Thursday, February 16, 2012

PERABOT TEMPAH DARI KILANG MURAH, SELESA, TAHAN LAMA

Ah Chai dan isterinya Angel


Masa Kjee pertama kali pergi kilang perabot Alcano Design di Kampung Baru Sungai Buloh, Kjee nampak satu design yang Kjee suka. Tetapi set dalam gambar tu guna leather. Kjee trauma guna set leather sebab anak2 meow Kjee, pakar jahanamkan perabot ala2 leather baik yang tulen mahupun tiruan.








Kjee pun beritahu pemilik kilang itu, Ah Chai. Katanya, perabot yang guna PU atau kulit tiruan memang disukai oleh haiwan baik kucing atau anjing. Ada sejenis bau yang buat kucing atau anjing teruja. Justru mereka tak buang masa mencakar. So Ah Chai syorkan perabot yang menggunakan kain atau fabrik.

Sukalah Unclepali sebab dia memang nak sofa fabrik. Masa pergi kali pertama (Isnin 13/2), Kjee pilihlah fabrik yang Kjee minat. Tapi malam tu Kjee tak boleh tidur fikir samada sesuai ke tidak fabrik itu. Hari ini Kjee pergi lagi dan apabila nampak sofa yang sudah siap sama dengan yang Kjee tempah, Kjee pun ubah amik fabrik jenis itu. Nasib baik masa tu belum finalise lagi.

Kjee tak tahu pun selama ini kalau kita tempah perabot ikut spesifikasi sendiri, harganya jauh lebih murah daripada kita beli yang dah siap dari showroom. Selalu orang takut2kan kita kata harga perabot tempah lagi mahal. Selain itu, kita juga dapat tengok jenis kayu serta semua bahan2 yang digunakan.

Faham2 jer lah. Kjee ni kan King size. So perabot kena pilih dengan teliti supaya selesa. Kjee dah banyak kali tukar perabot yang beli siap dari showroom. Baik yang berjenama seperti Fella Design atau dari kedai2 perabot tempatan. Memang susah nak tahan lama. Kalau nak tahan gamaknya kena beli yang diimport tapi poket lak tak tahan kan. 
Head rest sofa ni boleh di adjust.



Ah Chai dan isterinya Angel bawak Kjee dan Unclepali tengok kilang mereka. Ditunjukkan jenis2 kayu serta pelapik kusyen serta fabrik yang boleh kita pilih. Setelah puas hati, kami dibawa masuk ke pejabat. Kjee menahan nafas sebab teruja sangat nak tahu harganya. Dan apabila Ah Chai beri sebutharga, Kjee lega sangat2.

Betullah kata Mazidul Akmal. Harga perabot di kilang Ah Chai 30 peratus lebih murah dari kedai biasa atau di showroom. Namanya pun harga kilang. Tetapi Kjee dah banyak reccee harga dan jenis sofa yang Kjee minat. Rasa2nya harga Ah Chai hampir 40 peratus lebih murah!! Serius ni!

Tadi Kjee ronda2 dalam kilang dan tengok perabot2 yang bakal naik lori untuk dihantar ke rumah pelanggan. Cukup kemas buatannya. Entah2 perabot yang di showroom di KL datangnya macam kilang Ah Chai. Dan harganya mahal lebih 30 hingga 40 peratus!

Ah Chai dan Angel cukup mesra melayan kami. Pengalaman Ah Chai cukup lama dalam bidang membuat perabot. Nyata sekali dia bukan sahaja banyak pengalaman tetapi turut pernah melalui banyak pengalaman pahit ketika kilang yang diusahakannya hampir 10 tahun, terbakar akibat perbuatan khianat.

"Saya tak mahu ingat lagi. Lagi ingat lagi sakit hati. Hidup ini mesti diteruskan," kata Ah Chai sambil tunjuk gambar2 kilangnya yang terbakar.

Senario di kilang Ah chai


Bagaimana dia boleh jual lebih murah dari harga pasaran?

"Saya jual harga kilang. Kilang saya kecik saja. Kalau orang showroom datang, saya jual sama harga seperti saya jual kepada Kjee. Dia orang naikkan harga banyak mana saya pun tak tahu. 

"Kalau ada yang datang sini, boleh beritahu saya atau Angel yang dia pembaca blog Kjee. Saya akan beri harga special," janji Ah Chai. Menurutnya, satu set sofa boleh disiapkan dalam masa dua minggu.

Selain sofa, Angel turut tunjukkan Kjee katalog pelbagai perabot lain seperti kitchen cabinet, meja makan, set bilik, almari bilik yang sangat moden dan canggih dan juga set perabot pejabat. Harga yang Ah Chai sebut semuanya macam susah hendak dipercayai.

"Marilah sini bawak apa saja design yang awak suka. Saya boleh buat," katanya mengakhiri perbualan.

