Thursday, February 9, 2012

DOOR GIFTS ORANG KAHWIN UNTUK TONG SAMPAH?


Ini bubuh potpourri


Ahad lepas Nadia gi kenduri kahwin. Kawan baik dia punya abang kahwin. Kjee tak nampak pun dia bawak balik apa2. Tapi malam tadi Kjee ternampak satu beg kecik warna pink. Pelik. Kjee ambil rupa2nya door gift dari rumah pengantin hari tu. Dalam ada dua biji telor rebus, satu pek gula2 dan satu pek kuih baulu.


Hmmm perlukah semua tu diberi sebagai tanda terima kasih kepada tetamu yang datang raikan majlis kita? Okaylah, apa yang Nadia dapat hari tu bolehlah dimakan. Telor rebus boleh dihancur2 campur mayonaise dan buat egg sandwich. Kuih baulu keras berdengkang. Baling kat dinding, berbekas dinding. Gula2, kami tak minat sebab takut makan manis2.

Kjee dah lama nak bercerita pasal door gift orang kahwin. Nadia selalu bebel2 sorang diri kalau dapat door gift. Sampai jer rumah, orang buang dalam tong sampah. Serius ni. Tuan rumah penat2 sediakan budget empat lima hingit untuk door gift tetiba si penerima buang dalam tong sampah. Buang duit dan masa nak pack jer kan?

Kenapa mesti ada door gift? Nadia selalu tanya Kjee. Kan elok duit yang ditepikan utnuk door gift diperuntukkan untuk perkara yang lebih berfaedah. Beri kepada pengantin baru untuk budget honeymoon ataupun untuk mereka gunakan untuk jalani hidup baru.

Korang ingat murah ke nak sediakan door gift? Busuk2 pun satu beg tu RM3. Ada yang sediakan peruntukan hampir RM5 untuk satu gift. Kalau seribu beg dah berapa ribu henggit? Pada Kjee itu suatu pembaziran. Tujuannya tak lain, nak show off. Maaflah kalau terkasar bahasa. Tetapi Kjee tetap kata ia semata2 nak menunjuk nunjuk!

Kjee tak tahu budaya mana dia orang tiru beri door gift ni. Masa dulu2, orang bagi bunga telor jer. Pastu tukar bagi gula2 pastu sejak akhir2ni bagi gelas, cawan, sudu garfu dan ntah apa lagi barang yang dia orang nampak kat kedai2 yang jual barang2 keperluan pengantin.

Macam2 fesyen begnya

Dah lama tak dapat yang macam ni - foto2 semua google jer


Nadia kata kalau dia kahwin nanti tak nak bagi door gift. Tak nak barang yang dia bagi orang masukkan dalam tong sampah.

Tetapi kan, tak semua door gift yang orang bagi itu dibuang dalam tong sampah. Ada yang beri door gift yang cukup practical. Contohnya, kain lace alas untuk kita sujud, pengalas kotak tisu dan adalah satu dua lagi yang masih Kjee simpan. Yang lain sorrylah, semua dah jadi perhiasan dalam tong sampah.

Oh ya, dulu2 kan, ada jugak orang beri bekas telor yang cantik2 dan menarik. Kjee ada terima dulu2. Bekas itu kemudian Kjee gunakan untuk makan telor separuh masak. Tenggek telor separuh masak bersama kulitnya dalam bekas telor tu. pecahkan sikit kepalanya, buang dan guna sudu untuk scoop isi telor setelah bubuh kicap cair dan pepper.

Maaflah kalau entry ini buat korang marah especially yang baru sahaja selesai buat majlis kenduri kahwin. Sah2 korang akan tahu kalau door gift korang dianggap ciput jer oleh penerima, akan masuk tong sampah. Kjee suka sangat kalau Nadia kata kalau dia kahwin tak nak bagi door gift. Selamat duit aku! Hehehe.

44 comments:

  1. hehe...setuju dengan nadia, kak jee! bersederhana tu amalan sunnah Rasulullah s.a.w. =)

    ReplyDelete
  2. salam,kak jee....memang tak perlu benda2 mengarut dan membazir mcm tu....samalah mcm goody bags for bday party budak2,selalu org letak junk food or mainan merapu2....baik tak pyh bagi or kalau nak bagi sgt,bagila benda yg berfaedah dan healthy kan...

