Sunday, February 12, 2012

ZAHRAH PERLUKAN KASIH IBU DAN AYAH

Jimmy dan Suhaila suatu ketika dulu (foto2 ehsan google)
Zahrah - perlukan kasih sayang ibu dan ayah

Masalah rumahtangga Jimmy Shanley semakin rumit. Kjee sebenarnya bukan nak menyibuk tetapi pagi2 lagi apabila baca kisah mereka dalam ruang gossip Mingguan Malaysia pagi ini, hati Kjee begitu terusik. Coretan Kjee pagi ini hanya sebagai nasihat dari seorang yang pernah melalui pelbagai pancaroba hidup.



Jimmy dikatakan menuntut semula mas kahwin yang diberikan kepada Suhaila masa mereka menikah dulu. Well, ini hak Jimmylah. Dia nak tuntut lain2 dalam bentuk apapun, menjadi hak seorang suami (mengikut hukum syarak...harap perbetulkan kalau Kjee silap), apabila isteri tidak mahu lagi mengaku taat kepadanya. Dan memohon dilepaskan.

Anyway, bukan itu yang Kjee ingin pertikaikan. Suhaila tentu dengan besar hati boleh memulangkan apa yang Jimmy berikan kepadanya. Tak menjadi kudis, Kjee rasa bagi dirinya, kerana keluarganya mungkin mampu berikan lebih banyak daripada itu.

Tetapi bab mahukan hak penjagaan anak tunggal mereka Zahrah, sepenuhnya itu, mungkin sesuatu yang sukar bagi Suhaila melaksanakan. Kalau Jimmy masih berkeras menuntut, Kjee rasa kes ini susah hendak menemui kesudahan.

Anak, dibawah usia tujuh tahun, kalau tidak silap Kjee, adalah hak ibu. Hanya selepas itu barulah dia boleh buat pilihan samada hendak tinggal bersama ayah atau ibunya. 

Kalau hendak berpisah, demi anak, buatlah secara baik. Duduk berbincang empat mata. Jangan beri orang lain campur tangan sebab bimbang nanti ada pula yang cuba memberi pendapat yang menjurus kepada kesulitan.

Kjee ada kawan2 yang berpisah cara baik. Tiada penetapan khusus untuk melawat anak dan sebagainya. Walaupun anak2 tinggal dengan ayah mereka kerana si ibu sudah berkahwin dan tinggal berjauhan namun apabila cuti sekolah, anak2 semua 'diposkan' kepada ibunya. Dan setiap kali ada masalah berkaitan pembelajaran dan sebagainya, si ayah tidak ragu2 menelefon bekas isterinya untuk mintak pendapat.

Begitulah seharusnya jalan yang diambil oleh Jimmy. Kes dia diikuti semua orang. Janganlah berterusan berdendam atau mencerita kisah2 yang berlaku buat tatapan umum. Stop washing dirty linen in public.

Kalau Jimmy buat keputusan dengan fikiran yang waras tanpa tuntutan yang berlebih2an, Kjee rasa dia akan dihormati peminat dan juga sesiapa yang membaca mengenai kisahnya. 

I know it's easier said than done. Allah swt telah memberi manusia akal fikiran. Jangan buat keputusan terburu2 atau mengikut emosi. Jimmy telah cuba sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya. Namun kententuan Allah mengatasi segala2nya.

Zahrah perlu ibu dan ayah. Kjee pasti kelahirannya itu adalah atas hubungan kasih dan sayang dua insan satu ketika dulu. Jadi, mengapa harus benih yang dizahirkan dari bibit2 cinta sepasang Adam dan Hawa, tidak dibenarkan menikmati kasih sayang yang sepatutnya diterima.

Suhaila juga harus bertolak ansur. Segala keputusan bukan di tangan Mahkamah tetapi di tangan dia dan juga Jimmy. Hanya setelah kesepakatan tidak dapat dicapai, maka Mahkamah boleh dibawa masuk campur.

Anak yang dibesarkan dengan penuh hatred atau kebencian dan dendam, akan terikut2 dengan emosi tidak terkawal sepanjang hayatnya. Tidakkah Jimmy dan Suhaila merasa berdosa kalau ia berlaku kepada Zahrah? Wallahualam.


9 comments:

Anonymous said...

betul tu kak jee ... klau dah bercerai pon maseh boleh jadi bapa dan ibu yang baik kepada anak anak ..

umialya said...

itulah kak jee, bila baca kisah mereka pagi tadi, sedih sgt2, naper anak tak bersalah dijadikan pertaruhannya?

Anonymous said...

Semoga mereka ketemu penyelesaian terbaik, terutama demi zahrah

Anonymous said...

Peringatan buat kita semua yang mempunyai anak...

ieda said...

jangan jadikan anak sebagai modal utk sakitkan hati @ membalas dendam pihak satu lagi.
masa suka semua nampak indah belaka...dah tak suka segalanya nak diungkit kepada seluruh dunia....harap dua2 pihak berfikir sbg org ISLAM YG TELAH DEWAASA.

honey ej said...

subhanallah...memang duit boleh beli segalanya tapi tidak kebahagiaan (sighs)

deena said...

Kesian ank jd mangsa.. Hopefully dorg bijak buat keputusan kn

Anonymous said...

APA ISTIMEWA nya ibu bapa anak ini. Dah bertahun
berita percakaran bintang glamour ni di cerita kan akbar hiburan, buletins, majalahs dan la ni gomo pon nak ikut juga. Sudah sudah lah tu. DEPA semua dah cukup glamour.
Itu penyakit cari sendiri. Bukan tak simpati kat si anak tapib anyak lagi cerita yang lebih berfaedah kepada ramai untuk dihebah kan.

Ayu Rashid said...

terharu. terbayang anak saya yg baru umur setahun. semoga semuanya baik kesudahannya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...