Friday, September 30, 2011

TERIMA KASIH DERMAWAN SEMUA


Kjee bagi pihak Fija ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga beliau kepada semua yang telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit untuk meringankan beban Fija. Kata Fija, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua.

Damia kini sudah mula sedar tetapi badannya terlalu lemah. Dia diletak dalam CICU (Critically Ill Care Unit) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru.

Insya Allah, Kjee, Unclepali dan Nadia akan ke Johor Baru esok untuk menziarahi Fija dan Damia.

Diharapkan, sumbangan akan terus disalurkan kepada Fija yang juga menahan kesakitan kerana mengidap Kanser Payudara tahap 4. Namun dia gagahkan diri demi anak yang tersayang.

Bagi mereka yang baru masuk blog ini dan mahu tahu kisah apa yang Kjee coretkan ini, sila klik sini.

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun seperti di bawah:

CIMB 01220015745524
NOR FARIZAH BT MD NOR
HP: 0167070124




AKU TERIMA NIKAHNYA NAZIRAH AYUB...

foto: mStar
Walaupun hebat sebagai pelawak dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad gugup jugak sampaikan ucap lafaz nikah dua kali. Hehehe tak kot, mungkin Tok Kadi buat lawak kot suruh dia lafaz sekali lagi. Sorry gurau jer.

Apapun, Selamat Pengantin Baru dan moga dapat bersama isteri tercinta, Nazirah Ayub, hingga ke akhir hayat!!

Nabil (Raja Lawak) Sah Bergelar Suami Kepada Nazirah

PUTRAJAYA: Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.
Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.
Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalamtaman.

NASI GORENG LEFTOVERS


Pernah tak korang rasa macam teringin sangat nak makan nasi goreng. Plan dari malam tadi masa nak tidur. Kemudian masak pun bukan main ghairah lagi. Tapi bila dah siap, terus tertutup selera!

Hah begitulah Kjee rasa tadi. Makan satu suap terus Kjee dah tak boleh nak suap lagi. Sedangkan ini menu yang Kjee pilih sendiri bukan disuruh masak oleh Unclepali. Pelik bin ajaib, Unclepali pulak cukup selera makan sampaikan bertambah. Dia kata sedaplah, powerlah...mungkinkah nak sedapkan hati Kjee kot.

Tapi Nasi Goreng yang Kjee bagi nama Nasi Goreng Leftovers ni, pada Kjee kurang sedap. Kjee gunakan sotong berlada leftover (berbaki) dinner malam tadi. Masa nak buat tadi, tetiba bengang gak bila cili api ada ciput jer. Suruh Unclepali skodeng kat kebun depan umah. Adalah dia petik empat lima biji.

So teringat pulak malam tadi ada baki sambal sotong berlado. Kjee keluarkan, carik2 sotong tu bagi kecik2. Tadi Kjee keluarkan udang dalam bekas kecik sebab ingatkan nak buat sikit jer nasi goreng. Tapi Unclepali kata, buatlah semua. Nanti Nadia balik tak payah masak lagi. Sebab tu rencah rasa cam tak cukup sifat.

Kali ni tak nak bagi resipi. Cuma Kjee main campak sotong bersama ladanya, bubuh belacan sikit, cili api tumbuk, bawang besar dipotong bulat2, udang dan jugak sikit paste tomyam. Oh ya, campakkan juga daun kangkung. Batangnya dah dibuang. Nasiblah.

Eh lupa lak. Unclepali tukang buat telor dadar.

Now nak pergi cari kuih raya yang tinggal serdak. Hehehe.

USAHLAH MALU MENGAKU STATUS

Selamat Pengantin Baru, Moga kekal ke nafas akhir! Insya Allah

 Apabila seorang wanita itu membuat keputusan untuk berkahwin, doanya hanya satu. Allah swt berikan dia seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan mencintainya hingga ke akhir hayat. Tiada yang berdoa mahu kekal hanya ke anak cucu.

Tak releven lagi kita ucapkan "Selamat Pengantin Baru, Moga bahagia ke anak cucu'. Berdesing telinga Kjee kalau dengar orang mengucapkan begitu kepada pasangan pengantin baru. Bayangkan, dalam majlis perkahwinan kalau ada jemputan 1,000 orang. Semua doa yang sama seperti tadi. Takkan dalam 1,000 orang tu,  tak ada yang dimakbulkan?

