Ramai wartawan media cetak dan elektronik dilaporkan sedang menunggu pekembangan berita di hospital sama.

"Ayah dia khabarnya akan merujuk kepada pakar agama untuk prosedur pengkebumian tetapi apapun jenazah akan dikebumikan di Seberang Takir," ujar rakan.

Saya kemudian merujuk kepada kenalan, arif perihal agama.

"Lazimnya, dia harus dikebumikan sebagai lelaki kerana dia dilahirkan lelaki. Kes ini berbeza berbanding kes bekas pengarah filem, Yasmin Ahmad. Yasmin dilahirkan sebagai khunsa, memiliki 2 alat kelamin, lelaki dan wanita. Saya difahamkan, arwah Yasmin juga mendapatkan surat pengesahan dariada bekas Mufti Selangor, arwah Datuk Ishak Baharum sebelum bernikah. Jadi bila dia meninggal dunia, dia dikebumikan sebagai perempuan," ujarnya.



KALAU TOLONG ISTERI DI DAPUR, BETUL KE SUAMI DAH KENA MANDEREM?!!


Tadi Kjee singgahlah kat umah Che Mat Gebu. Teruja tengok gambar ubi rebus makan dengan sambal tumis. Itulah kelebihan duduk di kawasan kampung (maafkan bukan niat menghina orang kampung). Kalau tinggal di bandar, hanya ada ubi batu bukan ubi kayu!

Kalau belipun ubi kayu kat Chow Kit rasanya tak sama macam Che Mat gebu cabut kat belakang rumah dia. Jeles betul!!

Mata mula2 nampak gambar. Pastu baru baca coretan CMG. Terpanggil pulak nak beri pandangan Kjee mengenai suami2 yang memasak. Baca sini. Sempoi je CMG tulis. Tapi ada banyak kebenarannya.

Suami Kjee, juga rajin ke dapur. Bahkan bukan ke dapur jer. Bab masukkan pakaian dalam washing machine dan menjemur memang dia suka buat. Dulu masa kami meniaga, dia yang banyak bantu. Masa Kjee masak kat gerai kami dulu (goreng menggoreng), mata dia liar jer pandang. Dan bila Kjee jatuh sakit dia yang take over.

Suami sekarang memang sudah tak macam suami dulu2 lagi. Walaupun tak semua, tapi Kjee rasa 80 peratus suami sekarang menganggap membantu isteri di dapur bukan sesuatu yang luar biasa. Apa lagi kalau isteri tak berapa sihat ataupun ada ramai anak2 kecik kat rumah.

Amir, suami arwah adik Kjee juga seorang suami yang cukup rajin bukan sahaja memasak tetapi bab pergi beli barang keperluan dapur di supermarket, walaupun seorang tokoh korporat. Masa arwah adik Kjee belum sakit lagi, Kjee pernah nampak dia balik bawa barang2 dapur dari supermarket. Malah, kata Nadia, Uncle Amir lagi pandai masak dari Auntie Ilah. Walhal arwah adik Kjee tu terrer masak!

Sekarang adik Kjee dah tak ada, Kjee sikitpun tak risau, Amir dan anak2nya akan 'kebuluran' di rumah kerana Amir pakar dalam bidang masakan.

Sebab itulah Kjee kata kalau kita ajar anak2 lelaki kita ke dapur bukan niat kita nak jadikan mereka pondan! Kjee pernah tulis kisah ini dulu di sini. 

Kalau dari kecik lagi anak2 kita dah dididik tolong kita..sapu rumah, cuci pinggan, jemur kain, angkat kain & lipat, serta memasak, pasti apabila mereka sudah berkahwin. kerja2 itu tidak akan menjadi sesuatu yang janggal bagi mereka.

Dulu masa Kjee kecik2, bapak juga selalu tolong mak. Samalah cam Unclepali sekarang. Memasak, mop rumah, masukkan baju dalam machine tetapi bab jemur bapak tak nak. Dia suruh mak atau kami jemur. Bukan sebab dia malu kalau tersidai seluar dalam kami atau bra mak tapi takut jiran nampak dan timbul fitnah. Yalah...dulu2 ramai ahli mesyuarat tingkap. Nanti silap haribulan dikatakan mak dah manderem bapak!

Jadi, kepada suami2 yang rajin sangat tolong isteri di dapur, tabek springggg buat mereka. Pahala besar tau!


Ini tak mau lah!! Isteri relax suami kerja!