    ReplyDelete
  3. as salam KJe, saya sependapat dengan KJ tentang door gift ni. Dulu orang bagi bunga telur, telur di makan tapi bunga nya di campak buang je. Kalau ada yang menyimpan pun,kerana sayang tengok bunga tu lawa kan.. tapi ujung-ujungnya buang juga.Kemudian datang era .. bagi goodies-goodies pula ' sekampit '. Antara barang wajib ada .. cumi ciki, gula-gula. Lepas tu .. ada yang tambah dengan kueh mueh .. bahulu, kueh bakar, muffin dll. Bagi saya semua tu MENGARUT dan MEMBAZIR. Kalau diberi sesuatu yang boleh diguna pakai ( tuala tangan kerr ) ok juga. Tapi apa yang saya perasan lah, RAKYAT MARHAEN ni yang suka bagi ' ntah apa-apa'.. penuh dan berat beg kertas tu. Tapi golongan ELIT ni .. dia bagi satu dua benda je. Pernah saya hadir majlis kenduri orang berada ni, saya dapat ' uncang kain organza berjerut ' yang mengandungi cupcake dalam bekas amat kecil dan sekeping biskut . Very simple !! Satu lagi majlis, saya dapat kotak mengandungi sebiji cake ala mufin ... sedap pula tu. Tak adalah masuk tong sampah. Kesimpulannaya door gift ni WAJAR sebagai tanda penghargaan tuan rumah atas kesudian tamu memenuhi jemputan. Lagi pun biasanya tamu akan beri ' sedekah' pada tuan rumah sebelum pulang kan .. so wajar lah tuan rumah sedia ' door gift' . Tapi bagilah sesuatu yang bermanfaat .. alang - alang nak bagi pun. Jangan main cekau je apa yang murah di kedai !! sha

    ReplyDelete
  4. perkara ini memang realiti kak jee.. antara adat, budaya dan pembaziran..
    kalau door gift yang praktikal macam kak jee sebut tu oklah gak.. kadang nak disimpan rasa menyemak dan nak dibuang terbayang-bayang rasa keikhlasan pemberi/tuan punya rumah..
    kalau tak diberi langsung confirm tetamu berbisik2 mengata pulak..
    tetapi kalau adat yang membazir kenapa kita harus turutkan kan..

    ReplyDelete
  5. Betul tu kak jee.Saya sangat2 sokong!!Beli mahal2,orang buang!!Huhuhuuu.RUGI aje

    ReplyDelete
  6. betul...saya pun setuju doorgift tu hanya untuk menunjuk-nunjuk...

    ReplyDelete
  7. hanim lebih suka dengan bunga telur org dulu2. Terasa keserian kenduri kahwin tu. Sekarang ni bila dapat cenderahati (yg x blh dimakan)rasa mcm tak meriah jer. lebih berfaedah kalau bagi makanan kan.

    ReplyDelete
  8. Kalau door gift yg mengarut2 tu mmg habuan TS lar kan tp yg elok2 blh wat perhiasan tu mmg sy simpan kak jee nmpk cantik jer....

    ReplyDelete
  9. ya betul kak jee, saya tengok diorg makin menjadi2 skrg ni, mcm skrg saya kena uruskan untuk makcik saya, saya kata x perlu bagi tp dia nak jaga hati kelauga dia, saya tau mak n adik bneradik macik saya ni mmg byk cekadak, kalau kita bg setakat telur pindang dikatanya, so macik saya sekeluarga ni berhempas pulas memikirkan apa yg nak bagi, ok fine, saya cadangkan bagi makanan sebab kalau kita bg brg2 org akan masuk tong sampah... mcm baru ni saya dapat cawan n bekas potpouri, saya mmg x berminat bekas potpouri tu n da selamat masuk tong sampah, cawan pulak kalau 10 majlis kita pergi dapat cawan, mana nak letak?? wat semak umah....