Berbalik kepada status seorang wanita setelah bergelar janda. Masyarakat, sejak azali lagi sudah mengecop janda itu jahat. Itu lah stigma yang terlekat hingga ke hari ini. Tidak ada pulak kata2 nesta yang Duda tu jahat! Wah kalau jahat, kalau tak baik semuanya dilemparkan kepada wanita.
Like sangat Farah!

Kjee pernah lalui trauma hidup sebagai janda dua kali!! Dan Kjee serik hendak berkahwin kali ketiga tetapi Allah swt telah menemukan Kjee dengan seorang insan, walaupun jauh lebih muda dari Kjee, untuk membimbing Kjee ke jalanNya. Itulah doa Kjee setiap kali solat. Mahu seorang lelaki yang boleh bawa kita ke jalan Allah.

Apakah apabila menjadi Janda, kita harus dilabelkan sebagai jahat? Seekor kerbau membawa lumpur, janganlah pulak nak dipalitkan lumpur kepada semua janda!

Apatah lagi kalau janda itu, janda yang ada gelaran. Gelaran artis. Maka semua isteri yang punya 'husband yang mengeletis' mula risau. Siang malam jaga langkah suami, especially yang ada duit dan 'kaki rambu'.

Artis adalah insan biasa. Artis Janda juga sama. Cuma mereka mendapat lebih perhatian kerana mereka artis. Ada jugak yang 'mengeletis'. Boleh kira dengan jari!! Ada yang sengaja gunakan status mereka sebagai artis dan janda untuk mendapat lebih 'mileage' dalam karier mereka.

Selamat Pengantin Terbaru"  - foto2 album cik google
Maka sebab itulah, ada artis yang menjadi janda sebelum menjadi artis, takut hendak berterus terang. Nyorok bagai nak rak walaupun tahu 'bangkai gajah tak boleh disorokkan bawah nyiru'.

Tetapi, orang Media jangan diperlekehkan. Sebahagian besar daripada mereka cukup amanah. Suka kalau artis berterus terang. Malah, lebih suka kalau artis bagi tahu lepas tu mohon, sekali itu sajalah dibangkit kisah2 mengapa dia jadi janda. Wartawan semua, Kjee percaya akan hormati. Kjee pun dulu wartawan kan?

Tetapi kalau wartawan kena tipu sekali, habislah, mereka akan cuba buka pekung didada. Sampai ke lubang cacing.

So diharapkan, selepas kes Ana Dahlia yang enggan mulanya mengaku dia janda tetapi akhrinya terpaksa melakukannya demi masa depannya, tiada artis lain yang buat perkara sama.

Tak siapa tahu mengapa seseorang itu terpaksa mengakhiri sebuah perkahwinan dengan perceraian. Masing2 ada sebab tersendiri. Dan tiada siapa mahu kisah2 pahit dalam hidup mereka dijaja. Tetapi berterus terang lah. Insya Allah ramai akan menghormati. Dan setelah itu, jagalah setiap langkah. Berpada2lah dalam setiap perbuatan.

Ala tak semua artis janda tu jahat. Yang anak dara (hmmm Kjee tak suka guna perkataan ini untuk artis belum berkahwin), pun ramai yang kaki 'mengeletis'. Kekadang lebih keqwat (over) daripada yang janda!!

AKHIRNYA ANA DAHLIA MENGAKU DAN TAMATLAH KONTROVERSI


Chef Wan bersama Serina dan Riz - ehsan google
Akhirnya setelah beberapa kali menepis khabar kononnya dia janda, Ana Dahlia mengaku kepada Chef Wan statusnya yang sebenar, Ketelusannya menyebabkan chef selebriti itu menerima Ana seadanya. Alhamdullilah. Kalau dari mula Ana mengaku, kan perkara ini tidak dijadikan isu oleh pihak media.

Kjee pernah meminta Ana supaya berterus terang seandainya khabar2 angin itu benar kerana tidak hina status dan maruah seseorang itu semata2 kerana menjadi janda.  Kjee tahu ada artis yang menikah jauh nun di negara lain kerana bimbang status jandanya terbongkar.

Apapun, Kjee memuji Chef Wan kerana mengenepikan segala sangsi dan sudi menerima Ana menjadi satu2nya menantu perempuannya.

