Monday, October 31, 2011

KORANG KENA MENANGIS MASA BACA SEBAB KJEE DAH MENANGIS SATU BALDI!

Entry ini sepatutnya Kjee siarkan pada hari Ibu. Tetapi memandang kisah yang ingin Kjee paparkan cukup meruntun jantung hati Kjee (eh betul ke bahasa aku ni. Tulah masa  sekolah dulu tak nak belajar betul2). Kjee membaca mesej dari Haslina Hassan (teman Facebook) sambil berjurai2 airmata.

Unclepali yang duduk sebelah terkejut tengok Kjee menangis. Okaylah, Kjee copy paste apa yang Haslina tulis sebab cara dia tulis lebih menyayat hati daripada kalau Kjee yang tulis. Wanita yang diceritakan Haslina ialah Puan Mahzun Ahmad. Tapi gambar dia tak terang untuk disiarkan.

Salam k.jee



Anak2 Haslina yang comel. Gambar nenek mereka  Mahzun Ahmad tak terang Kjee nak siarkan


Mula2 saya nak minta maaf byk2 kat k.jee kalau msg saya ni menganggu k.jee..saya tergerak hati nak tulis semua ni lps baca n3 k.jee psl uncle pali..sesungguhnya k.jee n nadia adlh insan bertuah dikurniakan lelaki sebaik uncle pali…

Kalau nadia berbangga ada ayah tiri sebaik uncle pali,saya pula bangga ada ibu tiri yg baik n penyayang..besar harapan saya kalau k.jee sudi tulis kisah saya ni dlm blog k.jee tp kalau k.jee x nak tulis pun xpe,saya x marah..saya tetap gak baca blog k.jee hari2..

Begini kisah saya...saya merupakan ank ke-2 dr 4 beradik dan ank perempuan tunggal dlm keluarga..ibu kandung saya meninggal masa saya umur 6thn disebabkan radang paru-paru.Waktu meninggal ibu baru berusia 29thn.Apa yg menyedihkan ibu pergi setelah genap 44 hari berpantang adik saya .Ibu sakit masa dia tgh mengandungkan adik dan doktor terpaksa keluarkan adik saya masa 7bln dlm perut memandangkan keadaan ibu yg x dpt lg diselamatkan.Adik saya lahir sbg insan istimewa(down sindrom) mungkin disebabkan ibu terlalu byk mkn ubt masa mengandung

Tak lama lepas ibu meninggal,ayah kawin lain atas desakan tok(nenek) saya tp sayangnya perkahwinan tu cuma mampu bertahan selama 9 hari saja sbb isteri ayah tak sanggup nak jaga kami 3 beradik lagi2 adik saya sbb masa kecik dulu mmg dia kerap sakit..Sthn lepas tu ayah kawin lg sbb kesiankan kami xde org nak jaga..Masa tu saya ingat lagi betapa susahnya hidup ayah yang terpaksa bekerja tungkus lumus untuk membesarkan kami.

Alhamdulillah kali ni ayah dapat isteri yg baik,yg boleh jaga kami.Makan pakai kami dah kembali terjaga.Ibu tiri yang kami panggil “mak” tak ubah seperti ibu kandung sendiri,hari2 bekalkan kami nasi ke sekolah.Tak lama lepas tu mak lahirkan seorang adik,juga lelaki..jarak adik saya yang ke-3 dan ke-4 ni mmg x jauh apatah lg adik yg ke-3 agak lambat perkembangannya.Masa ni makin terserlah betapa murninya hati mak bila dia byk lebihkan adik saya dr anaknya sendiri.Bila kemana-mana pun adik saya yg ke-3 tu mak saya dukongkan manakala adik yg ke-4(ank kandungnya)dibiarkan berjalan…itu la sifat murni mak,x pernah nak bezakan kasih sayang kami 3 beradik dgn anak kandungnya sendiri..ingat lg masa ni ramai yg suka tanya saya “mak tiri baik tak?” dan saya selalu jwb “mak baik sgttt..mcm malaikat”..hehe

Kami terus membesar seperti org lain tanpa ada rasa kekurangan kasih sayang ibu sbb sejak mak hadir dlm keluarga,kami sentiasa dilimpahi dgn kasih sygnya.Saya la yg paling rapat sekali dgn mak mungkin sbb saya satu-satunya anak perempuan,apa-apa pun mak mesti kongsi dgn saya..apa saja kemahuan saya tak pernah pun mak hampakan..dah 23thn saya hidup dlm belaian kasih sayang mak,sikit pun saya x rasa dia mcm ibu tiri..

Thn 2004 ayah disahkan mengalami kegagalan buah pinggang dan terpaksa bergantung kepada dialysis.Ternyata mak seorang isteri yg hebat,7thn mak jaga ayah dgn penuh kesabaran.Mak juga seorang menantu yg baik..dah 3thn mak jaga tok saya yg lumpuh,disuapnya tok mkn,diangkatnya tok mandi,kencing berak tok semua mak yg uruskan..walaupun bkn calang-calang orang yg boleh sabar dgn perangai tok(anak-anak tok yg lain pun x sanggup nak jaga sbb mulut org tua tu nauzubillah…)kini dah 9bln ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga,mak masih setia jaga ibu mertuanya walaupun tok masih ada lg ank yg lain tp mak x pernah berkira jauh lagi nak merungut…

Saya dan adik beradik akan tetap pegang amanah arwah ayah,walau apa pun yg terjadi kami xkan sia2kan hidup mak…kami akan jaga mak dgn penuh kasih sayang seperti mana mak menjaga kami masa kecik dulu..alhamdulillah ayah pergi meninggalkan kami dgn sedikit harta dan semuanya kami serahkan pd mak…rasanya dgn harta tu pun x terbalas jasa kami pd mak…bg saya mak la mak saya dunia akhirat walaupun bukan dia yang lahirkan saya…saya x pernah jemu berdoa semoga mak sentiasa dipanjangkan usia,x dapat saya bayangkan mcmana hidup saya kalu mak dah xde

**sekali lagi saya minta maaf sbb tulis panjang lebar kat inbox k.jee…saya x pandai nak hantar email…maaf ye k.jee

RESDUNG DAN SUPLIMEN SPECIAL UNTUK WANITA

Dato Hafifi Hafidz

Salam. Harap korang tak marah kalau Kjee asyik cerita pasal kanser, pasal resdung dan juga penyakit2 yang sewaktu dengannya. Bukan sebab Kjee nak promo Transfer Factor tapi Kjee nak kawan2 Kjee semua sihat. Rawat sebelum parah!






Satu ketika dulu, Kjee ada kenal satu VVIP ni. Usahlah tanya siapa sebab dia dah arwah. Dia kena sinus atau resdung. Pastu masuk Pantai Medical Centre. Tak beberapa hari selepas Kjee dapat tahu dia masuk spital tu, dia pun meninggal. Kjee terkejut sangat sebab tak tahu resdung boleh menyebabkan kematian.
Ini suplimen resdung - Harga ahli RM169
Kemudian, apabila berjumpa semula dengan Dato Hafifi Hafidz, rupa2nya beliau pun dikesan mengidap kanser bermula dari resdung! Sudah diambang maut tetapi dengan izin Allah swt, beliau telah ditemukan dengan suplimen Transfer Factor yang menyelamatkan beliau dari maut. Doktor yang merawat dia sudah pun suruh dia balik dan sediakan wasiat.

