Friday, February 10, 2012

BERAT MATA MEMANDANG....

(foto2 ehsan Google)

Hari ini Kjee berdepan dengan empat orang yang mempunyai masalah berkaitan kanser. Kalau Kjee beritahu setiap hari, Kjee sekurang2nya mendapat empat atau lima pertanyaan dari mereka yang mengidap penyakit ini, mungkin ada yang susah nak percaya. Mungkin ada yang akan senyum sinis dan kata Kjee dah mula nak promo lah ni.


Ah tak kesahlah apa korang nak kata. Kjee tulis ini hanya untuk meluahkan apa yang ada dalam dada ini. Kalau dah hari2 ada saja orang telefon, sms dan email pasal penyakit yang mereka hidapi, kalau Kjee tak cerita pada sesiapa rasa2nya satu hari nanti Kjee pun boleh sakit macam mereka. Nauzubillah.

Kjee anggap entry ini macam Kjee nak luahkan perasaan Kjee. Kalau ada nak baca okaylah terima kasih. Kalau tak nak, tak jadi kudis pun pada Kjee.

Panggilan pertama pagi tadi dari seorang ibu yang cukup resah apabila anak lelakinya dah makan 6 botol Transfer Factor Advance tetapi penyakit resdungnya tidak baik2 lagi. Maknanya dia dah belanja RM1014. Maklumlah satu botol RM169 (harga ahli).

Ketika beliau call pertama kali dulu, beliau beritahu anak beliau resdung. Sebab itu Kjee advise makan TF Advance 2 biji 3 kali sehari. Kemudian beliau sendiri menambah dosage kepada 10 sehari sebab Kjee kata rahsia Transfer factor ni, kalau nak cepat baik kena makan banyak2. Tetapi kenapa anaknya masih belum ada perubahan walaupun dah makan 6 botol?

Kemudian Kjee beritahu beliau bahawa jangan panik sekiranya anaknya ada tanda2 awal kanser hidung. Barulah beliau beritahu, anaknya itu pernah operate ketumbuhan di hidung. Dan doktor pernah kata risiko penyakit itu berulang, memang ada. 

Kjee terus call Dr Tamilselvan yang mengesyorkan pesakit itu mengambil TF Plus 2 biji 3 kali sehari (untuk ketumbuhan) dan juga teruskan makan TF Advance.

Kemudian Kjee dapat call dari seorang sahabat yang order 3 kotak Rio Vida untuk abang ipar beliau yang mengidap kanser. Sebelum ini beliau beli 4 botol TF Plus. Ketika menghantar product ke rumahnya, dia memberitahu Kjee berita gembira. Kanser payudara yang dihidapi kakaknya telah mengecut sejak mengambil TF Plus dan Rio Vida sejak tiga bulan yang lalu.  

"Doktor tanya kakak saya apa yang dia makan sehingga kanser itu semakin mengecut." kata sahabat Kjee. Kini dos yang diambil sudah dikurangkan dari tiga bulan pertama dulu.

Kemudian, Kjee dapat panggilan dari seorang downline Kjee. Dia menjadi ahli tiga minggu lalu kerana suaminya mengidap kanser hidung. Sejak mengambil TF Plus dan Rio Vida tiga minggu lalu, suaminya sekarang semakin bertenaga. Malah boleh memandu kereta dari rumah mereka pulang ke kampungnya di Melaka.

"Saya tidak pernah berbincang dengan suami mengenai penyakitnya. Tetapi kini suami saya sendiri beritahu dia tidak mahu jalani lagi kimoterapi sebab dia rasa banyak perubahan pada penyakitnya. Alhamdullilah dengan izin Allah swt," kata ibu muda itu. Esok beliau nak jumpa Kjee di office sebab mahu sign suami dan juga ayahnya menjadi ahli.

Tadi sebaik Kjee nak masuk bilik untuk solat Isyak, Kjee dapat call dari seorang guru yang tinggal di Gurun, Kedah. Kjee dapat kesan perasaannya dari suaranya yang terputus2 ketika menelefon Kjee. Beliau baru sahaja dikesan mengidap kanser payudara tahap 2. Begitu beriya2 beliau mahu cuba ambil suppliment Rio Vida dan TF Plus.

"Saya dah baca blog Kjee. Saya mahu ikhtiar cara ini walaupun doktor beritahu saya harus jalani pembedahan. Manalah tahu dengan izinNya, saya tak perlu jalani pembedahan," kata cikgu muda itu.

Kjee menasihati guru muda ini supaya pasrah dan redho dengan apa yang berlaku. Kjee pun kakak kepada seorang pesakit kanser. Kjee dapat banyak nasihat supaya beritahu adik Kjee dulu (sekarang arwah) yang seseorang yang mengidap kanser tidak boleh murung dan bersedih kerana itu akan membuat kanser cepat merebak. Wallahualam.

Lega Kjee sekarang sebab dah bercerita kepada sesiapa yang sudi mendengar. Ini bukan testimoni mahupun promo untuk supplimen yang Kjee jual. Ini hanya untuk meringankan dada. Kalau sudah kosong dada ini, taklah berat Kjee untuk menerima lagi masalah orang lain pula pagi esok. Insya Allah. 

Terima Kasih Allah kerana memberiku kekuatan untuk menerima semua ini. Amin.


2 comments:

Anonymous said...

Salam K.Jee..ayah saya seorang pengidap penyakit Gout..Ada tak mana2 ubat nie yg boleh membantu mengurangkan @ mengubati penyakit nie..harapkan advice dr k.jee.tq

Kjee said...

salam. suami Kjee pun mengidap gout. dia mengambil TF Advance, 2 biji 3 kali sehari. apabila dah sembuh, dia hanya makan apabila mula terasa gout nak menyerang balik. apa2 boleh call kjee 0126780501.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...