Menurut mStar, Ana dan Riz akan ditunangkan pada 5 Oktober depan dan disatukan sebelum akhir tahun ini. Pengumuman untuk mempercepatkan tarikh pernikahan dibuat sendiri oleh Chef Wan kerana dia mempunyai tugasan penting di luar negara tahun depan.

Menurut Chef Wan, kemungkinan majlis perkahwinan Riz dibuat di kampungnya di Pahang dan tidak akan semeriah majlis Serina. Ini adalah kerana majlis di pihak lelaki. Juga ia akan dibuat ala kampung.

TOLONG!! KJEE DILANDA PENYAKIT CMG?

Kodok terbaru ku!
 Hah CMG penyebar penyakit apa? Alamak, cian Kjee kan? Baru lepas demam dan batuk dah terkena virus CMG. CMG mana? Che Mat Gebu ker? Yalah siapa lagi kalau bukan Che Mat Gebu tu. Mampus aku kena serang nanti. Cukup ke tanah nak lari?

Hehehe. Citer gempak malam Jumaat jer. CMG kan ada virus ulang tayang. Hari2 dia duk bebel banyak menu dia ulang tayang. Dan ade dia kesah? Yalah, Kjee pun tak kesah. Bukan dia ulang tayang cekup gambar sama dia tampal. Tapi dia masak yang baru punya Then dia amik gambar yang baru dan tayang.

So Kjee pun dah jadi cam CMG gak. Asyik ulang tayang Kodok Kjee. Oppps bukan kodok Kjee lah. Amboiiiii. Senyum korang yer. (Jangan kuning otak tau!! Ni malam Jemaat!!) Cekodok jagung udang yang Kjee buatlah. Kan dah banyak pagi Kjee buat tanpa sekali pun rasa bersalah or boring.

Kjee ni kan, jenis manusia yang kalau suka something, asyik ulang yang tu jer. Korang pasti perasan. Ada satu ketika Kjee gila buat roti (oppsss bukan Kjee buat tapi Kjee dera Nadia suruh buat). Pastu buat Puteri Salat atau Seri Muka. Pastu masak Daging Kaprau sampai nak teruwek2.

Kemudian bila dah jemu beralih ke lain. Hah samalah lah macam kodok (opps correction cekodok jagung ni). Dah empat ke lima pagi Kjee buat. Hari2 habis dan tak ada siapa lak yang complain masa makan. Tak complain ke tak berani komplen kan? Nanti periuk belanga terbang melayang layang...hehehe.

Anyway, Kjee tak tau lepas ni, gila nak buat apa pulak. Korang tunggu jer lah ya.

(NOTA: SORRY CMG, KJEE FITNAH AWAK. LAP U. HEHEHE)

Ini pon!!

Thursday, September 29, 2011

KURANG SAMBAL BETUL. MESTI TONTON

Tengah mood Kjee ni low, my fren, Wan Noor Rizan suruh tengok video ni. Terus ketawa. layannnn.

SOTONG TIN BERLADA

Sedaplah buat goreng berlado

Masa tengah masak dalam kuali
 Isyhh sotong tin berlada? Sotong dalam tin lah sebenarnya. Hehehe. Saja buat untuk dinner sebab lauk makan tengah hari dah habis. Actually taklah habis licin tapi tak cukup. So fikir punya fikir, dah dekat maghrib tadi, kalau nak keluarkan ikan atau daging dari freezer tak sempat nak defrost. Kjee tak gemar nak defrost guna microwave.

Tadi buat 2 tin 
So terpandang tin sotong jenama hari tu (tak payah nak sebut kali ni. Tak nak bagi promo free). So apa lagi, projeklah buat sambal berlada cili hidup. Hari tu dah buat sambal cili kering kan?

Tadi kurang rajin (tak elok sebut malas kerap sangat) so cili merah tu Kjee potong2 dan trrr dalam blender yang selalu kisar bahan2 basah. Tak yah bubuh air. Kisar kasar2 jer campur dengan bawang besar. Kalau nak buat goreng berlada, cilinya mesti kasar2.

Tumis bahan kisar tadi dalam minyak, pastu kasi perasa garam dan pak aji. Bila dah elok masaknya, masukkan sotong dalam tin yang telah dicarik2 sikit. Kali ni Kjee tak guna airnya. Golek2 kira-kira 10 minit. Siap.