Bacalah kisah dia di sini bagi mereka yang masih belum tahu atau baca.

Dato Hafifi sudah sampai tahap 4 kanser. Tetapi bagi mereka yang bertahun2 menderita kerana resdung, janganlah bimbang. MUNGKIN anda tidak mengidap kanser tetapi hanya resdung. Tetapi resdung mungkin memberi amaran petanda kanser.

Kjee pun sekarang sedang makan suplimen untuk resdung setelah Kjee pulih dari asthma/lelah dan juga penyakit OSA (lemas ketika tidur). Kjee ambil suplimen Transfer Factor Advance untuk resdung.

Kemudian, ini untuk wanita pulak. Terutama sekali yang sengugut, susah nak mengandung, rasa tak bermaya, atau imbangan hormon yang tak betul . Begitu juga yang sudah melewati usia 40-an dan sudah beranak pinak. Masa kita bersalin, pasti korang tahu yang banyak urat2 putus. Walaupun kita berjaga masa dalam pantang, tapi mustahil untuk kembalikan dalaman kita macam masa sebelum beranak.

Suplimen ini elok  untuk wanita - Harga ahli RM197
Kjee syorkan korang ambil suplimen Belle Vie. Kjee baru tiga hari start makan. Kjee ada masalah hormon imbalace. Masa muda dulu, nak period setahun sekali pun susah!!! Nasib baik masa period datang, Kjee boleh mengandung dan dapat 2 anak. Banyak kali Kjee keguguran. Dan bila keguguran, manalah nak jaga sangat badankan?

Belle Vie jugak elok untuk wanita yang sedang atau dalam proses menopos atau putus haid. Ia mengimbangi semula hormon kita dan kulit serta wajah kembali anjal. Tapi taklah macam anak dara tau. Hehehe.

Ini ada satu cerita pasal kesan Belle Vie. Actually Kjee malulah nak tulis tapi pasal korang, tak kisahlah. Ada seorang kawan Kjee ni. Usia dia 49 tahun. Suami dia usia 29 tahun. Mereka baru berumahtangga selama 6 tahun. Kawan Kjee ni makan suplimen Belle Vie. Hubungan intim suami isteri cukup dan amat memuaskan, kata kawan Kjee. Ada ketika suaminya suruh dia kurangkan dos. Ehem ehem. Tak sanggup nak sambung lagi. Hehehe.

So hari ni Kjee citer pasal Resdung dan Belle Vie. Nanti Kjee citer pasal chewables untuk kanak2 yang boleh tingkat IQ. Elok untuk kanak2 down syndrom, lelah, serta lembam.

Sesapa nak tahu lebih lanjut atau order, sila call 0126780501/123816091. Khusus untuk bertanya soalan atau order Transfer Factor. Yang lain maaf, tidak dilayan.

Untuk harga sila lihat sini. Terima Kasih. Kalau nak mintak tolong Kjee belikan harga ahli, no hal. Boleh saja. Call 0126780501.


NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. FARAH NADIA BT MOHD NOH (7351002)
  3. HISHAMMUDIN B. MOHAMED ZANYUIN (7405511)
  4. FARIDAH ABD SAMAD (7480143)
  5. PAZELI BIN ISHAK (7325368) 

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)



Sunday, October 30, 2011

DAH 1000 ENTRIES SEJAK 25 JANUARI 2011








Dalam sibuk2, baru Kjee terperasan hari ni Kjee dah buat 1,000 entries sejak Kjee mula blogging pada 25 Januari 2011. Banyaknya. Page views pun dah lebih 1.3 juta! Ini entry Kjee yang ke 1001.

Mula2 Kjee bukak blog ni dulu, Unclepali tanya, ada idea ke nanti? Elehhh cenanggg jer, kata Kjee.
Rupa2nya tak senang. Bagai nak giler jugak apabila tiba2 blurr otak (writer's block). Pandang dan mengadap computer dua tiga jam tapi idea tak keluar. Sebab itulah keluar macam2 citer merapu.

Kjee dapat pelbagai feedback dan readers semua. Ada yang kata kenapa Kjee suka buat entry yang bikin dia orang menangis, ada yang ketawa sampai guling2 dan ada juga yang marah2. Ewah, I can't nor will I try to please all. I do things my way. That's my style.

Sifu Kjee, Adibah Amin pernah kata, just be yourself when you write. Jangan terikut2 cara orang lain. Awak mungkin tak boleh tulis macam saya dan saya juga tidak mungkin dapat tulis cara awak. Itulah pesan kak Adib yang Kjee pegang sampai hari ini.

Terima kasih kepada followers tegar Kjee. Yang suka marah2 tu, Kjee hanya ada satu pesan. Kalau dah tak ada apa nak buat, gi masuk bilik air, rendam kepala dalam mangkuk tandas dan flush. Get a royal shower. Korang ingat apa korang buat jer yang baik, yang elok ker?

Mudah2an Kjee terus diberi peluang untuk menulis. Terima kasih Allah swt.

My first entry. Baca sini.



DOUBLE BOILER, RAMEKINS & ACUAN ROTI JALA




Stok double boiler dan ramekins 2.5" sudah ada. Untuk pesanan, sila emel kedai@fauziahsamad.com.
Masih belum ada berita mengenai acuan roti jala. Akan war2kan sebaik sahaja ia sampai. Kjee terima tempahan sekarang untuk acuan roti jala untuk memudahkan proses penghantaran bila barang tiba. Terima kasih. 


JJCM ~ NASI KANDAR CRAVEN PENANG, BUKIT ANTARABANGSA













Najib Ibrahim - Bos Craven Cafe, Bukit Antarabangsa 



Apom manis, my favorite

Hari ni Kjee pergi lagi Craven Cafe, Bukit Antarabangsa setelah puas kami bertiga fikir nak makan kat mana. Tak nak pergi jauh2 sebab banyak kerja menanti kat rumah. Sekarang kan selain buat bisnes kedai online dah buat jugak bisnes Transfer Factor! Weh..lama2 boleh kurus lah kalau busy giler kan? Insya allah. Hehehe.

Mula2 kami ke Sakura Cafe. Tutup pulak, so Nadia suggest Cili Padi tapi dalam perjalanan, Kjee kata why not ke Craven Cafe, Bukit Antarabangsa. Unclepali dan Nadia suka sangat. She loves the Cucur Udang dan Unclepali of course nak makan nasi kandar. Kjee pula kecur teringat apam manis.

Sampai sana, nampak ramai kengkawan yang juga customer Kjee masa Kjee meniaga di Anjung Melawati dulu. Antaranya penyanyi Halil Chik yang bagitau sejak Kjee tutup gerai Kjee (Dapur Kak Jee), kini Craven Cafe pulak dah jadi dapur dia. Orang bujang lah kan!

