Wednesday, February 22, 2012

ADEGAN DALAM DRAMA YANG MELOYAKAN...LU PIKIRLAH SENDIRI!!


Rashid Sibir pengarah yang cukup kreatif

Hasil kerjanya dikagumi



Kjee bukanlah seorang penulis skrip yang hebat. Ramai kat luar sana yang hebat2. Begitu jugak dengan pengarah. Ramai pengarah muda sekarang. Tak tau mai dari mana tetiba terpampang nama kat TV sebagai pengarah.


Kjee ingat dulu di Indonesia. Kalau nak jadi pengarah kena masuk akademi. Dah lulus baru boleh jadi pengarah. Kat Malaysia, lain pulak citernya. Kalau seseorang tu dah rasa dirinya cukup bijak, maka dia pun jadi pengarah. Pelik bin ajaib apabila muka macam Namawee pun boleh mengarah kan?

Anyway, memang drama sekarang dah tak ada kualiti berbanding drama2 10 atau 20 tahun lalu. 
Sebab itu, kalau ada nama2 hebat seperti Rashid Sibir, Erma Fatima ataupun Bade yang mengarah, ramai yang tunggu siarannya.

Kjee pun sejak dua menjak ni dah tak tengok drama lagi. Selalu jugak Kjee terima sms dari pelakon yang suruh Kjee tengok lakonan mereka apabila siarannya ke udara. Maaflah. Bukan Kjee tak nak tengok, kekadang ada hal kat luar rumah. Sedar2 dah terlepas.

Kjee hari ni nak sentuh sikit sensitiviti orang Melayu. Sensitiviti orang Melayu ke sensitiviti Kjee, tak tahulah nak kata. Memang Kjee terang2 mengaku Kjee ni penakut. Kalau ada citer hantu, Kjee sanggu tutup mata atau tukar channel lain.

Apapun, adegan2 yang buat Kjee cukup2 mual sejak akhir2 ini ialah adegan kematian. Bukan Kjee tak suka tengok drama orang mati. Kjee tak kesah. Tetapi cara pembikinan adegan itu kekadang buat kita nak uwekk.

Salah seorang of my favorite pengarah
Kjee tak tahu kenapa ada pengarah yang sanggup buat scene mati siap pelakon dikapan, disumbat hidung serta telinga dengan kapas. Pastu didbuat shot 'mayat hidup' tu diikat bahagian kepalanya selepas dikapan!  Tak cukup dengan itu dibuat jugak babak 'mayat hidup' dimasukkan ke liang lahad.

Apakah ini yang dinamakan kreativiti? Tidakkah pengarah itu peka dengan sensitiviti penonton? Seperkara yang Kjee heran ialah, kenapa ada pelakon yang sanggup jadi mayat? Dah desperate sangat ke nak menang anugerah nanti maka sanggup biarkan pengarah buat adegan macam itu?

Hmmm Kjee seringkali geleng kepala apabila menonton adegan2 bodoh dan memualkan macam itu.

Masa Kjee jadi Pengurus Produksi drama dulu, Kjee pernah buat satu drama. Judulnya Al Mahadi arahan Ed Osmera (kini arwah). Pelakon utamanya M Rajoli (arwah). Semua tahu arwah M Rajoli adalah seorang yang cukup alim. Solat tak pernah tinggal dan sering beri kuliah agama kepada budak2 crew dan pelakon kalau kami shooting outstation dan bermalam di sana.

Dalam Al Mahadi, M Rajoli berlakon sebagai seseorang yang amalkan ajaran sesat. Ada satu adegan mimpi, dia menjadi syaitan dan keluar tanduk! Adegan itu dibuat di satu kawasan berpasir di tengah hari buta di pinggir KL.

Beberapa hari selepas tamat penggambaran, M Rajoli dikejarkan ke hospital kerana serangan sakit jantung. Kjee pergi melawat beliau di IJN. Masa berjumpa beliau, beliau bisikkan pada Kjee, mungkin semangat beliau tidak dapat terima berlakon sebagai 'syaitan' sebab itu beliau diserang sakit jantung!

So the moral of my entry, kalaulah orang2 seni nak tunjuk kehebatan kreativiti mereka, harap2 lebih peka dan sensitif terhadap agama ataupun budaya masyarakat kita. Kjee rasa semuanya ini bukan salah penulis skrip. Kalau ada penulis skrip yang ghairah sangat buat adegan dalam skrip mereka macam itu, Kjee rasa pengarah boleh gunakan budi bicara mereka untuk menjadikan adegan itu lebih sopan tidak tidak sensitif.

Lu pikir lah sendiri!!!

11 comments:

honey ej said...

dari sisi positifnya mengingatkan kita manusia akan kematian, kak jee. Insaf ke..atau leka2 bak kata habib ali zainal..saya pun bukan orang seni nak komen tentang mutu garapan sesuatu drama...ngeee

Sari Yusa Ibrahim said...

hehehe.. yg best siap letak ulat kat muka... eiiii...

Misz MariA said...

Euww..Makan daging mentah..? Nmpk so true...tak sanggup nk tengok! ;P

Mat Gebu said...

Tu lah kak jee..kadang2 malas dah nak kata pasal drama2 kita ni, tapi dulu suka tgk drama Rumah Kedai, sebab rancangan tu kan tayang masa bulan Ramadhan...alahh nostalgia sungguh...

anisalya said...

sabar je la kak jee. ada org nak terapkan nilai keinsafan kot dgn buat mcm tu.

WenG WenG BuBuB said...

aunty, Sekarang ni pengarah baru yang bagus pada pendapat sy, Azma aizal yusoof. Karya dia cukup sederhana tp berkesan dengan baik...

Salmi Khairil said...

saya setuju ngan k.jee..lagi satu adengan romantis tak perlulah dilakonkan secara terang2,malu bila budak2 tengok

LydSunshine said...

Cerita yg ada adegan kematian tu Tanah Kubur. Tanah Kubur tu arahan Rashid Sibir jgk rasanya.

Masya said...

sy pun suke semua cerita rashid sibir,erma fatimah & bade... plg baru sy suke cerita terbitan pena kreatif 'jujur aku dayus' cerita betul² memberi banyak pengajaran... pd sylah tak tahu org lain... dan juga drama terbitan suhan movie.. best²... sbb sy pun penakut x suke tgk cerita seram dan hantu² ni.. lagi² sekarang ni setiap khamis malam jumaat jer.. banyak btk tv siar cerita hantu huhuhuhuhu.......

The Black Jubah said...

Alhamdulillah....kami sekeluarga tak suka tengok cerita hantu...dah banyak sangat...dah berhantu...

Cikda said...

citer antu mmg cikda satu family x suka tgk.. sedar diri penakut..!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...