Hari ni, mood quite low. Tak tau kenapa.

Ini dia rupa masa dalam tin. Padat tau.

SELAMAT PENGANTIN BARU NORANIZA IDRIS

Ani bersama suami barunya Jefri
gambar2 ehsan google
Semoga kekal ke akhir hayat. Itulah doa Kjee buat Noraniza yang Kjee panggil Ani setelah berjaya menamatkan zaman solonya bersama Jefri Hudi dari Singapura. Ini adalah perkahwinan Ani yang ketiga dan kedua bagi Jefri.

Majlis pernikahan telah diadakan di Johor Baru, petang tadi. Khabarnya, majlis persandingan akan dibuat besar2an di Plaza Angsana, Johor Baru Sabtu ini.

SUDI2LAH BANTU DAMIA FARZMIL DAN IBUNYA FIJA. TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA MENERIMA

Berbuka puasa di kaki lima luar wad
Keadaan Fija ketika menjalani rawatan kimoterapi


Fija bersama Damia dan staff Hospital
Assalamualaikum semua. Berat hati Kjee nak buat entry ini. Tetapi Kjee telah mendapatkan pandangan daripada beberapa sahabat Kjee yang mengenali Fija. Kjee sarankan agar kita semua melakukan sesuatu untuk membantu adik Damia Farzmil dan jugak Fija.

Buat pengetahuan semua, Fija adalah sahabat lama Kjee ketika Kjee jadi wartawan dulu. Sudah lebih 25 tahun mungkin kami tidak bertemu. Facebook menemukan Kjee dengan beliau. Ketika dia add Kjee, Kjee terpinga2 cuba mengingati siapa Fija.

Setelah melihat gambar2, dan direfresh dengan memori ketika kami jadi wartawan, barulah Kjee teringat siapa dia. Selepas menjadi wartawan Kumpulan Karangkraf, Fija menjadi Pegawai Perhubungan Awam sebuah syarikat rekod. Kemudian dia berhenti dan menjadi guru.

Banjir dalam rumah Fija
Tersentak Kjee apabila Fija memberitahu Kjee dia pesakit kanser payudara tahap 4. Kjee cuba menahan sebak setiap kali berkomunikasi baik di FB atau telefon dengan beliau. Mungkin semua tahu ketika itu, adik bongsu Kjee juga sedang berperang dengan penyakit yang sama, juga di tahap sama. Kini sudah 3 bulan adik Kjee pulang ke rahmatullah.

Fija begitu cekal melalui setiap pahit getir yang dilaluinya. Mempunyai empat orang anak yang masih di alam persekolahan, Fija mendidik mereka seboleh mungkin untuk berdikari sekiranya dia 'dijemput Illahi'. Seringkali apabila Kjee tengok dia tiada di FB, Kjee risau. Rupa2nya ingatan Fija kekadang hilang dan kekadang kembali!

Tingginya air banjir dalam dapur!
Begitulah penangan sakit yang dihadapinya. Kemudian awal tahun ini, Fija dan suaminya bertuah menjadi tetamu Allah. Mereka mengerjakan Umrah bersama. Doa Fija yang utama, memohon Allah swt memberinya peluang lebih lama untuk hidup bersama anak2nya!

Dua kali Fija call Kjee dari Mekah. Dua2 kali Kjee menangis mendengar Fija kata dia telah berdoa di depan Hijr Ismail dan depan Kaabah  agar Kjee sihat dan boleh berjalan semula! Ketika itu Kjee memang sakit dan dua tahun mengharapkan bantuan kerusi roda. Apabila Fija kembali dari Mekah, Alhamdullilah syukur, Kjee sudah boleh berjalan. Apakah itu bererti doa Fija untuk Kjee telah dimakbulkan Allah? Doa seorang yang sedang sakit demi seorang sahabat yang juga sakit?

Beberapa bulan sekembalinya Fija dari Tanah Suci, dia mula mengesan anak keduanya Damia Farzmil sudah menampakkan tanda2 yang tidak menyenangkan. Damia selalu sesak nafas dan keletihan. Kerunsingannya menjadi nyata. Doktor pakar di Hospital Sultanah Aminah, JB,  mendapati injap2 jantung Damia mengalami kerosakan dan perlu dibedah segera.

