Wednesday, November 30, 2011

TART NENAS. BILA DAH TERINGIN, TAK PAYAH TUNGGU MUSIM RAYA!






Kjee kalau nak makan tart nenas tak pernah tunggu musim Raya. Bukannya susah nak buat. So tadi Kjee godek2 fridge dan terjumpalah jam nenas baki buat tart Raya dulu.  Jem tu Kjee beli kat kedai bakery Bagus Solutions. Sedap dan tak banyak kerenah.


Tapi oleh kerana hari ni Nadia terbeli unsalted butter, pastri dia tawar sikit. Kjee ada bubuh garam tapi tak banyak. Anyway, hantam sajalah labu. Kita yang buat dia.

Kjee tak buat banyak sebab buat sorang2. Tak nak kacau Nadia yang sibuk ada test esok sementara Unclepali masih lemah. Belum pulih betul2.

Resipi korang tengok je KAT SINI ya.


KARIPAP PEMBERIAN ROSE ANITA MENEPATI CITARASA KJEE!!







Kjee ni hantu karipap. Pantang tengok bila singgah di gerai orang jual karipap. Biasanya, Kjee buat sendiri sebab Kjee ni cerewet dan mulut tak ada insurans apabila makan karipap orang buat. Ini adalah kerana arwah bonda buat karipap best in the world. So nak buat camner kan kalau Kjee cerewet!!






semalam, ketika bertemu sekejap dalam hujan lebat di depan stesyen keretapi Ipoh dengan Rose Anita Abdullah, dia hulurkan satu bungkusan mengandungi dua peket karipap frozen. Satu untuk Kjee dan satu lagi untuk Dato Hafifi. Amboi sukanya Kjee!!!

Tadi Kjee baru goreng. Ada tiga jenis karipap yang diberi oleh Rose. Satu karipap Sepera Gandum, Karipap Ayam dan jugak Daging. Oleh kerana Dato Hafifi tak makan ayam, Kjee nak cilok peket karipap ayam untuk Dato Hafifi. Bukan apa, jangan membazir. Hehehe.

Dan rasanya? Nanti Kjee kata sedap, korang kata sebab karipap free. Sebab itulah Kjee tak suka makan barang2 free. Susah nak bagi komen.

Tapi kannnnn, Kjee syorkan SESIAPA YANG TINGGAL DI KAWASAN IPOH, eloklah add Rose Anita Abdullah di Facebook dan ORDER dengan dia karipap frozen dia ni!!! TERBAEEKKKK! Just my taste. Sedap sangat2!! Nadia pun suka sangat! Unclepali tengah tidur tapi tak apa nanti dia bangun Kjee goreng lagi.

Karipap yang Rose buat, cun sangat. Elok kalau nak hidang pada tetamu sebab comel2 sangat. Orang kata tiga kali ngapp dah habis sebiji!! Memang cukup rasa dan ada pedas2 sikit. Macam ada rasa lada hitam. I like!!!

Amboiiii kenapalah awak jauh sangat Rose !! Kalau dekat, tiap2 minggu Kjee nak order 50 biji! So korang jangan lepas peluang ini. Order jer dari Rose Anita dan rasa sendiri kesedapannya. Terima kasih daun keladi ya Rose.

Nadia tanya apa karipap sepera? Nantilah kita goreng dan makan ya sayang.

Tumpang lalu, Kjee nak makan lagi. Hehehe.




BOLEHKAH PERCAYA KAEDAH MODEN TENTUKAN JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN?


album google


Pagi ini Kjee tersenyum sinis apabila baca akhbar online mStar dan terbaca berita hiburan mengenai aktor Que Haidar dan isterinya Linda Jasmin begitu teruja apabila doktor memberitahu kandungan Linda, 95 peratus anak perempuan! Insya Allah.





Kjee ada cerita jugak tau...hmmm serius ni. Ini bukan cerita poyo. Dan bukan terjadi pada orang lain tetapi diri Kjee sendiri.

Masa tu Kjee mengandungkan Nadia. Maklumlah, selepas ada anak lelaki, Kjee teringin sangat nak anak perempuan. Dan Kjee pun amalkanlah petua orang Jawa yang mak mertua Kjee ajar. Pasti korang ingat lagi kan petua yang Kjee ajar dulu. Tetapi maaf sebab Kjee dah padam entry tu sebab ada seorang pompuan yang belum berkahwin menipu Kjee kata dia dah kahwin dan minta petua itu. Sedangkan Kjee dah kata siapa yang nak tahu, private mesej Kjee dan Kjee akan bagitau. Syaratnya dia mesti sudah berkahwin. Tak apalah itu kisah lama.

Well, berbalik kepada kisah Kjee tadi. Ketika itu mengandung kali kedua. Kalau tak silap Kjee, apabila masuk kandungan ke usia 6 bulan, Kjee pun pergilah scan. Doktor kata bayi yang Kjee kandung anak lelaki. Siap dia tunjukkan 'telor' bayi yang Kjee sedang kandung tu dalam monitor scanner tu.

Ketika itu, Kjee betul2 kecewa. Sebenarnya, kita tidak seharusnya kecewa sebab segala yang berlaku itu atas kehendak Allah swt. Tetapi sebagai insan Allah yang kerdil dan jahil, Kjee tidak boleh mengelak daripada mempunyai sifat2 seperti itu.

Baby yang Kjee kandung jugak lasak. Posisinya tiap kali berubah. Dan Kjee pun pergilah ke seorang makcik yang pandai untuk kembalikan baby dalam posisi sepatutnya supaya Kjee tidak kesakitan. Makcik tu pegang perut Kjee dia kata anak Kjee ni Hero. Seorang lagi kata anak lelaki, kata Kjee dalam hati.

Akhirnya Kjee pasrah dan redho. Kjee memang sudah sediakan nama Farah Nadia sejak Kjee bernikah dengan abah Nadia. Tup tup keluar anak lelaki. So terpendamlah hasrat itu. Kemudian apabila mengandung kali kedua, Kjee terlupa nama Farah Nadia yang Kjee dah prepare dulu. Lalu Kjee kata kali ini kalau anak perempuan nak namakan dia Siti Khadijah.

