Friday, January 6, 2012

PANDANGLAH LIHATLAH ...TIRU MACAM SAYA...




Kjee sebenarnya kurang rajin nak tulis pasal produk2 kecantikan. Maklumlah pada Kjee, hanya orang cantik jer yang boleh promote produk kecantikan. Yang kureng cantik cam Kjee baik main jejauh. Samalah macam ubat kurus. Kalau Kjee promote, tak ker kelakar giler kan?















Kalau ambil dua2 sekali pasti cepat kurus!
Tapi adik ipar Kjee, Haji Amir pernah kata..siapa kata you tak boleh promote ubat kurus. You kata cam ni...KALAU KORANG TAK NAK JADI MACAM KJEE, ELOK MAKAN UBAT KURUS NI...Ewah buat lawak lak adik ipar Kjee tu.


Tapi ada kebenarannya. Ada logik. Itulah kalau orang cerdik pandai cakap guna otak. Hehehe.

Anyway, tak payah panjangkan citer. Hari ni hari Jumaat. Tapi kalau korang tak nak jadi mcam Kjee, boleh ambil Tea4life atau Nutrastart. Hari tu Kjee janji 1 Januari nak start makan Nutrastart. Hampeh...tak start start lagi hehehe. Tapi Kjee tetap minum tea4Life untuk bersihkan usus dan senangkan proses pencernaan.

Okay berbalik kepada citer kecantikan. Kjee dah lama dah komplen kenapa kulit muka Kjee kering dan kekadang macam mengelupas (scaly). Kawan baik Kjee, CP (nama glamer) seorang beautician kata, itu tanda2 kulit wajah sudah dimakan usia. Kalau dah menopos, hormon dalam badan dah jadi tak belen (balance).

So sendiri mau ingatlah. Kenalah makan supplimen untuk selaraskan balik hormon dan juga kenalah keluarkan duit sikit untuk beli produk untuk kulit wajah. Well, bab supplimen tu okaylah jugak. Dulu Kjee telan bertan tan Evening Primrose Oil (EPO) tapi hampeh. Kulit tetap kering.

Bab keluarkan belanja beli produk penjagaan kulit muka, memang Kjee ni liat sikit. Itulah orang kata. Beli mekap mahal2. Tapi bila bab produk jaga kulit, beli yang biase2 jer...yang tak ada jenama. Asal adoo.

Tetapi sejak Kjee jadi ahli 4Life dan banyak barang boleh makan dan guna free, Kjee pun cubalah produk Enummi. Kjee sebut A New Me atau Aku Yang Baru. Agaknya, itulah cadangan awal orang 4Life yang hasilkan produk itu. Nak jadikan kita yang baru.



Kjee mula terdetik nak beli sebab dapat 1 botol Enummi Nite Recovery Cream, percuma. Kalau tak silap Kjee masa Kjee bagi testimoni di depan ahli2 lain di talk yang dibuat Dr Tamilselvan. Kjee belek2. Alamak, macam perli jer dapat hadiah ni. Kalau dah ada Nite Recovery Cream ni, takkan tak nak cuba kan?

Tup2 selang beberapa hari selepas itu, Kjee dapat lucky dip Enummi Protective Day Moisturiser. Free lagi. Dah ada satu krim untuk siang dan satu untuk malam. Habis tu, tak reti2 nak beli sendiri Enummi Gentle Facial Cleanser dan juga Refreshing Toner? Pastu mata pun dah mula nampak tanda2 kedutan. Tak nak ke beli Restoring Eye Cream?

Ewah, Kjee congak2 - Cleanser RM52 (mampu), Toner RM67 (tercekik sikit) dan Restoring Eye Cream RM135 (tercekik banyak). Itu tak termasuk Life C Energizing Serum RM115 (tercekik lagi). (Yang Kjee dapat free - Protective Day Moisturizer RM115 dan Night Recovery Cream RM 135. Nasib baik dapat FREE. Baiknya hati company bagi free kan?)

Kemudian Kjee sengih2 kat Unclepali. Kjee guna ayat power cam ni.."Kalau saya guna set Enummi, tentu kulit saya jadi cantik, awak mesti bangga bini awak ada kulit cantik di usia ini kan?" (Korang pasti dapat idea nak mintak suami belikan kan? Hehehe)

Fuyooo. Memang berkesan rupanya ayat power Kjee. Unclepali terus angguk. Tapi Kjee ni isteri yang baik. Kjee tak nak bagi poket Unclepali bocor luas sangat. Kjee beli satu satu. Dalam masa sebulan, jeng jeng jeng dapat kesemua produk itu. Hanya tak beli serum lagi sebab budget tak cukup.

