Monday, February 20, 2012

BEGEDIL KENTANG WITH DAGING BURGER




Bergedil ke begedil? Hmm ntahlah. Hantam sajalah labu. Janji korang semua tahu ini makanan apa kan? Rasa2nya begedil ni makanan orang Jawa sebab dia orang bubuh begedil dalam soto. Tetapi tiap kali pergi ke kedai Minang, ada pulak dia orang jual.


Senang cerita, begedil ni asal dari Indonesia dengan menggunakan ubi kentang sebagai bahan asas. Yang lain, korang boleh tambah ikut citarasa sendiri. Boleh bubuh udang, isi ayam, daging atau  ikan goreng left overs (berbaki).

Tetapi kalau guna ikan goreng berbaki, kaum India ada resipi begedil ikan yang mereka gelar fish cutlets. Sedap tau. Lama tak buat. nanti nak buat, Kat rumah Kjee, ikan goreng tak pernah ada left over sebab ada kucing dan jugak kucing kepala hitam. Unclepali lah tu.

Begedil arini Kjee buat guna sekeping daging burger. Kjee letak pada suhu bilik pastu kjee ramas2. Tadi ada resipi khusus untuk buat begedil ni. Tadi Kjee guna 4 biji kentang yang Kjee potong wedges dan goreng. Pastu Kjee ambik 1 labu bawang besar, mayang halus dan buat bawang goreng.


Lepas tu, Kjee tumbuk kentang goreng tadi. Bubuh dan bekas, masukkan bawang goreng, daging burger yang dah diramas dan daun sop serta daun bawang yang telah diricik halus. Pastu bubuh garam dans edikit pak aji. Gaul rata dan buat bebola. Kemudian pukul telor sebiji. Bebola tadi dileperkan sikit, celup dalam telor dan goreng.

Api jangan besar atau terlalu kecik. Begedil Kjee kali ni warna hitam. Unclepali tanya kenapa? Kjee kelentong kata guna daging burger jadilah hitam. Agaknya api terlalu panas tadi kot. Tak baik kelentong suami. Tak per Raya nanti cium tangan mintak ampun. Hehehe.

Itu jer. Senang sangat. Empat biji kentang tadi jadilah dalam 10 biji begedil. Cukuplah sorang tiga. Lebih satu Kjee ngapp sebaik saja keluar kuali. Hehehe.


5 comments:

sarah said...

Acik... kalu kentang tu kn, guna kentang rebus bleh x??

Misz MariA said...

my faberet nih..lame xbuat...aduila, post kak jee ni bt sy mengidam begedil pulak..huwaaa!

Sitizan Citizen said...

Wahhhhh :P~~~

Anonymous said...

Alahai kak Jee, saya memang ' hantu' PEGEDIL / BEGEDIL ni .. pantang jumpa. Kalau nak makan soto, wajib ada. Betoi .. rasanya ia makanan atau menu orang Jawa tapi suami JAWA saya tak pula wajib ada PEGEDIL dalam sotonya. Saya yang BUKAN JAWA ni pula melebih-lebih .. :). Kat UTARA ni bukan popular pun tapi sekarang ni .. di gerai/ restoran dah ada. Tapi harga aduhai .. mahalnya. Seketul RM1.50 !!! Bila di tanya kenapa mahal .. orang gerai/ kedai cakap .. orang letak bukan dia orang buat. Faham je lah .. orang buat letak RM1.20. Kedai ambil untung 30 sen pula ... so jadilah RM1.50. Saya suka juga makan ngan sambal bilis ker .. atau sos cili. Sha ...

MAK TEH said...

aduuuh sedapnya begedil kak jee.suami mak teh suka sgt,x tau begini senang buatnya,nak buatlah esok,thank you kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...