Sunday, February 12, 2012

"RASA MACAM NAK BUNUH DIRI JER KAK...." SMS YANG KJEE TERIMA


Ehsan google


Entry Kjee malam ini agak personal. Kjee cukup2 buntu. Kjee buat keputusan menceritakannya kepada korang supaya sekurang2nya dapat memberi Kjee idea apa yang Kjee harus lakukan. Bagaimanapun, buat sementara waktu ini, biarlah Kjee rahsiakan dulu identitinya.





Kay (bukan nama sebenar) adalah adik angkat Kjee. Kjee mengenalinya melalui Facebook. Kemudian dua tahun lepas Kjee bertemu dengannya. Seorang wanita yang pemalu dan agak pendiam tetapi Kjee dapat rasa senyumannya mengandungi seribu satu kisah sedih yang cuba disembunyikannya.

Kay sudah berkahwin buat kali kedua. Ketika Kjee jumpa dia dulu, dia hamil dengan anak pertama dengan suami keduanya. Sejak pertemuan pertama itu, hati Kjee tertarik untuk terus berhubungan dengannya. Kemudian anak yang dilahirkannya meninggal dunia. Ditakdirkan Allah swt, dia mengandung lagi beberapa bulan kemudian. Kali ini kandungannya anak kembar dan kini dia di bulan ke-8.

Sebulan yang lalu, Kay menelefon Kjee. Cemas. Mohon Kjee tolong dia. Suaminya dilanda masalah. Dia tiada duit untuk beli makanan. Ketika itu, Kjee betul2 tersepit antara hendak pindah rumah dengan perbelanjaan yang besar untuk rumah baru.

Apapun, Kjee hulurkan bantuan ala kadar yang ada. Pesan Kjee, itu untuk dia menyambung nyawa. Suami Kay menjalankan perniagaan. Entah apa yang berlaku, suaminya di'tikam dari belakang' oleh teman kongsinya. Akibatnya, masalah bertimpa2 sehingga suaminya diheret ke balai polis.

Dalam keadaan sarat mengandung, Kay berkejar ke sana kemari mencari bantuan menjamin suaminya. Malangnya, masalah semakin rumit. Kay pulak dikejar oleh pencari hutang. Dia terpaksa pulang ke kampung dan menyorok di rumah ibu bapanya. Keluarga suami bukan sahaja tidak mahu membantu menjamin suaminya tetapi turut tidak mengendahkan dirinya yang sarat mengandung.

Ini sms yang Kjee terima dari Kay, petang tadi:

 "Kjee...ada tak badan2 kebajikan atau perlindungan yang boleh selesaikan masalah orang macam saya? At least ada bantuan kewangan atau kerja untuk saya selepas saya bersalin nanti? Rasa nak bunuh diri jer kak. Orang sana sini cari saya tagih hutang suami. Dah minta tolong keluarga mertua, mereka buat acuh tak acuh. Saya tak kisahlah suami saya masuk penjara. Saya perlu selamatkan diri dan babies dalam perut saya ni..."

Kjee buntu. Tak tahu nak buat apa. Adakah sesiapa yang boleh beri idea apa ayang boleh dibuat untuk selamatkan Kay? Harus dalam kadar segera sebab Kjee risau sebab takut Kay hilang punca dan melakukan sesuatu diluar jangkaan.

Terima kasih kerana membaca paparan Kjee ini. Kalau ada sesiapa yang tahu cara untuk menyelamatkan Kay, harap call atau sms Kjee di 0126780501.


12 comments:

Ad said...

Apa kata beliau cuba memohon bantuan dari Baitulmal. Saya rasa dia juga boleh dikira seorang ASNAF.

Ad said...

Saya rasa dia boleh cuba memohon dari Baitulmal. Beliau juga boleh dikira sebagai ASNAF.

Tie said...

Ya Allah, kesiannya... Tie rasa dia harus buat report polis, minta perlindungan.. Mungkin dia akan ditempatkan ditempat yang lebih selamat. Dan dia tak boleh pergi sendirian masa buat report. Kena ada beberapa orang menemaninya..

NisaUsoff said...

Assalamualaikum kak jee.

Kak Jee pernah dengar or tau tentang Dar Assaadah di Taman Koperasi Polis Bt. Caves tak? Tempat tu dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Mungkin kawan kak Jee tu boleh rujuk kat situ.

Anonymous said...

Kakak, boleh tak contact Kak Pi? Ini web dia - http://www.pistwist.com/ saya biasa baca blog dia. ada banyak cerita dia tolong orang susah...

Sally

Izan said...

apa kata kalu Kjee refer dia di talian Nur 15999... kalu tak silap itu nombor dia... nanti mereka akan bantu adikk angkat KJee tu... semoga Allah s.w.t melindunginya dari apa2 kejahatan di dunia ini.. amiinnn...

:: Mrs.Eady :: said...

kak suruh dia call talian NUR..kat situ ade bantuan utk perlindungan,makan,tempat tinggal seta menjaga kebajikan..

Cik RoSs said...

MasyaAllah..kesiannya pada dia.

Beratnya dugaan dan ujian yang Allah beri kepada dia.

Anonymous said...

yesss talian NUR,,, mmng tmpt yg betul...

Anonymous said...

cube mohon kat baitullmal..insyaallah..

Anonymous said...

Ya Allah, selamatkan lah dan lindungi adik angkat Kak Jee. Besar betul dugaannya. Dapat dirasakan betapa tertekannya dia. Ingatkan beliau dah bersalin sebab dah lama menyepi.
Hanita, Kelang

Siti_btp said...

Kak Jee ,cuba tanya klik KEWAJA dkt gombak..
En Yahya tu baik ,dan kat situ ada asrama..
Memanglah utk gadis bermasalah je dan terlajur, tapi mungkin dia blh minta pertolongan dan berlindung di situ..

Janganlah bunuh diri.Itu semua dugaan Allah swt utk uji umatnya.Saya rasa dia blh lalui ujian itu.
mcm saya tuhan uji dgn kanser dan 3 anak oku..
Semua manusia ada ujiannya tapi berbeza..
Kenapa KJee lama tak berlakon ye!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...