Friday, February 24, 2012

YAHOOOO MONYET ITU DAH SELAMAT SEKARANG!!!





Akhirnya, monyet (kera?) yang Kjee nampak dirantai dengan kejam (mestilah kejam takkan dengan baik hati kan) sudah diselamatkan oleh Jabatan Perhilitan Selangor. Ada seorang hamba Allah yang cukup prihatin bernama Encik Sharul Nizam Ab Rahim telah bertindak segera atas rayuan fren FB Kjee, Elmy Olen dari Johor Baru.

Dalam tak sampai 24 jam kot, Kjee intai2 kelmarin dan tengok monyet tu dah tak ada. Rantai pun turut hilang. Masa itu, Kjee tak tahu Jabatan Perhilitan Selangor telah pergi terjah kilang itu dan selamatkan haiwan tersebut. Kjee fikirkan pemiliknya mesti kesian tengok monyet tu kesejukkan.

Semalam apabila Kjee update citer monyet tu dah tak ada, Elmy Olen segera beritahu citer sebenar. Terkejut beruk (eh sorry beruk guna nama awak). Rupa2nya Elmy dah suruh Kjee contact Encik Sharul Nizam mintak tolong tetapi Kjee terlepas pandang.

Kjee baca semua catatan antara Encik Shahrul dengan Elmy Oleh. Lihat dibawah.

Sharul Nizam Ab Rahim  Sy telah panjangkan kegelisahan diatas kpd 
1. KPVN Selangor, En Subramanian
2. Ketua Pengarah DVS Malaysia (Penguatkuasa), En Soh
3. Pegawai DVS Malaysia (PRO), Dr Nazahiyah
4. En Rozidan, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Negeri Selangor

Sy akan berkongsi sebarang gerak kerja mereka



Sehari kemudian, ini catatan Encik Shahrul:


Sharul Nizam Ab Rahim Gerak kerja terkini,

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara berkait di atas.

2. Pihak Jabatan PERHILITAN mengucapkan jutaan terima kasih di atas maklumat yang diberikan oleh pihak tuan. Jabatan ini akan menghantar kakitangan untuk menyiasat aduan berkenaan dan hasil siasatan akan dimaklumkan kelak setelah siasatan selesai dijalankan.

3. Kerjasama dan perhatian daripada tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Mohammad Khairi Bin Ahmad
b.p: Pengarah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
dan Taman Negara (PERHILITAN)
Negeri Selangor


Beberapa jam kemudian pada hari Selasa (hari sama catatan atas), ini catatan En Shahrul dalam wall Elmy Olen di FB.

Shahrul Nizam Ab Rahim  
Hasil gerak kerja,


Sekitar jam 18.07PM td, saya menerima panggilan telefon drp En Mohammad Khairi Bin Ahmad. Beliau berkongsi hasil gerak kerja. Berikut merupakan hasilnya,
1. Kera tersebut tidak mempunyai lesen
2. Kera tersebut telah dirampas
3. Pemilik haram bagi kera tersebut bakal dikenakan tindakan undang2 sejajar dgn beberapa Akta yang setaraf, antaranya Akta Perlindungan Hidupan Liar. Beberapa kezaliman juga ada disebut dibawah Akta ini
4. Pemilik haram bakal berdepan dgn denda sehingga RM20 ribu atau penjara beberapa tahun atau kedua2nya sekali

Sebarang email bagi perincian gerak kerja, saya akan berkongsi utk tatapan rakyat

Tq kerna menjadikan diri tuan/puan berguna buat negara


Syukur Alhamdullilah atas tindakan pantas Encik Shahrul. Juga terima kasih kepada Emly Olen serta semua yang mengelabah macam Kjee dan berikan macam2 nombor suruh Kjee hubungi selamatkan haiwan itu.

Mudah2an kita akan berterusan menjadi masyarakat penyayang dan prihatin terhadap haiwan yang dizalimi. Insya Allah.

Baca entry Kjee pasal monyet yang dizalimi di Sg Buloh hari tu, di sini. 