Tidak mudah hendak sampai ke kilang Ah Chai. Tetapi korang call jer Ah Chai. Dia akan beritahu cara hendak ke sana. Hari itu Ah Chai siap tunggu Kjee di satu kawasan dan bawa kami ke kilangnya.

Ah Chai boleh dihubungi di 012 3966621. Alamat kilangnya: Alcano Design, Lot 2770 M, AL 220, Kampung Baru Sungai Buloh, 47000 Kuala Lumpur. Tel: 0361401371

Dalam perjalanan balik (rumah Kjee tak sampai 20 minit dari kilang Ah Chai), Kjee senyum sendirian. Dua minggu lagi sofa yang Kjee tempah, siaplah. Bukan sofa jer...ada king saiz bed lagi! Harga katil king saiz tu sama dengan harga katil queen saiz yang Kjee beli dulu di sebuah showroom di Taman Melawati. Guna tiga bulan dah senget.

Dan Kjee tengok Unclepali jugak senyum. Dia dah berangan nak tempah built-in wardrobe (almari pakaian) dan jugak perabot office. Hmmm macam2 yer. Hehehe.


Baru dua seater...memang boleh order ikut saiz badan kita. hehehe




79 comments:

The Ladybird said...

masalahnya dok jb boleh antar ke...

Kjee said...

cubalah tanya Ah chai. Tak ada masalah kot.

-=[[ erfa ]]=- said...

Best ni!

-=[[ erfa ]]=- said...

Best ni! Boleh la nanti pegi sana... Thanks aunty jee!

Mas said...

Thanx 4 the info kak je...sok bolehla kami terjah! Kami mgg tgh cari perabut yg murah2 hihihi

Kjee said...

Kjee buat entry ni sebab nak share ngan korang mana nak dapat perabot murah. kalau korang rasa ada kepentingan, terserahlah.

Anonymous said...

kg melayu sg buluh ni byk kilang haram, tu boleh bagi murah, nak masuk ke dalam pun payah kan?

anyway rezeki tu, mana nak dpt harga murah.

Anonymous said...

dah tau dr blog mazidul...

dayang Citra said...

kalau ada kat sarawak kan best..

honey ej said...

tq for this info kak jee. mmg sgt...sgt membantu. sy tengah ID utk umah kwn ni. boleh ler riki2 furniture kt kilang ah chai ni...hehe

Mat Gebu said...

Kak jeee..i likeee bila akak kata boleh buat ikut saiz badan kita...well u know why lah kan...hahaha..

farrah said...

bestnya! untung baca blog kjee, boleh la saya try tempah kat situ gak!

Aslynn said...

Thanks FYI kjee...Utk sy yg berpoket nipis,info2 mcm nie mmg sgt berguna..

ana solehah said...

thank kak jee..saya mmg tengah cari perabot ni..suka sangat entry kali ni..:)..

ana solehah said...

thank kak jee for u info mmg sangat saya suka...for sure saya akan terjah kedah ah cai ni,coz saya mmg nak li perabot...:)..

Anonymous said...

Best!!!thanks aunty jee..camni sy nak g tempah sofa la..nampak cantik la workmanship dia ek..so boleh mention kata reader blog aunty jee ek???Terima Kasih..mmg tgh cari sofa ni..

Mrs. Hakim said...

salam,

best..best.. good info. tq puan jee.. sgt² berguna ni. insyaAllah tak lama lagi nak masuk rumah baru.. harapnya bolehlah berurusan dengan ah chai ni.. :)

Peri PiA said...

Assalammualaikum k.jee
salam kenal,saya terigt akak dulu ade berlakon kat tv..mase saya kecik2 dulu

sekarng dah kawen

teruja saya bace ni ;)
saya dok SB dari darjah 1 pon xtau ade kedai perabot yg murah ni hehe,hebak la akak

"selamat berjiran" kak,walau xdekat mane rumah kita kira 1 jajahan lah hehe.

Syikin said...

salam kak jee... tq for d info... insyaAllah, if ada kelapangan nanti nak gi terjah la kedai ah chai ni.... mmg tgh cr sofa pun... sofa kat rmh tu dah uzur sgt... lgpun mmg tinggal area sg buloh jg.... tq lg sekali ya kak jee.... ;)

EriN HairudiN said...

tq sesgt kak jee...nak tukar lapik pun mungkin lagi murah kan..thanks again

mimi said...

omg.... kjie... ai love love love u sooooo much... nxt mth ai nk pindah umh... dok la tercari2 design tok katil ank2, sofa & dining table.... kjie mmg terbaek...
with luv : silent reader....

ally said...

KJEE..THANKS..i memg tgh survey king size bed nie..syoknyerr...raser xsbr dh nk g tgk..hehehhe..kjee leh bgtau sy hrga king size bed tu x??leh sy prepare bajet awl2..hehehhe..pm me at ally_nan4@yahoo.com..

