Monday, January 16, 2012

INSAN YANG MENDERITA KANSER PERLU BANTUAN KITA

Unclepali sedang isi borang untuk belikan product untuk kak Selmah di office 4Life, PJ

Ini product bernilai RM750 untuk satu minggu 

Kad keahlian Kak Selmah. Ejaan nama beliau salah. Esok nak ke office perbetulkan


 Hari ini adik2 Kjee dalam friend list Kjee di Facebook telah melakukan sesuatu yang luar dugaan. Pagi tadi Kjee telah menerima panggilan telefon dari Kak Selmah yang tidak Kjee kenali, dari Selayang. Beliau seorang pesakit kanser payudara tahap 3. Kak Selmah telahpun menjalani pembedahan dan juga kimoterapi.






Beliau ingin tahu samada ada product TF yang boleh diambilnya. Apabila Kjee beritahu, 4Life ada pack khas untuk kanser iaitu dua kotak Rio Vida dan dua botol TF Plus dengan harga RM750, beliau terkejut. Berapa lama harus makan, tanya Kak Selmah. Kjee kata antara dua atau 3 bulan.

Kjee Selmah kata, dia tidak mampu tetapi nak cubalah beli 1 botol. Kjee kata kalau 1 botol tak boleh nampak sebarang kesan. Lagipun, seelok2nya kena minum sekali jus Rio Vida. Beliau menegaskan tidak mampu kerana beliau hanya seorang pesara Kerajaan. Beliau kemudian memberitahu akan cubalah mendapatkan wang untuk beli sekurangnya2 tiga botol.

Kjee menangis membayangkan bagaimana seorang kakak berusia 62 tahun, begitu bersungguh2 mahu mencari penawar kepada penyakit yang dihidapinya. Apabila Kjee online, Kjee terus tulis betapa panggilan telefon Puan Selmah telah membuatkan Kjee menangis. Beliau antara ribuan pesakit kanser yang meraba2 dalam kegelapan untuk mencari penawar. Penghalangnya ialah kesempitan kewangan!

Kjee tak sangka langsung, apa yang Kjee tulis di FB telah mengundang ramai kengkawan untuk bertanya cara untuk mereka bantu Puan Selmah. Mereka minta Kjee berikan nombor akaun bank. 

Dan pada jam 10.10 minit malam tadi, sebanyak RM2,166 telah berjaya dikumpul. Ada fren dari Australia turut sms Kjee beritahu dia telah suruh seorang kawannya di Malaysia bank in. Begitu juga seorang kenalan FB di Spore!!

Dari jumlah itu, Kjee telah beli 1 combo Rio Vida bernilai RM750 termasuk Kjee dafatarkan Puan Selmah sebagai ahli. Ini akan membolehkan dia mendapat imbuhan sekiranya dia menggunakan kad keahliannya untuk membeli lagi. Ketika Kjee belikan combo itu, kutipan baru mencecah RM500. Tetapi Kjee yakin sumbangan akan masuk lagi sebab itu Kjee belikan dulu untuk diserahkan kepada Puan Selmah.

Nadia serahkan sumbangan supplimen TF. kak Selmah mohon gambar wajahnya tidak dirakamkan
Puan Selmah terkedu apabila Kjee dan keluarga terjah ke rumah beliau di Selayang dan menyerahkan sumbangan awal fren FB. Beliau hanya mampu mengesat airmata tanpa dapat berkata apa2. Beliau memohon agar gambar wajahnya tidak Kjee rakamkan.

Sebelum kami pulang, Puan Selmah hanya boleh mengangkat kedua belah tangannya mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.

Baki wang yang Kjee terima setakat 10.10 malam tadi iaitu RM1386 akan Kjee gunakan untuk membeli 1 lagi combo buat Puan Selmah. Lebihnya iaitu RM636, akan Kjee belikan 1 set combo Rio Vida yang sama bernilai RM750 untuk seorang lagi pesakit kanser hati iaitu adik Farah.

Farah, 25 tahun, mengidap kanser hati (liver) tahap 4. Dia baru sahaja dikeluarkan dari Hospital Selayang dua hari lepas, setelah menjalani kimoterapi. Khabarnya kanser itu telah merebak ke otaknya. Doktor memberinya peluang hanya 6 bulan untuk hidup.

