Thursday, February 2, 2012

HOUSE WARMING? NO HAL TAPI ADA SYARAT....


Gambar hiasan ehsan google


Apabila berpindah ke rumah baru, ramai tanya Kjee samada buat House Warming ke tidak? Tidak kurang jugak yang tanya samada ada buat kenduri doa selamat. Hehehe tersenyum Kjee pada soalan pertama itu.



House Warming tu apa? Kalau di translate literally maksudnya Panaskan Rumah. Panaskan Rumah? Kalau ikut orang tua2, lebih elok rumah tu 'disejukkan' daripada di'panas'kan. Betul tak? Kalau 'panas' maknanya, seisi rumah tak boleh hidup tenteram. Asyik bertekak, berkelahi dan semua yang sewaktu dengannya.

House Warming yang Kjee tahu ialah budaya Barat. Orang sana buat House Warming untuk beritahu saudara mara, sahabat handai dan musuh yang mereka telah berpindah. So mereka buat party. Setiap tetamu yang datang akan bawa hadiah yang sesuai untuk rumah baru itu.

Dulu2, masa Kjee muda dan kerja di NST, kekangkawan Kjee (orang Melayu lah) ada jugak tiru budaya barat ni. Tetapi yang nakal sikit sikit buat list apa yang rumah barunya belum ada. Konon kalau ada tetamu datang nak bawak hadiah, biarlah jangan clash dengan barang yang ada.

So berbalik kepada budaya kita orang Islam. Kita perlukan setiap apa yang kita lakukan, setiap langkah yang kita buat, mendapat restu dari Allah swt. Masuk sahaja rumah baru, elok dikumpulkan anak2, saudara mara dan sahabat handai untuk membaca Quran atau sekarang orang baca surah Yassin, buat doa selamat. Panggil juga jiran tetangga dan qariah mesjid.

Jiran tetangga dan qariah mesjid ini penting sebab seandainya kita sakit pening atau berlaku kematian di rumah dan kawasan baru, bolehlah mereka sama2 datang membantu.

Kjee memang dah plan nak buat doa selamat. Mungkin dalam masa terdekat setelah selesai mengemas dan susun atur rumah. Nak mohon doa agar kehidupan kami sekeluarga di rumah baru, diselamatkan dari segala malapetaka serta bahaya. Dan juga untuk doa selamat untuk arwah2 ayahanda, bonda dan juga kaum keluarga.

Kjee tak minat langsunglah nak buat House Warming. Sesiapa sahaja dialu2kan datang ke rumah kami. Tetapi sebelum datang, call lah dulu. Bukannya Kjee ikut budaya omputih sebelum datang kena call. Ini budaya orang yang duduk di rumah yang jauh di pinggir bandar. Dah penat masuk hutan keluar hutan cari rumah tetiba sampai tuan rumah tak ada.

Tapi kan, kalau ada sesapa nak anjurkan House Warming di rumah Kjee selepas majlis doa selamat tu nanti, dialu2kan jugak. Nanti Kjee bagi senarai apa yang kami belum ada. Setakat ini, yang belum ada ialah sofa set kaler putih untuk ruang tamu, TV LED Borderless 50 inci, Unifi (highest pakej), i-phone 4S, Macbook Pro, peralatan menukang elektrik yang paling canggih dan jugak makanan kucing Royal Canine. Nadia kata oleh kerana birthday dia pada `10 Februari ni, dia nak kereta  Suzuki Swift warna merah sebiji. 

Tu dia!! Kepada yang asyik tanya bila nak buat House Warming, Kjee no hal. Tetapi korang sms dulu bagitahu barang yang mana satu korang nak bawak yer. Takut ada yang bawa barang sama. Kahkahkah!!!!!!!




nak warna putih tau - foto2 google jer




20 comments:

Dinda Iva said...

Assalamualaikum.. cik jee selamat masuk rumah baru...moga rumah baru tu sentiasa berada dalam keadaan selamat....hehe

ashamami said...

hehehehe kak jee ni dlm bergurau tu sempat lagi tu...tak pe kak jee, buat doa selamat n baca yasin je pun dah ok...tahniah kak jee dapat berpindah ke rumah baru. moga sejuk je umah nnt. kita doa sama2.

Rahmah Ram Ram said...

hikhikhik...amboii swift kaler merah ye kak jee...kelass Nadia..apa-apun setuju dgn pendapat kak jee adalah lebih afdal jika kita mengadakan kenduri kesyukuran serta berdoa akan kesejahteraan tuan rumah itu..daripada segala isi barang nak dihimpun..betul tak kak jee... :)

noor said...

Salam Kakjee...kelakar lah baca catatan kakjee nie sambil menaip sambil tersenyum. Kita suka jugak yang warna merah sebiji tu cun sangat. Kita pun baru setahun berpindah tak buat house warming tapi doa selamat saja ...sejuk kan seisi seisi rumah. Apapun kita harap Kakjee bergembira dan sihat walau dimana jua.

wani said...

haha lawak tui,tang permintaan tu yang tak tahan,,...
selamat mengemas2 yee...

Sari Yusa Ibrahim said...

teringat pula dgn sorang kawan yg nak kahwin pesan pd kengkawan kitorang, takyahlah belikan barangan elektrik or rumah sbb sume dia dah ada, kalu nak belikan hadiah juga, belikan rantai emas.. hehehe

Kjee said...

hahaha kjee tak nak rantai emas...nak gelang. emas putih pun okay gak. kahkahkah

ainini said...

noti kak jee dan kelihatannya bukan sedikit materialistik, :))

honey ej said...

hahaha...hambikkkkkk...long list tu kak jee, mmg sesuai sgt la sofa putih, gorgeous! salam maulidur rasul buat kak jee & keluarga =)

Aslynn said...

Hahahhaha..yg lain oke lagi tp tang swift kaler merah tu buat sy tersedak...hehhehehe...Semoga k.jee & family bahagia di rumah baru tu...Aminnnn

inahar ali said...

kahkahkah!!mmg lawak tul entry kakjee nih..takat keta suzuki swift merah nadia nak tuh nnti kita belikan 2-3biji kt carrefour ye..mcm2 kaler ada tau..kahkahkah!hotwheel lagi..hhihihiii!! dh abihh mengemas umah ke kakjee??

Ummi said...

Waaahhhh mcm meriah jek bunyi hadiah tuk housewarming tuh... Ummi x mampu nak bagi, so datang majlis doa selamat jek laaa...leh dpt pulut kuning lagiiikk....hehehe... Have a beautiful life k.Jee n family...! Muaaahh..

zamie a.k.a az said...

ameeek kau.....hahahahaha
elok la kalau nak 'sejukkan' rumah sempena Maulidur Rasul ni...

PUTUBAMBU said...

suzuki swift ye nadia?
kehkeh...

sabor je lah!

AbbotCottage said...

ehehehe nasib bukan aku yang tanya...

che dai said...

tu dia siap gambar2 tuh. Hah, ada saper2 berani??..

zuwaidah said...

syoknya kak gee, dah masuk rumah baru ni, mesti mcm2 nak buat kan.

Anonymous said...

Nanti sambut bday tak boleh tiup lilin.

Ryo Azhar said...

ehem.. kak jee!!! nak tompang wish list boleh takk?? galaxy tab 10.1, pegasus 17" vip rim,dan...nak jugak 2 guni royal canin tuuuuuuu!11 TQVM kak jee...ahahaha

kakyong said...

amboi.. kan main lagi longlist kak jee tu..

Saya doakan semoga kehidupan kakjee sekeluarga bertambah bahagia & dilimpahi ketenteraman di rumah baru.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...