Tuesday, February 14, 2012

KUCH KUCH HOTA HAI MASIH ADA PEMINAT


ehsan mStar


Hari itu, buat kesekian kalinya, Kjee gagal untuk menonton filem Kuch Kuch Hota Hai di TV3. Masa Kjee dalam perjalanan pulang dalam kereta, Kjee layanlah FB guna my tab. Tetiba kat news feed ada seorang fren kata filem tu tengah nak start.


(Kjee tak malu cakap yang Kjee tak pernah tonton filem itu selama ini. Sebabnya? Kjee ni dari old school. Kjee hanya minat filem2 Hindustan zaman Sashi Kapoor, Shammi Kapoor dan mereka yang sewaktu dengannya. Filem sekarang, Kjee kureng minat.)




Kjee suruh Unclepali cepat2 balik rumah tapi jalan jam. Sampai rumah dah separuh jalan filem itu start. Perut lapar pulak so Kjee terus ke dapur memasak. Oh ya hari tu yang Kjee buat asam pedas daging. Dari dapur Kjee dengar jer lagu2 yang semuanya sedap2 belaka.

Baru sekejap ni Kjee bukak mStar dan baca berita TV3 kata lebih 3-juta orang tonton filem itu walaupun sudah banyak kali diulangtayang. Filem itu dibuat 14 tahun lalu. Begitulah hebatnya Kuch Kuch Hota Hai kan? 

Tapi Kjee yakin  kat Malaysia pun ada filem yng walaupun ditayang seribu kali, berpuluh juta rakyat Malaysia akan menontonnya. Filem apa? Isyhh semua filem2 P Ramlee lah. Aisey man takkan tak tahu kot.

Korang baca berita pasal Kuch Kuch Hota Hai yang Kjee copy paste dari mStar yer.








PETALING JAYA: Filem komedi romantik Kuch Kuch Hota Hai gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol yang disiarkan menerusi slot Panggung Sabtu di TV3 pada Sabtu lalu mencapai jumlah penonton tertinggi iaitu seramai 3 juta orang berdasarkan tinjauan Nielsen Audience Measurement.

Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, berkata walaupun filem itu sudah berusia 14 tahun dan beberapa kali diulang siar di kebanyakan stesen televisyen negara ini, sambutannya masih menggalakkan.

“Saya percaya para peminat filem Kuch Kuch Hota Hai di seluruh dunia masih lagi mengingati jalan cerita filem tersebut malahan ada yang berjaya menghafal lirik lagu-lagu runutnya sehingga ke hari ini.

“Sebab itulah filem ini masih mempunyai peminat yang ramai disebabkan kehebatan jalan cerita, lagu-lagu serta para pelakonnya walaupun “usianya” sudah 14 tahun.

“Kekuatan yang ada dalam filem tersebut memaksa pihak TV3 membuat keputusan untuk menyiarkannya pada Sabtu lalu dan ternyata taruhan ini membuahkan hasil apabila ia mendapat sambutan yang benar-benar menakjubkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa.

Tambah beliau, filem yang bertemakan percintaan dan sarat dengan nilai-nilai persahabatan itu sememangnya digemari oleh peminat-peminat slot Panggung Sabtu.

Kuch Kuch Hota Hai lakonan Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee itu merupakan filem Bollywood yang mendapat kutipan boxoffice selepas ditayangkan kepada umum pada tahun 1998 termasuk di negara ini.

Ia mengisahkan lagak Anjali yang pada mulanya tomboi tetapi berubah penampilan kerana cintanya terhadap Rahul.

19 comments:

  1. memang betul kot survey tu kata 3 juta...sebab masa filem tu ditayangkan.....boleh kata majority kawan2 FB update status diorg tgh tgk cite tu.....sya pon mcm tak caya...sebab sya dah tgk cite nih masa mula2 keluar dulu.....memang best gileee.....kak jee, you should watch it too....

    ReplyDelete
  2. tgk gak...walau dah berkurun pun...:-p

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Kak Jee. . Sue salah seorg yg minat cerita tu. Dan layan tau sabtu td. . Heeee. . Dah agak kompem tv3 akan dpt ratting tinggi masa tu. . :-)

    ReplyDelete
  4. cite ni evergreen..tgk dr kecik lg..mmg tak jemu huhu..