Bagaimanapun, apabila doktor dan mak bidan kata anak lelaki, Kjee dah macam tak kisah nak sediakan nama untuk anak lelaki. Kjee beritahu suami Kjee, kalau anak lelaki, biarlah dia saja yang namakan.

And Then, tiba hari melahirkan anak kedua Kjee. Masa mengandung kali pertama, Kjee lahirkan anak Kjee secara induce dan guna forceps. Kali kedua, doktor Kjee kata dia nak Kjee rasa melahirkan secara normal. Kjee tak tahu apa nak expect tetapi proses melahirkan anak kedua cukup teruk. Orang tua2 kata bersalin kembar darah. Omputih kata placenta previa ( betul ke tidak ejaan). Maknanya pendarahan yang teruk ketika bersalin dan Kjee hampir2 mati kerana terlalu banyak darah keluar.

Anyway, selamatlah Kjee melahirkan dalam keadaan kesakitan yang amat2. Masa tu terlalu lemah untuk mengetahui keadaan dan jantina baby. Kemudian doktor menjerit ucap tahniah kata baby Kjee perempuan! Kjee dah longlai. "Janganlah main2 doktor. Saya sakit ni!!"

Kemudian doktor bawak anak yang baru lahir kepada Kjee. Terkejut besar Kjee melihat bayi yang montel tu...sah perempuan!!! Kjee terus menjerit sekuat2nya nama FARAH NADIA!!! Dan selepas itu, terus Kjee keluar darah tanpa henti. Lahirkan Nadia pada jam 5.30 petang dan pukul 12 malam masih di atas katil besi dalam bilik bersalin kerana tumpah darah!! Darah tak henti2 keluar!! Setiap sejam Kjee diberi suntikan di peha untuk hentikan darah.

Ahhh tumpah darah tu kisah lain. TETAPI apa yang Kjee ingin paparkan di sini ialah, kita harus mempercayai kuasa Allah swt!! SEPANDAI2 MANUSIA DAN SECANGGIH2 PERALATAN, KUASA ALLAH SWT MELEBIH SEGALA2NYA!! Dah scan dah dan nampak 'telor'. Bidan dah pegang dah perut, kata Hero!

Begitulah kisah anak yang Kjee kandung bernama Farah Nadia! Kjee rancang nak bagi nama Siti Khadijah. Nama Farah Nadia dirancang sebelum itu kalau anak yang sulung dilahirkan perempuan. Tetapi rupa2nya, kita hanya mampu merancang. Allah swt memang sudah sediakan nama Farah Nadia untuk Nadia walaupun Kjee cuba menukarkannya kepada nama Siti Khadijah. Wallahualam.


WE ARE BACK IN KAY ELL


EHSAN GOOGLE


Kjee, Unclepali dan Nadia dah selamat sampai di rumah. Hujan lebat sepanjang jalan dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur! Sangat2 merbahaya. Terima kasih semua kerana mendoakan kami selamat pergi dan kembali!

Mujurlah driver kami setaraf dengan driver Formula One! Thnx sayang sebab bawa kami pulang dengan selamat. Kalau Kjee yang drive, pasti tidur kat R & R jer sampai hujan berhenti. Hehehe.

Dato Hafifi Hafidz yang follow Kjee dari KL, turun di Ipoh kerana ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Mudah2an Allah swt mempermudahkan segala urusannya esok. Insya Allah.








Oleh kerana siang malam pekena nasi kandaq, Nadia sekali lagi kantoi. Sewaktu berhenti di R & R, Gunung Semanggul, Nadia mula menampakkan keletihan. Muka dia pucat lesu. Habis keluar semua yang dimakannya sejak pagi. Hmmm, perut dia sekarang dah tak tahan makan makanan pedas dan berempah.

Anyway, terima kasih semua kerana masih intai blog Kjee walaupun tak ada entry sepanjang semalam dan hari ini. Kjee semak2 statistics dan mendapati, ramai yang baca entry2 lama apabila tak ada update baru. Hari ini sahaja page views melebihi 11,000. Terima Kasih.

Kjee dah keletihan. Tadi sampai saja di KL, terus kami ke office 4Life sebab ada banyak order yang harus dipos esok. Alhamdullilah, hari ini dan semalam Kjee berjaya dapat 5 orang menjadi ahli baru. Satu di Alor Setar, 2 di Sungai Petani, 1 di Ipoh dan 1 lagi di pejabat 4Life Kl, pukul 8.30malam. 

Kjee dah berjanji dengan prospect yang mengidap kanser untuk bertemunya jam 8 malam kerana fikirkan sempatlah balik dari Alor Setar. Manalah nak tahu hujan lebat. Tetapi mujurlah ada yang sudi bantu uruskan pendaftarannya. Terima Kasih Siti Faizah, International Diamond yang ayu jelita, kerana membantu.

That's all for tonite. Gud nite and sweet dreamzzz.

Kalau ada kumpulan2 kecil yang mahu Kjee, Dato Hafifi dan Datin Azlin datang ke tempat anda untuk buat presentation mengenai produk Transfer Factor 4Life, sila hubungi Kjee di no 0126780501.

Sunday, November 27, 2011

AYAM...BERMACAM AYAM...ADA AYAM KAMPUNG, AYAM GOSTAN, AYAM...


Anak ayam dan telor

Semua termangu dengar penerangan Dato Hafifi 

Dah dekat 2 minggu Kjee tak makan ayam. Semuanya sebab Dato Hafifi Hafidz kata dia dah lama tak makan ayam dan telor. Kononnya ayam kita makan bukan ayam dalam erti kata sebenarnya tetapi anak ayam. Dan telor yang kita makan juga bukan telor betul.

Hmm tak ada peluang makan ayam golek lagi. Huhuhu
Mesti korang kata kenapalah Kjee cakap or tulis berbelit2 ini. Janganlah nak bagi korang konfius kan? Hmm sebenarnya Kjee jugak konfius masa mula2 dengar Dato Hafifi cakap kira2 dua minggu lepas. Tetapi oleh kerana Nadia warning tak boleh makan ayam selepas dengar Dato Hafifi cakap hari tu, maka Kjee pun ikut jer.