    ReplyDelete
  10. hihihi.. dulu saya kawin bagi tuala kecik (sapu tangan) jer.. mak kata bg tuala.. senang kot ade yg kene sawan pengantin sedara jauh² blh buat mandi.. ngee~~~ mak sy ni moden² pun dia masih lagi nak cite sawan penganti saya pun ikutkan jerlah... mak siap bagi berkat²(makanan²) dah siap bungkus² untuk sedara...

    ReplyDelete
  11. setuju memang membazir kalau beri barang hiasan, pada sy klau nk ikut kebiasaan beri door gift pun beri makanan yg org memang mkn, cam beri buah epal ke tak pun beri air mineral bekas kecik tu boleh jugak buat hilang dahaga tak yah ltk dlm paper bag or plastik just bagi camtu je pun dah ok

    sy pernah dpt buah tangan org kawin yg berupa minyak gamat, yg tu pun berguna jugak

    ReplyDelete
  12. door gift tu...kalau masa saudara mara saya belah johor sana yg selalu bg tp utk budak2 sebab nanti x la dia kacau mak ayah dia mkn sbb dok leka makan jajan...:)

    ReplyDelete
  13. Br ni adik sy bg surah yasin, tk bg yg lain sbb takut membazir, kalau utk keluarga terdkt shj disedikan doorgift berupa mknan, cupcake, kerepek, bahulu...

    ReplyDelete
  14. Sy biasa gak dgn goody bag bila birthday ank...biasanya sy letak cupcake sebiji,pensel,pembaris,biskut yg dlm packet kecik2 tu...goody bag tu bkn sbb wat majlis pun tp just utk dia bg kt kwn2 sek dia je...x kuasalh sy nk wat majlis2 tu...hihihi...just utk wat ank2 happy je...

    ReplyDelete
  15. saya pun..kalau dapat bunga telor, telor boleh mkn..bunga buang je lah. tak suka simpan benda2 gini, semak & berhabuk. gula2 pun saya tak mkn.

    bagi la yg boleh pakai mcm bekas mknn ke..ok gak. ni bg sudu/cwn main2 tu nak buat apa?

    ReplyDelete
  16. betul tu kak jee...membazir je.ikut trend sgt sampai hadiah yg diberi jadi sampah.

    kalau bagi mende yg boleh di pakai okey jugak..

    ReplyDelete
  17. saye pun tak simpan benda-benda cm gini. baek bg bungkus telur or gift yang boleh orang buang. senang

    ReplyDelete
  18. Sy mmg tak gemar dgn door gift wedding zaman la nie....menda merapu2 yg di bgnya..membazir tak hengat..Syukur Nadia beringat ttg keperluan duit di ms akan dtg..bertuah kjee..

    ReplyDelete
  19. saya pernah terlibat dalam penyediaan goodie bag... macam2 cadangan diutarakan.. hingga last kitorang decide bagi mug .. bukan mug hiasan... tapi mug yang memang boleh guna.. sebiji dalam 80 sen ... pastu kitorang pi air hitam ... survey benda yang leh letak mug tu.. carik yang paling murah... terjumpa satu kotak siap berpemegang (agak besar jugak la) dia dah siap peket... satu peket ada 10 kotak harga 4 ringgit.. murah jugak sebenarnya berbanding beg kertas... then mak kata.. ada sedara bagi kerepek ngan makanan kering banyak... ditakuti jadik pembaziran... kitorang packing kerepek2 tu sumer dan masukkan jugak dalam goodie bag ... lepastu kitorang masukkan jugak muffin untuk tetamu.. sebab tokey kedai muffin tu kawan2.. bila kita order banyak.. dier leh bagi free pon banyak... semua kita masukkan dalam kotak tu... dan bila kiotrang belek balik... semua yang dalam kotak itu adalah makanan campo satu mug .. alhamdulillah.. kami rasa kami telah menyelamatkan banyak makanan dari membazir...
    kalau isi menda yang merepek2 tu memang saya tak setuju...

