![]() |
| Hospital Selayang - ehsan google |
Kjee sebenarnya sudah bersiap2 hendak menghantar sumbangan product Transfer Factor kepada Farah. Kjee terus call Kak Ani yang bersama Farah di sana. Kononnya semalam Farah okay tetapi pagi tadi tiba2 dia sakit kembali. Sakitnya kini di bahagain perut. Ayahnya terus mengejarkannya ke hospital.
Oleh kerana terlalu padat dengan temujanji hari ini, Kjee tidak dapat pergi menjenguk Farah di Hospital. Lepas Isyak, Kjee call abang Effendy, ayah Farah. Menurutnya, Farah mengalami komplikasi di hati (liver).
"Doktor menahannya dan kami masih belum tahu apa yang akan dilakukan. Harap2 semua doakan yang terbaik buat Farah yer," kata abang Effendy.
Kjee harap dapat menyampaikan sumbangan semua iaitu 1 pek kombo Rio Vida Plus, 1 kotak Rio Rida dan 1 botol TF Plus, esok. Semuanya bernilai RM1231. Kemudian semua barang ini Kjee signkan bawah nama suami Umi iaitu Shah Rizan. Umi sudah beberapa bulan menjadi ahli. Kjee belikan product RM750 bawah nama Shah dan bakinya bawah nama Umi.
Kini setakat jam 11.20 malam (Rabu 18 Januari), jumlah yang berbaki dari segala sumbangan anda ialah RM240 dari kedua2 bank iaitu CIMB dan juga Maybank. Kjee akan menyimpan dulu duit itu. Sekiranya ada lagi sumbangan yang masuk, Kjee akan campurkan dan gunakan untuk membeli lagi product.
Sementara itu, Kjee berharap kita semua berdoa bukan sahaja untuk Farah tetapi juga kepada Kak Selmah dan juga semua insan2 yang sedang mengalami detik2 diuji Allah swt dengan pelbagai jenis penyakit. Mudah2an doa kita dapat membantu mereka memperolehi kesihatan yang lebih baik, dengan izinNya. Amin.


3 comments:
begitu jugalah harapan kami kakjee...semoga semuanya ada perubahan yang lebih baik..
InsyaAllah..amin
murah hati kawan2 blog kakjee.. semoga farah, kak selmah diberi kesembuhan . Amin.
Post a Comment