Tetapi ada sekali dua tu Kjee bedal jugak tapi bukanlah banyak. Macam makan soto atau mihun sup. Kalau orang yang jual tu bubuh, Kjee buat2 tak nampak dan telan. Tetapi kalau macam makan chicken chop atau ayam goreng KFC, tu tidak lah.

Tadi masa Kjee pergi rumah downline Kjee, Eqin di Johan Setia, Banting, Dato Hafifi yang turut hadir cerita lagi pasal ayam. Semua yang hadir tercenggang termasuklah mokcik ni. Kali ni baru Kjee jelas sejelas jelasnya kenapa kita tak boleh makan ayam.

Kata Dato Hafifi, ayam yang kita makan adalah ayam segera. Maknanya anak ayam diberi makanan yang mengandungi pelbagai hormon, antibiotik dan kimia supaya membesar dalam masa 28 hari! Lebih lama dari usia itu, taukeh ladang ayam rugi besar. Jadi, anak ayam itu membesar dan montok dalam masa 28 hari. Selepas itu, disembelih dan kita pun beli dan bedal.

Sebab itulah sekarang ini kita dengar pelbagai penyakit. Tiba2 ada jer jiran mati kena kanser, sepupu kita mati kena kanser dan guru besar sekolah kita punya anak pun kita diberitahu mati kena kanser. Dah jadi macam suatu kebiasaan pulak!

Kecurnya tetapi tidakkkkk!!
Kemudian kata Dato Hafifi, orang Melayu suka sangat makan ayam pencen atau ayam gostan atau ayam tua. Korang tahu tak asal usul ayam berkenaan? Ayam2 ini adalah ayam telor. Ayam yang bertelor tanpa bantuan ayam jantan. Mungkinkah ini ayam dara hingga mati? Yalah kalau ayam tu tak kahwin, kenalah namakan dia ayam andartu! Sorry ya. Bukan niat nak kenen sesiapa.

Ayam tersebut disuntik siang dan malam supaya bertelor. Dan telornya bukan telor proses biasa. Dan kita pun makan. Dan lepas tu apa? Hah korang kena kira2 sendiri lah kan?

So bila ayam andartu ni dah pencen dari bertelor, dia dimasukkan dalam kategori ayam pencen atau ayam gostan kenapa nama dia gostan korang tahu tak? Dan orang Melayu suka pulak makan ayam gostan buat rendang dan sop. Dia orang kata sedap sebab ayam tu keras dan liat macam ayam kampung. Camner dia jadi keras dan liat? Habis tu kalau dah siang malam kena suntik, camner tak jadi liat!

Sebab itulah Kjee dan Nadia dah tak nak makan ayam. Kalau ayam kampung okay. Tetapi apabila memilih ayam kampung pun kita kena hati2. Kalau ayam kampung tu asalnya dari Kampung Pandan atau Kampung Datuk Keramat atau Kampung Baru Kuala Lumpur  tempat lahirku, itu tak boleh diklasifikasikan sebagai ayam kampung. Ini adalah kerana ayam tu bukan ayam ori di kampung yang bebas ke sana kemari. Ayam ini kemungkinan besar telah diberikan makanan yang mengandungi bahan2 yang mencurigakan seperti hormon, antibiotik dan sebagainya.

Yang elok ayam yang mak bapak kita bela kat kampung. Kesian mak bapak korang. Penat bela, yang taram nanti anak2 yang balik kampung hehehe 

Setelah korang dengar cerita ni, korang nak ke makan ayam? Kjee dan Nadia tak nak. Kjee boleh stop Unclepali jangan makan ayam. Senang jer. Tak payah masak ayam dalam rumah. Tetapi telor, sorry. Unclepali hantu makan telor setengah masak. Tak dapek den nk nolong! Hehehe

Ayam Pencen - ehsan google

SALAM MAAL HIJRAH 1433 SAHABAT2KU



Saturday, November 26, 2011


SHEPHERD'S PIE ALA KJEE








Khamis lalu, sewaktu gi office 4Life di Amcorp Mall, Kjee ternampak restoran Secret Recipe. Oleh kerana lambat lagi nak naik ke office, Kjee dan Nadia pun masuklah ke sana sementara Unclepali cari parking.



Nadia kelaparan sebab belum lunch. Dia order Spaghetti Bolognaise with beef sauce dan Kjee order Lamb Pie dan Camomile Tea. Lama dah tak singgah ke Secret Recipe. Kalau ke situ, Kjee suka makan Braised Lamb Shank. Tetapi sejak diperkenalkan dengan makanan itu di Arima Classic (lihat sini), dah tak mau makan di SR lagi. Sebab di Arima pun sama sedapnya dan murah sangat berbanding dengan SR.

Anyway, tunggu punya tunggu, Lamb Pie Kjee sampai dulu. Nampak memang cantik tetapi mak oi punyalah keras pastri dia. Gamaknya kalau baling ke dinding boleh berbekas. Kemudian ternampak pulak Shephered's Pie tetapi dah boring nak order.


So pagi tadi Kjee decide nak buat pie daging. Kemudian teringat yang hari tu, my dear sis, Liza PSG, ada beri lamb burger jenama dara beef. Hmmm projeklah kita buat Shepperd's Pie guna lamb burger pattie.

Tadi pi  supermarket, Nadia beli American Russet Potato yang memang elok buat mashed potato. Lembut sangat2 setelah direbus untuk dilenyek. Apabila tiba time nak buat piping mashed potato, macam biasalah tangan mula jadi keras. Dan lihatlah dunia hasilnya yang kelakar giler!

Anyway, korang jangan ketawakan aku. Kau ada?!! Hehehe.

Resipinya mengikut suka hati Kjee ya.

SHEPPERD'S PIE

4 keping beef pattie (boleh guna lamb, ayam atau daging)
1 labu bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji carrot (didadu kecik)
minyak masak (Kjee guna Olive Oil)
1 sudu lada hitam kisar/tumbuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
Susu segar/cair

CARA

Beef patties diletak pada suhu bilik. Bila dah lembut dihancur2kan. Kjee guna tangan jer dan ramas2.

