Friday, February 17, 2012

FARAH STABIL...KANSER SUDAH MULA MENGECUT..ALHAMDULLILAH


Kak Ani, ibu Farah

Oleh kerana sibuk dan menyibuk ke sana kemari, minggu ni Kjee terlupa nak call Farah Affendy, pesakit kanser hati dan payudara. Korang tentu masih ingat kan? Ramai yang sudi memberi sumbangan untuk Farah sejak sebulan yang lalu untuk memberi supplimen Transfer Factor.



Semalam, Kjee dapat mesej ini dari ayahnya.

"Salam Jee. Maaf lama tak call sebab sibuk dengan Farah wat kimo yg kedua. Keadaan Farah kini stabil. Barah payudara mengecut pd kedua2 bhagian. Bengkak hati dan limpa pun ada progress. Kak Ani dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jee dan suami serta hamba2 Allah yang lain semua . Moga Allah jua yg dpt membalas budi dan jasa kepada kami dan Farah khasnya.."

Itu secebis mesej yang Kjee terima semalam. Pagi ni Kjee call abang Fendy. Katanya Farah sudah kembali ke rumah kelmarin setelah menjalani kimo di Hospital Selayang. Keadaannya masih lemah sebab baru sahaja selesai kimo. Bengkak di kakinya sudah susut. Kjee teringin sangat merakamkan gambar Farah. Buat masa ini Kjee terpaksa hormati permintaan Farah. Insya Allah satu hari nanti, kita semua akan dapat kenali wajah Farah.

Stok Rio Vida Plus Combo Farah sudah habis. Kalau ada sesiapa yang ingin menghulur sumbangan supaya Farah dapat terus diberi supplimen Combo Rio Vida Plus yang berharga RM750 untuk stok seminggu, dialu2kan. Ini hari Farah. Kita tak tahu bila Allah swt akan menguji kita atau orang yang kita sayangi.

Mereka yang ingin membantu boleh hubungi Kjee di 0126780701. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih mula daripada yang menerima. Insya Allah.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...