Damia takut dibedah. Fija call Kjee. Kjee berbual dengan Damia dan memujuknyaa. Kjee kata, kalau Damia sayang Mummy, Damia kena bedah sebab siapa nak jaga Mummy kalau Mummy sakit? Tak lama kemudian Kjee mendapat tahu Damia telah setuju.

Kul 8.30 pagi semalam (28/9) Damia dibedah. Kul 4 petang baru keluar bilik bedah. Kul 8.30 malam dikejarkan semula ke bilik bedah dan operate sekali lagi sebab ada pendarahan dalaman. Kul 1.30 pagi baru dia keluar.

Ular sawa yang menyusup masuk ke rumah Fija
Itulah rentetan kisah Fija dan Damia. Kjee siarkan gambar2 yang Kjee ambil dari album Fija untuk tatapan anda semua. Untuk mengenali kehidupan Fija dan keluarganya di Kangkar Tebrau, Johor Baru. Rumahnya seringkali ditenggelami air kalau banjir. Begitu juga seringkali dimasuki binatang berbisa seperti ular dan sebagainya.

Sebahagian besar kita pasti tidak perlu menjalani hidup seperti Fija dan Damia serta keluarga mereka. Kjee memohon agar kita semua yang lebih bertuah, bertindak segera untuk meringankan beban Fija dan Damia. Sudi2kanlah. Tiada paksaan cuma Kjee harap kita semua harus rasa bertuah kerana tidak mengalami nasib sedemikian.

Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima. Lagipun, Fija yang sakit kini tidak lagi bekerja dan hanya bergantung harap pada suami. Hanya Allah Swt sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Mohon diwar2kan dan linkkan story Fija ini di blog anda.

SEMUA SUMBANGAN BOLEHLAH DIBANK IN TERUS KE SINI:

CIMB 01220015745524
NOR FARIZAH BT MD NOR
HP: 0167070124

Assalamualaikum.

TERKINI:
Damia baru sedar setelah menjalani dua pembedahan semalam (28/9/11). Yang pertama untuk membetulkan injap2 yang rosak dan yang kedua untuk menghentikan pendarahan dalaman.

Baru dapat call dari Fija. Dia kata, dia akan terus berjuang untuk Damia sehingga "Allah swt mengambilnya dari tangan saya..."


Fija bersama suaminya Zamil di Tanah Suci

Anak2 Fija di pusara datuk mereka


Beginilah keadaan rumah Fija di Kangkar Tebrau apabila banjir melanda

TAK PUAS TENGOK WAJAH ZIRA, BAKAL ISTERI NABIL?

Semalam ramai yang tertanya2 siapa Zira Ayub, gadis yang bertuah dapat sehidup semati dengan pelawak handsome Malaya, Nabil Ahmad. Kjee hanya tahu Zira ni pramugari Air Asia. Yang lain tak tahu.

Kjee pun tak puas tatap wajah ayunya. So tadi Kjee godek2 album cik google dan jumpa gambar2 ini. Jom tengok.










AWARD DARI DIAH ROTHMAN. THNX DEAR.





Me versatile? I don't think I deserve this but thank you Diah Rothman for reminding me to pick up this award.


Dah lama tak dapat award so dah hangkut dan gantung dalam rumah Kjee sebentar tadi. Kjee teruja sangat nak hangkut award ni sebab Kjee dah ada senaraikan beberapa blogger yang Kjee nak sangat beri award ni. Award ni haruskan menepati syarat2 yang tertera di bawah ini. Syarat2 yang very the berat..huhuhu


There are rules to this award....1. Thank and link back to the person who gave you the award.
2. Share seven things about yourself on the post.
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.



Berat sikit syarat2nya kan?  Kjee cubalah buat seberapa yang boleh.


1. Thank and link back the person who gave you this award
    (Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
    (Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
    (Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
    (Hubungi semua yang menerima)

1 Siap!

2. a) Orang Melayu darah Jawa campur Bawean.
    b) Satu2nya menantu perempuan dalam keluarga suami
    c) rajin masak, makan dan tidur
    d) suka dan sayang sangat2 kucing
    e) takut hantu
    f) kuat berdengkur so jangan ajak Kjee bermalam di rumah anda
    g) suka muzik lite and easy

Kalau korang yang nama tak tertera diatas sudi, silalah hangkut award ni bawak balik. Bukan Kjee terlepas pandang tapi Kjee sibuk sangat.  