Seandainya esok masih ada yang sudi menderma, Kjee akan cuba berikan dua pack combo Rio Vida bernilai RM1,500. Maknanya, Kjee masih memerlukan RM864 untuk belikan 2 pack itu untuk Farah.

Farah adalah antara mereka yang Kjee syorkan makan Transfer Factor untuk melawan penyakitnya. Malangnya, selepas dua bulan, Farah tidak lagi mampu untuk membeli supplimen berkenaan.

Frens di blog Kjee ada kira2 dua ribu orang. Seandainya anda menderma RM1 seorang, Insya Allah Farah akan dapat supplimen untuk membantunya melawan kanser yang dihidapinya. Ini hari Farah, kita tidak tahu bila Allah swt akan menguji kita atau keluarga kita.

Semua sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Farah Nadia (anak Kjee) Maybank 162200049249 atau CIMB Pazeli Ishak (Unclepali) 14350069994523. Insya Allah, Kjee akan salurkan bantuan dalam bentuk supplimen Transfer factor buat adik Farah. Terima kasih.

15 comments:

Anonymous said...

Salam

ni akaun bank mana?

mamaijat said...

.....kak jee,semugabusha murni akan mendapat balasanNYA...
.....mamaijat ada sorang kawan baru juga ..mak cik Z...dari hulu kelang....(ada mamaijat tulis kes beliau dalam blog mamaijat)..
beliau 63 tahun,ibu tunggal,pesara kerajaan..
juga baru lepas operasi dan menjalani kimo kali pertama..
mamaijat ada juga storkan 4 life pada beliau..dan kes yang sama..x mampu...

dan apalah daya mamaijat.......
harap kak jee dapat membantu makcik z juga...

Anonymous said...

akaun anak kjee,nadia tu akaun maybank.
kjee terlupa lah tu nak tulis...

Anonymous said...

Assalam Kak Jee,

Semoga dalam limpahan rahmatNYA..
Boleh saya tahu akaun Nadia tu bank apa ye?

Tq.

Gee

makcikkantin said...

alhamdulillah, murni usaha kak jee, & mulia hati rakan2, moga sama2 mendapat manafaat dari usaha murni ini.
akaun nadia tu cimb ke?

Kjee said...

Maaf. Maybank. Lupa tulis malam tadi. leih sangat. Kalau CIMB Pazeli Ishak 14350069994523

elly said...

meremang roma baca entry kak jee kali ni...dan dalam pada yang sama.. sebak sangat... gembira juga ada.... semoga usaha kak jee dan yang bantuan dari teman yang lain akan mendapat imbuhan dari Nya ...

mariam said...

salam Kak Jee.....Mulia sungguh hati kak Jee semuga Allah permudahkan semua usha Kak Jee dan di beri kesihatan yang baik untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

shaty said...

alhamdulillah .. kak jee melangkah setapak lagi .. kearah membantu mereka yang memerlukan bantuan. kak jee ada ' pengaruh ' besar untuk mengajak rakan-rakan membantu mereka yang dalam kesempitan untuk merawat penyakit yang dihadapi. Pasti usaha ini diberkati NYA. Tak ramai mampu nak beli TF sebab semua tahu harganya bukan alang-alang. Dah tu .. bukan cukup setakat sebotol atau sebulan mengamalkannya. Perlu modal besar .. so dengan bantu KITA SEMUA .. insha Allah ...

Irfa said...

fb ini jika di guna untuk kebaikkan InsyaAllah kebaikkan juga yg kita dapat.moga kak salmah terus tabah dan insyaAllh boleh sembuh

afnilogy said...

insyaAllah kak jee..lps abis kerja saya bank in dlm acc nadia.

Noreha Ali said...

Kak Jee, saya amat terharu di atas keperihatinan Kak Jee sekeluarga dalam membantu insan2 yang memerlukan...InsyaAllah, semoga Allah memberkati dan memberi rezeki yang berlipat ganda pada Kak Jee...

Kjee said...

Noreha, kjee hanya lakukan apa yg menjadi tuntutan iaitu menolong sesama insan. Terima kasih kepada semua yg begitu ikhlas menghulurkan sumbangan justru membolehkan kjee menggerakkan usaha.

Rizal Hj Sam said...

Assalamualaikum wbt..

Saya mewakili keluarga Pn Selmah, ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan Kjee dan juga rakan2 yg menderma. Semoga Allah Swt memberkati dan membalas niat murni KJee dan rakan2. Barakallah.

Norhafidza said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...