Tuesday, January 17, 2012

JOM BANTU FARAH...KANSER DI HATI TELAH MEREBAK KE OTAK

Kjee bersama Kak Ani dan product yang disumbangkan semua


Petang tadi Kjee ke rumah Farah di Apartment Idaman, Damansara Damai untuk hantar 1 pek Rio Vida Plus Combo yang bernilai RM750. Awal pagi tadi hajat hati Kjee nak hantar dua pek tetapi ketika Kjee ke office 4Life, duit hanya cukup untuk beli 1 Pek.

Dalam hati, Kjee berdoa agar ada lagi duit masuk supaya Farah mendapat lebih banyak bekalan Rio Vida dan TF Plus. Kini dia amat lemah setelah kembali dari hospital setelah menjalani kimoterapi. Buat pengetahuan semua, Farah, 25 tahun, mengidap kanser hati dan sedihnya kanser itu telah merebak ke tempat lain. Doktor memberitahu dia kini di tahap 4 (paling kritikal) dan meramalkan hanya ada peluang 6 bulan untuk hidup.

Dalam perjalanan ke Damansara Damai, Kjee bukak my Galaxy Tab untuk cek mesej dan emel. Terkejut besar Kjee melihat satu sumbangan sebanyak RM1,000 dari satu penderma!! Airmata Kjee mengalir deras. Dalam fikiran Kjee, Kjee dah congak2, jumlah itu cukup untuk beli 1 pek combo (RM750) dan 1 lagi kotak Rio Vida (RM249)!

Allah swt telah mendengar doa Kjee agar ada penderma yang sudi beri sebanyak itu. Tak sangka Kjee, jumlah itu datang dari satu penderma!!! Terima kasih banyak2. Kepada semua yang telah menderma, hanya Allah swt sahaja yang membalasnya kelak!

Oleh kerana dah hampir sampai ke Damansara Damai, Kjee pun teruskan jumpa Farah dan rancang nak pergi office esok, beli semua yang patut dan hantar lagi selepas itu.

Sampai di sana, Kjee call Umi, kakak Farah. Rupa2nya apartmen mereka di tingkat 2. Kjee memang tak larat nak naik tangga. Kak Ani dan seorang adik Farah turun bertemu Kjee.

Airmata Kak Ani mengalir tanpa henti melihat Kjee. Dia memeluk Kjee dan beritahu Farah tidak dapat bangun sebab terlalu lemah. Kjee serahkan product 4Life yang korang sumbangkan. Kak Ani tidak mampu ucap apa2 cuma menangis.

Umi, kakak Farah tiba bersama suaminya. Mereka cukup sebak melihat kemurnian hati dan kesudian kengkawan FB dan blog Kjee membantu adiknya. Mereka memang sudah putus harap. Semua duit simpanan mereka sekeluarga sudah digembelingkan untuk membantu Farah. Dan sekarang mereka sebenarnya hanya mengharapkan suatu keajaiban!

Kjee tidak menghabiskan masa yang lama bersama mereka. Satu kerana airmata Kjee tak henti2 mengalir. Dua sebab Farah perlu cepat makan supplimen yang korang sumbang. Tiada masa lagi untuk berlengah2.

Sebelum Kjee masuk ke dalam kereta, kak Ani sempat bisik :"Allah swt telah menemukan kakak dengan Jee...Mati hidup balik pun kakak tidak akan lupa jasa Jee dan semua kengkawan Jee. Tolong doakan anak kakak selamat yer..."

Cepat2 Kjee masuk ke dalam kereta dan melambai2. Kami ke rumah baru kami di Sungai Buloh. Sepanjang jalan, airmata Kjee tidak henti2 mengalir.

Terima kasih semua. Anda semua telah memberi peluang kepada Farah untuk terus melawan penyakit yang dihidapinya. Moga segala apa yang anda lakukan itu akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah yang Maha Esa.

Farah perlu terus makan supplimen Transfer Factor selama dua bulan berturut turut. 1 pek Rio Vida plus bernilai RM750 hanya mampu bertahan seminggu. Esok Kjee hantar pek yang kedua dan jugak 1 lagi kotak Rio Vida (dua botol).

Seandainya ada sesiapa yang mahu menolong Farah, silakanlah. Walaupun Kjee sibuk ke sana kemari buat persiapan untuk berpindah ke rumah baru, Insya Allah Kjee akan pastikan ada sedikit masa untuk kumpulkan dana membantu Farah.

Sumbangan boleh di bank in ke Maybank Farah Nadia 162200049249 atau CIMB Pazeli Ishak 14350069994523. Terima kasih. Jasamu pasti dikenang Farah dan keluarganya.




4 comments:

Angah said...

hye aslm kak gee,saya kakak kepada shasha yg kol akak ptg tadi,..tadi mlm,makngah saya dah membeli pek yg disyorkan oleh kakgee,dan kalao tk silap makngah saya juga telah menghubungi kak gee,semoga kata2 kak gee menjadi semangat pada makngah saya,..kami sekeluarga mengucapkan terima kasih...semoga dipermudahkan segala urusan,..kita ihktiar dan usahakan.yang menentukan hanya ALLAH yang satu...terima kasih kak gee...

Kjee said...

salam Angah, kita hanya mampu berusaha. Hanya dengan izinNya, segala usaha kita akan berhasil, percayalah. salam pada mak ngah.

Anonymous said...

kak jee,
salam

saya nak minta tolong kak jee check kan 4life whether org yg ada fibroid ni boleh makan tak belle vie? saya dah beli 2 bottles (cny promotions) and bila saya baca kandungan dia ada kudzu (lobata), setau saya org yg ada fibroid or ketumbuhan or kanser tak leh ambik kudzu sebab dia salah satu agen estrogen. Tolong tanyakan ..saya dah makan 2 botol so this is my 3,4 bottles. saya ada fibroid 2cm...risau kalau dia dah membesar...tq

Kjee said...

Kjee dah call dr tamil. Dia kata fibroids memang tak boleh makan belle vie. Kanser boleh tapi ia bergantung kepda case by case.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...