As usual, duduk jer Nadia dah order cucur udang yang dalam menu tulis Cucur udang Tunku. Kjee dan Unclepali pergi ke section yang diletak lauk pauk nasi kandar. Kjee dah janji tak nak makan ayam lagi (nanti entry lain Kjee story why), so Kjee pilih kari kepala ikan Bawal sementara Unclepali ntah amik lauk apa, tak perasan.

Sedap gua cakap lu. Tak try, rugi!!!
Kemudian sampai di meja, Kjee order apom manis. Sambil makan nasi kandar selang seli dengan apom manis. Tak cukup, order 1 set lagi. Memang sedap. Must request garing punya, baru sedap!!

Ang then, Kjee ternampak taukeh Craven Cafe, Najib Ibrahim. Ini first time Kjee jumpa dia disitu. Beliau duduk dan Kjee mintak izin amik gambar.

Menurut Encik Najib, Craven Nasi kandar cukup popular di Penang sejak tahun 1920! In fact ia nasi kandar no 1 Penang dulu dulu. Tetapi sekarang dah jadi cerita lain. Bisnes Nasi kandar di Penang jatuh merundum sejak Tsunami tahun 2005. Customer mereka dulu termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman dan juga Tun Mahathir.

"Sebab itu cucur udang kami dinamakan Cucur Udang Tunku sebab apabila Tunku masuk saja kedai datok saya dulu, beliau akan mintak cucur udang," kata Najib.

Craven Cafe telah beroperasi di Bukit Antarabangsa sejak 2 tahun lalu dan beroperasi selama 24 jam. Tak susah nak cari Craven Cafe sebab ia sama bangunan dengan Giant Suppermarket Bukit Antarabangsa. Tetapi mengadap sebelah dalam. Sebelum di Bukit Antarabangsa, Craven beroperasi di belakang Petronas Ampang Jaya selama 4 tahun. Apabila sewa dinaikkan dari RM28,000 sebulan ke RM32,000, beliau terpaksa mencari tempat lain. Nasib baik dia pilih Bukit antarabangsa. Senang Kjee nak pergi. hehehe.

Apa ada di Craven Cafe selain Nasi Kandar. Bukan nak puji habis tetapi semua makannya sedap2 belaka. Dari nasi Goreng, Mi Goreng, Nasi lemak bungkus dan even agar2 biasa warna merah tu pun sedap sangat2.

Tadi kami tiga beranak makan 2 pinggan nasi kandar, dua set apom manis, 1 set cucur udang, 1 set kuih muih manis (kuih lapis dan seri muka) serta tiga gelas air, bil kami RM42.50.

Puas hati betul sebab sedap sangat. Sampai sekarang tangan Kjee masih berbau kari mereka yang enak. Semua resipi adalah turun temurun dari keluar Najib. Even masa zaman datoknya, neneknya yang masak. Kaum lelaki hanya membantu. Sekarang isteri Najib yang memasak sendiri resipi yang telah diturunkan.

Craven memang tempat berkumpul ramai orang popular termasuk artis2. So kalau korang ke sana, terumata malam2, insya allah boleh jumpa artis. Hehehe









JANGAN TUNGGU SAMPAI TERUK CAM KJEE. CEGAH SEBELUM PARAH





Ini antara suplimen yang dimakan oleh Dato Hafifi untuk perangi kanser!!
Elok juga untuk wanita hamil dan kanak2. Sedap. lebih sedap dari ribena.
Harga RM298.80 (1 kotak 2 botol). Ahli RM249


Salam semua. Kjee dapat banyak pertanyaan samada Transfer Factor boleh dimakan oleh anak2 dibawah usia 12 tahun. Yang ramai buat pertanyaan ialah mengenai lelah dan resdung. Barulah Kjee sedar rupa2nya begitu ramai kanak2 Malaysia yang kena lelah dan juga resdung.

Beberapa hari lepas, Kjee bertemu dengan  Puan Ayu Kamarul,  kawan Kjee. Anak dara suntinya Dina mengidap resdung yang amat teruk hingga seringkali sakit kepala. Dina sekarang sudahpun diberi supplemen Transfer Factor Advance Formula. 

Sila maklum, Transfer Factor BUKAN UBAT. Ia hanya booster untuk meningkat imuniti badan atau kuatkan antibodi kita melawan penyakit. BOLEH dimakan dengan ubat2 hospital yang sedang kita makan sekarang (jika ada). Tiada kesan sampingan dan bertindak mengikut keserasian badan.

Misalnya, Kjee kena OSA (Obstructive Sleep Apnea dan Lelah/Asthma). Walaupun agak kronik masalah Kjee berkaitan seringkali lemas ketika tidur (OSA) tetapi dalam masa lima hari iaitu setelah telan hanya 30 biji Transfer Factor Advanced, Kjee telah mendapat kesan yang amat menakjubkan, dengan IzinNya.

Tiada tindak balas apa2 yang Kjee alami kecuali asyik mengantuk selama dua atau tiga hari. Perghhh puas tidur...ada alasan tidur tau tanpa takut kena tegur dengan Unclepali. Di masa yang sama, Kjee buang air kecik hingga 15 kali sehari! Agaknya itu cara buang segala toxin dalam badan. Hingga kini, alhamdullilah tiada lagi semput dan lemas masa tidur. Ini tak tipu..korang datanglah kat umah malam2 masa aku tengah tidur.

Semalam Dr Tamilselvan cerita pasal satu kes ini. Seorang bapa datang berjumpa dengannya. Anak lelaki itu berusia 22 bulan dan mengidap kanser (tumor) dalam otak. Doktor di hospital syorkan baby tu menjalani kimoterapi. Dr Tamilselvan terkejut. Sedangkan orang tua (pesakit kanser) pun tidak dijamin hayatnya setelah lalui kimoterapi yang sangat menyakitkan, ini kan pulak kanak2!! Nauzubillah!!

Baby itu terus diberikan Transfer Factor. Kini sedang makan Transfer Factor dan kita tunggu kisah selanjutnya tidak lama lagi.


Susan Thomas

Itu pasal kanser. Semalam, penyanyi popular yang seringkali mendendangkan lagu2 Tamil, Susan Thomas, turut beri testimoni. Dia mengalami slip disc. Doktor syorkan dia menjalani pembedahan tetapi dia takut sebab tiada jaminan boleh pulih. Malah silap haribulan boleh lumpuh. Dalam masa yang sama dia mengidap resdung. Dia kemudian makan Transfer Factor. Resdung dia pulih dan tetiba dia dapati sakit tulang belakangnya sudah tiada. Dia pergi doktor, buat x-ray dan doktor sahkan dia tidak lagi perlu bedah!! Sekarang dia bukan sahaja boleh menyanyi dengan lebih merdu (mungkin sebab dah tak sakit hehehe) tetapi juga boleh menari dan mop rumah, katanya.

Wah, kalau gitu, ada harapanlah Kjee boleh jalan lagi selepas ini!!!

