Friday, March 23, 2012

AHMAD IDHAM SAYS NO TO ASTRO FIRST!

Ketika Astro memperkenalkan Astro First, Kjee dah agak dah ini adalah satu cara untuk 'membunuh' industri filem tanahair. Kalau tidak silap Kjee dengan hanya membayar RM15 untuk sehari dua (correct me if I'm wrong), satu famili boleh tonton.



Kalau tidak, untuk ke pawagam menaonton filem2 baru, at least untuk sorang kena bayar RM15 untuk tiket, pop corn dan minuman. Sorry Kjee bukan kaki pergi pawagam tengok wayang. Sebabnya, air condition terlalu sejuk dan selesa dan Kjee cepat tertidur.

Bagaimanapun, Kjee adalah tanya pandangan beberapa produser yang small time. Mereka sangat2 mengalu2kan langkah Astro ini kerana khabarnya, mereka boleh dapat kira2 RM200,000 dari Astro. So bayangkan kalau produser small time ini buat filem dengan modal RM800,000, wang sebanyak RM200,000 yang mereka terima dari Astro cukup besar.

Kemudian katakan daripada tayangan di pawagam dapat RM2juta. Tolak RM1.2 juta kena bagi toke pawagam, dapatlah RM800,000. Campur duit Astro dapatlah RM1-juta. Modal RM800 ribu. At least ada gak untung RM200.

Okaylah tu daripada meniaga buluh kasap, untung dan modal habis lesap!!

Tetapi Kjee happy apabila Ahmad Idham tak sokong Astro First. Korang nak tahu kenapa? Kjee copy paste dari mStar online kat bawah ni.

Ahmad Idham Anggap Astro First Rosakkan Industri Filem
Ahmad Izham Omar(kedua dari kiri) bertukar dokumen denganAhmad Idham Ahmad Nadzri(kedua dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures. Foto SIA HONG KIAU
PETALING JAYA: Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah.
Ahmad Idham berpendapat, berdasarkan dua buah filemnya iaitu Hantu Bonceng danSenjakala yang telah pun disiarkan di saluran berkenaan, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang.
"Saya percaya setiap stesen televisyen mempunyai matlamat masing-masing dalam memuaskan hati penonton mereka.
"Tetapi berdasarkan pandangan saya, industri filem tempatan akan hancur kerana pada masa akan datang masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang kerana selepas dua minggu tayangannya di panggung, ia dengan mudah boleh didapati menerusi Astro First.
"Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga semakin ligat merakam filem-filem yang disiarkan itu dengan mudah. Sebab itu kita dapati karya-karya tempatan dengan cepat berada di laman Youtube," tegasnya yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Hotel One World, di sini, Khamis.
Justeru itu, Ahmad Idham mengambil langkah untuk kembali ke 'konsep lama' di mana filem-filem terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangan di panggung.
Dan selepas membuat perbincangan bersama, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama dua tahun.
"Dalam kolaborasi ini kami membuat perjanjian situasi menang-menang di mana pihak TV3 hanya akan menayangkan filem-filem terbitan Excellent Pictures selepas beberapa bulan tayangannya tamat di panggung.
"Dan jangka masanya tidak tentu sama ada siarannya akan dikeluarkan lebih awal atau ketika di musim-musim perayaan tertentu.
"Dengan cara ini, sekurang-kurangnya penonton di panggung tidak akan berasa rugi selain filem-filem tempatan kita akan menjadi lebih eksklusif," ujarnya.
Antara filem-filem yang bakal disiarkan di TV3 ialah Jangan Pandang-Pandang, Gerimis Mengundang, Mail Lambung dan Cinta Atas Tar.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Operasi, rangkaian televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, produksi Excellent Pictures menjadi pilihan pihaknya selepas melihat kejayaan filem dan drama terbitan syarikat tersebut yang berjaya menarik perhatian pelbagai golongan penonton.
"Sebelum ini kami pernah bekerjasama dan sememangnya sudah ada keserasian memahami cara kerja masing-masing.
"Menerusi kolaborasi ini, ia memudahkan kedua-dua belah pihak dalam memasarkan filem dan produk yang dihasilkan dengan lebih efektif.
"Dalam pada itu, pihak kami juga perlu peka dalam memberikan siaran yang terbaik buat penonton," katanya.

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

I pun sama dgn KGee... tak suka tengok wayang kat Malaysia ni sebab air cond dia sejuk sgt, klu kat overseas tak pulak mcm tu. Hangat2 (sbb heater) dan suasana tak la gelap sgt.

Bagus jugak astro buat mcm tu, at least mengurangkan jumlah maksiat kat panggung.. opss tercakap pulak, ingat nk ckp dlm ati je tadi.. haha.. sorry.

norliha said...

dah agak dah perkara mcm ni akan timbul.

Sari Yusa Ibrahim said...

Sy setuju dgn Ahmad Idham ;-)

mademoiselle ten said...

pada saya pusing sana...pusing sini endup sama je... astro 1st yg kaya ttp india.... yg pawagam pulak yg kaya ttp cina... melayu tukang kayakn...hasil kreatif & penat-lelah senang2 org tgh amik untung... mcm apa jd kat arwah p.ramlee... cina tu dh kaya kekayaan tu bwk p hongkong... kalau agak2 kat holiwud sekaya mana p.ramlee tu...even george lucas atau steven spielberg yg tak berlakon mcm p.ramlee hanya mengarah pun kaya-raya...brp keturunan pun tk hbs makan... tp tgkla keturunan beliau mcm mana... sori bukan nk kutuk tp kenyataan... senang2 'bapak angkat dia dihongkong'(ikut skrip dia dlm bujang lapok) yg kaya-raya...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...