Friday, February 10, 2012

JJCM - CENDOL PAK SU DI SUNGAI BULOH




Apa yang menyebabkan semangkuk cendol tu sedap? Santannya? Cendolnya? Gulanya? atau bahan2 tambahan seperti pulut, kacang ataupun jagung? Kjee kata semuanya sekali plus gulanya mesti ada satu macam punya bau. Bau gula Melaka dan bukan gula Merah! 

Camner baunya Kjee tak tahu nak citer tapi Kjee dah jumpa satu tempat bawah pokok di depan mesjid depan jalan besar Sungai Buloh. Tak susah nak cari sebab gerai tu tepi jalan jer sebelum jumpa Econsave. Kalau korang tak dapat cari, tanyalah orang kat kawasan tu mana gerai Cendol Pak Su.

Sejak pindah ke Sungai Buloh tiga minggu lalu, dah banyak kali kami nak singgah tapi dia orang dah pack nak balik. Unclepali kata mesti sedap sebab tu cepat habis. Dan minggu lepas, entah apa punya nasib, waktu kami lalu dekat situ, gerai tu masih bukak. Apa lagi, Unclepali tekan brek dan terus konar dan park betul2 depan mesjid.

Fuyooo memang sedaplah cendol Pak Su ni. Bukan cendol jer sedap tapi rojak dia pun best sangat2. Cuma rojak dia tak ada sambal sotong kering. Kalau tidak lagi kaw. Tak percaya cubalah.



14 comments:

MPP said...

Nampak sedap.., nanti gua singgah kalau lalu dekat situ. Nak try tengok boleh lawan tak dengan cendol Penang. =)

Mohamad Salleh Othman said...

Hehe... Hr Ahad ni sy nk g cuba...

mariam said...

Setuju sangat ngan Kak jee.....Kak jee kena try mee rebus dia sedap jugak......saya mmg selalu kesitu kalau ke SB .

honey ej said...

jauh benor ke sana tu, sini pun ada..WAHAD CENDOL kt dataran sri rampai tu haa...maveles..sebut jer nak cendol durian, pulut, tapai, kacang merah, jagung...ais krim..mcm2 adaaa...kak jee pernah try ke? alaa...hala nak ke jj wgsa maju tu..

Kjee said...

Dah try makan cendol kat wahab. Hmmm tak sedap sbb tu gi sekali jer. Cendol pak su ni lebih ngam.

mala said...

cendol wahab tu hari tu makan letak tapai. tak tertelan! kalau jumpa next week blh singgah :-)

Sari Yusa Ibrahim said...

Betul kata unclepali, kalu cepat habis gerenti sedap. Sy percaya kata2 kak jee, tengok taugeh tu siap buang ekor, mmg terjamin sedap & bersih.

Anonymous said...

mmg kegemaran kami sekeluarga cendol dan rojaknya...sedap...lg2 depan dgn kuartes tentera tempat kami tinggal...hehehe

Ms J said...

Saya pun pernah beli. memang sedap!

Anonymous said...

Assallammualaikum,tumpang semangkuk.. saya dah try dah cendol wahab dan cendol pak su ..tapi macam mana pun selera saya lebih kepada cendol seksyen 20 kat tepi Kilang Panasonic Shah Alam diseberangnya Selangor Medical Centre..selalunya lori lori dan teksi selalu singgah makan situ cendolnya mangkuk besar , kacang merah banyak , cendol pun banyak ..memang puas makan la..

Anonymous said...

Salam Kak Jee, Kalau lalu kat sekitar kota damansara ada cendol Jitra/tanjung dawai/sik/..semua tu dari tokeh yang sama ..
(Lupa nak introduce diri sendiri, saya dalah anak saudara pada bekas GM berita publishing Cik Manaf Saad,,Mungkin Kak Jee kenal)

Anonymous said...

salam k.jee,smlm sy g tp x jmpe,,,hurmm sdey ye..2-3 kali gk pusing tp x jmpe,,,k.jee ley bg detail lg x?klu kita msuk kt trafic light kt masjid pas2 ke kiri ke kanan @ trus je?

Kjee said...

ke kanan. tapi dia bukak ikut suka dia. habis dia balik. kul 3 atau kul 4 kalau abis dia baliklah. betul2 kat pintu masuk mesjid tu.

Anonymous said...

k.jee,tiap2 ari mmg dia ada kn?slluye dia open kul bape erk?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...