Friday, February 24, 2012

MR B DATANG BERTANDANG





Mr B? Mr Bean? Oh tidakkk! Tak kan sudi dia datang bertandang ke teratak Kjee di Sg Buloh ni. Ini Mr B lain...Encik Biawak.


Tadi Kjee tengah duduk sorang2 kat dapur goreng cekodok. Pastu dapat call dari Mazidul Akmal. Bukan main lama kami berborak. Tengah sedap2 berborak, mata Kjee terpandang ada bende kat atas batu tembok dekat pagar. Ewah, ada bende intai kitalah. 

Terjerit Kjee panggil Unclepali suruh amik gambo. Hah lawa tak Mr B Kjee ni?

Nasib baik dia tak lintas depan rumah kalau tidak pasti ada hajat tak kesampaian. Sebab tak lintas tapi duduk atas tembok, maka ada jugak hajat yang tak berapa sampai.

Cina yang hantar sofa tadi tengah pasang katil tetiba ada 'bracket' katil yg tersalah pasang. So dia bawak balik ke kilang dan nak datang balik lepas solat Jumaat nanti. Hah orang Cina datang lepas solat Jumaat? Hehehe sebab dia nak pergi makan dulu. Pastu balik kilang repair sikit dan datang balik. Dia kata dalam pukul 2. Hah tak ker lepas solat Jumaat tu. Heheheh.



11 comments:

MPP said...

Tangkap goreng pun sodap tu Kjee... Tak pun bela jadi binatang peliharaan.. Hehehe...

Aslynn said...

Nk tumpang aura bahagia famaily Kjee la..

Kjee said...

Orait MPP. Kalau teringin biawak goreng, just sms me 0126780501. anytime boleh sediakan yang panas panas. eh goreng kunyit sedap tak? Hehehe

MPP said...

Kjee.., nanti kalau ada kelapangan, gua akan singgah di rumah baru Kjee..

Baru ni ada niat nak singgah masa balik dari Program PM di PWTC.., tapi tak sempat.. Nanti-nantilahh..

Mr B goreng kunyit jangan lupa hidang yee... =)

honey ej said...

haha...hensem la Mr. B kak jee tu...tapu tersadai keletihan...duhaiii

honey ej said...

*tapi

MamaFaMi said...

Kat rumah parents kita kat Melaka tu, memang banyak Mr and Mrs B serta anak-anak yang datang bertandang. Kita ni biasalah, penakut! Sure cabut lari!

Tak sabarnya nak tengok perabot baru Kjee.... tumpang excited la pulak!

Anonymous said...

Mr B Kjee siap pandang kamera gi...
kalau buat 3 rasa pun sodappppp...hehehe

~G-Jan Meow Meow~

Mat Gebu said...

Peghh hansem gilerrr Mr B.....

Bro Yusri said...

ini boleh buat dokumentari ni ..pas tu jual kat RTM ha..ha..ha

http://webdirectory2u.com/top/info/9407

Dunia familyku said...

kuku dia panjngla kak jee..x potong ke erk?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...