Ini pulak cerita Kjee dengar dari seorang kenalan mengenai seorang wanita yang menpunyai fibroids (ketumbuhan dalam rahim). Beliau takut nak jalani pembedahan. Justru berusaha makan Transfer Factor. Tak sampai sebulan kemudian, fibroids terus mengecut dan doktor sahkan dia tidak perlu jalani pembedahan!

Usahlah tanya Kjee kalau ada masalah. Jom kita jumpa Dato Hafifi dan Datin Azlin. Kalau sukar nak jumpa Dr Tamilselvan yang hanya ada di KL setiap Sabtu. Kjee boleh uruskan bawak korang jumpa Dato Hafifi dan isterinya. Kumpulan kecik2 pun boleh. Bawak je anak2, ibu bapa dan sedara mara. Call jer Kjee 0126780501 (Jangan call untuk berkenalan. Maaf itu Kjee tak layan tau. Jangan kecik hati. Ada yang call tanya kenapa lama tak berlakon!!! Oh My Tuhan. Sabar jelah)

Pasal orang sakit, Kjee dan Unclepali sanggup luang masa untuk bawak korang jumpa Dato Hafifi tau. So janganlah tunggu lama2 dan jadi kurang cerdik macam Kjee. Nasib baik Kjee tak mati dalam tidur sebab OSA. Allah swt masih sayangkan Kjee. Dan juga sayangkan korang sebab Kjee dah cuba supplimen ini dan bagitau korang betapa berkesannya dengan Izin Allah swt.

Kalau korang nak tahu apa kata mereka yang dah cuba makan Transfer Factor dan kata amat berkesan, sila baca sini. Kjee tak paksa dia orang beri komen atau testimoni tersebut.

Bawah Kjee senaraikan harga. Kalau jadi ahli, lebih untung sebab boleh jugak jual kepada kengkawan. Kalau tak nak jadi ahli tapi nak beli harga ahli, no hal, Kjee boleh tolong belikan.

SMS atau kol Kjee di 0126780501.


Ini Kjee makan untuk semput dan OSA
Harga RM202 (Harga ahli RM169)

Ini untuk sakit2 kulit, ginjal, jantung, susah hamil, parkinson dll
Harga RM278.40. Harga ahli RM232


Ini paling elok untuk wanita.
Harga RM236. Harga ahli RM197



Ini Kjee tengah makan untuk buang toxin dalam badan dan boleh kurus
Harga RM72. 
Untuk Diabetes kena makan set Glucoach dan Vitamin Mineral Complex.
Harga RM264. Harga ahli RM220
TF Chewable bagus untuk kanak2 hyperactive, resdung, asthma, down syndrom dan juga lembab fikiran.
Harga RM207.60. Harga ahli RM173.
Kandungan 90 biji (kunyah  2 atau 3 biji sehari)


NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. FARAH NADIA BT MOHD NOH (7351002)
  3. HISHAMMUDIN B. MOHAMED ZANYUIN (7405511)
  4. FARIDAH ABD SAMAD (7480143)
  5. PAZELI BIN ISHAK (7325368) 

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)




TINGKATKAN IMUNITI LAWAN SEMUA PENYAKIT. KORANG TAK NAK KER?

Hari ini Kjee jumpa kawan lama Kjee, Hafifi Hafiz (Dato), dulu junior Kjee di Berita Harian. Jawatan terakhir beliau di sana sebagai Pengarang Eksekutif Harian Metro dan Metro Ahad. Terpaksa meninggalkan bidang kewartawanan kerana mengidap kanser hidung.


Malu ada, takut pun ada jumpa Dato Hafifi. Tiga tahun lalu, setelah setiap minggu terima sms dari Dato Hafifi supaya hadir dengar penerangan mengenai Transfer Factor, Kjee pernah hantar mesej kat beliau.  Kjee bagitau, tak payahlah hantar mesej lagi. Kjee tak minat nak beli, nak makan ataupun nak jual Transfer Factor.  Maleh sebab tak suka jadi ahli dan tak mampu beli suppliment mahal2. Masa tu Kjee peniaga kecil2an jer. Sekarang pun pokai jugak tapi sanggup ikat perut sebab nak sihat. 

Kami datang awal tadi, so sempatlah jumpa dan dengar Dato Hafifi cerita mengenai pengalaman beliau
Itulah, cakap siang pandang2. Sekarang Kjee pulak terhegeh2 pergi cari Dato Hafifi setelah Kjee cuba makan Transfer Factor yang disyorkan oleh my dearest sis, Dr Ina Harlina (Blogger Inahar's Cooking Time) dan sahabatku, Shila (Blogger Asam Pedas) dan rasa sendiri kehebatannya. Kjee ni macam Astro jugaklah. Sakit lutut, lelah dan juga ada OSA. Bukan ISA tapi Obstructive Sleep Apnea atau OSA.

Dr SS Tamilselvan yang memperkenalkan Transfer Factor kepada Dato Hafifi
Orang yang kena OSA ni, paling senang cerita adalah mereka yang tetiba ditemui mati ketika tidur! Kjee dah lama kena OSA. Apabila tidur seringkali 'lemas' dan rasa macam kena tindih. Seringkali Kjee tuduh hantu punya kerja! Ada yang kata tidur tak cuci kaki dan tak baca doa tidur. Sebab tu kena hempap dengan hantu. Yo lah tu. Siaplah nanti aku kena jawab dengan jin dan hantu lepas ini! 







Serius ni Kjee tak main2 pasal kes kena hempap atau tindih. Tiap2 malam kena. Pastu Kjee pergi Spital Ampang. Doktor Pakar yang merawat Kjee kata Kjee kena OSA dan harus segera mendapat ratawan kalau tak nak mati ketika tidur. Rawatannya bermula dengan ujian yang dijalankan oleh satu syarikat swasta. Dia orang  datang rumah dan ikat Kjee dengan wayar. Agaknya wayar tu disambung pada mesin. Esok pagi dia orang datang dan tengok mesin tu untuk mengetahui tahap mana masalah Kjee.

Tapi Kjee tak buat sebab sayang duit. Kena bayar RM240 tu!! Baiklah aku gi makan steak kat Tony Romas. Sedap tau  Dan Kjee terpaksalah menahan derita. Pernah satu malam sampai 7 kali 'lemas'. Masa tu Kjee mengamuk sakan kat hantu setan sebab kenapalah ko kerja overtime sampai 7 kali aku kena tindih!! Sepanjang malam tak berani tidur lepas kali ke-7 kena tindih.

Ramai tak lepas peluang mintak nasihat secara peribadi 
Rupa2nya itulah OSA!! Bukan kerja hantu setan! Dan selain OSA, isyhh banyaknya penyakit mokcik ni! eh kan aku dah kata aku macam Astro. macam2 ada  Kjee juga seringkali dikejarkan di tengah malam buta ke spital kerana lelah! Kjee hanya menyedari diri Kjee dah pulih dari OSA dan lelah, setelah Kjee makan suppliment Transfer Factor. OSA hilang, lelah pun hilang dalam masa 5 hari! Tak sempat habis sebotol Transfer Factor pun! 