Dan Kjee pun gunalah saban hari. Mula2 cuci dengan gentle Facial Cleanser, pastu dibersihkan guna toner. Siang Kjee bubuh day moisturizer dan eye cream sekeliling mata (guna kaedah anti clockwise) dan malam selepas proses pembersihan dan toner, Kjee guna Night Recovery Cream dan Eye Cream. 

Pastu sebelum tidur gosok gigi guna Enummi Toothpaste (RM36). Bukan malam jer, pagi pun. Ubat gigi ni elok sebab sebelum guna dulu, gusi Kjee selalu berdarah. Dah banyak ubat gigi mahal Kjee guna termasuk Sensodyne dan Phyodontyl. Gusi tak sakit tapi tetap berdarah. Nak buat camner...dah tua2 ni gusi pandai meragam dan nak guna ubat gigi mahal jer kan? Hehehe.

Okay berbalik kepada krim2 yang Kjee guna tu. Dalam masa seminggu, kulit wajah Kjee nampak perubahan ketara! Dah tak kering lagi. Hari tu Kjee jumpa adik angkat Kjee masa sarapan kat Thurkah. Dia tegur kata complexion Kjee sekarang nampak elok sangat. Adik angkat lelaki tau! Tapi kannn kita cedih cangat2 chebab Unclepali tak perasan kot. Huhuhu.

Anyway, Kjee citer jer. Korang nak cuba bolehlah. Setiap produk Enummi ada Transfer factor di dalamnya kecuali pencuci muka. Mungkin sebab itulah proses pembaikannya cepat berbanding dengan produk jenama lain.

4Life ada Skin Care System yang mengandungi 1 Gentle Facial Cleanser, 1 Refreshing Toner, 1 Protective Day Moisturizer, 1 Night Recovery Cream dan 1 Life C Energizing Serum. Harganya RM600 sahaja.  Sarawak dan Sabah  RM620.

Kalau korang minat, call Kjee 0126780501. Boleh jugak beli satu2 dulu cam Kjee hari tu. Hehehe. Tiba2 teringat lagu Saloma...Pandanglah Lihatlah...ewah.

NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. FARAH NADIA BT MOHD NOH (7351002)
  3. HISHAMMUDIN B. MOHAMED ZANYUIN (7405511)
  4. FARIDAH ABD SAMAD (7480143)
  5. PAZELI BIN ISHAK (7325368) 

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)




11 comments:

EQINKHADIJAH said...

sy pn beli satu2.. nk beli sekaligus bukan saje tercekik malah blh koma :D

Kjee said...

Yezza Eqin. Boleh koma kecuali dapat suami kaya!!! hehehe bila lagi???

Anonymous said...

:) kak gee ni pandai betul menconvencingkan orang...

Kjee said...

salesman lak pulok...kahkahkah...eh tak saleswoman. hehehe

eima-caa said...

Salam Kjee..

terminat pulokk...huwaaaa...

balik nanti nak kecek2 cik abe laa...guna ayat power Kjee...hahahaaha...

kakyong said...

memang tercekik nih.. minta suami belikan saya 1 blaus muslimah yg rege tak sampai RM50 pun suami buat2 tak dengor jer

Anonymous said...

den membaco ehh pun dah mulo nak tercekik-cekik kak jee - wintanhir-

Anonymous said...

salam kak jee

nak ty ni...apa lagi advantage kalau guna produk ni..macam pigmentation ke, kedut ke, etc..
nak tau dgn lebih details pasal produk ni..
dan kalau ikut total produk dari harga yg kak jee cakap tu rm484, macam mana total rm600? maaf yea kurang faham cikit
thank you - betty sham

Kjee said...

salam Betty,

Set Skin Care system yang telah ditetapkan pada harga RM600 ialah:

1. Gentle Facial Cleanser (RM52)
2. Refreshing Toner (RM67)
3. Protective Day Moisturizer (rm115)
4. Nite Recovery Cream (RM135)
5. Restoring Eye Cream (RM135)
6. Life C Energizing Serum (RM115)

Macam mana awak boleh dapat harga RM484?

Anonymous said...

ooo...saya dah faham dah..ini dari kak jee punya karangan:

"4Life ada Skin Care System yang mengandungi 1 Gentle Facial Cleanser, 1 Refreshing Toner, 1 Protective Day Moisturizer, 1 Night Recovery Cream dan 1 Life C Energizing Serum. Harganya RM600 sahaja. Sarawak dan Sabah RM120."

without eye cream...ptt lar dpt rm484...
excited ni...nnt skincare yg saya guna skrg habis, saya akan proceed dgn skincare ni...
tq kak jee for the info...
betty

Anonymous said...

kak kjee blehkah ubat gigi ini putihkan gigi...??

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...