    ReplyDelete
  5. kak jee...mas pun tengok lagi hari tu..he3
    mas pun mula suka tengok cerita hindustan gara tengok KKHH la..he3

    ReplyDelete
  6. Kakjee, mala tgk KKHH ntah brapa kali dah. Kali pertama thn98 tgh pregnant anak sulong :-)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kjee

    Sy antara peminat gandingan SRK dan Kajol, tgk profile picture pun tau kan..hehehe...sbb terlalu minat sy dah beli VCD KKHH ni...tp yg disiarkan kat TV3 haritu a few scene kena potong la Kjee...

    ReplyDelete
  8. Saya pun dari dulu sampai skarang minat KKHH ni aunty.. ermmm sbb memang lbih kurang crita sndiri pon ade. heheh... n diam tak diam rupanya kisah sy tu pon dah 14tahun berlalu..hahahah...cuma ending sy dan anjali xsama lah kan. "Rahul" saya kawen dengan org lain dah bulan 12 lepas.. hehehe... tp sy bahagia untuk dia..=)

    ReplyDelete
  9. Saya pun tunggu kak...tak tengok sangat cerita tapi tunggu lagu ...heheheh

    ReplyDelete
  10. saya pon baru tengok cerita ni secara penuh sabtu lepas.... sebab suami saya kata... dier tak pernah tengok cerita KKHH ni... dier terpanggil nak tengok... (cerita yang dier boleh layan cuma 2 sahaja.. bobby lakonan rishi dan dimple .. serta cerita Mann lakonan aamir khan dan Manisha).. dan seperti diduga.. dia berasa pelik tang mana sedihnya ... saya pon berpensapat begitu... takda part yang tersangat sedih sehingga boleh banjir....saya heran bila ada orang tengok 10kali dan 10 kali jugak menangis bagai nak rak..

    ReplyDelete
  11. Mengimbau memori zaman belajar dulu kak jee.teringat seme kawan2 yg sama2 menonton filem tu:)

    ReplyDelete
  12. Waaa.... kjee... teringat zaman becinte dulu ler... mmg nangish kalau tgk... :) kjee, saye dpt tau yg ustaz zawawi nak buat kursus solat kat kelana jaye... kjee panjang2kan ye.. teng kiu kjee.. ♥ u!

    http://cintakitadisini.blogspot.com/2012/02/kursus-solat-sempurna.html

    ReplyDelete
  13. saya pun tengok cerita ni..best walaupun dah 14tahun berlalu..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kakjee...masih melekat dijiwa cite ini tu sbb masih ramai lg yg suka...:)

    ReplyDelete
  15. As-salam Kjee,,,,saya tgk citer nie dulu masa saya dlm pantang anak sulung....sonok gilerrrr....sib baik tak bentan...hehehe...

    ~ Gjan Meow Meow ~

    ReplyDelete
  16. Saya pun jatuh cinta dgn srk dan kajol serta rani bermula dari filem ini. Cuba control airmata tapi tetap keluar juga tanpa dpt dikontrol. Taktau dah berapa kali tgk, tetap nak tgk juga.

    ReplyDelete
  17. as salam... Filem2 hindustan yg lama ni sgt menarik ditonton.. sbab bg sya heroin dulu2 pakai x menjolok mata tapi still nmpak seksi... skrg nih hrp muka ajer cntik tp bila berlakon.. xleh harap..

    ReplyDelete
  18. teringat masa memula tgk citer ni. beli CD kat kedai CD dlm giant tmn permata. punyalah berkobar nak tgk malam tu. adik pompuan saya siap tutup lampu coz nak feel lebey katanya. sekali tgk tak ada subtitile daaa..(dlm tak paham pun kita boleh terleleh ayor mata kekeke).

    abang sulung saaya pulak mmg anti citer hindustan. everytime nak tgk dia sure membebel. ntah mcm mana, mlm tu dia boleh join tgk.. yg tak tahan plak tu, dia terkantoi sebab terrrrleleh ayor mata jugak... hahahah punyalah kitaorg gelakkan dia siap guling guling...

    esok harinya, siap pegi kedai CD tu balik. tukar yg ada subtitle. apalagi malam tu layan lagi skali. puas hati giler.. tapi abg sulung tak join dah...serik kena gelak kot!!1

    ReplyDelete