Sebab itulah tadi, Kjee tebalkan muka bila jumpa Dato Hafifi. Kalaulah Kjee tak degil sangat dan ikut saranan beliau untuk try TF, tentu dah lama Kjee baik. Rupa2nya kalau penyakit macam Kjee, suppliment tu tak lah mahal. Yang mahal ubat kanser...sampai RM1,500. Tapi kalau boleh baik macam yang Dato Hafifi alami, tak ker berbaloi? Duit boleh cari beb!

Dan tadi, dalam usia yang dah setengah abad ini, bontot Kjee tak lah pulak panas duduk hampir 3 jam dengar penerangan (talk) mengenai pentingnya kita memperkuatkan sistem imuniti untuk melawan penyakit. TF, kata Dr SS Tamilselvan, seorang pakar farmasi (pharmacist) BUKAN UBAT. Ia tidak boleh mengubati sebarang penyakit tetapi ia mampu mengkuatkan sistem imuniti badan kita, sekali gus menepis dan menyahkan penyakit2 yang ada.

Kalau tahap ketahanan dalam badan kita tinggi, ia akan mencari punca2 yang menyebabkan kita sakit dan melawannya. Ewah syabas aku dah pandai sekarang. 

Seronok sangat pergi dengar ceramah Dr Tamilselvan, Dato Hafifi dan juga testimoni pesakit yang dulu tak boleh bangun, sekarang dah boleh berlari. Mokcik pun tumpang sekaki bagi testimoni jugak hehehe

Habis sahaja ceramah, semua berpusu2 mendapatkan Dr Tamilselvan. Walaupun siang tadi baru sampai dari India kerana memberi ceramah di sana dan malam ini bergegas pula ke Brunei untuk tujuan sama, tetapi beliau tetap melemparkan senyuman, dan menjawab soalan2 secara individu.

Rugilah korang (yang tinggal di KL dan PJ) yang tak datang dengar tadi. Minggu depan Dr Tamilselvan nak bercerita lebih khusus mengenai kanser, penyakit yang paling ditakuti sekarang. Dulu, kata beliau, orang takut kena serangan sakit jantung. Sekarang kanser adalah penyakit yang paling digeruni semua.

Setiap penyakit ada ubatnya. Jadi, janganlah buang masa. Jomlah kita kukuhkan sistem imuniti diri sebelum terlambat! Kjee, Insya Allah, sedang melaluinya...Korang bila?

Kjee bersama Dato Hafifi, Datin Azlin dan Puan Shila
Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Transfer Factor, Dato Hafifi dan isteri Beliau Datin Azlin sanggup luangkan masa mereka untuk beri penerangan. Korang boleh hubungi Kjee melalui emel fauziah.samad@gmail.com. Menurut Dato Hafifi, beliau sanggup menerima kumpulan2 kecik antara 5 hingga 10 orang. 

So amacam? Janganlah jadi macam Kjee. Peluang dah ada depan mata dulu tapi tak nak rebut. Sekarang dah sakit baru nak terhegeh2. Apa sahaja penyakit, baik melibatkan bayi, kanak2 ataupun orang dewasa, boleh diatasi. Insya Allah. Kita kena usaha!

Baca kisah Dato Hafifi di sini. Baca jugak di sini mengenai Dr S S Tamilselvan.

Esok lusa Kjee akan cerita lebih banyak lagi mengenai keberkesanan Transfer Factor. Insya Allah.

Kjee pun tumpang sekaki cerita pengalaman



Saturday, October 29, 2011

JEMPUTAN : RAWATAN ALTERNATIF - TRANSFER FACTOR




Hari ini (29 Oktober 2011)  kul 4 petang, Kjee akan berada di pejabat 4Life (Transfer Factor) untuk sama2 dengar ceramah mengenai cara2 meningkatkan sistem ketahanan diri sekali gus melawan penyakit seperti jantung, kanser, kencing manis, darah tinggi, asthma dan sebagainya. Ceramah akan disampaikan oleh pakar Dr TamilSelvam.

Tiada paksaan membeli atau menjadi ahli. Hanya dengar ceramah untuk tambah pengetahuan. Bawaklah sedara mara atau kawan2 yang sakit. Mencegah lebih baik dari merawat.

So sesapa yang boleh hadir, sila ke:

TINGKAT 5,
PEJABAT 4 LIFE,
MENARA AMCORP PETALING JAYA (SEBELAH AMCORP MALL)
PUKUL 4 PETANG - 7 MALAM
MASUK PERCUMA.
HUBUNGI KJEE DI 0123816091/0126780501

Sila baca sini. Baca juga komen2 dari mereka yang pernah menggunakan supplimen Transfer Factor dalam entry itu.


FARA DAN NEELOFA PENGACARA NONA? TV3 DESPERATE SANGAT KER?



FOTO2 EHSAN GOOGLE 

Balik dari Semenyih dan tengah makan KFC depan sambil surf berita di mStar online. Hampir2 tercekik Kjee apabila terbaca berita Fara Fauzana dan Neelofa bakal menerajui Nona musim depan bermula Januari 2012. Biar betul ni.








I have nothing against Fara or Neelofa. Tetapi Kjee rasa ini idea yang kurang cerdik. Nanti aku kata bodoh, kena saman lak.  Why Kjee kata kurang cerdik? Let me explain.

Nona bukanlah satu rancangan hiburan. Walaupun isi kandungannya kekadang menghiburkan mereka yang dah tak ada rancangan lain nak tonton, tetapi please lah, jangan campur adukkannya dengan selebriti hiburan. 

Pandang jer muka Fara Fauzana, budak Tadika pun tahu dia hanya sinonim dengan cerita hiburan tanahair. Neelofa pulak.. eh siapa dia. Oh budak yang goda Walid dalam Tahajjud Cinta...sesuwai ke bawak 'watak' pengacara Nona.

Selama ini, pengacara Nona terdiri daripada mereka yang tergolong dalam kelas mereka tersendiri. Macam Normala Shamsuddin alamak nama tu jer ker yang aku ingat. Ala2 wanita Melayu terakhir. Kjee rasa Vanida jugak harus diberi peluang lagi. Walaupun baru sekali dua Kjee tengok dia dalam Nona, tapi give her more time, she'll be ok.

Nona hilang seri bukan kerana pengacara tetapi kerana content (isi kandungnya). Cuba ubah terus seluruh warga kerjanya. Jangan babitkan langsung sorang pun dari team yang mengendalikannya selama ini. Inject new blood yang punyai idea baru. Insya allah, akan ada suatu santapan baru untuk dihidangkan.

Bukanlah Kjee nak pertikaikan kehebatan team lama. Tetapi Kjee rasa mereka jugak dah bosan kalau week in, week out, terpaksa  buat kerja yang sama...bertahun2 lamanya. Samalah macam aku dengan blog ni. Tiba masanya akan ku tahu undur diri.

TV3 nak ubah ker cara Fara yang amat sinonim dengan gaya Melodi? Atau TV3 mahu menghidangkan Nona versi baru yang jauh menyimpang dari presentation Nona yang lama.

