Thursday, March 15, 2012

BLUE CHEESE RASA BASI BUT I LIKE!!!






Lepak depan tv ngan Unclepali dan Nadia. Dia orang tengah movie pasal Red Sox. Habis jer movie, tetiba rasa lapar. Baru teringat malam ni belum dinner. Tadi lunch kul 4.30 petang di Craven, Bukit Antarabangsa.




Unclepali pun lapar rupa2nya. Apabila Kjee kata lapar, dia terus bangun dan ke dapur. Kjee follow. Unclepali tanya nak makan roti yang Nadia buat? Nak makan apa lagi dah tengah2 malam buta ni. Nak burger, dia tanya lagi. Tak nak. Dia keluarkan daging burger Darabif untuk dirinya.

Unclepali toast roti atas grill pan dan jeng jeng jeng keluarkan Blue Cheese favorite Kjee yang kami beli di Hero tadi. Dah lama sangat Kjee tak makan Blue Cheese. Susah nak dapat. Unclepali dan Nadia tak suka. Boleh uwekkk, dia orang kata.

Pada Kjee, Blue Cheese amat sedap. Nak tahu rasanya? Ia rasa cheese basi! Serius. Keju ini luar biasa sebab ia sengaja dibuat dan ditambah entah apa bende sehingga keluar kulat warna biru. Bau dan rasanya memang tak boleh tahan. But I like!!!

Sedap makan dengan plain crackers (biskut mayat). Tapi malam ni Kjee makan dengan roti. Aduhhh macam orang mengidam tau! Nasib baik Unclepali dan Nadia tak suka. Bolehlah Kjee menikmatinya seorang diri sebab harganya boleh tahan mahal.

Dah pekena 1 keping roti yang dicalitkan sedikit Blue Cheese (tak boleh bubuh banyak2 nanti baunya boleh pengsan) dan satu mug low fat milk, sekarang Kjee dah kenyang. Bukan kenyang giler tetapi just nice. Hehehe.

Psstttt kalau korang tak suka bau cheese basi, jangan sesekali cuba makan Blue Cheese. Asalnya dari negara Denmark.

Kjee diperkenalkan cheese ini oleh abang Kjee, Ahmad Fauzee, masa dia jadi pramugara MAS dulu. Apabila dia balik dari luar negara, abang mesti beli macam2 cheese. Masa tu banyak cheese tidak boleh dibeli di Malaysia.

7 comments:

  1. So far x jumpa lg keju ni kat sini kjee..selalu tgk kat tv tu dorg buh dlm salad(dieamas2 atau potong kiub kecik2)..tp tu laa diorg pun bgtau x semua org suka blue cis ni.. nak try juga laa kalo jumpa kat s/market..

    ReplyDelete
  2. Saya setuju! Memang rasa cheese basi. Hahaha... kak Jee. I like your writing. So cool.....

    ReplyDelete
  3. anak saya gigih mencari blue cheese masa ke New Zealand, harga memanglah murah berbanding di sini. syukur maknya tak gemar sangat cheese, tidak kopak poket.

    rasa sedap tapi baunya,tak tahan.

    ReplyDelete
  4. ni makan kena tutup hidunglah ya.. hehehe

    ReplyDelete
  5. tak penah try tp selalu tingin nk beli sbb duk tgk kt channel afc tuh cam best je cheese nih...

    ReplyDelete
  6. Semenjak dua menjak ni, kita suka makan toast, sapu majerin gitu je. No sugar, no kaya. Just plain toast and majerin. Cam sedap pulak. Tapi baru dua malam lepas, gi teman hubby pekena teh, kita saja order roti hainan, nak tengok cemana rupanya. Alkisah, roti bakar disapu majerin dan sekeping lagi disapu kaya.. RM1.50 you! Ish, buat kat rumah, leh makan berkeping keping kalau nak... hehehe.... cheese cheese ni, kita kurang sket, tapi anak-anak kita suka yang sliced punya tu on toast.

    ReplyDelete
  7. Dh rsa dh blue cheese pg td. Tu pn cara tak sngaja. Sumpah nk muntah

    ReplyDelete