Tuesday, February 21, 2012

PERGINYA SEORANG PENYANYI YANG DISAYANGI RAMAI

Dato Khadijah Ibrahim adik bongsu allahyarham
Ramli Sarip

Seniman Kuswadinata tidak dapat menahan sebak. Nelly (kiri) anak perempuan tunggal Allahyarham

Rakan karib allahyarham, Hail amir dan keluarga



Hujan renyai2 ketika Kjee sampai di rumah Allahyarham Latiff Ibrahim di AU3/16, Taman Keramat, Kuala Lumpur. Azan menandakan masuknya waktu Isyak, dari mesjid berdekatan menyambut kedatangan Kjee, sahabat handai dan rakan taulan Allahyarham.


Artis pertama yang Kjee lihat sampai ialah Dato Sharifah Aini yang diiringi oleh Kak Bahyah Mahmud. Dato Sharifah Aini sempat bersalaman dengan Kjee sebelum hilang ke dalam rumah allahyarham. Beliau telah menziarah allahyarham ketika hayatnya di IJN semalam. Dan hari ini ketika bersiap2 untuk satu majlis, mendapat berita pemergian allahyarham.

Ramai lagi artis veteran seangkatan allahyarham yang datang memberi penghormatan terakhir. Antaranya Dato Aziz Satar, Kuswadinata, Ramli Sarip, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Hail Amir, Halil Chik, Azlina Aziz, Sharifah Hasnor, Zulkifli Zain, Rozie Rashid serta wartawan2 veteran Ahmad Idris (Abi) dan Juwie.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak, seorang lelaki dan perempuan. Allahyarham menghembuskan nafas akhirnya di Institiut Jantung Negara, IJN, lebih kurang pukul enam petang di sisi keluarganya.

Mudah2an roh allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin. Al Fatehah. 

Dato Sharifah Aini
Azlina Aziz
Dato Aziz Satar
Dato Khadijah Ibrahim


17 comments:

Mat Gebu said...

Al-fatihah....moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan salam takziah untuk keluarga arwah....

che dai said...

Takziah kepada keluarga. Mudahan ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Amin.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Al-fatihah. Moga ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin.

Sheila Shafeareen said...

Salam Takziah buat keluarga Arwah..Moga roh di cucuri rahmat dan di tempatkan dlm golagan org2 yg beriman..............bismillahirahmannirahim,,,,,,,,...Al-fatihah,,,,,,,,,,,,,,,amin

Erani Zuhran Mohd Nor said...

Al-Fatihah, pernah sekali berjumpa dengan keluarga arwah... Moga rohnya dicucuri rahmat

Anonymous said...

innallilahwaiinahirojiun.. saya sempat menziarahi allahyarham ketika beliau di CCU pada jam 4:20 ptg semalam. last Thursday, i met him kat normal ward arwah nmpak ok cuma agak letih.. but he smiled at me when k. Masria kenalkan kami. i was so shocked when i came back from my 3 days workshop dapat tahu he landed in CCU. truthfully, smlm ptg after seeing him, i'm hoping for a miracles tapi Allah lebih sayang pada arwah. moga perjalanan arwah di sana, sentiasa dilindungi, disayangi dan diberkati oleh Ar-Rahman. Al-Fatihah. (zaph)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Al-Fatihah dan Salam Takziah buat keluarga arwah.

Yani said...

Kak Jee... Thanks for "exclusive pictures". Takziah buat semua ahli keluarga allahyarham & semoga roh allahyarham di tempatkan dikalangan orang-orang beriman... AL FATIHAH....

Irfa said...

alfatihah..moga arwah di tptkan di kalangan org yg baik ..amin

Nor Hapizah Abd Manan said...

Al fatihah utk arwah, semoga ditempatkn dikalangan org beriman. Salam takziah utk keluarga Arwah.

Nor Hapizah Abd Manan said...

Al fatihah utk arwah, semoga ditempatkn dikalangan org beriman. Salam takziah utk keluarga Arwah.

Nur68 said...

Antara penyanyi veteran yg saya minati dan suara yang jarang ada pada penyanyi yg ada sekarang kecuali Najib Hanif yg mempunyai suara yg lebih kurang sama dgn aruah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNYA. Alfatihah.

inazamri said...

al-fatihah

inahar ali said...

alfatihah..kita minat sgt beliau..raya lastyear sempat beli kek lapis sarawak dr arwah..kakak ipar arwah keje(lab technician) ngan kita masa kt bloodbank HKL dulu(lebih 16 tahun lepas)..masa tu arwah selalu mai bloodbank cek darah ngan kita..pastu last jumpa arwah lastyear sempat beliau ajak ke restoran keluarga mereka di bangsar..alahai sedihnye! negara kehilangan seorang penyanyi lelaki hebat bersuara jantan lemak merdu..moga roh beliau dicucuri rahmatNya..amin!

MaryaYusof said...

Innallillah, Al-Fatihah...Semoga arwahyarham di tmptkan bersama-sama org yg beriman... Amin~

Seronok jumpa blog k.jee... :)

Anonymous said...

Awat kak jee tak jual produk tf kat dia

The Black Jubah said...

Innalillahi wainna ilahi rajiuun...semoga roh beliau di cucuri Rahmat Allah...

ps. tak suka lah Anonymous tu, dah lah pengecut, disebalik anonymous...jahil pulak...ajal tu kan Allah yang tentukan...berubat itu usaha...tak usaha dosa kerana mengabaikan kurniaan Allah iatu DIRI KITA SENDIRI.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...