Kalau Fara menjadi pengacara dengan konsep Nona yang masih di takuk lama, Kjee yakin bukan sahaja penonton Nona akan berkurangan tetapi Fara juga bakal hilang sebahagian besar pengikutnya. Walaupun Fara dakwa usianya yang kini menjangkau 32 tahun begitu sesuai mengacarkan rancangan yang lebih sophistikated, Kjee rasa, dia hanya berkata demikian kerana terpaksa or maybe dipaksa.

Apapun, good luck Fara. Buat Neeloa, rasanya masa ini tidak sesuai awak mengacarakan Nona kerana 'ramai sangat menyampah melihat watak awak menggoda Ustaz Walid' dalam Tahajjud Cinta. Nak dapatkan kembali keyakinan penonton menerima awak dalam 'watak yang lebih baik' akan memakan masa.

Janganlah desperate TV3. 

Friday, October 28, 2011

BURGER STEAK MARINA


 Ewah, kasi promo lak jenama ni kan? Tak per sekali sekala kita bagi can promo percuma. Untuk korang jugak. Nanti kalau Kjee tak bubuh gambar kotak dia, korang terkial2 lak nak mencari kan? Kjee kan prihatin. Manalah korang dapat cari kakak sebaik Kjee. Ewah...promo diri pulak. Janganlah kakak2 dia orang mengamuk lak kat aku




Tak payah nyahbeku (defrost). Keluar freezer terus masuk kuali
Inilah sahaja rezeki tengah hari Kjee. Kjee memang tak minat makan nasi. Kalau ada alternatif, Kjee boleh tak makan nasi berminggu2. Tapi paling suka ratah lauk. Camner aku boleh gemuk ratah lauk jer, Tuhan jer yang tahu.

Kjee sukalah makan yang ringan2 cam ni. Jadilah, at least ada jugak yang ringan dalam hidup Kjee asyik selalu berat jer...badanlahtu.  Kahkahkah. Kalau nak ketawa tu berpada2, jangan sampai tersembur air yang tengah korang minum tu! Lain kali nak bagi warning kalau tengah layan blog Kjee, jangan sesekali sambil2 makan dan minum. Hahaha.

Tadi Kjee grill kat grill pan tanpa minyak. Boleh jer. Ada orang bubuh minyak dalam kuali. Tak payah sebab daging burger tu sendiri sure ada lemak punya!

Semalam Nadia belikan wholemeal bun atau roti bun jagung kat Bakeri Ria, Taman Melawati. Kjee ni teruk. Roti pun Kjee cerewet sejak pandai buat sendiri. Tapi sekarang Nadia dah kurang rajin buat roti sebab assignment Uni banyak sangat. Cian Kjee kena beli kan?

Itu jer lah. Korang tengoklah gambar2 yang Kjee amik tadi. Kjee siap bubuh double cheese lagi tau  so pepeham jerlah kenapa Kjee tak kurus kurus. Siap jer masak tadi terus ngap dengan pakwe kita yang ensem tu. Hehehe.



SUDAH DUA MINGGU BANGKOK DITENGGELAMI BANJIR


ehsan google
Keadaan banjir di kota Bangkok Thailand semakin meruncing. Sudah dua minggi ditenggelami banjir. Ini sesuatu yang agak luar biasa walaupun kita tidak boleh menolak ketentuan Allah swt. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya. 

Dan berita yang Kjee baru baca dalam The Star Online ialah pihak berkuasa Thai meramalkan 'air yang lebih besar' akan mengancam penduduk Bangkok hingga hujung minggu ini.

Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra telah mengumumkan cuti 5 hari kepada penduduk sekitar Bangkok yang berjumlah 12 juta orang ekoran bencana alam itu. Sehingga berita ini ditulis, Bangkok telah ditenggelami air selama dua minggu. Dan ia dijangka melarat hingga dua minggu lagi. Berjuta2 penduduk telah diarah keluar ke tempat lebih selamat.

Malaysia juga telah mengeluarkan arahan agar rakyat kita tidak melawat Bangkok dalam masa terdekat ini melainkan betul2 memerlukan.

So kalau korang dah ada perancangan untuk cuti ke Bangkok, eloklah ubah strategi. Cuti2lah dalam negara.

Khabarnya, banyak barangan yang selama ini didatangkan dari negara Thai, kini tersangkut ekoran bencana alam tersebut. Mudah2an peniaga Malaysia tidak akan menggunakan kesempatan ini untuk memberi alasan untuk menaikkan harga makanan dan barangan lain.


DAGING MASAK KICAP SAMA WEDGES


 Ini lauk yang selalu arwah bonda buatkan masa Kjee kecik2. Daging masak kicap yang dibubuh kentang goreng wedges. Dan Kjee pulak selalu buat lauk ni kalau tiba hari kurang rajin. Sebab? Sebab mudah sangat nak buat.



Kjee selalu ada stok daging batang pinang kat dalam fridge. Tapi kalau tak ada, Kjee keluarkan pressure cooker dan rebuslah daging sampai lembut. Hmm sedap sangat kalau daging tu direbus lembut2 tau. Maklumlah gigi Kjee bukannya kuat sangat sekarang.

Tadi, Kjee suruh Nadia keluarkan daging. Adalah dalam 250 gms. Selalunya kalau beli daging batang pinang dalam sekilo, Kjee bagi tiga bahagian. Penghuni rumah Kjee bukannya ramai. Cukuplah sekali masa kan? Lauk kalau terlebih masuk freezer tapi kekadang bila dah keras cam kayu, jadi habuan Cik Tong. Selalu sangat tu.

Okaylah malaslah nak kelentong panjang2. Kita tengok bahan2nya.

BAHAN2

250 gms daging
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan kicap manis
cili api (ikut suka)
1 biji kentang
1 inci halia

CARA

Daging dipotong ikut suka dan rebus, airnya jangan dibuang (kalau daging bukan batang pinang). Pastu kentang dipotong wedges dan digoreng hingga golden. Tepikan.
Bawang besar dimayang, bawang putih diketuk,  sementara cili api jugak main ketuk2 jer. Kalau tak suka bubuh cili api, hiris2kan cili merah. Kalau anak2 tak makan pedas, tak payah bubuh cili langsung. Halia dimayang halus.
Panaskan periuk, bubuh minyak sikit dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi. Pastu masukkan daging. Masak sampai daging kecut. (Kalau daging tu direbus dulu, airnya masukkan sekali).
Apabila daging sudah kecut, masukkan air (ikut banyak mana nak kuah. Tapi janganlah banjir sangat.) dan kicap serta cili.
Kalau suka bubuh garam dan terus didihkan sampai puas hati. Kemudian masukkan kentang wedges dan masak kira2 lima minit. Padam api.
Resipi sama boleh buat menggunakan ayam. Tapi ayam tu digoreng separuh masak. Kalau masak ayam, Kjee tumis semua bahan hirisan sampai layu, masukkan air dan kicap. Bila dah didih baru masukkan ayam dan kentang. 
Ada orang bubuh kulit kayu manis dan bunga lawang tapi Kjee tak bubuh sebab Nadia tak suka. Save budget sikit. Hehehe.

Selamat mencuba. Simple jer.


