Sunday, February 5, 2012

AKU TAK NAK CARI KLON AKU.TAPI HARAP2 DIA DAPAT TIRU CARA AKU....


"Protege akak,  harap yang terbaik yer..."


"Aku ingatkan, busuk2 pun at least adalah 3 orang berani datang. Kan dah femes satu Malaya yang aku ni garang! Tetapi aku terkejut besar apabila 800 orang hadir!"

 Hehehe korang dapat teka tak itu dailog siapa? Dailog orang politik ker? Tidak tidak tidak. Hah kalau dailog laser cam tu, mesti datangnya dari anak seni berbakat besar Fauziah Ahmad Daud aka Ogy.

Semua dah tahu Ogy adalah salah seorang Mentor terbaru untuk rancangan popular sama nama yang diterbitkan oleh TV3. Hancur hati Kjee apabila ada akhbar arus perdana yang pertikaikan kenapa Ogy Ahmad Daud dipilih antara ramai2 penyanyi yang ada.

Well, Kjee tak mahu komen apa yang ditulis oleh wartawan berkenaan. Cuma Kjee nak pesan satu jer. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Itu bukan Kjee tujukan kepada Ogy Ahmad Daud tetapi wartawan akhbar arus perdana yang pertikaikan pemilihan Ogy.

Ogy membesar depan mata Kjee. Dari zaman dia gedik2 (kalau tak silap umurnya tak sampai 12 tahun masa tu) jadi penari bersama Saadiah Ahmad Daud Dancers, sehingga dia menjadi artis rakaman, sehingga dia menjadi pelakon Filem Terbaik...semua depan dua biji mata Kjee ni tau! 

Kami pernah ketawa guling2, menangis sampai tertonggeng2 bersama. So Kjee rasa, Kjee antara segelintir sahaja wartawan yang tahu siapa Ogy Ahmad Daud ini.

Tadi Kjee call Ogy ketika dia sedang dalam perjalanan untuk uji bakat peringkat akhir Mentor. Dari 800 orang ditapis menjadi 100, dari 100 ditapis menjadi 11 orang. Dan dalam 11 orang, hari ini Ogy akan buat pemilihan siapa yang bakal menjadi protegenya!

Ogy ketawa berdekah2 apabila Kjee tanya apakah dia akan mengasah bakat protege nya jadi macam dirinya?

"Ohhh tidak!! Industri ini tidak perlukan seorang lagi Fauziah Ahmad Daud!! Cukuplah sorang yang huru harakan dunia hiburan tanahair!! Aku tak nak protege aku jadi aku! Tapi aku harap dia dapat tiru cara aku kerja. I want the person to emulate how I work cos I work real hard to be here today!!" katanya dalam nada cukup ikhlas.

Daripada 11 orang yang disenarai pendek, Ogy tidak tahu siapa yang akan dipilih. Masing2 ada bakat yang cukup besar, kelebihan serta 'warna' yang tersendiri. Harap2 pemilihan aku tepat, katanya.

Tahun lepas kalau Kjee sokong Erra Fazira all out sehingga Salma muncul juara, Insya Allah kali ini Kjee akan beri sokongan padu Kjee kepada my good friend ini. Mudah2an kau berjaya Ogy, Insya Allah.

Semua foto dari album Fendi Aman. Peminat nombor satu Ogy dari Singapura. Thnx Fenn.









8 comments:

honey ej said...

tabik la kt kak ogy... =)

Anonymous said...

all the best Kak Ogy! :-)

Mat Gebu said...

Kann...CM pun minat kak OGY, tak leh lupa gelaran "Bedah Jambu" yang dia gunapakai dalam rancangan Melodi dulu....Kak Jee,...sampaikan salam saya pada dia eks.... nanti saya upah akak, tuna roll..amacam?...

Kjee said...

CMG malam ni gak Kjee call dia kata awak kemsalam. hah bila nak poskan tuna tu? pos laju sampai dalam masa 24 jam tau! kahkahkah

kakyong said...

gud luck utk Ogy Ahmad daud.. saya membesar melihat drama/filem lakonan beliau.. ;)

CitarasaKu said...

Kita suka kak ogy dari dulu sampai sekarang. Time sekolah dulu ...poster dia dan noor kumalasari saja yang kita sayang.

NurMisnan said...

aku pernah berborak dgn kak Ogy.. memang sempoi orgnya..
cool tapi tegas.. u rock kak Ogy.. All d best..

Aina said...

kak jee,

blog kak ogy tu dah tak aktif ke?

cik minah (panggilan pd anak angkatnya tu) mesti dah besau kan?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...