Anonymous said...

sayer juger tempah same sofa mcm kak jee...angel nyer pasal la nie...bajet memula dalam rm600 jer...at last...terbekenan lak kat kusi kak jee...hik hik hik...

mizatye said...

kjee,sorry nak tanye,ahcai ni buat kitchen cabinet jugk ke..or perabot jer..

Kjee said...

Mizatye: ada. mulai bulan mac dia buat kitchen kabinet made to order sahaja. cuba call dia. bawaklah design sndiri

lin said...

hurmm..macam menarik jer...nak ajak hubby p tgk la...bley survey2 untuk katil n almari bilik anak...

Anonymous said...

Salam KJee.. sangat-sangat suka entri ini.. pernah baca entri mazidul last 2 month.. pastu search lagi terjumpa entri KJee.. sy dah hampir sgt-sgt nak masuk umah.. spt biasa bajet mmg melambung2 smp rasakan x termampu nak beli sofa.. alhamdulillah KJee memberikan jalan nya :)
Luv U.. Muah muah..

black rose said...

assalamu'alaikum kak je..lama tak tgk dlm tv...seronok, ingat sitcom/drama yg kak jee pernah lakonkan dulu...

eyeme said...

TQ.. very useful information.... i like...

keyrol82 said...

terbaeekkkk....mcm nk g jmp si ah chai jew nih...hihihihi...tq kjee...;)

Dila said...

Kak Jee, boleh tanya tak berapa harga sofa 2 seater yg color hijau tu. Nak jugak buat budget. Kumpul2 duit dulu ke....

Anonymous said...

Masalahnya dok port dickson boleh antar ke?

Anonymous said...

kak jee boleh bagi tahu harga tak? nak budget ni.
bayar cash saja @ boleh guna credit/debit card.

Kjee said...

wah kalau kjee toke kilang ni, bolehlah kjee bagi harga kan? please call lah mereka. hanya angel dan mr chye jer tahu harganya. mereka toke.

Anonymous said...

maksud saya kerusi yg kak jee beli berapa harga. bolehlah saya budget anggaran saya nak beli.
tapi kan kak je, rumah saya banyak miaw2 juga. kerusi yg ada sekarang sofa fabrik tapi miaw2 suka juga, hari2 dicakar, lepas setahun, nampak kayu kat dalam sofa tu. - ZZ

nora said...

kak je, delivery biasa charge berapa.. saya kat kajang

Kjee said...

Untuk sebarang pertanyaan, sila call Angel atau Mr Chye terus. Kjee tak tahu apa bende pun.

Anonymous said...

gud info lah kjee. mmg tgh cari kedai perabot utk bakal umah baru. best2. thanks kjee

Anonymous said...

kjee.. nyatakan lah price dia skali.. dkat pic yg kjee .. tarukk bleh sye bajet harga..

Anonymous said...

Salam Kjee...nama sy Lin.
Info Kjee yg sy baca mmg betul2 berguna utk org mcm sy ni.
Sy mmg cri king bed coz ank selalu nk tdo dgn kami. Rasa sempit queen bed tu bila tdo bertiga.
Kjee boleh pm kt emel sy tak harga kingbed yg Kjee beli tu? Saya nk bajet. Maklumlah, kena bajet dari skrg sbb poketpun bukanlah jenis yg tebal.
Alamat emel saya ialah: shalin711@gmail.com
Thanks Kjee.

Anonymous said...

kak je nak tnye sikit boleh tak!!
kt situ furniture dia semua leather ker
yg pkai formica x de eh..

Anonymous said...

k.gee saya pun nak tau harga katil king size yg kak gee beli kat mr chai tu.. pm saya pls r_razlina@yahoo.com

Anonymous said...

biasanya harga sofa cmne ek..mahal x...baru kawin..xmampu lagi nak pakai yg mahal2..:P

maliki said...

askm, saya pun pernah terbaca dekat blog ang mazidul pasal kilang perabut ni..ingat nak pegi jugak...

Anonymous said...

salam kak jeee..... mcm menarik je..adetak dia buat tempahan utk sofa kayu je ek?

Mentor Niaga said...

Salam sis, info yang best ni. terima kasih sudi berkongsi.

Anonymous said...

salam kjee....kat mana kedai ah chai tuu...harga nya boleh rundingkan maklumlah bajet tak lah besar sesangat...no phone dia ada..thank

Anonymous said...