4. Dan yang dah ada tercatat diatas, sorry kalau Kjee lambat get back to you all cos Kjee betul2 sibuk. Kepala dah nak kena pancung ngan producer ni sebab skrip dah terlebih deadline. Hehehe. Tapi Insya Allah, bila ada kelapangan, I will. Thnx.

SIMPLE DAN SEDAP!! TAPI AWAS YANG PAKAI SUSUK!!

Pucuk daun kelo


Bila dah siap masak


Hari ni Kjee nak cepat. Kena siapkan skrip dalam kadar terpantas! So lepas bekfas codok jagung dengan udang tadi, terus Kjee prepare masak untuk lunch. Hari ni nak masak simple2 jer. Tak boleh buang masa banyak2 kat dapur.


Pokok Moringa dan buahnya
So Kjee keluarkan ikan Jepun berbaki hari tu. Nak goreng garing2. Pastu sayur? Kjee nak suruh Unclepali pergi cari pucuk ubi tapi last minute Kjee ubah keputusan. Dua hari lepas, kat Taman Melawati, ribut angin. Pokok kelo depan rumah Kjee hampir menyembah bumi. Hah itu idea.


Pokok kelo atau moringa adalah pokok yang mengeluarkan kacang kelo yang panjang2 yang orang buat kari atau bubuh dalam dhal. Sedap sangat. Arwah mak dulu selalu buat tapi Kjee tak pernah buat lagi. Daun pokok depan rumah Kjee ni selalu diambil oleh Aci yang duduk berhampiran rumah Kjee.


Pelik tengok dia suka sangat ambik, Kjee tanya buat apa. Sengih2 dia jawab masak lemak putih. Budak2 Alam Flora yang hangkut sampah pun selalu hangkut sekali kacang kelo kalau musim berbuah.


Kecur tak?!!
Nak tahu cerita, ada segelintir manusia yang tak suka pokok ni. Kalau nampak pokok ni, cepat2 berpaling tempat lain dan tak berani nak dekat. Ya ker? Kjee gormal ker? Tak!! Serius ni.


Ada dua jenis manusia yang Kjee tahu tak suka pokok ni. Satu yang guna susuk. Pantang nenek moyang lalu bawah pokok ni. Habis tawaq segala'khasiat susuk' yang depa guna. Nombor dua, jenis manusia yang ada ilmu. Yang warna hitam ke biru ker purple ker, Kjee tak pasti. Tapi macam tu jugaklah. 'Khasiat ilmu' tersebut akan tawaq kalau terkena tempias pokok ni.


Ikan Jepun goreng garing2
So tadi Kjee suruh Unclepali petiklah pucuk daun kelo untuk buat masak lemak putih. Masak lemak putih biasa jer yang campak bawang hiris dan sedikit udang kering. Pastu bubuh santan dan didihkan. Bila mendidih masukkan sayur pokok kelo yang Kjee rendam dan cuci bersih2. Maklumlah pokok duk kat luaq. Terkena macam2 habuk yang tak sihat. Oh ya Kjee hiris cili hidup dan campakkan sikit lada hitam kisar. Buang angin. Itu jer.


Ini rupa Ikan jepun
Rasanya bila dah masak? Rasa macam biasalah, kalau guna pucuk2 daun. Ada pahit2 sikit macam kita buat lemak pucuk ubi. Hmmm lain kali kalau tak ada sayur, bolehlah buat lagi. Dua bulan sekali Unclepali cantas pokok tu sebab cepat sangat dia naik.


Selain itu Kjee goreng ikan, petai jeruk dipadankan dengan tempoyak dan masak nasi putih. Kejap lagi boleh makan. Sure berpeluh nanti.


Hari tu Kjee balik kampung, Kjee hangkut balik buah kelapa. Harga santan segar sekarang kat KL dah RM6 sekilo. So kalau perah santan sendiri boleh jimat, especially kalau kelapa kampung dapat free. Hehehe. Mak mertua (MIL) Kjee tanya: "Hang ada mesin kelapa kat umah ker?". Isyhhh mana ada mak. Hang buat camner? tanya mak. Ceq sagatlah kalau rajin. Terkejut MIL. Rajin hang, tambah MIL.