    ReplyDelete
  20. yang bagi telur, kerepek atau cuppies tu oklah juga
    yang tak menahan bagi garfu dan sudu kecil..
    untuk apa tu? untuk anak main masak2?
    peliklaaa

    ReplyDelete
  21. saya tak kisah sangat dengan adat bagi door gift ni kak jee.. mungkin itu satu cara untuk tuan rumah berterima kasih pada tetamu yang sudi meluangkan masa datang ke kenduri mereka.. cuma.. kalau nak bagi tu.. bagilah benda2 yang berfaedah. jadi tidaklah ia dijadikan habuan cik tong.. hehe..
    tapi kan kak jee.. yang pernah saya musykilkan dulu ialah pasal adat orang kampung yang sedekahkan duit pada jemaah yang solatkan jenazah. sebenarnya.. orang luar/jiran2 je yang sibuk2 minta keluarga si mati sediakan semua tu.. saya mula terfikir mengapa perlu menyusahkan keluarga si mati menyediakan duit dalam sampul surat/bungkusan hijau walaupun setiap sampul cuma bagi rm2... tapi cuba bayangkan kalau jemaah yang sembahyangkan jenazah tu ramai.. mungkinkah tuan rumah mampu nak sediakan untuk semua jemaah? walaupun mungkin mereka mampu.. tapi adakah mereka boleh sediakan wang kecil dalam masa2 kecemasan begitu dengan begitu banyak? kadang2 saya kesian dengan keluarga simati terutama mereka yang susah.. sudahlah mereka kehilangan org tersayang.. tp dibebankan pula dengan adat yg sebegini.. mungkin di tempat lain takde adat mcm ni saya tak pastilah.. tp kat tempat kami masih lagi ada.. bukankah menguruskan jenazah itu fardu kifayah? & saya tak fikir jemaah yang menyembahyangkan jenazah meminta2 utk di bayar kan kak..

    ReplyDelete
  22. door gift ini sebearnya hanyalah untuk ucapan terima kasih
    kepada tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis.. Tidak
    semestinya persediaan tuan rumah kpd tetamu itu membazir.
    apa yang mereka mampu sediakan kita terima dgn senang hati..

    sediakan gift mengikut kemampuan saja.. jgn memaksa diri
    hingga menjerut leher sendiri

    ReplyDelete
  23. Saya suka ayat Kak Jee yang ni, "Tujuannya tak lain, nak show off..". Suatu pembaziran, tidak dituntut oleh agama kita. Renung-renungkanlah...

    ReplyDelete
  24. dah lama juga saya nak bercakap pasal door gift ni.
    saya lebih suka stail lama, bagi bunga telur yang dipek dalam uncang kertas tu je. musim kenduri lauk kat rumah semuanya bertelur. bagus apa, telur pun sebiji dah hampir 40C sekarang ni.

    door gift sekarang ni banyak yang menyemak alam, pasu bunga kecil, potpouri bagai. sampah di selangor ni saja sehari dah bertan-tan, semua tu menambahkan sampah. kalau dulu kedai barangan kahwin dua tiga je, sekarang ni melambak-lambak. barang datang dari china atau siam. kita bawa sampah masuk dari negara luar sebenarnya.

    ReplyDelete
  25. Saya kadang2 siap tak amik lagi doorgift yg mengrut mcm sudu garfu kecik tu. Atau pun bagi kawan2. Kalo makanan saya makan le. Biarpun hanya kerepek.

    ReplyDelete
  26. Masa anak sulong kkliza kawin..kkliza buat punjut kismis gantung di bunga tu dan coklat cadbury dlm bag simple..alhamdulillah...orang tak sia-siakan...
    Mungkin kenduri anak lain boleh buat gitu juga...

    ReplyDelete
  27. tuh laa... kadang kadang goodie bag ni perlu sebab apa tau... adat orang kampung suka sedekah makanan kat tuan rumah.. bagi berplastik2 besar kerepek/makanan kering... kalau takde goodie bag.. tak terlarat nak makan sumer tu... baik peketkan kecik2.. kita letak dalam goodie bag....

    ReplyDelete
  28. Baru tadi member eima cakap nak bg door gift one drop perfumes pada tetamu..Wah!!!

    dia kata murah jek kalo beli banyak2...