Thursday, October 27, 2011

KEDAI ONLINE KJEE - 5

Mari mari mari...ada barang baru. Minat? Emel ke kedai@fauziahsamad.com untuk tanya harga. Isi borang klik sini. Mulai sekarang semua pembelain harap isi borang yang disediakan. Kjee dah hampir nak demam apabila beratus2 emel terpaksa ditapis satu demi satu. Penggsaannn! Terima kasih atas kerjasama semua.

Ramekins 3.5" yang ada dalam stok Kjee ialah 22 biji. Masih boleh order.
Stok double boiler sudah sampai. Esok lusa, Kjee gi ambil. Jugak boleh order.

Sesapa nak beli acuan roti jala secara borong (50 biji keatas, sila emel Kjee di kedai@fauziahsamad.com. Ada harga cukup istimewa)

HARAP MAKLUM. BANGKOK MASIH DITENGGELAMI BANJIR. KEMUNGKINAN STOK ACUAN ROTI JALAN AKAN TURUT TERSANGKUT SAMPAI KE SINI. KJEE MENGAMBIL TEMPAHAN UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PACKING DAN SEBAGAINYA APABILA STOK SAMPAI. NAMUN KJEE MENJANGKA AKAN ADA KELEWATAN. KALAU ADA YANG MASIH NAK ORDER, SILAKAN. DAN JIKA ANTARA MEREKA YANG SUDAH BUAT TEMPAHAN DAN BAYARAN, BOLEHLAH EMEL KJEE UNTUK MENDAPATKAN BALIK DUIT MEREKA, JIKA TIDAK SANGGUP TUNGGU. TERIMA KASIH. HARAP MAAF.

Ini bekas kaca untuk baking

Cake pressure - alat penekan untuk kek lapis. 1 set 4 pcs

Turntable untuk cake - harga pos sahaja untuk yang kaki gold tu RM13.

TELOR KUKUS ALA NYONYA





Dah lama sangat Kjee nak resipi cam ni. Alih2 ternampak kat blog Che Mat Gebu semalam. Apa lagi,   projeklah hari ni.  Memang sedap sangat!





Dulu masa Kjee kerja di Mingguan Utara, bawah opis kami ada satu restoren nyonya. Nyonya ni kahwin dengan orang Melayu. Kat restoran dia hari2 ada jual telor kukus ni. Nak mintak resipi malu. Tapi rasanya macam yang Kjee buat dari resipi Che Mat Gebu ni.

Tapi tolonglah jangan bandingkan rupa yang Kjee buat dengan Che Mat kita. Dia pro. Kjee ni amateur...masih bertatih lagi. Tapi lihatlah Malaysia...aku bangga dengan kasil kerjaku yang tak seberapa ni. Hehehe

Che Mat guna crab sticks. Tadi Kjee suruh Unclepali gi beli. Dia kata tak de, Dalam fridge hanya ada udang. So Kjee pun gunalah udang. Sama jer. Bubuh hirisan daging ayam pun boleh. Kita yang Buat dia.

TELOR KUKUS ALA NYONYA


BAHAN2

4 biji telor ayam
udang/ayam/crab stik (ikut suka)
1 labu bawang besar (didadu)
2 biji bawang putih (didadu)
hirisan daun bawang
1 biji tomato (dibuang biji dan dadu)
garam
sedikit aji
sedikit lada hitam
cili padi atau cili merah (dicincang halus)
setitik yellow kaler (optional)

CARA

Siapkan kukusan dan didih airnya. Kjee guna bekas ramekin. Saiz paling kecik 2.5" dapat 9 bijik. Korang boleh guna apa saja acuan. Lenserkan dulu dengan sedikit minyak.
Telor dipukul. Kemudian masukkan semua bahan2 yang telah dicincang dan didadu atau dihiris. Bubuh perasa iaitu garam dan aji (kalau guna). Kacau rata.
Kemudian kaup guna sudu dan bubuh dalam acuan. Kalau guna satu acuan besar (baking dish/pyrex/baking tin), tuangkan sahaja semua bahan tadi dan ratakan.
Kemudian kukus selama 10 minit atau sampai masak.
Sejukkan. Makanlah dengan nasi atau boleh buat minum petang. I Like!!









DOA KU SEPANJANG MASA




Salam. Tadi, seorang kakak angkat yang Kjee kenali hanya melalui FaceBook, Puan Hawa Lerno, private message Kjee (bubuh pm nanti orang ingat perdana menteri hehehe). Kak Hawa terkilan ada seorang fren Kjee di FB yang memberi komen mengenai tubuh Kjee di open wall. Kata Kak Hawa, beliau pun in the same boat cam Kjee (sama kapal lah tu).

Well, kekadang Kjee berdesing gak telinga apabila dapat komen2 camtu kat open wall. Kjee sedar Kjee ni gemuk dan tak cantik macam sebilangan besar orang lain. Kjee tidak pernah mintak dilahirkan begini. TETAPI Kjee bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi Kjee ganjaran dalam bentuk lain. Alhamdullilah.

Tika orang lain menghadapi masalah rumahtangga, anak yang tak dengar kata atau gagal dalam pelajaran, kesusahan mendapat sesuap nasi atau menghadapi sakit kronik,  Kjee telah diselamatkan daripada itu semua. Alhamdullilah syukur!

Walaupun Kjee berkerusi roda dan kadangkala semput (tak selalu), tetapi dalam benak fikiran Kjee, sentiasa berdoa, kalau aku banyak duit, aku sihat, akan kukongsi segala-galanya dengan mereka yang memerlukan. Kalau aku banyak duit, akan ku bina sebuah rumah khas untuk kucing2 yang orang buang. Akan aku gajikan seorang doktor untuk merawat kucing2 yang kurap dan sakit.


Ini masa Kjee sakit. Semua berebut nak kongsi sofa dengan Kjee
Tetapi hingga kini, doa Kjee belum kesampaian. Tetapi itu tidak bererti tanpa wang Kjee tidak boleh menolong orang lain. Kjee cuba sedaya upaya memberi nasihat dan pertolongan sekadar Kjee mampu. Kjee tak pernah ajak kengkawan ke rumah Kjee sebab rumah Kjee penuh dengan kucing. Baik kucing sendiri atau kucing luar yang tumpang makan dan tidur. Keluar masuk tanpa beri salam. Lepas makan hilang, lapar datang lagi. Rumah Kjee bau kucing. Malu nak terima tetamu yang tak suka bau kucing!

Kjee menulis entry ini pagi ini bukan nak mohon simpati atau ehsan dari korang semua. Cukuplah sekadar doa untuk kesihatan Kjee. Itu sudah memadai. Tak payah ingatkan Kjee supaya kuruskan badan. Kjee dah usaha. Dah berlapar hingga nak pengsan tapi Allah swt tak mahu kot bagi Kjee kurus sebab kalau Kjee kurus dan cantik, Kjee 'mungkin jadi manusia yang tak berhati perut...!'

Ramai yang jumpa atau terserampak dengan Kjee terkejut kerana Kjee nampak sihat. Jadi kenapa naik kerusi roda? Isyhh ada ke orang yang sihat nak naik kerusi roda? Malunya hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi apakan daya. Kalau tak naik kerusi roda, maka terperaplah Kjee di rumah sepanjang masa.