Kentang dicuci bersih dan direbus dengan kulitnya hingga masak. Kemudian terus buang kulit dan dilenyek. Mesti dibuat ketika ia masih panas. Setelah itu dimasukkan fresh milk atau susu cair sedikit demi sedikit hingga sebati. Adjustlah sendiri banyak mana nak bubuh susu. Janji senang nak piping nanti.

Tumis bawang putih, bawang merah dalam sedikit minyak. Kemudian apabila layu, masukkan carrot yang telah didadu halus. Kemudian masukkan daging burger patti dan kacau sambil pastikan daging itu benar2 hancur dan tidak berketul2.

Apabila daging dah agak masak, masukkan 1 sudu besar sos tiram dan serbuk lada hitam. Kacau hingga masak. Kemudian campurkan 1 sudu besar tepung jagung dalam kira2 4 sudu besar air, msukkan dan kacau pantas2. Kemudian padam api.

Kaup dalam acuan (Kjee guna ramekin saiz 4 inci). Kemudian pipe kan mashed potato keatas lauk tadi. Bakar dalam ketuhar suhu 200 darjah hingga golden brown selama 15 atau 20 minit. Kalau tak cukup cantik warnanya, tambah lagi masa. 

Kelakar tau cara Kjee pipekan mshed potato tu. Bab hias menghiaskan ni, Kjee tak pernah pas! hehehe

Kelakarnya rupa...hehehe

KUIH DANGAI, KUIH TRADISI DARI UTARA

Gerai di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Ini dia acuan kuih dangai





Kuih Dangai...pernah dengar tak? Tak pernah? Mungkin sebab kuih ini jarang2 sekali boleh kita beli di Kolumpo. Tetapi kalau pergi Utara, pasti ramai pernah jumpa kuih dangai ini.




Baru hari ini Kjee tahu kuih dangai kuih Utara. Abang Ghaffar ni orang Melaka tetapi isterinya orang Kedah. Dia meniaga kuih dangai ni sorang diri di sebuah gerai Wangsa Melawati. Oleh kerana kuih ni kuih orang Utara, ia menjadi favorite Unclepali. Tapi Kjee pun suka biasa lah tu semua makanan sedap aku suka.

Kuih Dangai diperbuat dari tepung pulut, kelapa parut dan gula serta sedikit garam. Macam tulah sikit lebih kurang, kalau tak silap. Pepandai je aku bagi resipi sedangkan buat pun tak pernah! Kemudian dia guna acuan special. Dan dibakar atas api gas, tak payah masuk oven.

Rasanya, mestilah sedap. Lemak2 manis gitu. Itu jer. Oh ya nanti hari Isnin Kjee gi Alor Setar. Nak cari kuih dangai ori pulak.



Friday, November 25, 2011

MENTONG DI UNCLE CILLI'S



Butter Prawns 

Taufoo Goreng



Layan gambar jer lah ya. Sekarang dapur Kjee dah jarang sangat berasap. So most of the time makan kat luar sebab tak ada masa. Tapi esok, hari Sabtu, Insya allah dapur akan berasap semula.



In the mean time, korang tumpanglah tengok gambar ni. Ini masa kami makan di restoran Uncle Cili, Amcorp Mall beberapa hari yang lepas.

Semua sedap. Kami order Butter Prawns, Seafood Curry, Taufoo Goreng dan terung masak cili. Dan of course nasi putih. Layannnnn.


Seafood Curry

Sambal Terung



JOM PIII GEGAQ ALOQ SETAQ!!!

Dah confirm. Kjee dan Unclepali akan ke Alor Setar, Kedah dan menginap di Hotel Grand Crystal, Isnin, 28 November 2011. Turut bersama ialah Dato Hafifi Hafidz dan juga penasihat kesihatan 4Life (Champions Group), Dr Tamilselvan Suppiah.



Dr Tamilselvan akan memberi tips kesihatan dan bagaimana produk 4Life boleh membantu, di hotel tersebut pada jam 8 malam. Perlu diingat, ini adalah julung2 kali Dr Tamilselvan ke Alor Setar. Beliau sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan nasihat kepada mereka yang sakit dan memerlukan produk Transfer Factor.

Tidak ada paksaan untuk membeli atau menjadi ahli. Datang jer dengar. Masuk adalah percuma. Bawak sekali sesiapa yang sakit supaya doktor sendiri boleh beritahu dan memberikan pandangan apa cara untuk merawatnya.

Dan selain itu, ada jugak Dato Hafifi Hafdz, bekas Pengarang Eksekutif Berita Harian yang berjaya bertarung dengan penyakit kanser hidung, akan turut serta. Korang boleh dengar sendiri bagaimana Dato Hafifi berjaya pulih setelah mengidap kanser hidung tahap 4! Doktor sudah suruh dia balik dan buat wasiat. Tetapi alhamdullilah, beliau kini sudah pulih dengan izinNya.

Pastu korang tak nak ke jumpa Kjee? Bukan senang jugak nak jumpa Kjee tau. So jomlah ramai2 kita bermesra2an. Yang lelaki boleh bermesra2an dengan Unclepali bukan Kjee tau! Hehehe.

Ingat betul2 tarikhnya
28 November 2011
Jam 8 malam
Hotel Grand Crystal, Alor Setar.
0126780501 atau Unclepali 0123816091

DI'TIPU' SAHABAT YANG SANGAT KUPERCAYAI!




Nak kata Kjee happy, tidak, nak kata Kjee sedih, pun tidak. Tetapi Kjee terkilan. Terkilan tahap gaban dengan kejujuran seorang kawan yang Kjee sudah anggap seperti sahabat! Nak kata adik, bukan darah daging tetapi cukuplah Kjee kata dia ni Kjee fikirkan sahabat Kjee, dunia akhirat.