Kalauuuu rajin. Kalau malas, Kjee buang kulitnya dan ricik kecik2, masukkan dalam blender dan trrrrr. pastu tapis. Oklah kan? Jimat belanja dan selalu ada santan fresh. Hehehe


Haa ini cara Kjee buat santan!

NABIL TAK PERLU BIMBANG!

Apabila Kjee siarkan entry pasal Nabil nak kahwin semalam (lihat sini), Kjee dapat respons positif dari pembaca di blog Kjee mahpun Facebook. Semua ucap tahniah dan happy sangat. Tak ada yang kata apa2 yang negatif..

Jadi, janganlah Nabil risau. Insya Allah kalau selepas kahwin, Nabil bawa kehidupan barunya ke jalan yang betul, peminatnya tidak akan lari. Itu nanti bakal membuktikan bakat besar yang ada pada Nabil tidak pasti akan menggoncang kedudukannya sebagai pelawak No 1 Negara, walaupun sudah berkahwin.

Mungkin Nabil risau melihat apa yang terjadi kepada Mawi. Kes Mawi dan kes Nabil bukanlah serupa. Nabil  sebagai pelawak muncul atas tiket usaha yang bersungguh2. Kjee pasti peminat dan masyarakat dapat nilai bakat sebenar Nabil.

Omputih kata Don't Worry Worry Until Worry Worries You. Ewah. Terjemahannya, sendiri mau pikirlah. Hehehe tapi itu tagline Kjee sejak anak dara lagi.

Followlah kisah Nabil dalam mStar pagi ni.



Nabil Tak Kisah Populariti Merudum Lepas Kahwin
Nabil
PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, memberitahu tidak kisah jika popularitinya merudum selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Nazirah Ayub.
Nabil yang baru memenangi tempat kedua dalam pertandingan Maharaja Lawak baru-baru ini berkata, dia percaya Tuhan akan menentukan rezekinya dalam dunia hiburan sama ada berkaitan hal kahwin ataupun sebaliknya.
"Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama jadi kenapa saya perlu risau tentang populariti kerana saya percaya dengan perkahwinan, ia adalah satu keberkatan untuk saya dan bakal isteri.
"Jika ingin memikirkan mengenai rezeki, kalau tidak berkahwin pun kalau Allah nak tutup rezeki kita dia akan tutup. Sekiranya itu terjadi maka saya kena ambil ia sebagai ujian daripada-Nya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Dalam pada itu, Nabil memberitahu keputusan untuk berkahwin dengan Nazirah adalah tepat kerana wanita itu adalah pelengkap dirinya.
Menurutnya, bakal isterinya itu membuatkan dia berasa istimewa dan berjaya mengisi kekosongan hati selepas kecewa dalam percintaan terdahulu.
"Susah untuk menggambarkan istimewanya dia tetapi saya berasa selesa bersama dia dan dia sangat memahami kehidupan saya sebagai artis. Saya berasa sangat bertuah kerana memiliki Nazirah," ujarnya.
Nabil dan Nazirah bakal diijabkabulkan selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya pada Jumaat ini sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada 2 Oktober di I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.
Jemput Irma Hasmie
Sementara itu, Nabil memberitahu turut menjemput bekas kekasihnya, pelakon Irma Hasmie tetapi belum menghantar kad jemputan kepada pelakon yang sudah bertudung itu.
"Sudah tentu saya menjemput dia sebagai seorang kawan tetapi seperti yang dinyatakan baru-baru ini dia tidak akan menghadiri perkahwinan saya kerana menghormati saya dan bakal isteri. Saya menghormati keputusannya itu," katanya.
Bercerita lanjut mengenai persiapan perkahwinannya, Nabil berkata, dia dan pasangan memilih I-City sebagai lokasi persandingan kerana ia bersesuaian dengan konsep dipilih selain belum pernah ada pasangan mengadakan perkahwinan di situ.
Hampir 80 peratus persiapan telah dibuat, Nabil dan pasangan bakal mengayakan busana moden iaitu “tuxedo” dan gaun moden untuk majlis itu nanti.
Bakal mengerjakan umrah hujung tahun ini bersama bakal isterinya, Nabil memberitahu dia memilih lokasi itu kerana telah lama teringin untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Mengenali Nazirah sejak enam tahun lalu, dia mengharapkan perkahwinannya itu nanti akan berkekalan sehingga ke akhir hayat selain mengubahnya ke jalan kebaikan.