SEMUA GAMBAR2 ADAHLAH EHSAN GOOGLE

MOHD ASHRAF HAFIZ MENINGGAL DUNIA ..AL FATIHAH



Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.- Bernama

HUJAN OH HUJAN DI BULAN RAMADHAN

Senario seperti ini akan mula menghiasi setiap ruang letak kereta menjelang Ramadhan - ehsan google
Korang perasan tak sejak dua hari lepas hujan dah mula turun dari awal pagi. Cuaca juga redup. Itu mungkin berita baik buat kita semua yang akan menjalani ibadah puasa mulai Isnin depan, Insya Allah.

Kalau hujan, pasti semua seronok sebab taklah letih sangat berpuasa dalam keadaan cuaca dan suhu yang nyaman. Apapun, korang tau tak ada sekelompok orang yang begitu gusar kalau hujan turun di bulan puasa? Pasti korang tahu siapa. Mereka adalah golongan peniaga pasar Juadah atau dulu orang panggil Pasar Ramadhan.

Kelompok peniaga ini Kjee pasti tentu semakin kecut melihatkan hujan mula turun setelah cuaca panas sejak beberapa minggu sebelum ini. Tak payahlah nak tanya dia orang. Kjee kan ada pengalaman tiga kali berniaga di pasar juadah!

Kalau ramai camni susah jugak nak gerak -ehsan google
Hari itu, anak sedara Kjee, Aimran dan Amirah tanya, aunty meniaga ke tahun ini di pasar juadah? Bagi mereka, kalau aunty mereka meniaga, mereka juga akan dapat peluang datang melepak sama walaupun tinggal jauh di Petaling Jaya. Kjee dulu meniaga di pasar juadah Taman Melawati. Bagi Aimran dan adik2nya, pasar juadah bagaikan satu pesta yang dinanti2kan. Apatah lagi kalau ada ibu saudara meniaga.

Kjee mengimbau kembali kenangan indah ketika meniaga di pasar juadah dulu. Kala hujan pun susah, tak ada hujan pusan susah. Kalau cuaca panas, kami ibarat duduk atas bara api. Bayangkan pukul 2 tengah hari dah nak kena sampai di tapak pasar juadah. Sinar mentari yang terik dah panaskan jalan2 tar yang menjadi tapak meniaga kami sejak jam 11 pagi lagi.

Kjee yang tak tahan panas ni, mulalah mengelupur kepanasan, Unclepali akan beli kipas sate warna cokelat yang jenis keras tu. Kjee tak pasti dibuat dari daun apa tapi memang keras dan nyaman kalau menggunakannya. Nak guna kipas angin tak ada saluran elektrik di pasar juadah.

Meniaga memang agak bagus di hari tiada hujan. Tetapi kalau hari hujan, mulalah peniaga macam ayam berak kapur. Udahlah makanan terpaksa dijaga supaya tidak dimasukki air, apabila pengunjung guna payung. Tubuh kita pulak basah sebab faham2 jelah lot tapak meniaga bukannya besar. Situlah nak letak payung, meja dan segala jenis barang yang nak dijual.

Kalau hujan, banyaklah makanan yang tidak habis dijual. Sebab itulah ada kawan2 Kjee kata kalau nak ke pasar juadah, pergi ke hari2 permulaan saja sebab makanan gerenti fresh. Selepas itu banyak makanan  recycle!

Murtabak antara kegemaran di bulan puasa - ehsan google
Ya ke? Ntahlah. Alhamdullilah Kjee meniaga dulu tak buat camtu. Tak habis, hantar kat surau untuk Morey. Kalau meniaga ketika musim hujan, janganlah tamak. Buatlah ala kadar jer. Biar untung secupak, jangan rugi segantang.

Sebab itulah kalau orang dah biasa beli makanan kat satu2 gerai, tahun depannya dia orang akan ulang ke gerai sama. Especially kalau makan yang dijual sedap dan tak pernah  terbeli makanan basi!

Tapi yang seronok meniaga di pasar juadah ialah apabila time dah dekat nak berbuka. Air minuman tak payah beli sebab ada sahaja peniaga air yang duduk meniaga bersebelahan menghulurkan sedekah. Adakalanya bukan air tetapi macam2 makanan yang kami saling tukar menukar. Dan kami makan dalam kegelapan dengan hanya disinari sinaran sang rembulan.