Tetapi, baru sekarang Kjee sedar bahawa kita tidak seharusnya memberi gelaran sahabat kepada orang yang tidak mengenang budi. Dia ni pernah 'kencingkan' Kjee  berpuluh tahun lalu. Kjee pernah berjanji pada diri ini, Kjee tidak akan pandang dia lagi buat kali kedua dalam hidup ini.

Lama Kjee jauhkan diri daripadanya sebab hati Kjee terlalu hancur dengan apa yang dia lakukan dulu. Tetapi kini Kjee sudah maafkan yang sudah. Maka bertautlah kembali persahabatan kami. Kjee terlalu mempercayainya walaupun ada yang cuba suruh Kjee was was dengan manusia ini.

Kjee ketawa kerana Kjee kata, Kjee percaya dia dua ratus peratus! Kjee sayang sangat dia kerana kami senasib.

Tetapi Allah swt tahu isi hati dan kejujuran Kjee. Kjee segera diberitahu mengenai 'ketidak jujuran' sahabat tadi. Terkejut kami tiga beranak dengan 'penemuan' bukti penipuan sahabat Kjee itu.

Hati Kjee hancur, pedih bagai dihiris sembilu. Tetapi Kjee boleh maafkan dia. Dia hanya insan biasa yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. I know you are desperate but I'm sorry, I can't forget what you have done!

Dari hari ini, Kjee mahu padam gelaran sahabat yang Kjee berikan kepada dia kerana dia tak layak digelar sahabat Kjee. Tak mengapa awak buat saya tetapi janganlah awak cuba melakukan yang sama kepada orang lain. Tak berbaloi!!

Thursday, November 24, 2011

DINNER DI ARIMA CLASSIC, WESTERN FOOD

Semalam kami gi makan di Arima Classic, Western food dengan my brother dan famili dia. Tetapi tiga gambar jer yang sempat snap. Yang lain tak sempat sebab semua dah kelaparan. Hehehe.

Antara makanan yang menjadi pilihan kami ialah Braised Lamb Shank, Sirlon Steak, Fishs And Chips, Olio Aglio, Lamb Chop, Mushroom Soup, Garlic Bread dan ehh ntah apa lupa la. Nak tahu dimana Arima Classic, klik sini. 

Olio Aglio 

Lamb Chops

Fish and Chips

Wednesday, November 23, 2011

ALL YOUR LOVE SITI DAH CAPAI 45-RIBU UNIT? BIAR BETUL!!!

Ehsan google

Terkejut beruk Kjee tadi apabila terbaca berita kononnya album Inggeris Siti Nurhaliza berjudul All Your Love, dah terjual sebanyak 45-ribu unit. Dalam hati, ini mesti kes kelentong! Mustahil boleh jual sebanyak itu dalam masa 1 bulan! 

Dah ramai sangat penyanyi yang kelentong selama ini. Dari zaman Kjee mula2 jadi wartawan sampai Kjee dah gantung buku nota dan pen! Kalau kat luar negara mungkin tak mustahil tapi kat Malaysia....hmmmm.


Rupa2nya mata Kjee yang salah. Kjee tersilap baca heading berita itu dalam mStar. Rupa2nya Siti menafikan cerita tersebut. Hehehe nampak sangat Kjee keletihan sampaikan nampak yang bukan2! Siti kata, hanya selepas 6 bulan baru boleh tahu berapa jualannya. Beliau hanya expect 10,000 unit!

Well, 10,000 unit di zaman sekarang pun agak susah hendak dicapai sebenarnya. Maklumlah di zaman sekarang ini, orang dah tak beli CD lagi. Download jer kat internet. Lanun cetak rompak pun sekarang dah susah cari makan tau!

Khabarnya, Siti kata dia nak buat macam2 projek tahun depan untuk promote All Your Love dan juga pelbagai promosi barangan Simplicity termasuk buat biografi ulangtahunnya. 

Kjee harap Siti tak kata semua itu hadiah buat peminat setianya. Dah penat Kjee dengar penyanyi kita kata nak buat konsert dan macam2 lagi sebagai hadiah buat peminat. Persoalannya, kalau disebut hadiah, maknanya PERCUMA kan? Bukanlah buat album khas atau biografi tetapi peminat KENA BELI! Itu bukan hadiah dalam erti kata sebenarnya, setuju tak?




Tuesday, November 22, 2011

MI KARI OH MI KARI...P~~~

MI KARI DI UNCLE CHILLI

MI KARI DI PAPA RICH

Apabila bercerita pasal Mi Kari, korang tak payah kelentong akulah. Tekak Kjee ni ni memang terer dalam bab makan mi kari. Pantang jer Kjee dengar ada restoran jual Mi Kari, aku akan terjah!! Tapi maaf yer, tekak Kjee punya selera bukan Mi Kari Melayu. Sedap macam mana pun korang kata ada jual, Kjee tetap say No No No.




Sebab itulah kalau Kjee dapat peluang belajar dulu, Kjee punyalah suka. Dan hingga kini resipi Mi Kari Nyonya yang Kjee dapat 20 tahun dulu masih Kjee simpan dengan rapi. Dan pasti ramai yang sudah menerainya sebab resipi ada di sini atau dalam Facebook Kjee.

Kjee tak kata Mi Kari Nyonya Kjee sedap tetapi orang yang ajar Kjee tu (Nonya Kantin NST dulu dulu) punya resipi memang hebat!!! Hidup ke lagi nyonya tu?

And then Kjee yang selalu tak pernah putus asa mencuba Mi Kari ala Nyonya yang orang kata sedap, dah cuba tiga  restoran di KL ni yang sesuwai dengan citarasa Kjee. Cubalah di Papa Rich (yang memang terlalu rich dengan santan), Cili Padi's yang cukup rasa dan yang terbaru di Uncle Chili, Amcorp Mall.

Kalau tanya Kjee, antara ketiga2 restoran itu, mana paling sedap, Kjee boleh bagitau ketiga2nya sedap. Tetapi yang dijual di Uncle Chilli's lebih sesuai dengan tekak Kjee sebab mereka tidak over bubuh santan!! Dan rasanya sikit lebih kurang mcam yang Kjee buat!