10 comments:

honey ej said...

alhamdulillah...syukran jazillan...=))

honey ej said...

kak jee...nak tanya sket, ni lari dari topik / tajuk kt atas tu..kak jee pernah tak berdepan manusia; tiap kali kak jee perkatakan sesuatu perkara yg baik (+ve) dibalas dengan kata2 yang -ve? sort of konon menunjuk2 la plak, tuduhannya.

Aslynn said...

Fuhhhh..lega...Sama2 la kita jd manusia yg penyayang..Bukan pd manusia je tp gak pada suma makhluk Allah...

Anonymous said...

salam k.jee....terlebih dahulu maaf dipinta andai ape yg sy tulis ni dianggap kasar sedikit......sy tinggal di kuala selangor.....terlalu banyak monyet, kera dlm pelbagai warna....spesis juga mgkin.....sy bekerja disekolah....smpaikan satu hari tu monyet telah masuk ke kelas budak2 pra dan mencuri makanan dlm pinggan budak2 tersebut....kalau la monyet tersebut mengamuk dan mencederakan budak2 tersebut bagaimana??siape yg akan dipersalahkan??monyet tersebut telah masuk melalui lubang gril yg dikunci....kenape pihak perhilitan tak menangkap aje monyet2 disini???bagi melindungi kanak2 yg bersekolah di kampung dan diganggu haiwan seperti ini??

Kjee said...

Salam. Saya syorkan awak suruh pihak sekolah laporkan segerea kpg jabatan perhilitan selangor. Kalau haiwan tu dirasakan mengancam keselamatan anak2, tak salah kita tangkap atau halau mereka.

elmyolen said...

Thanks kak Jee..(^_^)

hisham said...

anon 6.34..
saya berani cakap bahawa kawasan yg dimaksudkan banyak monyet mengganggu murid2 sekolah tersebut 30tahun dulu adalah kawasan hutan tempat tinggal segala macam haiwan dan bukan saja monyet tetapi harimau juga pernah tinggal disitu.
manusia yg menceroboh dan merampas kawasan tersebut..haiwan tersebut ada hak untuk hidup..perlu makan..dan berkeluarga..mereka juga makhlok ALLAH.
setiap bulan saya ke bukit melawati kuala selangor membawa keluarga bermain dengan monyet dan memeberi mereka makan kacang panjang belum sekali pun monyet2 tersebut menggigit.
ada yg memanjat hingga keatas kepala kita tetapi mereka tidak pula menggigit.
agaknya anon 6.34 tersilap pandang bolih jadi manusia yg menggigit monyet bukan monyet gigit manusia.
dalam sekumpulan monyet tidak ada manusia...tetapi dalam satu komuniti manusia ramai yg berperangai monyet.

Anonymous said...

sya rasa perhilitan ni memang efficient bila ada aduan....
baru2 ni, ada 2 ekor musang terperangkap kat dlm dlm bangunan ofis sya di jln ampang...kesian musang tu ketakutan....yg sekor tu semalaman terperangkap dlm lif....semerbak satu bangunan tu baru pandan..rupa2nye kencing musang ni bau panda...eh...melencong lak nih.
anyway, pagi tu, tak sampai sejam lepas kitorg call perhilitan, terus diorg datang tangkap.

Unknown said...

Salam Kak Jee,

Syukur pada Allah kera dah selamat. Terima kasih pada Kakjee,En Sharul, Elmy Olen dan Jabatan Perhilitan kerana bertindak segera. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Saya setuju dengan pendapat Hisham di atas. Manusia dah menceroboh tempat binatang atas alasan pembangunan. Memang sedih sangat bila nampak hutan2 ditebang sana-sini. Tapi apakan daya. Kita manusia terpaksa belajar hidup bersama dengan makhluk lain demi kebaikan bersama.

Anonymous said...

salam
perhilitan ni kalo tangkap kera y dirampas 2.biasanya apa akn jadi kt kera 2?lepas kt dlm utan k,di bunuh secara humane.tangkap hapus.ad gk la tbace

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...