Seronok betul mengimbau kenangan itu semua. Tapi dengan syarat tak ada hujan sepanjang petang hingga ke senja. Kalau berlarutan, modal banyak dah keluar, masuknya tak ada, muka pun jadi ketat, camner nak seronok. Hehehe

Selamat menjalani ibadah puasa. Berbelanjalah secara berhemah.

ANAK BULAN DITINJAU PETANG ESOK


Penyimpan Mohor Besar Raja2 akan umumkan tarikh umat Islam mula berpuasa.
Gambar2 Ehsan Google

ASSALAMUALAIKUM. Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan Puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang esok, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah:


Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). 



Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.


Friday, July 29, 2011

TART NENAS NYONYA STEP BY STEP

Korang mesti penat tengok Kjee asyik buat tart nenas nyonya jer ker? Dah tak ada kerja lain ker? Ada, banyak lagi kerja lain. Tapi hari tu Kjee buat dah abis ditelan. So hari ni buat lah lagi. 

Dah terlanjur buat, Kjee pun terus terfikir nak ajar mereka yang kurang mahir buat tarts pesen ni. Bukanlah Kjee ni terer. Mesti yang mahir dan pakar ketawakan cara Kjee buat.

Tapi Kjee rasa ramai yang tak tahu ada cara lebih mudah daripada nak terap2 doh tu. Kjee ni kan species pemalas. So kalau malas, otak ni selalu putar nak cari jalan mudah. Harap korang dapat ikut cara mudah ni. Kjee ajar guna acuan bulat tapi tadi Kjee buat guna yang lonjong. Acuan lonjong boleh jadi lagi banyak. Tadi dapat 57 biji berbanding dengan 37 biji saja satu adunan guna acuan bulat.










Jari jemari ni korang pasti tahu siapa punya kan? Kalau Kjee punya, pastilah saiz king kong. Hehehe

Acuan lonjong ni comel2 sikit. so boleh dapat 20 biji lebih dari yang bulat tu.

Makan sampai bosan sekarang. Bila Raya nanti dah tak lalu tengok tarts lagi. Hehehe


DOAKU DI HARI LAHIRKU


Kalau tiba hari jadi, pastu ada pulak kek yang ada lilin, sebelum tiup, ramai akan jerit...make a wish...make a wish!!! Kemudian sebelum tiup lilin, dia pun make a wish...kemudian tiup. Bukan budaya kita. Itu budaya Mat Saleh.

Tapi di hari lahir Kjee yang kesekian  kali ini, Kjee ingin bertafakur seketika sedekahkan AlFatihah buat arwah Bonda...Bonda yang melahirkan dan membesarkan Kjee dengan penuh kasih sayang. Kemudian bila dah besar, banyak sangat cekadak sampai banyak kali buat Bonda berlinangan airmata.

I miss the fun times I had with you...main badminton, rounders, main guli, main getah, main sorok2, main congkak...the list is endless. Anaknda ingat lagi saat ketika Bonda merayu agar Anaknda dan cucunda Nadia jangan meninggalkan Bonda untuk pindah ke rumah lain...Anaknda ingat lagi saat2 manis ketika bawak Bonda pergi jalan2 berhari Raya ke rumah terbuka (your last Raya)...tak dapat lupakan keriangan di wajah Bonda walaupun jalan terpaksa berpapah...dan bersama Bonda dalam your last journery dalam ambulans ke Hospital Tawakkal...dan banyak lagi kenangan manis bersama Bonda.

Kalaulah Bonda tidak memilih untuk menzahirkan anaknda di dunia ini, pasti Anaknda tidak akan dapat melalui segala kenangan manis bersama Bonda...

Kalaulah Bonda masih hidup, tentu anaknda hadiahkan Bonda dengan hadiah2 yang Bonda paling suka...apa saja Bonda nak, selagi anaknda mampu, anaknda cuba dapatkan. Tiada hadiah, sebenarnya, untuk balas budi Bonda kerana telah menjaga anaknda dengan baik dari dalam kandungan hingga Bonda menghembuskan nafas yang akhir.

My only wish is...alangkah indahnya kalau di hari lahir anakannda ini, anaknda dapat mencium tangan dan memeluk Bonda dan mengucapkan...terima kasih kerana melahirkan anaknda.

Dan di hari lahir anaknda hari ini, anaknda doakan Bonda tenang di sana dan menunggu anaknda menyusul entah bila, hanya Allah swt sahaja yang tahu...Insya Allah. Al Fatihah Hajah Bakyah Abdul Majid.