Bersyukurlah apa yang kita ada. Jangan pandang rendah kepada orang lain. Ini hari dia, esok lusa mungkin hari kita!! Ada harta yang lebih kita agih2. Ada ilmu yang lebih kita kongsi2kan. Insya Allah, kita akan sentiasa menerima keberkatanNya. Itu lebih penting daripada segala2nya. Ameeen.



Wednesday, October 26, 2011

KALAU KORANG SAKIT, SILA BACA


Ini yg Kjee makan. RM169.
Hari ni Kjee buat citer lain skit. Korang nak kata apapun, katalah. Ada aku kesah. Kjee ni species manusia yang tak suka kalau orang paksa2 beli ubat. Mentang2lah aku ni sakit, ada jer yang suka2 syorkan beli ubat itu beli ubat ini. Especially kalau dia orang jual ubat tu. Menci Menci Menci!!!

Kenapa Menci (benci). Sebab satu Kjee malaslah beli ubat cara camtu. Pastu mesti jadi ahli dan sebagainya. Boleh berdesing telinga kalau ada yang syorkan kat Facebook atau blog ni.

Dah berbulan2 dah Kjee sesak nafas. Pergi spital malam2 buta. Doktor bagi nubiliser baru baik. Kemudian sesak nafas balik sampai Unclepali dan Nadia risau sangatlah.

Satu pagi, kawan facebook Haflah suruh Kjee beli suppliment (bukan ubat tau) Transfer Factor. Siap bagi no acc dia kalau nak beli harga ahli . Masa tu tak terharu tapi sekarang terharu sangat2. Kjee benganglah jugak tapi antar mesej kat dia kata terima kasih. 

Habis tu, tengah hari, Unclepali bawak Kjee pergi jumpa my adik angkat, seorang doktor. Dr Ina kata why not Kjee try makan Transfer Factor. Kemudian dia cerita panjang lebar beberapa testimoni pesakitnya yang dah okay dengan IzinNya. Terkedu Kjee.

Kjee pun beli 1 botol (RM169). Lima hari kemudian sampai ke hari ni...dah masuk botol ke-3, Kjee dah tak sesak nafas langsung! Kaki Kjee juga dah tak bengkak lagi. Dulu kaki Kjee ala2 water retention (bengkak air. tekan tak timbul2).



Kerana yakin dengan produk ini dan kalau nak beli murah, kena jadi ahli, Kjee pun tak buang masa. Senang kalau ada kengkawan nak beli dengan Kjee kan? Lebih murah. Kjee tak amik untung. Kalau nak jadi ahli, boleh jadi ahli bawah Kjee. Boleh kita jumpa2 dan bertukar2 pandangan mengenai Transfer Factor ni.





Kemudian, Kjee bertemu dengan rakan wartawan lama di berita harian dulu iaitu  Dato Hafifi Hafidz. Dato Hafifi ni kena kanser hidung dan boleh dianggap gone case. Ala korang bacalah sendiri Kjee copy paste. Kalau ada sesiapa yang ada masalah lelah, resdung dan macam2 lagi, bolehlah cuba TF ni. Ia bukan ubat cuma supplimen untuk meningkatkan sistem iminuiti kita agar kita kuat melawan segala penyakit. Juga ada testimoni boleh kecutkan fibroids.



Transfer Factor selamatkan Hafifi daripada kanser



Tujuh tahun lalu dia terlantar di hospital dan tubuhnya tak ubah seperti rangka bernyawa. Malah, ada bisik-bisik di kalangan kenalan dan rakan sekerja yang melawatnya bahawa dia hanya “menunggu masa”. Apatah lagi apabila doktor sendiri mencadangkan supaya dia menyediakan wasiat.


Pada satu ketika dia hampir berputus asa. Puluhan ribu Ringgit telah dibelanjakan untuk rawatan dan kimoterapi, tetapi kanser hidung atau dalam bahasa saintifiknya, Nasopharyngeal yang dihidapinya makin lama makin teruk.


Begitupun, dia tidak menyangka penyakit resdung yang dihidapinya sebelum itu adalah puncanya. Selama mengalami resdung, dia tidak mengambil endah kerana baginya penyakit itu tidaklah seserius mana.


Akhirnya penyakit resdung yang dihidapinya semakin teruk sehinggakan dia mengalami bengkak pada bahagian leher lalu, lantas terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu.


Pada ketika itulah doktor mengesahkannya menghidap kanser hidung tahap empat. Sudahlah tubuh tidak bermaya, bayangkan betapa terkejut dan pilunya hati apabila mendengar dia kata-kata doktor itu.


Itulah antara sejarah awal Datuk Hafifi Hafidz, bekas pesakit kanser yang telah membantu ramai sahabatnya mengatasi penyakit sepertinya, serta stroke, darah tinggi, kencing manis dan kolestrol tinggi.


“Ramai yang saya bantu telah pulih. Saya bukan doktor, tetapi saya membantu mereka berdasarkan pengalaman sendiri,” kata Hafifi yang pernah menyandang jawatan bekas Pengarang Eksekutif Harian Metro dan Metro Ahad sebelum diserang kanser dan meletak jawatan.


Menceritakan kembali kisah lalu, hafifi berkata dia disahkan menghidap kanser tahap 4 pada Februari 2005.


“Saya faham apabila seseorang itu sudah di tahap 4, peluang untuk hidup lama adalah tipis. Saya dicadangkan oleh doktor menjalani rawatan kimoterapi yang tinggi dosage yang mengambil masa dua hari tiga malam.


“Selain itu doktor juga mengesyorkan saya mengambil ubat kimoterapi yang lebih mahal, kononnya lebih mahal, kesan sampingan kurang sedikit. Saya mendapatkan ubat kimo termahal dari Russia bernilai RM50 ribu.


“Tidak cukup dengan rawatan kimo, saya juga lalui rawatan radiotherapi radikal (tembakan cahaya) sebanyak 36 kali. Selepas tiga kali jalani rawatan kimoterapi, saya sudah jadi lembik.


“Daripada 82kg dalam masa tiga bulan berat badan saya turun kepada 40kg dan pinggang pula dari saiz 36 jadi 25. Selesai rawatan kimoterapi tahap 3, doktor kata kalau buat lagi mungkin saya akan menghadapi maut. Lalu saya pulang ke rumah,” ceritanya


Hafifi berkata setelah keluar dari hospital, dia diperkenalkan kepada perunding kesihatan, Dr S.S Tamilselvam yang memperkenalkannya kepada produk-produk keluaran 4Life yang mengandungi Transfer Factor untuk meningkatkan sistem imun dalam badannya bagi membolehkannya melawan pelbagai jenis penyakit.


'Alhamdulillah, hari ini sudah tujuh tahun saya berjaya melawan kanser. Walaupun sudah sihat, saya masih terus mengamalkan makan Transfer Factor Plus,” ceritanya.


Datuk Hafifi kini adalah ahli International Diamond 4Life Research (Malaysia) yang beribupejabat di Menara Amcorp, Petaling Jaya.










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...