    ReplyDelete
  29. niat nak bersedekah tu mmg la bagus tapi biar la dengan hati yang ikhlas, ikut kemampuan dan bagi benda2 yang tak membazir. kadang2 saya ni rasa kesian pon ada sebab dah jadi trend zaman skarang ni bila kenduri kawin mesti nak kena sediakan door gift yang sebegitu rupa. tak dibuat karang ... orang lain semua buat(agak2nya macam tu la yang dipikirkan ye?)... sudahnya tetamu yang naik serba salah ... nak disimpan banyak2 tak tau apa pulak gunanya ... nak dibuang karang ... rasa tak kena juga ...

    ReplyDelete
  30. kak jee..
    bagi saya.. kalau nak bagi door gift.. bagi la ikut kemampuan masing2.. tak payah nak berlawan2 dengan orang lain.. saya cukup2 tension bila dapat door gift yg berupa sudu garfu kecik.. mmg gerenti buang nya.. nak bagi anak2 main pun benda nya tajam..

    akhir tahun lepas, kenduri kawen seorang teman.. saya cukup2 terkedu bila dapat door gift replika tengkolok kecik dalam kotak... merepek nyaaaaaa.... memang kelempung masuk dalam cik tong.. tapi sebelum buang tu.. sempat gak belek2 n fikir.. berapa laa pengantin kuar duit beli menda gini.. kebetulan la pulak si pengantin tu kami cukup tau keadaan ekonomi nya macamana..

    bila pegi kenduri kawen orang kaya pulak... siap bagi lilin yg holder dia kaca tebal n berat.. hmm.. membazir laa..

    cukup2 lah bersederhana.. telur,cupcake/muffin, kerepek2.. ok laa boleh diterima.. mcm saya anak kecik2 ni.. tiap kali pegi kenduri kawen.. itu laa yang boleh buat diorang duduk diam kat meja makan..

    bagi salah.. tak bagi salah.. kalau tak bagi.. sampai dah beranak pinak pun cerita tak abes..

    ~ nana ~

    ReplyDelete
  31. teringt arwah abng ipar merungut nape org bgi sampah time blik kerja kwin.... ketwa smua.. sbb dia x knal potpuri tu....(bkn potpuri pn sbb bli yg dh siap n x de bau pn..hnya mriah ngan kaler)suami pn sring mrugut nape ssah2 org bgi smpah..mcm bru2 ni dpt wau kcik n keris krtas... ntah apa2.. sbnarnya yg wat brg2 ni smuanya cina... bla mlayu nk kwin,cina yg untung... suami ckp klau ank kwin dia nk bgi tetamu tembikai sorang sebiji..hahaha... bior puashti tetamu..tpi x praktikal lngsung klau mmbyangkn satu lori nk hntr tmbikai.... lin

    ReplyDelete
  32. salam kak jee, dah lama sy jd silent reader kak jee, baru ni tergerak hati nak komen. saya sependapat dengan kak jee, door gift ni mmg lebih kepada nak menunjuk2. masa saya kahwin 2 tahun lepas, saya buat juga door gift tapi saya bagi nasi impit yang kecik2 tu (ketupat segera) yang dah rebus dengan serunding. so that org boleh makan. saya memang awal2 lagi cakap ngan mak, taknak bagi door gift yang orang tak boleh guna sebab saya sendiri memang banyak 'hadiah'kan door gift org kawin kat tong sampah sbb tak tau nak buat apa dengan benda2 yang dibagi tu. nak simpan pun buat semak je.