Pusara bonda di Tanah perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur




(TERKILAN TAK DAPAT BUBUH GAMBAR BONDA BUAT TATAPAN SEMUA SEBAB SCANNER DI RUMAH ROSAK)

KLIP BERITA SANA SINI 29 JULAI 2011


Penjara 6 bulan jika tidak puasa


GEORGE TOWN - Hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000 bakal dikenakan kepada umat Islam yang didapati makan di khalayak ramai termasuk pengusaha premis yang menghidangkan makanan kepada mereka sepanjang Ramadan ini.
Tindakan tegas itu diambil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi 'Ops Jejak' termasuk memantau restoran dan gerai makan tepi jalan.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Jaafar Ismail berkata, operasi tersebut dilakukan setiap hari mulai pukul 7 pagi di semua daerah di negeri ini.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
KJEE: DULU ADA ORANG ISLAM KENA NAIK KERETA MAYAT SEBAB MAKAN DIKHALAYAK RAMAI DI BULAN POSE. I LIKE!!

Perogol janji nikah mangsa

Taktik lelaki bebas tuduhan ditolak
KUALA TERENGGANU: Seorang subkontraktor berusia 49 tahun yang dituduh merogol pelajar Tingkatan Tiga merayu Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskannya daripada pertuduhan itu dengan alasan dia akan mengahwini mangsa selepas remaja berkenaan menamatkan persekolahannya. 
Bagaimanapun, rayuan tertuduh, Azman Nor, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang sudah berkahwin, tidak diterima Hakim Azman Mustapha, malah dia juga tidak ditawarkan jaminan.
Azman menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes itu dengan pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Masriwarni Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut pertuduhan, Azman yang berbaju kemeja hijau dan berseluar hitam dituduh merogol gadis berusia 15 tahun jam 11.30 pagi pada 2 Jun lalu, ketika keluarga mangsa tiada di rumah. 

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2) (d) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. 

Mengikut fakta kes, tertuduh menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa ketika ketiadaan ibu bapanya dan memeluk mangsa yang ketika itu sedang membasuh baju dari belakang, sebelum merogol mangsa. 

Berikutan kejadian itu, suspek cuba menebus kesalahannya dengan berjanji kepada keluarga mangsa untuk mengahwininya selepas dia tamat persekolahan, dua tahun lagi. 

KJEE: MINTAK ALLAH SWT JAUHKAN BAKAL MENANTU MACAM INI



KFC dibenar import ayam keperluan sendiri

KUALA LUMPUR 28 Julai - Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada KFC Holdings Malaysia Bhd. (KFC) untuk mengimport bekalan ayam bagi keperluan rangkaian restoran makanan segera itu bagi mengelak bekalan serta harga ayam tempatan tidak terjejas.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, KFC yang sebelum ini berhadapan dengan masalah bekalan ayam sehingga terpaksa mendapatkannya daripada penternak tempatan, dibenar berbuat demikian dengan kuota 800,000 ekor sehingga hujung tahun ini.
Menurut beliau, kebenaran tersebut diberikan semalam sebagai langkah mengelak bekalan serta harga ayam tempatan tidak terjejas ekoran tindakan KFC yang mendapatkan bekalan ayam daripada penternak tempatan.
"Masalahnya baru-baru ini KFC tidak meminta kelulusan dan ayam (import) sudah sampai ke pelabuhan baru mereka minta (kelulusan). Kita sudah selesaikan dan memberi kuota kepada KFC untuk import ayam bagi kegunaan mereka.
"Selain 800,000 ekor ayam, mereka dibenarkan mengimport ayam yang dipotong (sembilan keratan) dari China dan Thailand yang mendapat pengiktirafan halal.
"KFC kekurangan bekalan ayam kerana ladang mereka menghadapi masalah, kerana itu mereka membeli dari ladang-ladang tempatan. Ini menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ayam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kor Tani Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Gerak Cemerlang Masyarakat Nelayan di sini, hari ini.
Noh mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai masalah bekalan ayam di pasaran tempatan ekoran tindakan pengendali industri makanan segera itu 'mengaut' sumber bekalan daripada penternak tempatan.
Mengulas lanjut, katanya, kebenaran mengimport ayam bukan sahaja diberikan kepada KFC, tetapi mana-mana syarikat yang memohon untuk berbuat demikian.
Dalam perkembangan lain beliau berkata, dalam pertemuan kementerian dengan penternak pada 25 Julai lalu, mereka memberi jaminan bekalan ayam mencukupi bagi keperluan Ramadan dan Aidilfitri nanti.
"Wakil penternak juga bersetuju harga ayam di ladang ditetapkan RM5.20 sekilogram seminggu sebelum Aidilfitri dan seminggu selepasnya. Terpulang kepada kebijaksanaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tentukan harga di pasaran menjelang perayaan," jelasnya. -UTUSAN ONLINE

KJEE: FIKIR KEPERLUAN MEREKA JER KE? KEPERLUAN PENGGUNA BIASA?