Resipi original Mi Kari Nyonya memang lemak. Kekadang terlalu lemak macam yang Kjee makan kat satu restoran di Jongker Walk, Melaka. Terlalu lemak sampai muak! Sebab itulah Mi Kari yang Kjee jual dulu, Kjee adjust sikit santannya. Dan Kjee amatlah suka apabila Uncle Chilli ada jual Mi Kari yang Kjee suka. Cuma satu jer kurang. Mereka tidak bubuh kerang yang memang sinonim dengan Mi Kari Cina.



MY VERSION - VERSI KJEE

Monday, November 21, 2011

WE ARE THE CHAMPIONS!!!!



TERSEREMPAK BADE HJ AZMI DI AMCORP MALL





Bersama Bade dan anak2 buah dia tengah shooting drama di Amcorp Mall



Hari ini hari jumpa anak seni. Pagi jumpa Farouk dan tengah hari terserempak pulak dengan pengarah terkenal Bade, suami kepada Erma Fatima yang tengah shooting di Amcorp Mall.

Dulu Bade dan Erma adalah pelanggan setia di gerai Kjee di Medan Selera Anjung Melawati. Anak2 mereka juga turut sama jamu selera setiap hari. Rindu sangat kat Ain dan Citra. Erma suka Kway Teow Beef Ginger sementara Badar dan Ain suka sangat nasi lemak dan teh tarik Unclepali.

Dan tiga tahun Kjee tak meniaga. So taklah jumpa Bade dan keluarganya walaupun rumah mereka sepelaung jer dari rumah Kjee. Tetapi kerana masing2 sibuk dengan tugasan sendiri, maka kami jarang sekali bertembung.

So hari ini, dapatlah Kjee jumpa Bade yang sangat2 hormat orang tua cam Kjee. Kjee dulu masa muda remaja (dan of course slim giler) kerja bersama arwah ayah Bade, Hj Azmi di RTM. Ini RTM betul2 bukan Rehat Tunggu Mati. Hehehe.  Arwah ayah Bade, handsome giler masa tu dan sangat2 suka mengusik Kjee. Maklumlah masa tu Kjee baru berusia belasan tahun tapi dah kerja.

Tak sangka apabila sudah tua, dapat pulak berkenalan dengan Bade, seorang jurukamera filem yang cukup handal! Sekarang dah lama naik pangkat jadi pengarah. Walaupun Bade ni nampak pendiam tetapi dia cukup peramah. Kalau datang gerai Kjee dulu, boleh berbual panjang lebar pasal pengalaman dia menjadi petugas di belakang tabir filem.





FAROUK HUSSEIN MAKIN TUA MAKIN ENSEM. HEHEHE


Farouk dan Lina bahagia sekali




Ingat tak lagi pada Farouk Hussein? Ala yang berlakon filem Anak mami dan juga pengacara Sinaran Pasport Kegemilangan! Juga yang jadi pengacara Warung Kita di Astro.


Hah pagi tadi, setelah hampir 13 tahun kot tak jumpa dia, Kjee terserempak dengan dia di Restoran Nasi Kandar Kudu Abdul. Kjee tengah tunggu makanan sampai apabila Kjee nampak kelibat dia dan isterinya. Tetapi Kjee konfius samada itu Farouk atau Man Bai.

Tak lama kemudian Kjee nampak isterinya (L:ina) bisik2 dengan Farouk yang duduk membelakangkan Kjee. Kemudian apabila makanan sampai, terkejut Kjee apabila Farouk datang ke meja Kjee. Kjee terkejut sebab Farouk nampak muda sangat. Lebih 13 tahun dah berlalu tetapi wajahnya masih nampak muda dan handsome. Tetapi kini kepala sudah di shave licin!

Apa lagi, riuh rendahlah kami berbual kisah2 lama. Dulu masa Farouk jadi pengacara Sinaran Pasport Kegemilangan, tiap kali ada rakaman, mesti muka Kjee ada jer enter frame kat studio mini TV3  di Jalan Liku, Bangsar. Masa tu Farouk masih slim. Sekarang tak lah slim cam dulu tetapi handsomenya maintain.

Farouk kata dia sudah kureng minat berlakon. Masanya terisi dengan menjadi emcee apa jua majlis dari orang kahwin ke majlis korporat! Isterinya Lina masih menjadi managernya.  Kjee pun tanya, boleh hidup ke buat kerja freelance macam tu?

"Alhamdullilah kak. Bila tiba hujung tahun macam sekarang ni, tak menang tangan! Sibuk sangat sebab banyak undangan majlis famili day, company dinners dan sebagainya," kata Farouk yang bisik pada Kjee sekarang dia sudah mencecah 44 tahun! Laaa Kjee ingat baru 30 tahun!!

So, kalau ada sesiapa nak undang Farouk jadi emcee, call jer Kjee. Nanti Kjee hubungkan awak dengan Farouk. don't worry. Tak ada percent punya. Hehehe.


Masih maintain ensem hehehe

BOK KUMAN KAT HOSPITAL TAWAKKAL


Bersama Johan Abdullah aka JP

Jazzly, anak Johan dan Wan Noor Rizan


Inilah wajah terbaru pelawak terkenal Bob Kuman. Gambar ini ehsan Wan Noor Rizan yang pergi menziarah Bob bersama suaminya pengarah muzik popular Johan Abdullah atau JP serta anak mereka Jazzly.



Kata Wan, air mata Bob berlinangan ketika nampak Wan dan keluarganya datang berkunjung.  Badan Bob dah kurus sekarang setelah mengambil produk pelansingan. Tetapi faham2 jer lah. Oleh kerana tak excercise, badannya mengelebeh.

"Perut Bob bengkak dan keras. Risau gak Wan tengok, Kjee. Takut ada penyakit lain," kata Wan.