    ReplyDelete
  33. bagi saya pulak kak jee..saya kawen dulu penat pkir supaya xbg bnda merepek2 ni sbb kalo dapat org macam saya, bnda merepek2 ni mcm cawan kecik2, sudu kecik2 tu, mmg akan ke tong sampah..so, alternatif saya, xnak bg bnda tu org kata biasa je(asek telur rebus je kan), saya beri mereka buah apple..masuk dalam bekas kiut miut ckit, letak apple, dah..kalo 1 kenduri tu 5 org datang, dapat la 5 biji..kalo xmakan pun, leh simpan..sbb buah tahan lama..kalo jenis makanan/kek2 ni cepat berkulat,lg pun kalo ramai yg datang kenduri, bawak balik umah, jenuh jugak nak abes kan, contoh macam bahulu yg bunga tu..semput nak menghabiskan..kalo sedap xpe, kalo keras mcm kak jee cakap tu,payah la..hehe.. tu pandangan saya la..-siti

    ReplyDelete
  34. Salam Kak Jee,
    Saya setuju 100% dengan pendapat Kak Jee ni. Saya memang tak suka door gift barang2 yg tak berfaedah esp benda2 seramik dan porselin macam piring kecik, cawan, mug, sudu & garfu. tak larat dah nak kumpul, mmg confirm masuk Cik Tong. Bagi saya kalau bagi makanan ok la sbb boleh di makan. tak perlu la pot pourri ke, sbb benda2 macam tu tak praktikal untuk semua orang.
    anisah

    ReplyDelete
  35. setuju sgt2 ngn kak jee.

    ReplyDelete
  36. xpernah lagi la dpt doorgift campak lam tong sampah..biase campak paperbag die aje lam tong sampah..huhu

    ReplyDelete
  37. bg sye,bg doorgift ni dh jd adat dlm wedding.smue bangsa,semue negara pon ade buat doorgift ni..bg sye,kte patut teroskn kebiasaan kte dr dlu iaitu bg bunga telor..ringan utk diberi dan ringan utk diterima..skrg pon dh ade bunge telor gantung.sgt sesuai dibuat buah tgn.pstu..trpulangla samade org tu nk buang atau nk smpan..tp klu kte bg muffin pon best jgk..yg pnting,jgn mmbazir.bg yg ala kadar je n xmmbebankn kte..saudare mare tu,sponsor2 la skit sorang..klu sekali kite tolong saudara mara kite,10kali gande allah akn balas baik kt kite..percayelah..tak luak pon harta tu..hihih..pengantin pon kna beringat yg kehidupan slps kawin tu lebih mencabar drpd permulaanye..so,berjimatlah awal2..

    ReplyDelete
  38. setuju sangat2, buat kaya cina jerrr

    ReplyDelete
  39. Nak tanya pendapat semua klu bg keychain /brooch macam kat jarisaya.blogspot.com tu ok ker... Takut niat baik org x suka..

    ReplyDelete
  40. Assalmualikum semua...
    sy pun rase doorgift yg merapu2 ni...meruoakan 1 pembaziran....baik bg benda yg berfaedah spt zikir,doa harian @ Yassin... bg tetamu yg non-muslim pulak nk bg apa ek..terfikir sejenak..

    ReplyDelete
  41. kalau di brunei, orang sini bagi doorgift mcm beras, milo pack yg 200gm tu, benda2 makan. at first macam pelik bila dpt doorgift mcm tu sebab kat Malaysia typical org bagi bunga la, cawan, porselin, etc benda2 kraft and cute ni, tp sni lain sgt. tp bagus. org takkan buang kalau barang basic ni mcm beras, milo, vico, kopi ke apa. nice entry here. thnks for sharing :)

    ReplyDelete
  42. hemm...macam2 pendapat ye tentang doorgift kenduri kahwin ni.Daripada komen2 tu dapat lah sikit idea utk saya yang nak menyambut menantu tak lama lagi...apa2 pun tetap nak bagi utk memeriahkan majlis. anyway thanks semua

    ReplyDelete
  43. kalo bagi makanan mmg da faedah nya..tpi abis gitu jelah tak da kenangan utk disimpan..kalo gift door brg hiasan kita akan ngat rumah sapa kita pernah pergi...brg hiasan yg cntik2 mmg syg nak dibuang..tpi kalo bunga telur mmg masuk tong sampah...kekadang kecian jgk tuan rumah beli bunga telur cntik2 dan mahal tpi kena masuk tong sampah...ini tepuk dada tanya selera...tq for info..sbb tgh cri sama da pratikal ke atau tidak nak bagi doorgift...

    ReplyDelete