Wednesday, September 28, 2011

DOA BUAT ADIK DAMIA FARZMIL



Salam semua. Adik Damia Farzmil, 15 tahun telah menjalani pembedahan membetulkan kebocoran pada injap jantungnya pada jam 8.30  pagi tadi (28/09/11). Bagaimanapun, selepas keluar dari bilik pembedahan kul 4.30 petang, empat jam kemudian dia dikejarkan semula ke bilik pembedahan kerana pendarahan dalaman.

Dia kini di Hospital Tengku Ampuan Aminah, Johor Baru.

Mohon doakan yang terbaik buat beliau. Ibu Damia, Fija adalah sahabat Kjee semasa jadi wartawan dulu. Fija adalah pesakit kanser tahap empat. Mereka tinggal di Johor Baru.

Damia (tengah) bersama ibunya Fija (kiri), ibu angkat dan kakak angkatnya beberapa hari sebelum pembedahan.

RANCANGAN HIBURAN BARU 'INILAH...' DI RTM 1


Latiff Ibrahim - suara masih power


Hail tak datang hari ni so abg Latiff ganti

Dato Malek Redzuan - lagu Cukup Sampai Disini Sayang cukup berhantu dulu
Siang tadi Kjee memenuhi undangan teman baik Kjee, bekas wartawan Berita Harian Noor Hasilah Ismail atau Sheila untuk majlis pelancaran rancangan hiburan TV1 membabitkan penyanyi2 pelbagai era dan genre, terbitan ZGB Media Sdn Bhd, milik seorang lagi sahabat baik Kjee, Zohara Gany Bathusha.


Tiga belas penyanyi disenaraikan untuk 13 rancangan yang akan disiarkan pada TV1 setiap Selasa jam 9 malam. Hmm mesti hebat rancangana tu, kalau tidak takkan dapat slot Prime Time kan? Antara yang tersenarai ialah Dato Khadijah Ibrahim, Dato Malek Redzuan, Latiff Ibrahim, Ning Baizura, Fran, Jay Jay, Aris Ariwatan, Adibah Noor, Zamani, Uji, Hail, Azlina Aziz dan adiknya Liza, Tomok serta Zur Eda.


Kjee sampai di Uncle Chilli's PJ Hilton tadi sebaik sahaja majlis dimulakan dengan 'a sneak preview' rakaman rancangan tersebut. Hebat sangat2. Teruja Kjee apabila lagu2 yang didendangkan penyanyi2 tersebut yang meninggalkan banyak kenangan manis (dan pahit) dalam hidup Kjee.



Karyawan belakang dan depan tabir bersama Hajah Noriah Letuar


Lola dan Hajah Noriah Letuar salah seorang penerbit hiburan tersohor RTM
Inilah Nik Ramzi...kenal lagi kan? Penerbit hiburan TV3 tersohor dulu. 'Inilah...' adalah hasil kerja beliau. 



Kjee rasa mereka yang seangkatan dengan Kjee iaitu yang dibesarkan dengan lagu2 artis2 diatas pasti tidak mahu melepaskana peluang menonton rancangan ini. Apatah lagi ia dihasilkan oleh seorang penerbit hiburan tersohor negara satu ketika dulu iaitu Nik Ramzi Nik Hassan.

Noor Hasilah atau Sheila jadi MC - gambar ini  ehsan ZGB Media SB
Rancangan berbentuk rakaman konsert secara langsung dan penyanyi sendiri menjadi hos. Masing2 akan mendendangkan antara enam hingga lapan lagu. Ada juga dipersembahkan secara medley," kata Zohara atau lebih mesra dengan panggilan Lola.

Rancangan pertama pada Selasa depan akan menampilkan Dato Khadijah Ibrahim. Turut memeriahkan majlis tadi ialah Hajah Noriah Letuar, Pengurus Saluran TV1, Dato Malek Redzuan, Latiff Ibrahim dan Uji.

Majlis yang terpaksa diatur dalam masa dua hari memandang kesibukkan Hajah Noriah, menyebabkan ramai artis2 yang terbabit tidak dapat hadir. Apapun, hadirin terhibur dengan persembahan Dato Malek, Latiff dan juga Uji.

Jangan lupa tengok tau. Setiap Selasa, jam 9 malam di TV1.

(foto2 oleh Unclepali)

Sempat enter frame hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...