Bob sekarang menduda. Tetapi baru sahaja bertunang. Katanya nak kahwin tak lama lagi, nak dapat anak cepat2 sebab dia pun bukannya muda lagi. Walaupun sakit, Bob tetap boleh melawak. Apabila ada orang telefon, dia kata abang dia tengah datang jenguk dia. Dia ada abang omputih! Hehehe

Kalau kelapangan esok Kjee singgah kat Hospital Tawakkal dengan Unclepali. Kalau korang tak ikuti perkembangan, Bob terjatuh dalam bilik air rumahnya sampai pengsan sebab dahinya terhantuk sinki. Tidak ada siapa pun tahu. Entah berapa jam kemudian baru teman serumahnya balik dan terjumpa dia tersungkur dalam bilik air. Nauzubillah. 

Sunday, November 20, 2011

LEPAS RINDU JUMPA KHAIRIL ANWAR AMAN DAN KELUARGA





Semalam ketika Kjee tengah tunggu nak masuk dewan untuk mendengar Health Talk di opis 4Life, tetiba Unclepali datang sambil bisik katanya di bilik jualan di sebelah bilik itu, dia ternampak pelakon yang selalu datang bawak famili masa kami berniaga dulu.


Kjee blur seketika. Unclepali ni memang jarang kenal nama artis. Dia main sebut jer ikut description dia sendiri. Kjee tanya siapa. Dia kata ala yang anak pelakon tu suka sangat makan maggie goreng kosong no cilli. Terus teringat Kjee kepada aktor Khairil Anwar Aman.

Seketika kemudian, Khairil, isterinya Nik yang semakin lama semakin comel dan awet muda (ni mesti makan Belle Vie hehehe) dan tiga anak mereka datang. Rindunya Kjee kapda anak2 Khairil. Mereka akan  singgah makan di gerai Kjee dulu hampir setiap hari, sebelum pergi sekolah kerana sekolah mereka bersebelahan saja dengan foodcourt Anjung Melawati.

Dan lebih tiga tahun tidak menemui Khairil, Nik dan anak2. Maklumlah dah 3 tahun tak meniaga. Kjee kenal Khairil ketika dia masih berusia belasan tahun. Kakaknya Datin Adib, model terkenal era Noor Kumalasari dulu, adalah kawan baik arwah adik Kjee. Dan keluarga Khairil memang kawan keluarga Kjee.

Cantik2 anak Khairil dan Nik. Tiga2 wajah tak serupa. Tetapi rasanya mereka tak minat bidang lakonan macam papa mereka. The last time Kjee tahu, anak dara sunti yang sulung tu minat sukan. Tengoklah umur baru belasan tahun dah tinggi daripada mummy mereka.

Tak sangka jumpa di opis 4Life. Dah 3 tahun, kata Nik mereka sekeluarga berlanggan 4Life. Bapa Khariril, Uncle Yusman Aman (usianya 80-an kot) yang dulu teruk kena lelah, khabarnya sekarang sudah pulih kerana makan Transfer Factor. Alhamdullilah.

Dah lepas rindu Kjee bertemu mereka semalam.


BOB JATUH DALAM BILIK AIR



Bob atau Husni. - foto google

Sedih sangat dapat berita Bob (Kuman), dimasukkan ke Hospital Tawakkal setelah terjatuh dalam bilik air. Bob atau nama sebenar Husni Rawi, 39 tahun dikejarkan ke Tawakkal dari rumahnya di Kota Damansara, lapor mStar.


Baru beberapa hari lepas Kjee tengah layan satu blog dan lihat testimoni Bob. Dia telah makan sejenis produk pelansingan dan berat badannya susut dengan mendadak. Kalau tak silap Kjee, hampir 40 kilogram! Tetapi hari ini dapat berita sedih pulak.

Mudah2an Bob tidak mengalami kecederaan yang serius. Kjee dan Unclepali kenal baik dengan Bob. Kalau ada kelapangan nak pergi ziarah dia di Hospital, Insya Allah.

Last jumpa Bob ketika SENIMAN bagi sumbangan kepada beberapa artis tanahair termasuk Kjee, setahun yang lalu.

Saturday, November 19, 2011

WHY EMAN MANAN MASIH DUDA HAH?





Kalau jumpa Eman Manan, tak ramai wartawan berani tanya dia kenapa masih solo. Kjee pun kecut perut kalau jumpa dia dan tanya soalan sama. Eman ni serius sikit orangnya. Sikit lebih kurang tak berapa mesra alam lah.


Eh itu dulu. Sekarang gua tak taw sebab gua dah lama tak jumpa dia. Tapi Kjee baca dalam mStar, dia kata belum ada jodoh lagi. Oh ya ker? Bukan ke dia dah lama nikah dengan orang Ganu selepas berpisah dengan Ogy Ahmad Daud? Itu yang Kjee dengarlah dari member orang Ganu.

Tapi oppsss, Kjee tak berani ulas panjang lebar. Eman tak suka kisah peribadinya orang tulis. Kjee takottt sebab dia ni terer silat. Silap hari bulan, terpelanting aku nanti.

Tapi Kjee suka dailog dia kepada wartawan mStar: "Saya mahu cari seorang wanita yang sayang saya dan saya sayang dia." Eh mestilah babe. Hilang akal ke nak cari calon suami/isteri di kalangan orang tak sayang kita or kita tak sayang dia kan?

Arwah atok Kjee pernah pesan. Kalau nak kahwin, cari lelaki yang sayang awak setengah mati bukan awak stengah mati tergila2 kan dia. Korang ada faham itu pesanan? 

Kjee nak call Ogylah nanti. Nak usik2 dia pasal apa Eman kata. Kak Ogy kita best sangat2. Apa je dia kata, nanti Kjee tulis yer. Tungguuuu....esok.


foto2 semua gua google jer

SHIRA NAK BERHENTI JADI DEEJAY?


Shira dan Ijoy

Kjee memang paling tak suka buat dua atau tiga kerja sekali gus. Kalau buat satu satu kerja, Kjee akan fokus dan selesaiikannya sebaik mungkin, baru Kjee beralih kepada kerja lain. Ini pengalaman yang Kjee dapat masa jadi Pengurus Produksi drama (PM or Production Manager) dulu.



Ada PM yang boleh buat dua tugasan sekali gus semata2 kerana duit. Dia pasang assistant yang cekap tapi selalunya dapat yang less cekap dan dia monitor atau pantau dari jauh. Tetapi pada Kjee, itu suatu kerja yang berisiko tinggi. Bukan mudah jadi PM. Berjaya atau tidak sesuatu produksi itu bergantung di atas kecekapan seorang PM.