Thursday, July 28, 2011

BIRTHDAY LAGI?!! UMUR? AGE IS ONLY A FIGURE

Moist Choc Cake with Cheese Topping & Strawberries air tangan Nadia


 Ramai nak tahu berapa usia Kjee. Kalau Kjee cakap nanti ada yang terkejut. Sama tua dengan Nenek Kebayan. Rahsia Kjee awet muda? Hah mai dekat sini Kjee bisik..jangan bagitau orang lain yer. Kena kahwin dengan orang muda...amik seri muka dia!!


Isyhh Kjee ni merepek jer kan! Mana ada? Kata orang, mulut mau manis, hati mau baik. Itu rahsia awet muda! Ntahlah. Mulut Kjee ni bukan manis sepanjang masa. Kekadang pahit, kekadang pedas.

Orang perempuan mesti selalu cari peluang amalkan petua awet muda. Kalau tidak nanti Encik Suami cari AWEK MUDA!

Rahsia awet muda sebenarnya adalah nawaitu kita. Apa2 pun kalau kita buat, kalau kita rasa bersih, maka akan terpancarlah cahaya yang bersih di wajah. Kalau niat kita asyik nak berdendam dan benci kat orang lain, akan terpencarlah juga kesuraman di wajah.

Tapi manalah korang tahu muka Kjee nampak muda dari usia. Kalau korang scan betul2, dah retak seribu. Tapi Kjee guna mekap tebal2 tutup segala kedut2. Eh taklah tak baik tipu. Kjee hanya guna bedak baby biasa jer. Yang korang tepek kat punggung baby tu. Serius ni. Pasal Uban tak nampak kat kepala? Mana korang tahu? Kjee kan bertudung.

Anyway baliklah kepada citer yang serius sikit. Kjee ni rasa dah tua sangat nak teruskan kerja blogging ni. Rasa macam dah tak layak lagi. Belum setahun pun dok blogging, mata dah mula rosak. Dah kena bubuh airmata pelsu...air mata tau bukan bulu mata pelsu macam pelakon kita yang sorang tu. Eh bukan sorang lah...ada dua tiga orang!

Bukan Kjee yang pandai2 nak kurangkan aktiviti depan PC ni tetapi doktor pakar mata kat Spital Ampang. Cute sangat doktor tu. I like. Korang jangan pandang semacam jer...kita tak mainlah budak2 muda macam pelakon yang suka pakai awning setengah depa tu. Pakar mata cantik manis tadi tu, pompuan lah.

Tapi doktor cantik manis tu tak tahu kerja Kjee sepanjang masa depan computer. Ketuk siang malam sampai nak terkeluar biji mata. Bukan ketuk melayan korang kat FB dan blog, tapi buat skrip. Kjee akan terus menulis selagi mata ni masih nampak huruf2 kat keyboard komputer. Kalau dah tak nampak, maknanya dah rabun atau dah duduk 'rumah lain'. Hehehe

So untuk makluman korang, Kjee ni berbintang Leo. Leo tu Singa, Raja Rimba. Perwatakan orang Leo ini selalu happy, selalu ceria. Susah orang nak tahu bila dia tak happy. Tapi faham2 jer lah. Raja Rimba kalau terluka atau kakinya termasuk perangkap, haiwan lain lari tak cukup tanah!

Kjee mengaku dulu masa muda, Kjee bukan boleh terkena sikit. Cepat mengaum. Tapi dah tua2 ni dah banyak berubah.

Nadia pernah bagitau Kjee, dia cukup bangga apabila arwah Aunty dia (adik bongsu Kjee), kata, Mama ni seorang manusia yang buat kerja apa pun tak pernah menyusahkan orang. Dia rela dirinya susah daripada menyusahkan orang lain!

Hah itulah Kjee. Serba ringkas mengenai Kjee di hari Kjee menyambut ulang kelahiran yang ke...kalau campur, tolak, darab.. hmmm.. AGE IS ONLY A FIGURE. Hehehe


Terkini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...