Salam..boleh share brape harga sofa 2seater yang Kjee tempah tu? :-)

NAZROL & LIZA said...

assalammualaikum kjee..
saya dah lama usha dok baca blog kakjee pasal perabot kilang ahchai ni...
tapi skrg ni nak serbu kilang ahchai tu... saya nak masuk rumah baru, perabot pun nak baru, bolehlah terjah nanti... kebetulan skrg ni pun tengah dok design kitchen cabinet.... mau kasi ahchai esok.... thnx kakjee dgn info yg diberi...

nur aimi nabilah said...

salam kak jee. nak tanya, agak2 kalau queen size bed boleh dpt tak dalam harga RM 200-300 ? almari dua pintu berapa eh range harga dia ? saya tgh cari katil dan almari yg murah. design yg biasa2 je.rumah sy dekat kundang,so dkt jela nk pegi. harap kak jee boleh reply segera. abelnazri@gmail.com (email saya)

h0neybunch said...

Wahh...untung nyer~!! nk kena usha ni~!!

Anonymous said...

ada tak map kedai tersebut k jee?

Amirah Muhajir said...

sala akak .bole saya tahu range harga dia dari berapa ea?sebab cantik2 la..suka tengok design dia tak mcm sofa yg ada kat pasaran

Anonymous said...

saya pergi bulan lepas....kira ok la perabot dia...tapi tak ada la diskaun sampai 30-40% macam yang di maklum oleh Kak G...ada yang murah dan ada yang mahal...kena pandai pilih

RizZa ZueMie said...

salam kjee...nape dlm gmbr2 tu tak letak harga...boleh le jgk budget awal2...
lagi satu nak tanya, utk delivery kena charge ke? pastu kalo kite just nak modified sofa yg sedia ada agak2 budget dalam bape? ingat nk tukar sofa yg sedia ada ni ke leather...

passive bullet said...

salam kjee, thanks for the info..

Anonymous said...

Kak jee, intrested nak tkar set bilik tido, blh akak email harga katil king tu , email at haslinda2511@gmai
l.com. Tq

charmchantek said...

kjee tergelak2 saya baca ni. muka sgt bangga memilih fabric. stumble across kjee nyer blog tgh sourcing for kilang papan. :) thank s for the contact. saya mmg buat designing :)

Nazratul Husna said...

assalamualaikum.kak jee...kte interested nak cari set bilik tidur.. katil quen je..bleh akak tolg emelkan harga?
nazratulhusna@gmail.com

tq in advance:)

Anonymous said...

salam kak, boleh email alamat kilang nih? nak p bli perabot la, nak masuk uma baru... :) teruja... perabot murah...

Bunga Emas said...

Tq kak jee. I mcm nak singgah je.

Anonymous said...

Slm k.jee leh bgtau x hg katil n sofa yg k.jee beli....x lame lg sy nk msuk rumah br n skang tgh servey perabot yg murah....

ayza said...

waaahhh..menariknya....nnti nak pergila...tq kjee sbb share kat sini...tadi google....nk search perabot terpakai....tapi ini lg menarik...tq ya...

Anonymous said...

ada x jual kerusi rotan 2 seater

Kjee said...

cubalah kol. tapi rasanya tak ada.

Anonymous said...

Kjee.. yg duduk johor bleh ke? As in desugn, bgi design, mntak hntar?

Anonymous said...

Slm..k.jee...thank e info.sy br bc.slyg n sgi buluh dekat je..mmg cari2 perabot murah n berkualiti n ikut design yg kite suke..kalu bgtau tauke ah chai psl blog k.jee blh kan..???blh murah lg...hehehehe. ..

anna said...

kalau duk kelantan plak...bleh kerrr?

Anonymous said...

wah!!! bestnya... mcm2 nak tempah utk rumah baru tahun depan...

Kalthom Abdul Ghani said...

saya nak tempah 10 sitter kerusi makan brape harga rm?

Anonymous said...

Wahhh...klau lah dpat menempah & hantar k brunei....saya pun nak juga...:-) ♥♥♥

Anonymous said...

kerusi office and meja komputer/study ada jual x kak? nk buat bilik bacaan

Melina Farid said...

Thanks kak jee! Useful sangat! Rumah I kena bed bugs. Habis semua kena buang. Thanks!

irashah said...

Kak jee. Sungai buluh belah mana kak ?

NADIAYU HEALTHCARE said...

waa.best2..tq for ur info kak jee <3..mesti terjah ni

Mohamad Haniff Johar said...

kalau nak customize perabot boleh anta sini jgk ke?

zarina sumarni said...

Blh bagi contact no..Try nak cal nak buat simple cabinet

Healthy & Beauty Vitamins said...

Assalam kjee. Sy Tgh survey meja & sofa. Ada gmbr2 meja makan & sofa yg kilang drg bt x

aishah Melor said...

03.04.14 : saya baru kol ah chai. to confirm the number phone. thnx kjee regarding this info. really headache bile pikir pasal perabot kt luar tu. mklum la, bajet kecik. tp da beli rumah sendr, nk x nk kene ada perabot. thnx!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...