Produser keluarkan duit berpuluh2 ribu (untuk drama) dan lebih sejuta ringgit untuk filem atau dramanya. Kalau dia dapat PM 'kaki kencing' maka punah ranahlah harapan dia nak dapat end product yang bagus dan boleh dapat untung.

Sebab itulah, apabila Kjee berjinak2 dengan bisnes baru ni nak sebut 4Life nanti ada pula yang mencebik Kjee 'korbankan' seketika karier Kjee sebagai penulis skrip Buat seketika jer. Skrip terakhir Kjee ialah Kasihnya Rima (13 Episod) dan Phee Lam Lee (13 episod jugak). 

Buat apa nak tamak kan? Sini kejar, sana kejar, last last habuk pun tarak!

Kjee hanya boleh buat kerja rumah, dua kerja sekali gus. Misalnya sambil tengok tv (itu kerja tau) sambil melipat kain baju. Sambil tengok TV peluk kucing atau sambil makan jawab telefon kalau tercekik belakang kira. Banyak lagi yang boleh buat dua kerja sekali gus dalam rumah tapi itu korang fikirkanlah sendiri kan.

Wah ini entry merapu Kjee, korang mesti kata. Habis tu kalau tak ada entry korang complain. Nasib lah kan. Hehehe

Anyway berbalik kepada cerita terkejar sana terkejar sini buat kerja semata2 kerana duit, Kjee teringat cerita Sharifah Shahira atau Kjee panggil Shira yang khabarnya nak tinggal Suria FM kerana tak larat. Maklumlah Shira ni serba boleh. Serba boleh dan bagus sangat dalam apa jua bidang yang dia ceburi.

Shira dan Halim Othman - foto2 ehsan google

So bila serba boleh dan bagus, pasti ramai yang nak ambil dia samada untuk berlakon mahupun jadi pengacara. Pepaham je lah, kalau jadi pengacara majlis, mestilah sampai jauh malam. Tetapi pepagi buta dah nak kena bangun gi Suria FM jadi deejay.

Shira kata dia sudah mula rasa bebanan kerjanya terlalu berat. Anak2 pulak kecik2 dan ramai sempat gak ko buat ramai ramai kan Shira. So latest story Kjee dengar dia macam nak berhenti bangun pagi2. So maknanya tak nak lah buat kerja deejay lagi. Gossip dia nak berhenti tu dah lama tersebar. Tetapi Shira kata dia belum buat keputusan lagi.

Fikirlah baik2. Dalam terkejar2 cari duit, bodi pun kena jaga, Ijoy dan anak2 pun kena tengok2 jugak. Mereka seharusnya diutamakan. I guess only you can decide what's best Shira. Good luck!


Friday, November 18, 2011

KEDAI NI KELUARGA KJEE DAH LANGGAN 5 GENERASI!

Bakso kosong
Kedai Mi Jawa Suwarno di Pasar Minggu, Kuala Lumpur mempunyai banyak sangat kenangan dalam hidup Kjee. Kjee dibesarkan dengan Mi Jawa ini yang resipinya memang ori dari Tanah Jawa. Kini taukenya sudah pencen dan diambilalih oleh anak sudaranya tetapi rasanya tetap maintain.

Kjee kata kedai ini banyak kenangan sebab ia adalah makanan favorite kami sekeluarga dari lima keturunan. Nadia adalah generasi ke-5, believe it or not!! Ini bermakna, bermula dari nenek moyang, nenek, bonda, Kjee dan Nadia sudah makan di kedai ini. Kalau Nadia ada anak kelak, akan jadi generasi ke-6!! Sempoi nya!!


Sate kambing 
Soto Jawa







Mi Jawa

Mihun Soto

Kicap cili api


Signboard pun main  conteng jer. hehehe

Gerai pesen lima puluhan



Mesti korang pelik kenapa sampai 5 generasi Kjee makan di situ. Hebat sangat ker? Entahlah, tekak Jawa kami memanglah sesuwai sangat makan Mi Jawa dan Soto Suwarno. Sekarang dah ditambah pulak menu Bakso dan juga sate Kambing! Jugak menjadi favorite kami sekeluarga!

Tadi, sewaktu jemput Nadia dari kampusnya di Cap Square, KL, masing2 tak tahu apa nak makan. Unclepali nak makan kat Kudu tapi Kjee kata dah petang lauk mesti habis. Lagipun esok dan ahad, tauke Kudu (adik beradik kembar) cuti balik Penang. Kjee suggest Wong Solo kat Kpg Baru. Nadia pulak nak makan soto.

So beraraklah kami ke Pasar Minggu. Nasib baik tak hujan. Kedai or gerai ni dah wujud lebih kurang 55 tahun!!! So pepaham jer lah. Dia orang tak renovate sejak Kjee kecik. Or mungkin tambah sikit kat dapur dan baiki atap. Sebiji macam gerai dalam drama or filem di Indonesia!!

Kalau tak silap Kjee, pernah Kjee tengok gerai ni dijadikan lokasi drama tapi tak ingat drama apa. Mungkin Suamiku dari Seberang or something like that.

Hari ni, kami makan yang wajib. Nadia order soto tak nak ayam lebih bergedil, Unclepali mihun soto dan Kjee order Mi Jawa dan Bakso kosong (tanpa mi or mihun). Setiap pinggan harga RM3.50! Keenakan rasanya lebih daripada harga tu tau! Kemudian Nadia teringat sate kambing. Kjee order 10 cucuk. Sate ni unik. Tak ada kuah cuma kicap cili pedas dan hirisan bawang serta tomato. Harga 10 cucuk RM8.

Malas nak citer panjang lagi. Cubalah korang try sendiri. Masuk je ke bahagian belakang Pasar Minggu, Kampung Baru dan tanya mana kedai Mi Jawa Suwarno.

Tadi bil kami RM22.50 jer termasuk air. Kenyang cam nak pengsan!!


Sempoi je kan?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...